Anda di halaman 1dari 8

Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas.

Sementara menunggu
sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah
karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.

Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah
melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui
fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual
tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya
lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-
masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan,
mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan
penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini
menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas
pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong
sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku
bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat
pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telah pun sampai.













Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan
merancang mengadakan )

Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan
Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji
langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah
telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,
kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa
segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi
kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang
diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin
menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang
prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul
surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta
menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu
Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga
roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.











Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka
menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya.
Sebagai anak yatim piatu aku dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku dijaga)


Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku
menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya.
Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu
bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,Setiap yang hidup
kan mati.
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa
tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,Sekali air
bah, sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku
berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang kualami kucurahkan
kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan
keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal
bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik.
Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku
bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.



















Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak
pernah mengalah. Dia memegang prinsip Mengapa aku tidak boleh jika orang lain
boleh. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan
kepadaku.

Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu,
bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan
kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan,
terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha
bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima,
aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran
peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak
berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat
bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati
membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-
sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas
rahmatNya.


























Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)

Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu
terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya
pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan
dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak,
manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku
bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman
rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut.
Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku
duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa
kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan
berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

























Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.

Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat
pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian
seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira,
menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau
penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang
berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu,
termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan
kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar
sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka
mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan
sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke
sekolah lagi pada pagi esoknya
























Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu
telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.

Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat
kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah
tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. Pergilah untuk
menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari. Kata-kata ayah membuatku
bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala
kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang
persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk
menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi
cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu
menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat
kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran
apabila ditiup angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku
terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,Hutan ini perlu terus dipelihara. Jamil mengangguk
tanda bersetuju dengan kata-kataku.





















Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda
telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang Pengalaman Anda
Ketinggalan Bas Sekolah.

Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan
angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas
untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing.
Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua
kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga
sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam
tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga
menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku
akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan
selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.

Anda mungkin juga menyukai