Anda di halaman 1dari 7

Artikel 1 : Guru Sambung Belajar

1.0 Pengenalan

Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu
menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung
sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini
tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16
Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Kementerian Galak
Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa
Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke
peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua
guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah
rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan
guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat
untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama.
Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang
perlu ditempuhnya untuk menuju ke syurga.

Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga
kepada golongan yang mahu menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting dalm membina
kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan perkara perkara yang baik. Kualiti dibawah
MS ISO 9000 ialah keseluruhan ciri ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat
memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Guru adalah pendidik yang akan
menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan
datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan kepentingannya. Oleh yang
demikian guru harus mempunyai kualiti diri yang baik.


Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru
yang memperolehipengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah. Guru ini akan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak kanak,
ilmu kaedah mengajar, ilmu mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri
dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dan konteks
pendidikan.

2.0 Perkembangan hujah hujah

Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin menuntut setiap individu
sentiasa memandang jauh ke hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara
dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke 21.
Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic
excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa memerlukan negara meningkatkan
kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status World Class
Education. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta
dinamis pendidikan negara khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredibiliti yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.


Perubahan yang pantas memerlukan individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan
kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan kemahiran memerlukanpengetahuan, maka
pembelajaran berterusan adalah penting untuk seseorang itu mejadi lebih profesional dan sentiasa
releven mengikut perubahan semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga dibicangkan oleh
Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek
yang berterusan dalam kehidupan manusia. Pembelajaran sepenjang hayat bermaksud motivasi
kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal
atau profesional.

Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita cita yang kuat untuk meneruskan
kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan
kemahiran dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar
dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari masa ke masa. Memetik kata kata Pat Basset,
Presiden National Assosiation of Independent School (2009) bahawa terdapat satu korelasi yang
kuat secara langsung antara perkembangan profesional guru terhadap pencapaian murid. Perubahan
yang berlaku dalam era globalisasi kini menuntut setiap guru untuk menguasai ilmu.

Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi.
Jesteru, organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai matlamat
yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu akan meningkatkan lagi kompentensi
dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap individu dalam sesebuah
organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang
serta mewujudkan peluang baharu dimasa hadapan.

Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang
berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan
kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina
kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa.
Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan
orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan
penyebaran ilmu yang dilakukan adalah tepat. Dr Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa
Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan
diri baik secara langsang atau tdak langsung dengan kegiatan ke ilmuan si setiap kesempatan dan
keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi diperingkat masyarakat,
diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Menurut beliau lagi, budaya ilmu adalah
satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala
kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian,
memang sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi
supaya mereka sentiasa mempunyai pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan murid.

Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada
sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha
reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat
utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui
pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta
fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang pentingkan mendalami ilmu dengan
lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli
profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan
kepada negara secara amnya.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu amalan yang amat tepat.
Memandang guru adalah contoh atau role model yang paling dekat dengan murid, maka belajar
bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru
sendiri. Setiap guru harus merangka pelan pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat
dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah dengan berusaha untuk
meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas
rasa keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa
strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka
memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Setiap guru
boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang
yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya adalah seperti
berikut :

i. Program Diploma Perguruan Khas
Mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah
dengan menyediakan guru siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005.

ii. Program Diploma Perguruan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma
Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan
cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

iii. Program Pensiswazahan Guru
Kursus kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999
telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus kursus yang diadakan dengan
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki
untuk Guru Besar.


iv. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat ijazah
dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama empat tahun.
Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh
masa di IPG dengan kurikulum yang sama.

v. Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti
Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat
dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah
walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk
memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa berda di paras yang maksimum telah
menjalankan bebrapa program khas bagi memastikan terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang disediakan
ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti universiti di Britain,
Amerika Syarikat dan Australia.

Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan
bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti
mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang
menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini
amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya.

3.0 Implikasi dan kesan

Tokoh tokoh dalam bidang pendidikan seperti Zaba, Profesor Tan Sri Dr Awang Had Salleh, Tan Sri
Wan Zahid dan ramai lagi menjadi tokoh dalam bidang pendidikan kerana mereka mampu
memainkan peranan sebagai insan yang mampu menjentik dan menyuntik kesedaran kepada
masyarakat. Melalui ilmu yang dimiliki oleh mereka tokoh tokoh ini memainkan peranan yang
penting dalam bidang pendidikan. Mereka merupakan insan yang tidak jemu jemu meneroka ilmu
walaupun telah mempunyai ijazah dan kehidupan yang selesa. Perkembangan dalam dunia
pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran mereka sejajar dengan keperluan
semasa.

Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah dapat
menigkatkan kualiti profesioanal dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi
merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai daya usaha
untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang
membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk menigkatkan diri akan
berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya
menarik dan berkesan.

Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya. Oleh itu, guru
bertanggungjawab meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi perkhidmatan yang
bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan cekap dan
sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin bertambah. Ini merupakan salah satu usaha
untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan sahaja pesat tetapi juga telah sampai
ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat
lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang
diperolehi oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak
berguna lagi dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam
bidang kerja yang semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita
mungkin tidak mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya
seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.

Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru dapat menghadapi cabaran dan
tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya lebih berkesan.
Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri dengan ilmu ilmu baru
agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu
dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai matlamat
pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri
dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap wujud, Contohnya ialah akan wujud
masalah pengurusan masa sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan baik.
Pengurusan masa merupakan aspek penting di dalam gaya hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang
menyambung pelajaran megalami masalah untuk membahagikan masa dengan kerjaya, pelajaran
serta keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri
mereka terjejas. Disini, kemahiran dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya guru
tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang dikejarnya. Tanpa kemahiran pengurusan masa
memungkinkan guru tidak akan dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti berniaga kerana tekanan kehidupan.
Sambung belajar memerlukan kos yang tinggi Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi sekarang
dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini akan memaksa guru bertindak untuk
mencari kerja sampingan yang lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru
menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan in sudah pasti
memerlukantenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima padahnya.
Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya dengan keadaan yang lesu.
Akhirnya pengajaran terjejas dan di buat ala kadar sahaja.


4.0 Cadangan

Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan ketika guru sambung belajar ini ialah
kerana mengenakan yuran percuma kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini merupakan
sebahagian daripada galakan kerajaan untuk menggalakkan guru guru untuk meningkatkan kualiti
diri mereka agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini. Sememangnya ada
biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan namun jumlahnya adalah terhad. Jadi, ini menutup
peluang guru guru yang berminat untuk menyambung pelajaran. Dengan adanya yuran pengajian
yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan semangat untuk guru guru untuk memajukan
diri.

Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya digunakan bagi guru yang sedang
belajar. Mereka tidak perlu menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu melihat
webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan seperti tugasan juga dibuat secara maya.
Sekiranya perlu, guru ini boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah. Pembelajaran
secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke
kelas. Pembelajaran seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai banyak komitmen lain.


5.0 Rumusan

Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru melanjutkan pelajaran ke peringkat
lebih tinggi demi masa depan dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri pada
guru adalah penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat sebaik sahaja sahaja tamat latihan
perguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada
kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan
cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia
pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.

Anda mungkin juga menyukai