Anda di halaman 1dari 5

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT



Pengenalan 1

Objektif 1

Prosedur Permohonan dan Tuntutan 2

Carta Alir 3

Proses Kerja 4
























1



PENGENALAN


Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah
diperkenalkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad
(PSMB) mulai 2 Julai 2009.

Di bawah skim ini, majikan boleh memohon dan layak
untuk menerima bantuan kewangan bagi mendapatkan
pengiktirafan pekerja mereka mengikut tahap ketrampilan
masing-masing yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah
pekerja mahir didalam pasaran buruh semasa.



OBJEKTIF


Skim PPT dilaksanakan oleh Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (PSMB) bertujuan untuk membolehkan pekerja
mendapat pengiktirafan diatas kemahiran dan ketrampilan
mereka mengikut tahap yang telah ditetapkan oleh JPK. Ianya
juga adalah untuk menyokong usaha yang dijalankan oleh
Kementerian Sumber Manusia bagi melaksanakan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Skim PPT

Skim ini juga bertujuan menggalakkan pekerja yag
mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk memohon
memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran
Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia
(DLKM) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
mengikut tahap ketrampilan mereka.

2


KADAR BANTUAN KEWANGAN

Kadar bantuan kewangan di bawah skim ini hanya meliputi
bayaran Yuran Persijilan berjumlah RM300.00 seorang bagi
setiap tahap yang akan dibayar terus oleh PSMB kepada JPK.



PROSEDUR PERMOHONAN

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan dengan
menggunakan borang PSMB/PPT/1/09 yang disertakan
bersama satu (1) salinan borang Permohonan dan On-site
Analisa Kerja Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu yang
dikeluarkan oleh JPK(PSA) sebelum sesi penilaian dijalankan
oleh JPK.

Majikan dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pelbagai
tahap persijilan dalam satu tempoh masa yang sama mengikut
turutan tahap persijilan yang telah ditetapkan oleh JPK.



PROSEDUR TUNTUTAN

Majikan hendaklah mengemukakan tuntutan selepas
mendapat pengesahan daripada pihak JPK dengan
mengemukakan borang PSMB/PPT/T/1/09 bersama satu (1)
salinan borang JPK/PPT/1/1003 yang telah disahkan oleh JPK
bagi setiap pekerja.

3



CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN LATIHAN
DI BAWAH SKIM PPT



































Hantar surat
kelulusan
Hantar surat
penolakan dan
penjelasan

Kuiri /
pulang

Tidak
lengkap
Tidak memenuhi
syarat
Lengkap
Lulus
Proses permohonan
Rekod semua borang
permohonan
Terima permohonan dari
kaunter
TAMAT
MULA
1
4
2
3
4a
4b
5
6

4



PROSES KERJA PERMOHONAN GERAN LATIHAN DI
BAWAH SKIM PPT

Langkah Proses Kerja
1 Menerima dan mengecop tarikh penerimaan
borang permohonan.
2 Merekod permohonan majikan di dalam sistem
pengkalan data.

3 Memproses permohonan dengan menyemak
sama ada ianya memenuhi syarat-syarat yang
borang permohonan PSMB/PPT/1/09 dan
dokumen sokongan berikut disertakan:-

Satu (1) salinan borang Permohonan dan
On-site Analisa Kerja Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu yang dikeluarkan
oleh JPK(PSA).
4


4a


4b
Permohonan yang memenuhi syarat-syarat terus
ke Langkah 5.

Permohonan dikuiri jika dokumen sokongan tidak
lengkap.

Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan
ditolak di mana surat penolakan serta penjelasan
akan dikeluarkan kepada majikan.
5 Meluluskan permohonan Skim PPT.
6 Surat kelulusan dihantar melalui pos.


PSMB
RPL-BM Version
070411

Anda mungkin juga menyukai