Anda di halaman 1dari 21

PENDIDIKAN SENI VISUAL

SENI HALUS
LUKISAN
Lukisan 1
ENTER
PENGENALAN
1. Lukisan merupakan aktiviti melukis menggunakan media
kering bagi mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada
sesuatu permukaan.
2. Lukisan merupakan asas kepada semua kegiatan
menggambar sebagai usaha lanjutan kepada bidang-bidang
seni seperti catan, cetakan, arca dan sebagainya.
3. Lukisan awal di tanah air dijumpai sejak Zaman Batu yang
dilukis pada dinding gua seperti di Gua Niah, Sarawak dan
Gua Tambun, Perak.
PERBEZAAN LAKARAN, LUKISAN DAN CATAN
1. Lakaran proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai
punca idea serta perkembangan.
2. Lukisan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih
sistematik yang menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang
dan komposisi.
3. Catan merupakan hasil karya menggunakan pelbagai
teknik dan bahan pewarna seperti cat yang memerlukan
bahantara air dan minyak.
ALATAN DAN MEDIA
1. PENSEL
i. Dibuat daripada arang dan tanah liat.
ii. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel tersebut,
di mana gred (H) digunakan untuk melakar manakala
jenis gred (B) digunakan untuk lorekan atau
menghasilkan ton.
MEDIA PENSEL
LUKISAN PENSEL
2. ARANG
i. Merupakan batang kayu yang terbakar.
ii. Media yang tertua pernah digunakan.
iii. Kelebihan arang ialah boleh menghasilkan kesan gelap
yang maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam,
lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam
kawasan yang luas pada masa yang singkat.
iv. Teknik yang biasa digunakan untuk media arang ialah
teknik gosokan, lorekan, basahan dan memadam.
MEDIA ARANG
LUKISAN ARANG
3. PEN
i. Pelbagai pen boleh digunakan untuk menghasilkan
lukisan seperti pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker,
pen menulis dan sebagainya.
ii. Pen-pen tersebut memberikan kesan lorekan yang
berbeza.
iii. Pen teknikal memberikan kesan yang lebih halus dan
terperinci.
MEDIA PEN
LUKISAN PEN
Lukisan 2
ENTER
4. PASTEL
i. Terdapat dua jenis pastel iaitu oil pastel dan soft pastel
yang memberikan kesan yang berbeza.
ii. Lukisan yang menggunakan pastel hendaklah
dimatikan dengan menggunakan fixer atau pemati
warna bagi menghalang dari warna tersebut
tertanggal.
MEDIA PASTEL
LUKISAN PASTEL
TEKNIK-TEKNIK MELUKIS
1. Teknik Garisan
2. Teknik Garisan Silang
3. Teknik Titik-titik
4. Teknik Lorekan
5. Teknik Gosokan
6. Teknik Campuran
Lukisan 3
ENTER
ASAS-ASAS SEBELUM MELUKIS
1. Memilih teknik melukis.
2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara
penimbulan tiga dimensi ilusi.
3. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
* Tetingkap fokus merupakan sekeping kad bod yang
ditebuk di bahagian tengah bagi tujuan memfokus
sesuatu objek.
4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5. Seterusnya membuat lakaran objek.
JOM
BERKARYA!!!

Anda mungkin juga menyukai