Anda di halaman 1dari 28

1.

2.
3.
4.
5.
6.
7.

PEMARKAHAN
RAKAMAN 1
REFLEKSI 1
RAKAMAN 2
REFLEKSI 2
RPH
LAPORAN KT
FORUM
JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

KERJA KURSUS
DAN FORUM
KUMPULAN
EL-SO3
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
MASLAN BIN MASUARI

NO. ID
D20102041207

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. JAMAL @ NORDIN YUNUS


TARIKH SERAH: 14 DISEMBER 2011

ISI KANDUNGAN

NO. TELEFON
019-8934399

Halaman

1.0

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

2.0

Refleksi Pembelajaran Makropengajaran

3.0

Rancangan Pengajaran Harian

3-7

4.0

Laporan Kajian Tindakan

8-19

Himpunan Forum
Bibliografi
Lampiran : CD Rakaman Mikropengajaran
CD Rakaman Makropengajaran

1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN MIKROPENGAJARAN

Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dalam sesi Mikropengajaran dijalankan, didapati
bahawa hasil pembelajaran yang disasarkan tidak tercapai sepenuhnya. Punca utama yang
dapat dikenal pasti adalah penumpuan murid tidak sepenuhnya ke atas pengajaran guru. Ini
mungkin sekali disebabkan oleh pendekatan yang dibuat oleh guru kurang menarik iaitu
mengajar dengan cara berpusatkan guru sahaja, sepatutnya lebih banyak menggunakan
teknik hands-on dan minds-on. Selain itu masalah seperti bilik darjah yang kurang kondusif
juga memainkan peranan dalam menarik minat murid, bilik darjah yang tidak selesa dan
panas akan menimbulkan rasa kurang selesa seterusnya menyebabkan murid cepat bosan.
Oleh itu guru perlulah mempelbagaikan strategi dan kemahiran mengajar untuk menangani
situasi sebegini seperti melaksanakan pengajaran di luar bilik darjah mengikut suasana dan
kesesuaian semasa.

1
2.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN MAKROPENGAJARAN

Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan setelah melihat serta menilai hasil
kerja murid secara berkumpulan dan individu, didapati bahawa 10 daripada 20 orang murid
dapat menguasai hasil pembelajaran yang disasarkan. Penglibatan murid dalam
pembelajaran secara keseluruhannya masih kurang memberangsangkan yang mana hanya
dalam empat atau lima orang sahaja yang sentiasa memberi respon terhadap pengajaran
guru dan aktif dalam kerja kumpulan ya ng diberikan. Semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku guru terpaksa mengubah rancangan pengajaran kerana cuba untuk
merangsang seterusnya menarik minat murid untuk kekal dalam pembelajaran
memandangkan suasana kelas yang panas dan masa mengajar ialah pada waktu pertama
selepas rehat. Untuk mempertingkatkan lagi pelajaran ini, guru bolehlah menggunakan
persembahan power point agar pengajaran lebih menrik selain memperbanyakkan lagi alat
bantu agar setiap murid boleh merasa sendiri aktiviti yang dilakukan berbanding hanya
melakukan secara berkumpulan. Di samping itu, aktiviti bercorak pertandingan antara
kumpulan boleh diselitkan untuk membuatkan pengajaran lebih menarik dan dapat
mengekalkan perhatian murid. Jika berpeluang mengajar pelajaran ini sekali lagi kepada
kumpulan murid yang sama, perbezaan yang saya akan lakukan adalah dengan
memulakan set induksi yang lebih baik menggunakan air yang berwarna untuk diisi ke
dalam gelas dan menggunakan gelas yang lebih banyak agar setiap murid dapat seorang
satu gelas supaya mereka dapat peluang melakukan sendiri aktiviti berkaitan topik isipadu
cecair kerana pengalaman melakukan sendiri adalah sangat realistik dan seronok untuk
dilakukan murid selain akan mudah faham dan kekal dalam ingatan mereka.

2
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1.0

TAJUK DAN TUJUAN UNIT


Tema

: Isipadu Cecair (Unit 10)

Tujuan Unit
Unit ini bertujuan untuk membina kefahaman murid tentang:
1) Penggunaan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam konteks
amalan.
Signifikan tema:

Mendengar melihat dan menggunakan perbendaharaan kata berkaitan isipadu


cecair.

Menjawab soalan berkaitan isipadu cecair.

Memahami maksud kosong, separuh penuh, penuh, sedikit dan banyak dalam
konteks isipadu cecair.

2.0

Mengaplikasikan tajuk dalam kehidupan seharian.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


Rancangan Pengajaran Harian : Isipadu Cecair (10.1)
i)

Murid mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada berkenaan isipadu


cecair dalam kehidupan seharian mereka.

Menyatakan maksud penuh, separuh penuh, kosong, banyak dan sedikit


mengikut konsep isipadu cecair.

3.0

Menunjukkan keadaan isipadu cecair yang dimaksudkan.

CARA MENCUNGKIL/MENJANA IDEA MURID


3.1

Isipadu Cecair (10.1)

a) Kaedah Sumbang Saran


Murid memberikan sumbang saran mengenai isipadu cecair yang dilihat di
dalam gelas.
3
4.0

KESUKARAN ISI PEMBELAJARAN DAN OBJEKTIF


Rancangan Pengajaran Harian 1
i)

Kesukaran yang mungkin timbul ialah tidak semua murid boleh membaca
dengan lancar.

ii)

Tidak ramai murid fasih berbahasa Melayu dan kebanyakannya dipengaruhi


bahasa ibunda.

5.0

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i)

Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam


konteks amalan.

6.0

Perkaitan Tema / Topik Dengan Kehidupan Atau Kejadian Harian


Terma
Isipadu Cecair

Perkaitan
Topik ini berkaitan dengan pengalaman kehidupan harian murid
murid terutama berkaitan penggunan alat untuk cecair dan
kuantitinya seperti :
i.)

Kosong, separuh penuh dan penuh.

ii.)

Banyak dan sedikit.

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
TAHUN DUA A
Tarikh
Masa
Tajuk
Tahun
Bil. Murid

:
:
:
:
:
:

Hasil Pembelajaran

16 Oktober 2011 (Rabu)


10.20 10.50 Pagi (30 Minit)
Isipadu Cecair
2A
25 Orang Murid
10.1 Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan
isipadu dalam konteks amalan.

Guru menyoal dan menerangkan konsep isipadu cecair.

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran

Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan meminta


murid menjawab lembaran kerja yang diberi menikut kumpulan
masing-masing.
Guru dan murid menyemak hasil jawapan setiap kumpulan dan
memberi respon terhadap jawapan tersebut.
Guru meminta murid menjawab lembaran kerja individu.
Menyanyi lagu Saya Ada Gelas bersama-sama.

:
*Kemahiran bernilai tambah:
Pengisian Kurikulum

Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, intrapersonal


Kemahiran generik

: Kemahiran Berfikir

Pembelajaran Konstuktivisme : Pembelajaran Kendiri


*Strategi :
Direktif,Mediatif, dan Pemerhatian.

*Penggabungjalinan :
Penekanan Konsep

Mendengar, bertutur, membaca, dan menulis

5P
*Penyerapan :
Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.
*Penilaian :
Formatif
Bahan Sumber
Pengajaran dan

Buku Teks, lembaran kerja, kad manila gelas dan minuman tin.

Pembelajaran (BSPP)
Pengetahuan perlu ada

Murid-murid mengetahui cecair dan peralatan yang digunakan

Nilai-nilai murni

untuk mengisi cecair.


Kerjasama, menghormati, berani, yakin, berdikari, dan berusaha.

6
PROSEDUR PELAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAHUN 2 A

Murid Linus
Set Induksi
3 Minit

Aktiviti
Murid Perdana

Catatan

Guru memperlihatkan 3 gelas yang berisi susu

Murid akan akan menyatakan

kacang dan meminta murid menyatakan

pendapat masing-masing

kuantiti cecair dalam gelas.


Guru bimbing murid

Murid murid mengeja

Aktiviti kumpulan LINUS

murid menyebut

dan menyebut

dibimbing oleh guru ( Group

perkataan penuh,

perkataan dari kad

Teacher-Led)

Langkah 1

separuh penuh dan

perkataan.

Aktiviti individu untuk kumpulan

7 Minit

kosong serta sedikit

perdana dijalankan secara

dan banyak, melalui

berdikari.(Individual

kad perkataan.

Independent)

Langkah 2
7 Minit

Guru menguji murid

Murid menjawab

Aktiviti murid murid linus

dengan lembaran kerja

soalan berdasarkan

dijalankan dalam kumpulan

yang disediakan.

lembaran kerja yang

kecil ( Group Independent)

diberikan.

Aktiviti murid murid perdana


dibimbing oleh guru (GTL)

Secara berkumpulan ( gabungan murid LINUS


Langkah 3
7 Minit

dan murid perdana) murid mengelas isipadu


cecair mengikut kumpulan atau kuantiti isipadu.

Aktiviti kumpulan campuran (GI)

Langkah 4
3 Minit

Guru dan murid menyanyikan lagu Saya Ada


Gelas beramai-ramai.

Aktiviti kumpulan campuran (GI)

Penutup
3 Minit

Guru merumuskan topik yang telah dipelajari.

7
4.0 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Gagasan guru sebagai penyelidik (teacher as researcher) yang dipelopori oleh Lawrence
Stenhouse pada tahun-tahun 70 an di United Kingdom adalah merupakan satu usaha ke arah
pembangunan profesionalisme guru. Gagasan ini menonjolkan kepentingan penyelidikan dalam
tugas guru bagi meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka. Dengan ertikata lain, tugas
guru bukan sahaja tertumpu kepada tugas rutin mengajar, tetapi juga bertindak menjadikan
tugas mengajar itu menarik dan mendatangkan kepuasan. Gagasan ini juga menekankan yang
sesuatu perubahan dan peningkatan amalan dan profesionalisme guru itu perlu digerakkan dari
dalam kelompok itu sendiri. Dicetus dan dikembangkan oleh kelompok itu sendiri. Salah satu
usaha yang boleh dijalankan adalah melalui kajian tindakan.
Budaya menyelidik memerlukan bukan sahaja guru terlibat dalam inkuiri, tetapi juga guru
serta lain-lain pihak secara kolaboratif mencari kefahaman yang lebih baik tentang pendidikan
dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan. Bagi mempastikan
budaya menyelidik terus wujud dan dikekalkan di sekolah, memerlukan komitmen dan
penghargaan yang berterusan terhadap usaha inkuiri, saling menghormati, serta saling sokong
menyokong di antara guru dan pihak pentadbir, kesanggupan untuk mencuba idea dan amalan
baru serta sentiasa bersikap terbuka kepada perkara-perkara yang tidak dijangka.
Bilik darjah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori pendidikan.
Guru sebenarnya di kelilingi oleh sumber-sumber yang kaya yang boleh dijadikan bahan
penyelidikan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendak merealisasikan aspirasi
pedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.
Schon (1983) mengemukakan konsep reflection-in-action dan knowing-in-action sebagai
proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan
peningkatan praktis profesional. Elliott (1993) pula menekankan betapa perlunya refleksi yang

sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional
yang dibuat oleh seseorang guru.

8
Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme
Hubungan kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme guru mungkin berkembang
dalam ruang pemikiran yang melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai
tanggungjawab dan jangkaan seperti berikut:

Profesional melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukannya secara kreatif.

Profesional mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan.

Profesional memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan


celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan.

Profesional dipertanggungjawabkan mengguna dan mengamalkan amalan-amalan


yang terbaik.
(Sagor, 2000)

Melalui kajian tindakan guru akan dapat melihat bahawa kerja mengajar adalah bukan
sesuatu yang rutin. Ini memandangkan bahawa setiap strategi yang digunakan adalah
bergantung kepada situasi dan konteks. Tidak ada satu strategi yang sesuai digunakan
untuk semua kelas, murid atau konteks. Oleh itu, melalui kajian tindakan guru dapat melihat
strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Ini
menjadikan kerja mengajar itu bukan sesuatu yang rutin dan sama sahaja sepanjang masa.

Kepentingan Kajian Tindakan Guru


Dalam perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa kajian tindakan sekiranya dijalankan
dengan baik akan memberi manfaat dan faedah kepada guru dan juga murid. Jelaslah bahawa
kepentingan kajian tindakan ini boleh dijadikan:

i. Sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data


Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa
membuat keputusan tentang sesuatu tindakan yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada
keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada keupayaan guru
menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan.
9
Bentuk dan sumber maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat.
Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan
kerelevannya, ianya mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik.
Kajian dapat membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam mengenalpasti
keperluan, menilai tindakan dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat
berasaskan data.

ii. Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru


Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah
sebagai asas perkembangan profesionalisme guru.Dengan ertikata yang mudah, sebagaimana
mengikut Lawrence Stenhouse, tiada perkembangan kurikulum tanpa perkembangan guru.
Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan amalan
mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini
bersesuaian dengan konsep dan ciri-ciri professional yang menekankan peningkatan ilmu dan
kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.
Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan
seperti berikut:
a)

Apa yang kita hendak ketahui?

b)

Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?

c)

Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?

d)

Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan


persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?

e)

Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?

Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan situasi pengajaran sebenar di dalam bilik
darjah, sudah tentu menemui pelbagai masalah dalam pengajaran. Kalau begitu, bagaimana
guru mengenal pasti isu yang akan dijadikan kajian tindakan? Garis panduan berikut mungkin
boleh membantu:
10
Skop kajian:

adakah isu/masalah tersebut wujud di dalam kelas pengajaran saya?

bolehkah saya melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah tersebut?

bolehkah saya melakukan perubahan ini bersendirian atau memerlukan bantuan rakan
guru lain?

Kerelavanan isu/masalah:

sejauh mana pentingnya isu tersebut perlu diperbaiki?

apakah ia merupakan isu jangka panjang atau jangka pendek?

apa tindakan sebenar yang boleh saya lakukan untuk mengatasi isu tersebut?

adakah saya benar-benar berminat untuk memperbaiki isu ini?

Kebolehurusan fokus kajian:

adakah saya benar-benar mempunyai masa untuk memperbaiki isu ini?

kalau ya, apakah persiapan yang perlu saya lakukan?

Keserasian dengan tugas mengajar:

apakah usaha yang akan saya lakukan nanti sememangnya saya sentiasa lakukan?

bolehkah kerja-kerja kajian tindakan ini saya gabungkan dengan kerja mengajar saya
seharian?

Dalam merancang usaha untuk memperbaiki kelemahan murid tersebut sebenarnya


bukanlah suatu perkara asing bagi kebanyakan guru. Tugasan berkenaan memang berkaitan

dengan merancang pengajaran bezanya merancang sesuatu aktiviti kecil dan fokus kepada isu
tersebut sahaja. Cumanya sebagai guru yang bertanggungjawab hanya menentukan sama ada
aktiviti tersebut hendak dilaksanakan semasa proses pengajaran ataupun memperuntukan
sedikit masa berinteraksi dengan murid berkenaan selepas waktu mengajar.

11
Langkah langkah Dalam Kajian Tindakan

Untuk melaksanakan kajian tindakan di sekolah, seorang guru perlulah mengambil kira
beberap aspek penting bagi memastikan kajian tindakan yang dijalankan menepati matlamat
yang hendak dicapai. Antara aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah langkah-langkah
umum kajian tindakan seperti Tinjauan Awal, Merancang Tindakan, Melaksanakan Tindakan,
Pemerhatian dan Analisis Data serta Refleksi dan Penilaian.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN BERDASARKAN ISU


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU

Langkah 1
Mengenalpasti masalah yang akan dikaji
1. Pemerhatian
Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dan melalui respon murid kepada soalan - soalan yang
diajukan.

2. Temubual
Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal
terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai nilai tempat dan nombor.
Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi
temu bual ini dilakukan bersama murid di sekolah dan bersama ibu bapa atau penjaga dalam
sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan pihak pentadbir serta guru pemulihan.
3. Ujian Pra
Ujian pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian.
Analisis Tinjauan Masalah
Pemerhatian
Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang
12
lalu, saya mendapati murid murid lemah dalam mengenalpasti nilai tempat dan nilai digit bagi
nombor hingga seratus. Kelemahan ini dapat dikenalpasti melalui cara mereka menulis nombor
dan menyelesaikan 4 operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Contoh :

123

543

+ 31

-147

12 X 5 =____

20 10 =_____

Temubual
Hasil daripada temubual yang saya jalankan dengan dua orang murid.
Temubual 1
Guru

: Adakah kamu berminat untuk mempelajari matematik?

Murid : Ya, saya berminat.


Guru

: Apa perasaan kamu apabila kamu tidak boleh menulis nombor dengan betul?

Murid : Saya rasa malu dengan cikgu dan rakan rakan yang lain.
Guru

: Apa yang kamu rasa sukar berkenaan nombor?

Murid : Masalah nak tulis dalam bentuk lazim, tak tahu nilai tempat dan nilai digit.
Guru

: Di rumah kamu belajar?

Murid : Tidak.
Guru

: Kenapa tidak belajar?

Murid : Ayah dan ibu tak suruh pun, lagi pula tidak ada siapa nak tunjuk.
Temubual 2
Guru

: Adakah kamu berminat untuk belajar operasi asas matematik?

Murid : Apa itu operasi asas cikgu?


Guru

: Tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid : Kurang minat cikgu.


Guru

: Kenapa pula?

Murid : Susah cikgu, kalau nombornya ada banyak.


Cikgu : Di rumah tidak belajar?
Murid : Tidak, petang pergi kebun, malam tidur awal sebab penat, lagipun tiada yang ajar.
13
Ujian Pra
Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid dalam aspek kemahiran
menyebut dan menulis nombor. Ujian pra yang dijalankan dalam beberapa aspek seperti :
i.

Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.

ii.

Ujian lisan dan penulisan.

iii.

Ujian saringan ke atas setiap orang murid dalam kumpulan sasaran ini.

Jadual 1 menunjukkan dapatan dari ujian pra yang telah saya jalankan.
Jadua 1 : Tahap Penguasaan Murid Dalam Aspek Nilai Tempat dan Nilai Nombor
Perkara / Aspek
Penguasaan Nombor
Penguasaan Nilai Tempat
Penguasaan Nilai Digit
Penguasaan Operasi Tambah
Penguasaan Operasi Tolak
Penguasaan Operasi Darab
Penguasaan Operasi Bahagi

Isu Kumpulan Sasaran


Lemah
Sangat Lemah
5
4
12
5
12
5
8
10
10
12
11
12
12
12

Langkah 2
Merancang Tindakan
Tumpuan kajian kitaran pertama ini adalah untuk menangani masalah pembelajaran yang
berkaitan dengan penggunaan nilai tempat dan nilai digit yang betul supaya tidak timbul
kekeliruan dalam menggunakannya. Fokus kajian ini adalah terhadap amalan pengajaran guru.
Berdasarkan tinjauan awal yang telah saya lakukan, saya membuat perancangan kajian
tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan nilai tempat
dan nilai digit. Oleh itu, saya telah merancang mengadakan sesi pengajaran yang khusus
memberi tumpuan kepada aspek-aspek tersebut. Pengajaran bagi kedua-dua unsur dalam
nombor ini perlu dijalankan secara khusus. Sebelum melaksanakan pengajaran tersebut,
14
rancangan pelajaran perlu disediakan dengan teliti supaya pengajaran yang akan dilaksanakan
akan mencapai objektifnya. Sesi pengajaran yang akan dijalankan adalah sebanyak dua kali.
Berikut ialah Rancangan Pelajaran yang telah disediakan untuk pengajaran tersebut.
Set A
Mata Pelajaran

: Matematik

Tarikh

: 12/10/2011

Masa

: 0820 0920 Pagi (60 Minit)

Kelas

: 2A

Bilangan Pelajar

: 25 Orang

Tajuk

: Nombor Bulat Hingga 100

Hasil Pembelajaran

: Menyusun nombor hingga 100


a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan menurun.

Bahan bantu Mengajar : 1. Tali


2. Penyepit baju
3. Wisel
4. Set kad angka dalam lingkungan 100
Langkah Pengajaran :
1. Bentukkan kumpulan (10 orang).
2. Rentangkan di dalam kelas seutas tali bersama sepuluh penyepit baju bagi setiap
kumpulan.

3. Edarkan satu set kad angka yang berbeza kepada setiap kumpulan. Setiap murid
diminta memilih satu kad.
4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Murid perlu menggantungkan kadnya sepanjang tali
tadi mengikut tertib menaik.
5. Semak jawapan bersama sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan
yang betul adalah pemenang.
6. Minta kumpulan bertukar tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib
menurun.
7. Latihan Pengukuhan.
15
Set B
Mata Pelajaran

: Matematik

Tarikh

: 14/10/2011

Masa

: 1020 1120 Pagi (60 Minit)

Kelas

: 2A

Bilangan Pelajar

: 25 Orang

Tajuk

: Nombor Bulat Hingga 100

Hasil Pembelajaran

: Menyusun nombor hingga 100


b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan menurun.

Bahan bantu Mengajar : 1. Wisel


2. Set kad angka dalam lingkungan 100 ( nombor genap yang
berurutan, sepuluh kad dalam setiap set )
3. Set kad angka dalam lingkungan 100 ( nombor ganjil yang
berurutan, sepuluh kad dalam setiap set )
Langkah Pengajaran :
1. Bentukkan kumpulan (10 orang).
2. Letakkan satu set kad angka genap secara berselerak bagi setiap kumpulan.
3. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap murid perlu memilih satu kad dan berbaris
secara tertib menaik.
4. Semak jawapan bersama sama. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan
yang betul adalah pemenang.

5. Minta kumpulan bertukar tukar set nombor mereka. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib
menurun.
6. Kumpulkan semula set kad angka tadi.
7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan menggunakan set kad angka ganjil pula.
8. Latihan pengukuhan.

16
Langkah 3
Menjalankan Tindakan
Semasa proses tindakan ini dijalankan saya telah berbincang dengan ketua panitia Matematik,
guru-guru matematik dan guru pemulihan untuk meminta jasa baik dan kerjasama untuk
membantu saya dari segi keperluan bahan, dokumen dan nasihat serta tunjuk ajar. Kajian yang
dimulakan pada 15 September ini berakhir pada 15 November. Sepanjang proses kajian
tindakan ini berjalan, saya menggunakan latihan dan kerja rumah murid sebagai instrument
untuk penilaian dan analisis berkenaan keberkesanan projek yang telah saya jalankan.
Langkah 4
Pemerhatian dan Data Analisis
Melalui pemerhatian dalam kelas iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran saya dapati ada
perubahan yang berlaku pada setiap minggu terhadap masalah murid. Mereka mula
menunjukkan minat yang lebih dan perubahan dan peningkatan juga boleh dilihat berdasarkan
latihan, kerja rumah, ujian bulanan dan ujian saringan yang diberikan. Meskipun peningkatan ini
tidaklah setinggi mana namun, bilangan murid yang lemah semakin berkurangan. Selain itu,
temubual terkini yang saya jalankan terhadap murid yang ditemubual sebelum kajian dijalankan
juga memberikan respon perubahan yang positif.

Langkah 5

Melakukan Refleksi
Selepas kajian tindakan dilaksanakan saya mendapati bahawa murid sebenarnya memiliki
berbagai masalah yang boleh mempengaruhi pembelajaran mereka. Daripada hasil kajian juga
didapati bahawa penumpuan yang lebih perlu diberikan untuk mencapai satu satu objektif
selain kepelbagaian teknik mengajar, aktiviti, bahan bantu dan pendekatan yang bersesuaian.
Kekangan sukatan pelajaran selalunya akan menganggu fokus dan penekanan
seseorang guru terhadap objektif yang hendak dicapai menyebabkan adanya murid yang cicir
atau ketinggalan. Tetapi dengan kajian tindakan, di mana guru boleh memilih kumpulan sasaran
yang bertujuan untuk diperbaiki, masalah ini boleh diatasi.
17
Hubungan yang baik di antara sesama rakan sekerja juga adalah di antara aspek yang
boleh membantu dalam pelaksanaan kajian tindakan. Komen, maklum balas dan bimbingan
mereka ialah antara faktor yang dapat membantu dalam kajian ini. Data dan dokumentasi
berkaitan boleh dirujuk kepada rakan sekerja yang berkenaan.
Walaupun tindakan dan intervensi yang dilaksanakan masih belum mencukupi dan perlu
diperbaiki lagi, sekurangnya kurangnya kajian pertama ini telah menunjukkan satu penanda
arasnya yang tersendiri sekiranya ia dilaksanakan dengan lebih terancang dan sebaik mungkin
khususnya dalam menangani isu murid bermasalah.
Isu yang pada mulanya saya anggap sebagai masalah murid yang memang tidak mahu
belajar samata mata rupanya adalah silap setelah menjalankan kajian tindakan. Masalah
pwerlu dikenal pasti dan dialami sebelum mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan
tidak boleh hanya sekadar membuat kesimpulan awal dan berpegang kepada kesimpulan itu
tanp melakukan apa apa usaha menangani masalah murid.
Anggapan bahawa murid tidak mahu belajar, tidak akan jadi pandai atau memang
keturunannya begitu adalah tidak benar sama sekali. Ibarat kata pepatah jika tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya . Inilah sebenarnya fungsi guru iaitu mengkaji dan
menganalisis masalah murid untuk mencungkil segala yang terpendam bagi digilap dan diasah
dalam usaha melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Pengalaman menjalankan kajian ini telah menunjukkan kepada saya bahawa
pencapaian murid banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar yang ada pada jangkaan guru
tidak mempengaruhi proses pengajaran. Amalan-amalan guru termasuklah bercakap terlalu

cepat, bentuk soalan, hubungan guru-murid, dan beberapa amalan lain. Melalui pengalaman ini,
saya mendapati amalan-amalan demikian adalah antara faktor yang membuatkan murid
menjadi bosan dan tidak memberikan tumpuan kepada pelajaran. Amalan ini apabila berlaku
berulang kali akan menjejaskan proses pembelajaran murid.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa pencapaian tiap-tiap murid boleh dipertingkatkan
apabila masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka dalam proses pembelajaran dapat diatasi.
Bagi memahami masalah murid, guru perlu sentiasa peka terhadap perubahan perlakuan
mereka dalam sesuatu pelajaran seperti mengantuk, berbual-bual ketika guru mengajar, tidak
aktif dan sebagainya. Perlakuan-perlakuan itu adalah petunjuk kepada keberkesanan
pengajaran guru.
18
Walaupun begitu, segala kelemahan yang timbul ini mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya ialah guru terlalu terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat. Guru
kadangkala terpaksa berkejar untuk menghabiskan sukatan tanpa mengambil kira prestasi
murid. Selain itu, wujud juga masalah tumpuan pengajaran yang terlalu cenderung kepada
peperiksaan.
Jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan bermula dengan masalah atau prihatin yang
dikenalpasti oleh pengamal sendiri dalam kerja-kerja seharian mereka. Masalah dan
keprihatinan itu perlu dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah dilakukan di
samping mengumpulkan bukti-bukti yang relevan bagi menjelaskan lagi permasalahan yang
ingin dikaji. Selaras dengan perkembangan tradisi kajian tindakan ini, proses dan prosedurnya
juga berkembang dan berbeza mengikut bidang serta orientasi penyelidik yang terlibat dalam
kajian tindakan. Dari proses dan prosedur awal kajian tindakan yang dikemukakan oleh Lewin,
ianya terus berkembang dari segi pendekatan dan paradigmanya oleh penyelidik-penyelidik
kemudiannya seperti Kemmis, Elliott, Ebbutt, Somekh, Stringer dan lain-lain. Faedah yang
utama mengenai kajian tindakan adalah peningkatan amalan, peningkatan pemahaman ke atas
amalan oleh pengamalnya serta peningkatan situasi di mana amalan berlaku. Ciri-ciri utama
kajian tindakan adalah penglibatan dan kolaborasi, berorientasikan tindakan, kritikal serta
proses gelungan yang melibatkan secara ringkasnya sebagai perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi.

19

Himpunan Forum
Forum 1

Forum 2

Forum 3

Forum 4

Forum 5

Bibliografi

Carr, W. & Kemmis, S., (1986) Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research,
London:Falmer Press.
Elliott, J., (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham:Open University Press
Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim:
Penerbit UPSI
Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey:Pearson Prentice Hal
Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to
Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon

Anda mungkin juga menyukai