Anda di halaman 1dari 2

BAHAN-BAHAN:

6 keping roti putih


Semangkuk kecil inti ayam
(saya perap ayam bersama sedikit daun ketumbar
dan ditumis bersama bawang putih dan bawang
merah)
Semangkuk kecil sardin
(saya tumiskan bersama bawang dan masukkan 3
batang cili padi yang dihiris halus. Kemudian
perahkan dengan limau kasturi)
Sedikit kucai untuk taburan
Beberapa biji telur
Taburan lada hitam

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Terap acuan bulat atau gunakan saja cawan atau
mangkuk ke atas roti. Kemudian susun dalam dulang
muffin yang disapu dengan marjerin.

2. Kemudian, bakar roti berkenaan selama 5 minit
pada suhu 180 darjah. Keluarkan.

3. Isikan inti ayam atau sardin tadi. Selepas itu,
pecahkan telur di atasnya. Taburkan sedikit garam,
daun kucai dan lada hitam. Bakar lagi selama 15-17
minit bergantung samada telur separuh masak atau
sepenuh masak yang anda mahukan. Sedap dihidang
bersama sos cili dan mayonis.

Anda mungkin juga menyukai