Anda di halaman 1dari 1

Aku Sekaki Payung

Aku ialah sekaki payung. Namaku Merah kerana badanku


berwarna merah. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di
Shah Alam. Aku diperbuat daripada besi dan plastik yang berkualiti.

Setelah dilahirkan, aku dan kawan-kawanku dihantar ke
sebuah pasar raya yang terletak di Kuala Lumpur. Kami telah
dipamerkan di atas rak dan dilabelkan harga RM 19.90. Hatiku
girang sekali kerana dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang
baharu.

Beberapa hari kemudian, seorang perempuan singgah di
hadapanku. Perempuan itu membelek-belek aku. Dia tertarikdengan
warna badanku yang menarik. Dia pun membeli aku
lalumembawa aku pulang ke rumahnya.

Tuan aku bernama Mariam. Dia seorang jurujual yang ringan
tulang. Aku sangat berguna kepada tuan sama ada pada hari panas
mahupun hari hujan. Aku boleh melindungi tuan daripada terkena
pancaran matahari yang terik dan air hujan.

Tuan sentiasa menggunakan aku dengan cermat. Dia juga
menjaga aku dengan baik. Apabila badanku kotor, tuan akan
mengelap aku dengan kain yang bersih. Selepas itu, dia menyimpan
aku di dalam bilik setor.

Aku berbesar hati kerana dapat berkhidmat kepada tuan aku.
Aku akan terus berbakti kepada tuan sehingga riwayatku tamat.