Anda di halaman 1dari 11

http://engrfirdausidris.blogspot.com/2010/02/premix-return-of-making.

html
Premix (Return of The Making....)
Disambung lagi

Dalam artikel sebelum ni saya ada tulis ada 2 jenis loji. Loji
bancuhan pertama yakni loji bancuhan dram, yg paling biasa
digunakan di Malaysia dan seluruh dunia kerana mudah dialih,
mudah dipasang, kos penyelenggaraan yg rendah telah
diterangkan dalam artikel sebelum ni.

Kali ni, saya akan terangkan tentang sebuah loji bancuhan yg agak
jarang digunakan di Malaysia. Ini adalah kerana kos
penyelenggaraan yg tinggi, pengendalian berkomputer yang
memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, dan alat ganti yg agak
sukar ditemui. Walaubagaimanapun, terdapat syarikat2 besar di
Malaysia telah cuba mengadaptasi system ini, dengan
mengabaikan masalah yg tersenarai di atas kerana premix yg
dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini lebih berkualiti dari
kaedah biasa, yakni kaedah campuran dram di samping dengan
menggunakna kaedah ini juga, premix2 spesial (akan kita
bincangkan kemudian apakah premix special) juga dapat
dihasilkan, memandangkan premix2 spesial semakin mendapat
sambutan di kalangan pihak2 berkuasa (spt JKR,Majlis dll)
kerana sifat2nya yg special. (nanti kita bincangla, senang cakap).

Loji yg saya maksudkan di atas adalah loji bancuhan
kelompok.(Batch Plant).


Besar kan banding dgn loji dram? Bandingkan saiz kereta dan
jentolak kat sebelahnya. Komponen utama dalam loji kelompok ni
adalah bekas makan sejuk, cold-feed bin (aik?? Sama macam loji
dram je, memang sama pn, fungsinya masih lagi tempat pertama
batuan diterima dan diasingkan, bentuknya pn sama jgk mcm
dalam artikel sebelumnya), tangki minyak asphalt, silo simen
(dalam gambar di atas Nampak x menara silinder di sebelah kiri
dan ada paip penghubung di antara menara silender dan menara
empat segi bertangga tu. Menara silinder tulah silo simen),
pengering batuan dan system kawalan asap (asap putih yg keluar
di belakang menara tu telah ditapis, jadi jgnla risau psl
pencemaran alam. Kontena belakang tulah penapisnya). Ok
seterusnya saya akan cerita mcmn premix dicampurkan dan
dihasilkan dlm system yg agak komplikated ni, jd klu x phm pn
buat2la phm ye..

Pertama2 sekali, batuan yang telah dilonggokkan mengikut saiz
dikumpul berhampiran dgn loji (kalau dlm gambar loji di atas kita
Nampak longgokan batuan dibelakang jentolak tu. Kalau ada
order premix, jentolak akan mengangkut batuan dari longgokan
dan memasukkan dalam cold-feed bin (bekas makan sejuk).



Samakan mcm dlm artikel sebelumnya?? Sebenarnya waktu ni
prosesnya sama macam dlm loji dram Cuma saya terangkan lebih
lanjut sebab bila saya baca artikel sebelumnya saya rasa org susah
nak paham. Nampak x ada batang besi yg mencacak naik dari
bekas makan sejuk tu, tu sensor/camera untuk nak mengetahui
batuan yg dimasukkan adalah ke dalam bekas yg betul. (dalam
gambar di atas ada Nampak ada 5 bekas).

Seterusnya, bekas akan dihantar untuk dipanaskan dengan
menggunakan conveyor belt mcm dlm gmbr di bwh :-


Batuan akan dihantar dengan menggunakan conveyor-belt ke
dram (aik?? Dram?? Kata ini loji kelompok, kenapa ada dram??)
ok, dram ini berfungsi untuk memanaskan batuan sahaja, x
seperti loji bancuhan dram (di mana bancuhan batuan dan
asphalt dilakukan dalam dram), malahan penunu untuk dram ini
pun terletak di belakang, x seperti loji dram di mana penununya
di hadapan sewaktu batuan mula2 masuk. Saya mintak maaf tiada
gambar untuk dram dalam loji kelompok ni, saya x sempat tgkap.
Batuan seterusnya diangkat ke kemuncak menara dgn
menggunakan bucket elevator mcm dlm gambar di bawah.

Gambar dari http://www.screwconveyors.co.nz/buckets.jpg

dan dibuang ke kemuncak menara mcm dlm gmbar di
bawah.(sekali lagi mintak ampun xde gambar elevator. Saya
Cuma mampu sediakan gambar dari web je sebab semua
sistemnya tertutup.


Gambar dari http://www.screwconveyors.co.nz/buckets.jpg
Bila batuan dah sampai di kemuncak menara, (dalam gambar di
atas sekali,menara dimaksudkan adalah menara segiempat
bertangga tu.)batuan akan sekali lagi proses penapisan. Saya
berpeluang untuk ke kemuncak menara dan menangkap gambar
proses tersebut dijalankan. Inilah gambarnya.


Haaanampak x batuan diasingkan? X Nampak? Saya pn, kan
saya dah kata semua sistemnya tertutup untuk keselamatan dan
penjagaan kualiti bahan.

Gambar dari http://www.hub-4.com/images/news/2028.jpg

Lebih kurang mcam nila bentuk pengayaknya. Nampak x sebelah
kanan gambar tu ada 6 lapis pengayak? Setiap satunya lebih
kurang mcm nila.

Gambar
darihttp://www.shaktiengineersonline.com/images/vibrating%20screen.jp
g

Tapi mengikut saiz. Batuan yg telah dipanaskan dan diasingkan
akan disimpan di dalam bekas panas yg terletak di bawahnya
sehinggalah ada lori di bawahnya untuk premix dibuang.

Pada waktu yg sama, simen akan dipam masuk ke dalam bekas
simpanannya juga, anda Nampak paip besar kat sebelah kiri
gambar di atas. Itulah paip dari menara silinder (dalam gambar di
atas sekali) ke menara segiempat tu. Kalau ada lori sampai di
bawahnya, semua jenis batuan dan simen akan dicampur dan
turun ke tingkat yg seterusnya di bawah.


Inilah pam asphalt, campuran asphalt, batuan dan simen akan
dimasukkan dalam hopper di tingkat bawah, mcam dalam gambar
dibawah.


Hopper tu akan melepaskan campuran semua ke tingkat bawah
lagi iaitu ke pengisar. (pugmill). Kalau dalam gambar paling atas
sekali, pengisar adalah 2 tangki besar yang anda Nampak tu. Jadi
hopper di atas akan bergerak ke depan/belakang samada tangki
campuran tu akan dimasukkan ke tangki pengisar pertama atau
ke dua. Dalam gambar di atas dia berada di mulut pengisar
pertama dan pengisar berada di tingkat bawahnya. Dalam gambar
di bawah menunjukkan mulut pengisar kedua.


Dan, akhir sekali, premix akan jatuh ke lori. Dalam gambar di
bawah. Lori akan tunggu di bawah dan premix akan jatuh ke
dlamnya. Tapi xde lorila dlm gambar ni.

Saya lupa nak tunjukkan tangki minyak bitumen... Kat bwh ni
gambar tangki minyak bitumen...


Minyak bitumen ini perlulah sentiasa dipanaskan untuk
mengekalkan bentuknya dalam bentuk cecair. Minyak bitumen ni
kalau bawah 100dar. celcius akan menjadi beku. Sebab tu, dekat
belakang lori tangki bitumen anda akan nampak ada tong gas.
Tong gas tu gunanya untuk memanaskan bitumen dalam lori
tangki tu. Dan akhir sekali, semua peralatan dalam loji ni dikwal
oleh sistem SCADA (Apa tu SCADA?) Supervisory Control And
Data Acquisition. Sebuah sistem yg dikwal dan diselia
sepenuhnya melalui komputer. Di bawah ni adalah komputernya.
Jadi seorang operator bolehla mengawal keseluruhan proses
melalui depan skrin komputer.

Anda mungkin juga menyukai