Anda di halaman 1dari 4

1

SKRIP PENGERUSI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM


SARANA IBU BAPA 2014

Ceramah
sarana




Majlis mempersilakan _____________________________


Untuk menyampaikan ceramah beliau..dengan segala hormatnya
dipersilakan.
******

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ___________
______________________________ di atas ceramah yang
telah diberikan.

Mengumum
Kan ketibaan
YB

Mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato __________




Masuk ke dewan.



Lagu
negaraku
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin
diminta berdiri.



Aluan mc Yang Berhormat Dato __________________________



Yang Berbahagia,

Wakil PPD Kuala Pilah.

Yang Berusaha Encik Mohd Faizal b Abas
Yang Dipertua PIBG SK Senaling.

Yang Berusaha Puan Tinah bt. Aziz
Guru Besar SK Senaling.

Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, serta guru-guru
sekalian.


2


Doa
















Ucapan YDP
PIBG


Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita
menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Mazrin Ezaidi bin Misunon untuk meminpin
bacaan doa.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

(bacaan doa)


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Marin
Ezaidi bin Misunon atas bacaan doa sebentar
tadi.


Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan YDP PIBG
Sk Senaling. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Faizal b Abas, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

* * * *

(ucapan YDP PIBG)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha
En. Mohd Faizal b Abas, atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadI.

Ucapan PPD Sambil duduk mendengar ceramah
Yang tersirat menjadi tersurat
Yang jauh menjadi dekat
Yang panjang menjadi singkat
Yang terlupa boleh diingat

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan wakil/
Pegawai Pejabat Pelajaran daerah Kuala Pilah,


..
Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.


3

(ucapan Pegawai PPDKP)

* * * *

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada wakil Pegawai
Pejabat Pelajaran Kuala Pilah, di atas ucapan yang telah
disampaikan.

Ucapan YB
dan
perasmian

Adat rumah ada tuannya,
Adat kampung ada penghulunya,
Adat negeri ada pemimpinnya.

Di sanggul nyonya cantik tersemat
Melati pemberian jejaka tampan
Apa ertinya tamu kehormat
Jika tidak memberikan ucapan.

Daun teratai daunnya kalis,
Banyak ditanam di tapak semaian,
Belum lengkap nkiranya majlis,
Jika tiada ucapan perasmian.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berhormat Dato ____________________________
____________________________________________
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
pelancaran program sarana ibu bapa sk senaling 2014.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(ucapan YB Dato)
* * * *
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
pelancaran pada hari ini.

Elok manusia kerana ilmu, merah sungguh buah delima
Ilmu dipelajari dengan baik, rasanya manis bila dimakan
Elok pemimpin kerana budimu, huluran yang berhormat dato
kami
Seumur hidup berbuat baik. Terima
Sekalung budi kami ucapkan
(jika ada sumbangan)


Pucuk Paku bunga tulen,
Hidup di hutan tumbuh berjuntai
Elok negeri kerana pemimpin
Pemimpin bertuah bijak dan pandai.




4

Cenderahati
YB
Di dalam puan terisi padi,
Dibawa enam lengkap beralas
Datang tuan tertanam budi,
Budi ditanam hendak dibalas.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, dipersilakan
Puan Tinah bt Hj Aziz, Guru Besar SK Senaling naik ke pentas
untuk menyampaikan cenderahati.
Majlis mempersilakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan :
Yang Berhormat Dato____________________________
__________________________________________
Untuk menerima tanda penghargaan dari kami di SK Senaling.

Dipersilakan pula .
Wakil/ PPD Kuala Pilah untuk menerima cenderahati daripada
kami.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar
atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada para tetamu
kehormat kita.


Burung Nuri burung merpati,
Dari beranda hinggap ke tangan
Hadiah diberi seikhlas hati,
Sebagai tanda buat kenangan.



Penutup dan
jamuan
Lemak rasanya si buah pinang,
Buat menjamu paduka raja,
Makanan lazat sudah terhidang,
Marilah kita menjamu selera.

Majlis dengan ini, mempersilakan Yang berhormat Dato dan
semua tetamu yang hadir ke kantin sekolah untuk menjamu
hidangan yang telah disediakan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Bertemu kita kita di lain waktu.
Wabillahitaufik walhidayah..wassalam..

Anda mungkin juga menyukai