Anda di halaman 1dari 21

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi
manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang
menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu
lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara
berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini
dikenali sebagai olaragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

SEJARAH AWAL

Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun
sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih
3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu
sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum
Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih
kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara
pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan
Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau
melompat sejauh 23 kaki 1 inci.


PERKEMBANGAN AWAL

Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan
Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali
dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan
oleh Maharaja Rom, Theodosius.

Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia
tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari
sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara
lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian, kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton
Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian
dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah
ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini
masih wujud hingga sekarang.

Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang
sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga
kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club
di England dengan Ireland.

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika
Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu
menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak
diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913,
namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan
sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke
beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet
bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-
atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya
daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet
Amerika Syarikat ini.

Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya
dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi
ukuran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan
atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan
cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini,
peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet
Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia
yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih
belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu
menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah,
khusunya dalam sukan Olimpik.

Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat.
Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan,
kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan.
Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian
dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.
Walaupun kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita,
namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel,
kita pernah mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan
atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.

Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
(tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebena. Tanpa olahraga, tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak
dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung
dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk
menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik
yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada
jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta
luar. Olaraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.

Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik
yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil
bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang
penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti
perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune,
iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang.
Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada
tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan
Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat
lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu
pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada
tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat
sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik
dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan
kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.

Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta
ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan
profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah
meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan
kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa
(International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun
1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi
persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di
dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan
fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-
satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang
dicapai oleh eseorang atlet.

Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan
Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain
yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan
Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis
Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan
pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga
tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan
undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas
biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini
menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah
dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan melibatkan
kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.

Olahraga Wanita

Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada
kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan
sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan,
termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi
lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan
kejohanan olahraganya sendiri.

Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-
tahun sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki.
Walaupun semasa olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah,
termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu
menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.

Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama
dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita
diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama
penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924
dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis
Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah
diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita
dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang

Acara Balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan
termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak
sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.

Acara balapan ialah :-
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400

3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter



4. Steeplechase
a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh
a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter

6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km

Acara-acara Padang

1. Acara lompatan
2. Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain
yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa


Decathlon

Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet
dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :
1. lari 100 meter
2. lompat jauh
3. lontar peluru Hari pertama
4. lompat tinggi
5. lari 400 meter
6. 110 meter lari berpagar
7. lemper cakera
8. lompat bergalah Hari kedua
9. merejam lembing
10. lari 1500 meter

Pentathlon

Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya
1) lari berpagar 100 meter
2) ontar peluru
3) lompat tinggi
4) lompat jauh
5) acara 800 meter.


Marathon

Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang
terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini
biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas
jalan raya.

Merentas desa

Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari
mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau
dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.
Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km,
atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan,
kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang
mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri,
pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan
diberikan kedudukan yang lebih tinggi.

Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :
1) Lari pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
d) 4 x 100 meter lari berganti-ganti
e) 4 x 200 meter
f) 4 x 400 meter
2) Lari Berpagar
a) 100 meter lari berpagar
b) 110 meter lari berpagar
c) 400 meter lari berpagar.
3) Jarak sedarhana
a) 800 meter
b) 1500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
4) Jarak jauh
a) 10 000 meter
b) Marathon
c) Merentas desa
5) Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
6) Lompatan
a) lompat jauh
b) lompat tinggi
c) lompat kijang
d) lompat bergalah

7) Balingan
a) lontar peluru
b) lempar cekera
c) rejam lembing
d) lempar tukul

8) Acara beraneka
a) Decathlon
b) Pentathlon









SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga
Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic
Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk
mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang
pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of
British Malaya.
Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of
Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940
hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya
Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik
Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari
luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada
Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah
Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU
diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.
LONTAR PELURU
Sejarah
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan
olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah
berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan
adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang
langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.

Peraturan Asas Lontar Peluru
Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.
Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
Peluru mesti mendarat dalam sector 40.
Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak
bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan
selepas peluru dilepaskan.
Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru
mendarat.
Kemahiran Asas Lontar Peluru
1) Pegangan
Pegang peluru menggunakan tiga jari ditengah-tengah.
Ibu jari dan jari kelengkeng disisi peluru.
2) Persedian
Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu.
Lontar Peluru Gaya Berdiri
Berdiri sisi.
Buka kaki seluas bahu.
Bahu kiri menghadap arah lontaran.
Bengkokkan badan serendah mungkin.
Gerakkan kaki kiri ke kayu penghadang.
Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke
hadapan.
Gerakkan siku serta tangan ke atas.
Lepaskan peluru.
Berat badan dipindahkan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Parry OBrien
Ada 4 Fasa :-
1) Fasa persediaan
Bengkokkan badan.
Bengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diangkat dan dibengkokkan.
2) Fasa Gelongsoran
Tendang kaki kiri cepat ke belakang kearah lontaran, serentak gelongsorkan
kaki ke kanan ketengah bulatan.
Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian
atas badan.
Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.
Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap arah lontaran..
3) Fasa Lontaran
Siku kanan diangkat tinggi.
Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
Peluru dilepaskan.
4) Fasa Pemulihan
Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.
Lontar Peluru Gaya Lontaran Sisi
Berrdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah
bulatan lantaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian
kaki kiri diangkat.
Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatkan tumit dan tolakkan peluru keluar.
Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran
Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru
terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi
suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah
seperti berikut:
Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran. Bongkokkan
badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
Angkat kaki kiri sedikit.
Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan
lontaran.
Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.
Tolak peluru keluar sekuat mungkin.
Latihan
Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan
besar. Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia
bukanlah syarat utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan
kekuatan yang banyak serta pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan
fizikal seperti yang dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti
berjongging, lari pecut, latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan,
lengan, dan bahu sangat perlu dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru.
LARI PECUT
Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu
jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua
faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran
Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan cara pergerakan yang betul
kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti
berikut:
Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut
Tangan digerakkan dengan pantas.
Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan)
TEKNIK MULAAN LARI PECUT
Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan
gaya dekam.
Mulaan gaya berdiri
Gaya ini seringkali diamalkan oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk
memulakan larian dari sesuatu tempat.
Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis
mula.
Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah
terkumpul di kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian
badan kuat.
Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang
tepat ke arah hadapan. (Rujuk kepada prinsip-prinsip asas lari pecut)
Pengajaran Mikro
GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3
PERSEDIAAN:
1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan
berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri
dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat
membaling.
2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri
di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak
diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan
bulatan.
3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok
tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah
dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki
kanan.

4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax
.Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi
dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat
dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.

5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45
darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih
kurang selari dengan garisan tengah bulatan.
LUNSURAN:

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran
dilakukan seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai
persediaan melunsur.

2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang
sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk
membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan
badan.

4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai
persediaan membaling.

5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan
MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan
tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru
hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan
sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.
2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan
tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan
peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup
berkesan.

3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah
kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan
dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah
peluru berlepas tangan
SELEPASMEMBALING/PEMULIHAN

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat
sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.

2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta
menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar
bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.
3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang
membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala
yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan
penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.
Cara Latihan.
1. Beratur beramai ramai dan bayangkan melontar tanpa menggunakan
bola.
2. Menggengam bola getah dan cuba bayangkan melontar dengan gaya 90
darjah.
3. Melontar menggunakan bola getah ke hadapan dan cari balingan sesuai.
4. Biasakan diri dengan keberatan bola besi.
5. Cuba leretkan bola besi kehadapan.
6. Melontar peluru ke hadapan mengikut kesesuaian dan dengan sedaya
upaya.
LOMPAT JAUH
Gaya Lompatan
Terdapat tiga gaya lompatan iaitu:
Gaya Layar
Gaya Gantung
Gaya Tendang Kayuh
Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa
pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa-fasa yang terdapat pada semua
teknik adalah hampir sama.
Fasa Lompat Jauh
Terdapat empat fasa pergerakan iaitu:
Fasa Penujuan lari menuju ke papan lonjak.
Fasa Lonjakan melompat dari papan.
Fasa Layangan badan berada di udara.
Fasa Pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan
tempat mendarat.
Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan:
Pelompat berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.
Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan
maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan sedikit bahagian badan
untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.
Fasa Lonjakan
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Fasa ini
memerlukan:
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak
dengan tepat.
Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
Aksi lonjakan ini mengamalkan uruten tumit-hujung kaki.
Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk
membantu lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendakla dihayun dengan kencang
ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu
mencapai lonjakan yang tinggi.

Fasa Layangan
Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk
melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:
Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan
badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke
hujung kaki.
Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas
seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan
badannya tegak.
Fasa Pendaratan
Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian
jarak.
Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan
dan tangan dihayun ke atas.
Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.
Prinsip Asas Lompat Jauh
Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum.
Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan
yang cukup kuat dan tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya
berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan
serta daya koordinasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka
masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat
bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat
ditentukan.
Segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat
membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Sebenarnya, gaya bada di
fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat
membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.
Teknik dan Aspek Lompatan
Dalam acara lompat jauh, terdapat empat aspek penting yang harus diberikan
perhatian utama, iaitu kelajuan larian, pelepasan lomptan, lompatan di udara, dan
pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira
samada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama
melibatkan diri didalamnya.
Kelajuan larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat
dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting
dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai,
tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh
menyebabkan perkara tersebut:
Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu
lompatan.
Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang dibuat.
Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di
papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan batal.
Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan
larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat
semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting.
Biasanya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter
diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan
sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan serta
memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.
Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus
mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk
kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling sesuai
dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui
larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan sebanyak larian
sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun tidak sesuai
sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan
konsistensilarian yang telah diukur tadi.
Pelepasan Lompatan
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum, Dan seterusnya dalam membuat lompatan dengan baik dan berkesan.
Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat
membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa
pelompat akan berada selam 0.11 saat sahaja pada tahap ini, ia penting untuk
menentukan daya lompatan yang baik, atau lompatan yang batal.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12% daripada
momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan
pengurangan momentum ini dikenal sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut
hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan
momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendatar kepada
menegak. Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melaluiaplikasi
teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh
jaguh-jaguh yang terkemuka peringkat antrabangsa, Teknik berikut disarankan,
1. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan
lompatan.
2. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas
ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
3. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan , iaitu dengan kedua-
duanya diangkat ke atas.
Semasa Di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat
pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan
akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya,
pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti
semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun wujud rintangan
udara, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan
seseorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara ( running
in the air ) dan mengayuh ( hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak
yang maksimum.
Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang
pelompat jauh semasa berada di udara.
1. Pergerakan belayar ( sailing)
2. Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air )
3. Pergerakan ayunan punggung ( hip-swing )
Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, Mengayuh atau berlari di udara adalah
yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh
pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat antarabangsa.


Pendaratan
Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak
yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan
jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum
menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan
untuk tujuan ini.
Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang
dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik
ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan.
Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

Anda mungkin juga menyukai