Anda di halaman 1dari 22
Program Pensiswazahan Guru BBD18002 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Oleh; SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB

Program Pensiswazahan Guru

BBD18002

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Oleh;

SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB 100321 ROSDI BIN RAMLI – DB 100316 MUHAMAD ZAIZI BIN OMAR – DB 100312 SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN – DB 100921 ROSHALIZA BINTI RAHMAT – DB 100017

KUMPULAN:

ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.

Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.

Sejarah Pendidikan Selepas Merdeka

Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu :

  • 1. Laporan Barnes (1950)

    • a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes

    • b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

    • c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

      • i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan

ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka

iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu

  • d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah :

    • i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan

menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2.

Laporan Fenn – Wu (1951)

  • a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu (Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu)

  • b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

  • c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952)

  • d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah:

    • i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu

Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan. ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

  • 3. Ordinan Pelajaran (1952)

    • a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn – Wu.

    • b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

    • c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga

    • d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini.

PENYATA RAZAK (1956)

  • 1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun 1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan – cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957)

  • 2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah :

    • a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.

    • b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

    • c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan

    • d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

    • e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

    • f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan progresif.

  • g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

  • 3. Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut :

    • a) Penubuhan Jawatankuasa

i)

Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran.

ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola Sekolah untuk semua sekolah

  • b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan ialah :

i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama. iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua

bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama. iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan menengah.

v)

Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua

sekolah.

 
  • c) Peperiksaan

i)

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu

  • d) Latihan

i)

Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama

ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan.

iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.

4.

Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956)

Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah :

  • 1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.

  • 2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam.

  • 3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional.

  • 4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu.

  • 5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan.

  • 6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:

    • a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru – guru bahasa Melayu.

    • b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu.

Reaksi terhadap Laporan Razak

Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah:

Pihak yang terlibat

Keterangan

Orang Melayu

  • - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris di sekolah

  • - UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia

membahayakan kedudukan bahasa Melayu

Orang Cina

  • - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah

Orang India

  • - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan

terencat

Parti Politik

  • - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi

  • - Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan

  • - Malayan Chinese Association (MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara dan memberi layanan sama kepada semua

sekolah Cina.

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

1. Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu. 2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961),

Syor – syor Utama Laporan Rahman Talib

Terdapat tiga syor utama di dalam Laporan Rahman Talib, iaitu:

1.

Persekolahan

  • a) Pada tahun 1962, semua pelajaran di peringkat sekolah rendah adalah percuma,

iaitu sebagai langkah untuk menguruangkan jurang perbezaan antara sekolah Cina, Tamil dan Inggeris

  • b) Semua sekolah rendah yang mendapat bantuan ditukar menjadi sekolah

kebangsaan dan jenis kebangsaan.

  • c) Umur berhenti sekolah dinaikkan setahun, iaitu pada umur 15 tahun agar pelajar diberi peluang untuk menyambung pelajaran dan melibatkan diri dengan pelajaran yang bercorak perusahan.

  • d) Pelajar dinaikkan ke darjah berikutnya secara automatik dengan syarat mereka telah menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

  • e) Pelajar harus menduduki peperiksaan am di peringkat sekolah menengah dalam satu bahasa rasmi sahaja.

2.

Jawatankuasa

  • a) Terdapat dua buah jawatankuasa Jemaah Nazir yang diwujudkan, iaitu Jemaah Nazir Persekutun dan Jemaah Nazir Tempatan

  • b) Sistem Jemaah Pengurus / Pengelola akan diteruskan dan kenaikan pangkat yang

dicadangkan harus disahkan terlebih dahulu oleh Menteri Pelajaran.

3.

Latihan

  • a) Pendidikan Akhlak untuk pelajar bukan Islam perlu diberi penekanan dan diajar

di sekolah, dan bagi pelajar beragama Islam, pelajaran agama Islam perlu

dititikberatkan.

  • b) Guru yang mengajar mata pelajaran vokasional dan Bahasa Melayu perlu

ditambah untuk menampung keperluan pada masa akan datang dan juga untuk mengajar pelajar – pelajar di kawasan kampong yang berminat dalam bidang perusahan, dan harus dibuka kepada pelajar lelaki serta perempuan.

PENYATA RAHMAN TALIB

Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pengerusinya.

Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya dalam perlaksanaannya.

CADANGAN-CADANGAN PENYATA RAHMAN TALIB

Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic daripada 12 tahun kepada

15 tahun. Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah, adalah

dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga

tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan. Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum dicadangkan menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa

rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan. Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan

Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan peperiksaan Senior

Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada

bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah Menengan Persendirian. Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh,

Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor. Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh menyertai Skim

Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di sekolah Menengah Teknik. Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya. Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat

sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam. Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam Sukatan

Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5. Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3. Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.

Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak

(1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya. Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa

menjalankan tugas penyeliaan mereka. Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu.

INTISARI PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961

Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar uama dan

proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah ditentukan. Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja. Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan

tenaga maahir negara. Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat malaysia.

LAPORAN KABINET

Pada tahun 1974 kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang

mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaaum dengan Timbalan Perdana menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi. Jawatankuasa Kabinet ini ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan , matlamat dan kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Lebih penting tugasnya lagi ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat

memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Ekoran daripada laporan itu, Kementerian Pelajaran melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai pada tahun 1988 sebagai peringkat percubaan.

MATLAMAT KAJIAN

Jawatankuasa Kabinet ditugaskan untuk:

» Mengkaji sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979 :

± Boleh melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan jangka pendek yang diperlukan oleh negara. ± Berjaya menghasilkan satu masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. » Hasil daripada kajian ini, membuat syor-syor yang sewajaarnya.

Matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran daan kurikulum d semua peringkaat pelajaran.

INTISARI LAPORAN KABINET 1979

Penekanan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Penekanan kepada pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan Moral dan nilai-

nilai disiplin yang diingini. Penekanan kepaada kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara.

Perlaksanaan pendidikan menengah atas melalui 2 jurusan iaaitu akademik dan

vokasional. Peluang diberi melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 taahun, iaaitu hingga

Tingkatan 5. Melicinkan tatacara pengurusan Pendidikan Kebangsaan.

Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya.

KESAN LAPORAN KABINET

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988

Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

AKTA PENDIDIKAN 1996 : PINDAAN TAHUN 2002 Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak

Mengkut Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Perlaksanaan Pendidikan Wajib di

Peringkat Rendah 2003 ialah pindaan sebagai satu seksyen 29A yang baru. Seksyen 29A (2) ini menjelaskan setiap ibu bapa warganegara malaysia wajib

mendaftarkan anak mereka yang telah mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan, dan seterusnya menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. Perlaksaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah berkuatkuasa pada 1 hb Januari

2003.

Mengikut Akta Pendidikan1996 (Akta 550), Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai Pendidikan Daerah atau bahagian, guru Besar atau Pengetua, guru penolong Kanan (HEM) dann Guru Bimbingan dberi kuasa menyiasata apa-apa pelakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A dan Peraturan-Peraturan Pendidikan Wajib, tertakluk kepada gaaris panduan daan arahan ketua Pendaftar contohnya :

► Murid yang telah mengesahkan tempat sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah selepas 14 hari pertama persekolahan. ► Aduan atau laporan mengenai murid cicir daripada oranng. ► Kes murid cicir yang telah diketahui oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran

Daerah atau Bahagian /Jabatan Pelajaran Negeri.

  • 2. Seksyen 16 Akta ini memperuntukkan bahawa, tiga buah institusi pendidikan adalah institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta.

Bahasa Kebangsaan

Dalam Seksyen 17 pula, diperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil).

Pendidikan Rendah Wajib

  • 1. Menteri Pelajaran mempunyai kuasa wajib untuk menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib.

  • 2. Setiap ibu bapa (warganegara Malaysia) hendaklah memastikan bahawa setelah anaknya mencapai umur enam tahun pada Januari dalam tahun persekolahan, anak itu hendaklah didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib (Bab 3 – 29 A Subseksyen 2).

  • 3. Ibu bapa yang melanggar subseksyen ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

  • 4. Surat Pekeliling Ikhtisas 14/2002 – Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah.

  • 5. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/2001 – Pindaan bagi Para 2 – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1996, panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi peperiksaan sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

  • 6. Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1998 – Panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi pepriksaan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

  • 7. Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

Pendidikan Prasekolah

  • 1. Semua tadika hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini (Bab 2 Subseksyen 1) – mereka yang melanggar peraturan ini dianggap telah melakukan kesalahan.

  • 2. Bahasa pengantar lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika. Walaubagaimanpun, bahasa Melayu tetap diajar sebagai mata pelajaran wajib.

  • 3. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai asas dan memupuk sikap positif terhadap persediaan sebelum masuk ke sekolah rendah.

  • 4. Objektif pendidikan prasekolah adalah untuk membolehkan murid :

    • a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotic.

    • b) Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.

    • c) Menggunakan bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil.

    • d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

    • e) Menggalakkkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    • f) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

    • g) Menggalakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi murid yang beragama Islam.

    • h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

    • i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

    • j) Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

FPK berteraskan perkara-perkara berikut :

  • 1. Penyata Razak (1956)

  • 2. Laporan Rahman Talib (1960)

  • 3. Akta Pelajaran 1961

  • 4. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979)

  • 5. Rukun Negara

Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Terdapa tiga fokus dalam FPK, iaitu :

  • 1. Perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

  • 2. Perpaduan rakyat.

  • 3. Pendidikan sepanjang hayat atau seumur hidup (life-long learning) ke arah membina masyarakat makmur.

Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Terdapat beberapa ciri-ciri FPK, iaitu :

1. Pendidikan suatu uasaha yang berterusan

a) Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran secara berterusan sejak kita kecil hingga akhir hayat melalui peringkat- peringkat berikut :

Peringkat awal Pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan.

Peringkat sekolah Pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni serta pembentukan jati diri.

Peringkat selepas sekolah Pendidikan di institusi pendidikan tinggi, tempat kerja, masyarakat, pembelajaran kendiri dan secara talian yang menggalakkan peningkatan perolehan ilmun pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan perkembangan bakat serta potensi individu.

2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

  • a) Seseorang individu mempunyai empat domain potensi, iaitu :

i)

J

– Jasmani

ii)

E

– Emosi

iii)

R – Rohani

iv)

I

– Intelek

  • b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.

  • c) Pendidikan haruslah berusaha untuk mencungkil, memupuk, memperkembang dan meningkatkan bakat serta keupayaan-keupayaan ini.

d)

Unsur Intelek

Unsur Rohani

Memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek kemahiran 3M, berfikir secara kritis dan kreatif, memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. c) Pendidikan haruslah berusaha untuk

Berkaitan

dengan sifat

kejiwaan dan kebatinan seperti

menghargaai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak mulia, memupuk dan

membina disiplin.

b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. c) Pendidikan haruslah berusaha untuk

POTENSI INDIVIDU

b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. c) Pendidikan haruslah berusaha untuk
b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. c) Pendidikan haruslah berusaha untuk

Unsur Emosi

Unsur Jasmani

Mempunyai

perasaan

jiwa

Memberi tumpuan kepada

yang kuat dengan mempunyai

perkembangan tubuh badan

ciri-ciri

seperti

perasaan

yang sihat seperti menjaga

tenang, kasih saying, perpaduan dan kesenian.

kesihatan badan, melakukan riadah dan meningkatkan daya pengeluaran.

3. Insan yang seimbang dan harmonis

  • a) Berakhlak mulia.

  • b) Percaya dan patuh kepada Tuhan.

  • c) Bertanggungjawab kepada diri,m masyarakat, agama dan negara.

  • d) Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.

  • e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

  • f) Mempunyai peribadi yang seimbang dan bersepadu.

  • 4. Sistem pendidikan bersepadu

    • a) Strategi pendidikan berteraskan FPK.

    • b) Pengubahsuaian kurikulum yang mengambilkira konsep pendidikan berespadu.

5. Kepercayaan dan kepatuhan

  • a) Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.

  • b) Mengikut dan mengamalkan ajaran agama.

  • c) Melakukan kebaikan dan menghindar kejahatan.

  • d) Mengakui kewujudan Tuhan.

  • e) Mengetahui bahawa fenomena dan peraturan alam ditetapkan oleh pencipta.

  • 6. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

    • a) Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

    • b) Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas.

    • c) Memiliki pengetahuan dan kelayakan dengan tugas.

  • 7. Budaya sekolah mestilah menitikberatkan aspek :

    • a) Fizikal – bersih, sihat dan selamat.

    • b) Sosial – merangsang pembinaan insane yang baik, seimbang dan harmonis.

    • c) Budaya – menggalakkan daya intelek pelajara dengan menimba ilmu pengetahuan ke arah pendidikan sepanjang hayat.

    • d) Bahas – penggunaan bahasa yang baik.

  • KESIMPULAN

    Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan mengikut peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan perubahan alam pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global.

    Buku:

    RUJUKAN

    1. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn Bhd.

    • 2. Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia.

    Internet: