Anda di halaman 1dari 26

Ajaran sesat muncul dalam masyarakat Islam hasil daripada perancangan rapi yang ditaja

oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam dan mewujudkan
perpecahan di kalangan umat Islam menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman.
Di negara kita, ajaran sesat memang telah dikesan sejak dahulu lagi dan pengaruhnya
meresap masuk ke dalam masyarakat Islam menerusi gerakan batiniah atau yang bertopeng di
sebalik nama tarikat-tarikat Sufiah yang dikenali di kalangan masyarakat negara ini. Ajaran
tersebut lazimnya bergerak secara berkumpulan dan diketuai oleh guru atau pembawa ajaran
itu yang dianggap mursyid serta kononnya mempunyai martabat yang tinggi pada pandangan
pengikut-pengikutnya. Guru itu sendiri adakalanya menggunakan ilmu batiniah untuk
meyakinkan pengikut-pengikutnya seperti menunjuk kekebalannya, mengeluarkan air dari
jari, boleh merawat penyakit ganjil dan sebagainya.
Ada juga yang mendakwa boleh menghilangkan diri (ghaib) dari pandangan orang ramai,
pergi ke suatu tempat dalam sekelip mata, mikraj ke langit beberapa kali, pergi bertemu
Rasulullah SAW untuk menerima ajarannya, tidak pernah tidur semenjak sekian lama, tahu
niat hati orang lain terutama pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi. Tujuannya berbuat
demikian adalah untuk menarik kepercayaan orang ramai supaya menjadi pengikutnya.
Di Kelantan, kebanyakan ajaran sesat diseludup masuk dari luar seperti negara jiran.
Ajaran tersebut bergerak secara sulit dengan mempengaruhi mereka yang jahil tentang ilmu
agama. Selalunya taktik yang digunakan untuk mempengaruhi pengikut ialah dengan
mengemukakan pertanyaan-pertanyaan untuk memerangkap kemudian membiarkan orang itu
dalam keadaan tertanya-tanya untuk beberapa ketika misalnya:-
1. Kenapa Allah SWT memfardukan sembahyang Zohor empat rakaat, tidak tiga atau dua?
2. Apa maksud Ba dalam awal ayat Bismillahhirrahmannirrahim?
3. Apa Muhammad awal dan Muhammad akhir?
4. Nama Allah yang diketahui umum ialah 99, apakah nama Allah yang ke 100?
5. Apa makna Alif, Dal, Mim pada nama Adam atau Mim, Ha, Mim, Dal, pada nama
Muhammad?
Pertanyaan yang direka-rekakan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam hati orang yang
dipengaruhi itu kerana sebelum itu mereka belum pernah mendengar dari mulut guru-guru
agama atau alim ulama. Untuk mengetahui jawapan tersebut, seseorang itu mestilah
memenuhi syarat tertentu seperti berikrar tidak akan mendedahkan rahsia pengajaran yang
dianggap isi itu, mematuhi semua cakap dan arahan guru tanpa membantah, dan lain-lain
syarat lagi termasuk meminum air jampi. Keengganan mematuhi syarat-syarat yang diberikan
itu menyebabkan seseorang itu dianggap tidak layak menerima ilmu yang disifatkan sebagai
inti dari segala agama. Begitulah cara yang selalu dilakukan oleh pembawa ajaran sesat
supaya ajarannya tidak bocor ke pengetahuan orang ramai yang dikira bukan ahlinya.
Pengajaran biasanya dibuat di rumah pengikut atau di surau (balaisah) kepunyaan
kumpulan mereka sendiri, bukan di masjid sebagaimana yang lazim dilakukan oleh guru-guru
agama. Di sana mereka berkumpul dan mengadakan majlis zikir dan pengajaran cuma diselit-
selitkan sahaja atau diadakan pada waktu-waktu tertentu setelah berpuas hati bahawa dalam
majlis tersebut dan tidak ada orang luar yang cuba menyamar untuk mencari rahsia. Jika
dalam majlis tersebut ada orang yang tidak dikenal atau disyaki, maka pelajaran langsung
tidak akan diadakan bahkan majlis tersebut bersurai begitu sahaja.
Satu-satunya pengajaran khusus yang disampaikan kepada individu tertentu tidak boleh
dimaklumkan kepada orang lain tanpa izin guru hatta sesama pengikutnya sendiri. Alasannya
ialah kerana darjah seseorang itu tidak sama dan mereka tidak semuanya layak menerima
ajaran yang kononnya isi itu kecuali kepada mereka yang sesuai sahaja mengikut penilaian
guru mereka sendiri. Pengajaran hanya disampaikan secara lisan tanpa berpandukan kitab-
kitab tertentu. Jika ada pun, buku tersebut ditulis sendiri oleh guru berkenaan dan
penggunaannya amatlah terbatas supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.
Guru ajaran sesat menggunakan berbagai muslihat untuk menundukkan pengikutnya
supaya patuh kepada segala arahan dan kehendaknya. Kesetiaan pengikutnya diukur dengan
pengorbanan yang dicurahkan terhadap guru. Semakin banyak pengorbanan yang diberikan
kepada guru semakin tinggilah pula penghormatan guru terhadap pengikut berkenaan dan
semakin rapatlah hubungan mereka. Sebaliknya pula, sedikit pengorbanan yang diberikan
mereka semakin rendah dan jauhlah hubungannya dengan guru dan pengikut. Oleh itu tidak
hairanlah jika terdapat guru ajaran sesat memiliki kesenangan serta kemudahan yang
diperlukannya kerana itu semua diperolehi hasil dari pengorbanan pengikut setianya. Bagi
mereka, syafaat guru adalah merupakan suatu ganjaran yang amat diharapkan.
Di samping berusaha membentuk jiwa pengikut-pengikut supaya kasih dan taksub
terhadap ajaran yang dianuti, pembawa-pembawa ajaran sesat tidak lupa mempengaruhi
mereka supaya bersikap benci terhadap sesiapa jua yang cuba menentang kegiatan mereka
termasuk guru-guru agama, alim ulama, undang-undang, pihak berkuasa agama dan lain-lain.
Kononnya usaha suci mereka itu ditekan dan dihalang oleh golongan yang tidak mahu kepada
kebenaran. Segala hujah yang dibawa oleh guru ajaran sesat untuk menegakkan kepalsuannya
itu memang diterima oleh para pengikutnya tanpa berfikir lagi. Dari sinilah lahirnya rasa
simpati terhadap diri guru mereka yang dianggap tidak bersalah itu.
Keadaan ini menimbulkan sikap memberontak dalam diri pengikut-pengikut ajaran sesat
terhadap pihak berkuasa alim ulama dan mereka lantas mengambil sikap memulau segala
program keagamaan yang ditaja oleh orang lain yang bukan dari golongan mereka seperti
kuliah-kuliah agama, perayaan agama, sembahyang Jumaat, sembahyang jemaah di masjid
atau surau, majlis perkahwinan dan sebagainya. Sama ada disedari atau tidak, kumpulan
penganut ajaran sesat itu telah menggugat perpaduan masyarakat dan menjejaskan
keharmonian hidup akibat dari perbezaan pegangan ajaran agama antara mereka dan orang
ramai. Pernah terjadi krisis rumahtangga bila salah seorang dari pasangan suami isteri enggan
menyertai kumpulan tersebut. Demikianlah kesan yang wujud di dalam masyarakat akibat
dari pengaruh ajaran sesat yang merbahaya itu.
Tidak syak lagi gerakan ajaran sesat itu jika dibiarkan membiak akan mencetuskan
suasana yang menggugat keselamatan negara seperti apa yang berlaku di Batu Pahat, Johor
pada 16hb. Julai, 1980. Dalam peristiwa itu banyak nyawa telah terkorban dan cedera apabila
kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh seseorang yang mengaku sebagai Imam Mahdi
menyerang balai polis Batu Pahat. Motif serangan itu adalah semata-mata menunjukkan
kekuatan mereka sebagai pejuang kebenaran kononnya, kerana terpengaruh dengan dakwaan
ketua mereka bahawa orang yang beramal dengan ajaran itu akan menjadi kebal. Peristiwa
seperti itu tidak mustahil akan berlaku lagi, jika masyarakat mengambil sikap tidak peduli
terhadap gerakan ajaran sesat yang berlaku di kawasan mereka.

SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT DI KELANTAN
Semenjak dulu lagi umat Islam di negeri Kelantan sedang dilanda ajaran sesat yang
kebanyakannya dibawa masuk dari luar Kelantan. Sekitar tahun 50-an, 60-an dan 70-an
muncul ajaran yang digelar ilmu isi, ajaran Tok Janggut, amalan subud, ajaran Haji
Ibrahim Tok Gedong dari selatan Thailand, Tarikat Naksyabandiah Kadirun Yahya,
ajaran Hassan Anak Rimau dan lain-lain lagi termasuk ajaran Tajalli yang dibawa oleh
Ahmad Laksamana dan ajaran Mat Nor Kua Supa.
Kelahiran ajaran tersebut secara tak langsung menjadi kayu pengukur yang dapat
menentukan tahap kelemahan seseorang muslim sejauh mana kemampuan mereka menilai
antara ajaran yang hak dan batil.Apa yang nyata, segelintir masyarakat tanpa mengenal
peringkat telah terkeliru lalu menerima ajaran dan pegangan ajaran sesat dengan menganggap
sebagai sebahagian dari ajaran Islam kerana jahil tentang hakikat sebenar ajaran Islam.
Sebagai contoh mereka terperangkap dalam gerakan ajaran sesat iaitu dapat menerima
konsep pengajaran yang bercanggah dengan syara seperti:-
1. Sembahyang hanya memadai dengan niat sahaja tanpa perlu dikerjakan seperti yang
disuruh oleh syara, sehingga ianya boleh dilakukan sambil berjalan, sambil makan, sambil
bekerja dan sebagainya.
2. Manusia keseluruhannya dari Allah SWT dan akan kembali menjadi Allah seolah-olah
mereka adalah satu juzuk dari zat Allah, bukannya makhluk ciptaan Allah. Pegangan seperti
ini sama dengan ajaran Buddha yang mendakwa kononnya manusia yang suci dan tidak
berdosa akan kembali bersebati dalam zat Tuhannya.
3. Mengerjakan haji di Makkah sunat sahaja bukan wajib, sebagaimana dakwaan Hassan
Anak Rimau. Dakwaan itu terang-terangan bertentangan dengan rukun Islam yang ke-lima
yang tidak pernah dipertikaikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini, kecuali mereka yang
menyeleweng dan terpengaruh dengan ajaran sesat.
Percanggahan-percanggahan yang amat keterlaluan dengan syariat Islam yang dibawa oleh
Rasulullah SAW sudah jelas membuktikan bahawa ajaran tersebut sengaja direka oleh
musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk memesongkan ajaran Islam yang sebenarnya. Itulah
sebab pembawa ajaran sesat tidak mempunyai kitab-kitab rujukan yang tertentu yang diakui
sebagai sandaran kepada butir-butir pengajarannya. Ada juga yang mendakwa bahawa
ajarannya berlandaskan kitab-kitab Tasauf karangan ulama-ulama Tasauf yang terkenal,
tetapi akibat dari kelemahan dirinya memahami isi kandungan kitab-kitab tersebut
menyebabkan berlakulah penyelewengan. Hal itu banyak terjadi pada mereka yang hendak
cuba memahami ilmu tersebut padahal mereka tidak mempunyai asas pengetahuan yang
cukup untuk mencapai ilmu yang tinggi dan rumit itu, apa lagi jika usaha tersebut dilakukan
secara sendiri sahaja tanpa bimbingan dari guru yang mursyid.
Ciri-ciri ajaran salah dan mengenal pasti kesalahan-kesalahan.
Agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad
SAW, yang memberikan kepada manusia bimbingan, pegangan, amalan-amalan serta hukum
hakam, yang dinyatakan di dalam Hadis Jibril yang ditentukan ruang lingkupnya sebagai
Iman, Islamdan Ihsan, yang kemudiannya dihuraikan dengan terperinci segala
kepenuhan dan kedalaman dengan segalanya oleh para ulama, sebagai merangkumi segi-segi
aqidah, syariah dan ajaran serta amalan rohaniah yang dipanggil tasauf. Ia kemudiannya
berkembang menjadi ilmu-ilmu asasi Islam, yang berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah
serta menimbulkan penafsiran-penafsirannya di kalangan ahli-sunnah pelbagai segi fahaman
dan amalan serta nilai-nilai Islam yang meliputi itu.
Maka takdirnya oleh kerana beberapa faktor sejarah dan manusiawi, timbullah
penyelewengan-penyelewengan yang melibatkan bidang-bidang Iman, Islam dan
Ihsantadi dengan dakwaan ilmu kebatinan atau kerohanian yang tulen, padahal sebenarnya
ia adalah sesat serta menyesatkan.
Aliran-aliran yang sesat dan menyesatkan itu, yang terkeluar daripada ajaran Islam
sebenar yang terdapat di seluruh Nusantara ini, berasal daripada aliran-aliran dari kawasan-
kawasan pusat sejarah umat ini sendiri.
Di Malaysia juga timbul ajaran-ajaran sesat itu termasuk di negeri Kelantan.
Antara aliran-aliran atau ajaran-ajaran yang sesat yang akan dibicarakan di sini ialah aliran
Hassan Anak Rimau, aliran Tajalli Haji Ahmad Laksamana, dan ajaran Muhammad Nor Kua
Supa.

TARIF AJARAN SESAT
Mungkin bermanfaat jika ditarifkan terlebih dahulu apa yang kita maksudkan ajaran sesat
itu.
Mungkin secara umumyanya ajaran salah atau ajaran sesat itu boleh ditakrifkan sebagai
mana-mana ajaran, pegangan, atau amalan serta keyakinan yang dianuti atau
diamalkan oleh seseorang Islam, ataupun orang bukan Islam, yang mendakwa
kononnya ia adalah berdasarkan ajaran Islam, atau tidak berlawanan dengan
pegangan dan amalan Islam, sedangkan pegangan, keyakinan, fahaman, serta amalan
itu adalah berlawanan dengan Akidah dan Syariah Islamiah, sebagaimana yang
dihuraikan oleh imam-imam di kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Takrifan yang umum ini mudahmudahan boleh membantu dalam menentukan samada
mana-mana ajaran, fahaman atau amalan itu adalah sesat atau salah atau sebaliknya disisi
ajaran dan amalan Islam sebenarnya.
Nampaknya pengertian ajaran sesat sebagaimana yang terdapat dalam Enakmen Negeri
Kelantan No.2 tahun 1996, seksyen 69 juga boleh termasuk ke dalam pengertian umum ini
iaitu: Barangsiapa mengajar, menghurai di mana-mana sahaja sesuatu ajaran atau
menjalankan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan hukum Syara atau mana-
mana fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis (maka itu dikirakan sebagai ajaran
salah atau sesat.
Berdasarkan kepada neraca aqidah dan syariat itulah, maka boleh ditentukan sesuatu
ajaran itu sesat atau salah atau pun sebaliknya.

BEBERAPA KESIMPULAN TENTANG AJARAN SESAT
Insya-Allah, dalam bab ini akan dijelaskankan beberapa tajuk asas berkenaan ajaran-ajaran
sesat yang telah dibicarakan dalam halaman-halaman yang sebelum ini, sebagaimana yang
jelas kepada para-para berikutnya.
1. Ajaran sesat atau salah ialah mana-mana ajaran atau pegangan serta amalan dan
keyakinan yang dianut atau diamalkan oleh seseorang Islam, atau pun bukan orang Islam,
yang didakwa ianya adalah berdasarkan ajaran Islam, sedangkan pegangan, keyakinan,
fahaman serta amalan itu berlawanan dengan aqidah dan syariah Islamiah ,sebagaimana yang
dihuraikan oleh kalangan imam-imam Ahli-Sunnah wal Jamaah. Berdasarkan neraca aqidah
dan syariah itulah maka boleh ditentukan sesuatu ajaran itu sesat ataupun salah atau
sebaliknya.
2. Ajaran sesat atau salah itu muncul dalam masyarakat Islam mungkin hasil daripada
perancangan musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk merosakkan Islam dan menimbulkan
perpecahan serta kesesatan dalam masyarakat Islam, termasuk masyarakat Islam di negeri
Kelantan ini.
3. Ajaran-ajaran sesat itu tersebar di bawah nama gerakan kebatinan atau tarikat sufiah,
dengan ajaran padahal ianya adalah berlawanan daripada ajaran sufiah sebenarnya dan ajaran
kebatinan hakiki yang ada dalam Islam.
4. Guru-guru atau pembawa ajaran-ajaran sesat yang salah itu biasanya dianggap oleh para
muridnya sebagai seorang yang mursyid dan ada yang mendapat penghormatan dari
kalangannya dengan cara menunjukkan kekebalan ataupun kemampuan merawat penyakit-
penyakit yang ganjil-ganjil, atau kemampuan mengghaibkan diri dan sebagainya.
5. Antara kaedah-kaedah mengajar yang menjerat murid-muridnya, para guru itu
memulakan pengajian secara tidak fomal dengan mengadakan soalan-soalan yang pelik untuk
menunjukkan kelebihan-kelebihannya dalam kefahaman agama, misalnya ditanyakan:
Kenapakah sembahyang Asar itu empat rakaat, tidak tiga atau dua?
Apakah maksud ba pada awal Bismillah?
Apakah Muhammad awal? Dan apakah Muhammad akhir?
Apakah nama Allah yang keseratus?
Makna huruf-huruf alif dal mim pada nama Adam?
Huruf-huruf mim-ha-mim dal pada nama Muhammad? Demikianlah seterusnya.

6. Pertanyaan-pertanyaan itu menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan murid-murid yang
tidak pernah mendengar persoalanpersoalan itu dari kalangan orang biasa, lalu ia
terperangkap, dan akhirnya menjadi pengikut yang setia, lalu ia diajar ilmu isi itu.
7. Murid-murid dikehendaki supaya mematuhi arahan guru dengan tidak boleh
membantah, dan ia dikehendaki meminum air jampi.
8. Pengajaran ilmu sesat atau salah itu tidak dilakukan di tempat-tempat terbuka seperti
masjid-masjid atau madrasah-madrasah yang digunakan umum, bahkan di rumah-rumah para
pengikutnya atau di madrasah khas yang dibina oleh pengikut-pengikut ilmu itu.
9. Ajaran ilmu isi itu disampaikan pada lewat malam, bila sudah dipastikan tidak ada
orang-orang yang tidak diingini berada dalam majlis itu; jikalau ada orang-orang yang tidak
diingini maka perbincangan dengan guru adalah
berkisarkan hal-hal yang biasa sahaja.
10. Sesuatu rahsia ilmu isi yang disampaikan kepada seseorang murid tidak boleh
disampaikan kepada orang lain. Kerana dikatakan bahawa martabat seseorang itu adalah
miliknya masing-masing dan tidak sama.
11. Pengajaran ilmu isi itu disampaikan secara lisan, bukan melalui kitab-kitab terkenal.
Kitab-kitab terkenal hanya disebut sahaja untuk menimbulkan kepercayaan di kalangan
mereka yang hadir.
12. Murid-murid dididik untuk menjadi taksub kepada gurunya dan menunjukkan kasih
yang teramat sangat kepada gurunya dengan berbagai cara, sehingga murid-murid sanggup
mengorbankan harta untuk kepentingan guru. Semakin banyak harta yang dikorbankan
semakin dekat murid dengan guru itu, dan semakin terjamin kedudukan rohaninya.
13. Para alim ulama dan guru-guru serta ustaz-ustaz yang menentang aliran sesat mereka
itu dikatakan sebagai orang-orang yang tidak sampai kepada ilmu hakikat yang sebenarnya.
Para alim ulama dianggap sebagai penentang-penentang kepada ilmu yang hak, bahkan ada
ketikanya sehingga alim ulama dihalalkan darahnya oleh golongan yang sedemikian ini.
14. Gerakan sedemikian menimbulkan kerosakan rumahtangga dan ketegangan dalam
masyarakat serta perpecahan. Bahkan ada yang meyebabkan pembunuhan sebagaimana yang
berlalu di Batu Pahat, Johor, pada 16hb Julai 1980, kalaulah laporan tentang peristiwa itu
benar.
15. Antara unsur-unsur am ajaran sesat itu ialah:
-pengajaran adalah secara rahsia, tidak terbuka.
-pegangan tentang ketuhanan berlawanan dengan pegangan Ahli-Sunnah: contohnya
diajarkan bahawa tujuan manusia beribadat dan beramal adalah untuk menjadi tuhan semula,
semua tuhan. Dia Tuhan, aku tuhan. Ini berlawanan dengan ajaran sebenar, iaitu Allah SWT
adalah tuhan yang menjadikan, dan manusia adalah makhluk yang dijadikan.
-Kenyataan tentang hukum syarak berlawanan dengan al-Quran dan Hadis: misalnya
sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja, haji ke Mekah tidak wajib, zakat adalah
hukum rekaan pemerintah, bersekedudukan dengan wanita ajnabi tidak haram jika diizinkan,
semua ini berlawanan dengan nas-nas syara.
-Sikap dan tindakan-tindakan guru ilmu sesat ini menunjukkan penentangan terhadap
ilmu-ilmu Islam yang diakui dan ulama yang muktabar.
-Huraian-huraian dan tafsiran-tafsiran ayat-ayat al-Quran dan Hadis bukan berdasarkan
kaedah-kaedah ilmu yang diakui tetapi berdasarkan andaian atau agakan hawa nafsu si guru
itu.
-Perkara-perkara yang diajar bercampur aduk dengan khurafat-khurafat dan ilmu
kebatinan yang karut,yang membawa kepada kesesatan dan kekufuran.
-Pengajaran yang diserapkan itu menimbulkan ketaksuban kepada guru dan kumpulan
tertentu itu sehingga mereka menganggap mereka sahaja yang benar di dalam dunia ini dan
orang lain semuanya salah.
-Unsur-unsur di atas itu menunjukkan bahawa bila ianya ada pada mana-mana kumpulan,
di bawah nama apa sahaja, itu menunjukkan bahawa kumpulan yang berkenaan itu adalah
kumpulan yang mengajar ilmu yang sesat atau
ilmu salah yang mesti dijauhi.

16. Antara ajaran-ajaran Hasan Anak Rimau dari Bukit Mas, Tanah
Merah, Kelantan, ialah seperti berikut:-
Diri kita adalah Tuhan, Allah. Bila seorang muridnya melihat wajahnya dalam
cermin, kata Tok Hassan Itulah Tuhan
Euooq tcvtu ivi ooooq ooov ov ku|u, kcovo ovuoio ooooq okquk
ov oiooikov, |ukov Tuqov, |ooiovokoq okquk ov coq |ocq cvooi
Tuqov ov cvooikov? Ivi ooooq uotoqi.
Hasan Anak Rimau mengaku telah mikraj sehingga sampai ke sebelah sana Sidratul-
Muntaha, dan bila ditanya tentang Tuhan, jawabnya, Tuhan ialah kita sendiri.
Ini juga mustahil, sebab manusia adalah makhluk yang dijadikan. Tentang mikraj itu
mustahil, sebab hanya nabi sahaja yang mikraj.
Hasan Anak Rimau menyatakan kita tidak perlu beriman kepada Nabi Muhammad
SAW sebab ia sama seperti kita juga, bahkan kita boleh melebihinya.
Pegangan ini terkeluar daripada agama Islam, kerana kita wajib beriman dengan Nabi
Muhammad SAW sebagaimana yang jelas dari ayat al-Quran yang bermaksud: Muhammad
adalah pesuruh Allah. Adapun persamaan kita dengan nabi itu adalah dalam hal makan
minum dan sebagainya sahaja, bukan dalam hal pangkat menjadi nabi dan sifat maksum,
tidak melakukan dosa. Mustahil kita boleh melebihi Nabi SAW, sebab pangkat tertinggi itu
dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.
Dia mengajarkan bahawa zikir lebih utama daripada sembahyang lima waktu, dan
seseorang yang mendapat zauq, ilham dan kasyaf, maka sembahyang lima waktu akan
gugur dengan sendirinya, tidak wajib lagi keatasnya.
Sembahyang adalah tiang agama sebagaimana yang jelas daripada hadis, dan juga
kepala ibadat. Bagaimanakah zikir menjadi lebih afdhal daripadanya? Sembahyang adalah
wajib, walhal zikir adalah sunat, bagaimanakah
zikir lebih afdhal daripadanya? Orang yang meninggalkan sembahyang boleh dihukumkan
dengan hukum bunuh, bila cukup syarat-syaratnya, walhal orang yang tidak berzikir tidak
boleh dihukum bunuh. Bagaimanakah dikatakan zikir lebih afdhal daripada sembahyang?
Lagipun, kalau seseorang mendapat kasyaf yang sebenar, iaitu dibukakan oleh Allah
Taala tabir alam ghaib, dan ia mengalami zauq, iaitu merasai lazat dalam ibadat, dan ia
mendapat ilham, iaitu mendapat fahaman yang sebenar melalui malaikat ilham dan lainnya,
mestilah ia lagi kuat dan bersungguh menunaikan solat. Bagaimanakah dikatakan ia tidak
perlu solat?
Ia mengajarkan bahawa anak muridnya sahaja yang masuk syurga, orang lain itu
hanya seperti babi sahaja.
Syurga dikurniakan oleh Allah mengikut rahmat-Nya kepada mereka yang beriman dan
beramal soleh, mustahil syurga milik anak-anak muridnya. Bahkan anak-anak murid Hasan
ini yang tidak mengikut syariat dan sunnah dan beriktiqad zindik, bukan menjadi penghuni
syurga, bahkan mungkin sebaliknya, nauzubillahiminzalik.
Tok Hasan mengaku anak kunci syurga berada di dalam tangannya.
Pengakuan itu adalah mustahil, sebab anak kunci syurga tidak ada dalam tangan makhluk,
bahkan ditangan Allah SWT sahaja. Allahlah yang memasukkan makhluk ke dalam syurga
atau sebaliknya. Nabi Muhammad SAW yang seumpama itu pun tidak memegang anak kunci
syurga, ini pula Tok Hasan yang tidak mengikut syariat dan tidak beriman kepada Allah
Azzawajalla dengan keimanan yang sebenar sebagaimana yang diajarkan oleh imam-imam
Ahli-Sunnah wal-Jamaah.
-Hasan Anak Rimau mengajarkan bahawa solat Jumaat tidak wajib, dan ia sendiri
solat jarang-jarang di hadapan orang sahaja.
Memang Hasan tidak percaya kepada hukum syariat termasuk kewajipan sembahyang
Jumaat. Ajaran demikian membawa kepada kekufuran sebab wajibnya sembahyang Jumaat
adalah tetap dengan nas daripada al-Quran,
Hadis, dan Ijma ulama umat ini.
Ada berita menyatakan bahawa Tok Hasan ini tidak pandai sembahyang jenazah.
Kalaulah sembahyang wajib yang lima waktu, dan hukum syariat serta sembahyang
Jumaat tidak diambil berat, maka munasabah sekali ia tidak ambil berat tentang sembahyang
jenazah sehingga ia tidak tahu melakukannya.
Tok Hasan mendakwa ia mikraj tujuh kali, dan ia duduk catak (bertinggung) di
atas Arasy.
Dakwaan demikian membawa kepada kekufuran, oleh kerana sesiapa yang mikraj hanya
dengan roh sahaja. Arasy tidak boleh dihubungkan dengan makhluk, ianya dihubungkan
dengan Allah.
Tok Hasan mengajarkan bahawa dalam diri Adam ada nur azam, dan kerana kita
ini keturunan Adam, maka kita juga mempunyai nur azam yang menyebabkan
malaikat sujud kepada Adam. Kerana kita ada nur itu maka kita Tuhan, dia Tuhan,
kita Tuhan, semua Tuhan.
Ini adalah ajaran zindik, sebab yang dimasukkan ke dalam Adam as adalah sesuatu
daripada roh ciptaan Tuhan, makhluk, bukan Tuhan. Kalau dikatakan Tuhan ada dalam diri
kita bermakna Tuhan bertempat, dan ini mustahil.
Sesiapa yang percaya Tuhan berada dalam dirinya, bertempat dalam dirinya, maka terkeluar
ia daripada agama Islam. Nauzubillahiminzalik.
Tok Hasan mengajarkan bahawa hukum syariat seperti wajib sembahyang, puasa
dan zakat adalah ciptaan pemerintah, tidak ada kena-mengena dengan Tuhan (oleh itu
tidak wajib ditaati).
Ini adalah fahaman yang silap, karut, membawa kepada kekufuran. Hukum-hukum itu
semua adalah wajib dengan nas al-Quran, Hadis, dan ijma atau persepakatan ulama ummat
ini. Tok Hasan yang jahil dan tidak mengerti nas serta sejarah mengatakan demikian.
Beliau ada mengajarkan bahawa al-Quran yang ada ini bukan sebenar, al-Quran
yang sebenar adalah lain.
AOuov ov ooo ockoov ivi ooooq coo oOuov ov oc|cvovo o
c|ooiovo ov tc|ukti ooo ocooqvo ooi oeo oi. Ocq itu iovo oo
ooq oOuov ov oc|cvovo oc|ooiovo ov coo ooi voo oOuov, H
ooio oov Io. Tok Hooov ov oqi tcvtov tckoo ivi ocuo tcoq cvoto
kov ococikiov uto.
Beliau mengajarkan bahawa hari Kiamat tidak akan berlaku, sebab Tuhan tidak
bodoh hendak membinasakan alam ini selepas ia menjadikannya.
Tentang kiamat itu wajib berlaku berdasarkan kepada nas al-Quran, Hadis, dan Ijma.
Bahkan dari segi ilmu fizik cara moden pun disebut bahawa pada suatu masa mesti alam ini
akan binasa. Tok Hasan adalah seorang yang jahil murakkab, yang jahil dan tidak mengerti
bahawa dirinya jahil, padahal dia ingin berbicara tentang perkara seperti ini, dengan itu ia
menyesatkan orang lain.
Dia juga dilaporkan sebagai mengajar bahawa dunia dan akhirat adalah kita
sendiri, dunia adalah anggota kita yang lahir dan akhirat anggota kita yang batin
dalam tubuh kita.
Ivi uo tcovov ov ocoot oov cvcootkov, oc|o| ouvio oov okqiot co
o ooo, oov ivi coo ocvov tcvooov, ocvov voo oOuov, Hooio, oov io.
Tcvtov oii kito ivi ooo oo ,oqi oov ooo oo qoi| tooovo itu ooooq i
ooov ooqoo, uvtuk tuuov tcvooov tctcvtu.
Beliau juga mengatakan bahawa para ulama tidak mengajarkan ilmu beliau itu
kerana mereka hendak menipu orang ramai, padahal mereka mengamalkan untuk
mereka sendiri.
Sebenarnya ini adalah tuduhan yang tidak ada alasan langsung. Para ulama tidak
mengajarkan ilmu seperti yang diajarkan oleh Tok Hasan oleh kerana ilmunya adalah ilmu
yang sesat dan zindik, yang membawa kepada kekafiran. Yang sebenarnya menipu manusia
adalah Tok Hasan yang mengajarkan ilmu dengan cara yang berlawanan dengan al-Quran,
sunnah dan ijma serta pengalaman yang diakui di kalangan mereka yang ahli di dalamnya.
17. Antara ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Ahmad Laksamana di
Kelantan kepada murid-muridnya ialah seperti di bawah ini:
Matlamat mengaji ilmu hakikat ialah untuk menjadi Allah.
Jelas kita ini manusia, dan oleh itu kita makhluk yang dijadikan oleh Tuhan. Yang
menjadikan kita ialah Tahan. Bagaimana pula makhuk boleh menjadi Tuhan? Tentang ilmu
makhluk, ilmu itu adalah ilmu yang menghuraikan hakikat perhubungan antara hamba dan
Tuhan, dan bagaimana caranya hendak mencapai martabat yang sama tinggi dengan Tuhan.
Tidak ada ulama hakikat yang mengatakan bahawa tujuan ilmu hakikat diajarkan ialah untuk
membawa manusia menjadi Tuhan. Itu adalah ajaran zindik.
Dia mengajarkan, Diriku ini ialah Allah dan kepadanya kena balik (kembali)
menjadi Allah semula.
Sebagaimana yang dikatakan diatas, kita adalah makhluk, bukan Tuhan, kita dijadikan,
dan bukan menjadikan. Bagaimana makhluk menjadi Tuhan? Jangankan dari segi agama, dari
segi logik pun fikiran demikian adalah tidak munasabah. Satu perkara lagi, dimanakah sifat-
sifat Allah SWT yang ada pada kita? Sifat Qadim? Baqa? Wahdaniyyah? Sudah tentu tidak
ada kerana kita hanyalah makhluk.
Beliau mengajarkan, Diri kita adalah diri Tuhan.
Kata-kata ini juga bercanggah dengan aqidah Islamiah, dan tidak munasabah pada akal,
kecuali kepada orang yang gila.
Beliau dilaporkan telah mengajar, Selagi kita takut jadi kafir, selama itu kita tidak
berjumpa dengan Islam.
Kotokoto ivi ooooq |coeovov ocvov oOuov, Euvvoq oov Io, kco
vo kito oiookov ocq voovoo outoo cvcok oi kito ooitooo kcku|uov
tooo tcovov, tc|uotov oov tc_okotov. Acvov cvcok oii kito ooitooo k
cku|uov itu,oko ocootoq Ioo kito. Ec|oikvo, iko kito |cooo ocvo
v kcku|uov ooo tc_okotov, tc|uotov otou tcovov oko kito cvooi
ko|i. Nou,u|ioqiiv,oik.
Beliau dilaporkan mengajar, Tanpa Muhammad, (maka) wajib Tuhan tak ada.
Nabi Muhammad SAW adalah hamba yang dijadikan oleh Tuhan, dan oleh itu ia makhluk
yang diadakan selepas daripada tidak ada. Sebelum ada Muhammad SAW. Allah SWT sedia
kala ada. Bagaimana dikatakan bahawa tanpa Muhammad, Allah tidak ada? Ini adalah kata-
kata zindik yang juga tidak logik langsung dari segi fikiran yang waras. Kata-katanya sedap
di dengar disisi nafsu tetapi karut dan sesat.
Beliau dilaporkan berkata Kalau kita tidak menjadi Tuhan, maka wajib tak kenal
Tuhan.
Ini kata-kata yang sesat dan menyesatkan. Pertamanya mustahil kita menjadi Tuhan,
sebab Tuhan adalah Tuhan bukan dengan menjadi. Keduanya, tidak ada nas dalam Islam
yang menyatakan kaedah mengenal Tuhan ialah dengan menjadi Tuhan. Kaedah itu bukan
kaedah, tetapi suatu kesesatan yang nyata dan kata-kata yang zindik. Mengenal Tuhan adalah
dengan mengenal sifat-sifatnya, serta dengan mengenal hukum-hukumNya serta
membersihkan hati daripada sifat-sifat keji, dan bila hati bersih maka Allah SWT kurniakan
pengenalan itu kepada seseorang itu.
Beliau mengajarkan Muhammad itu adalah kita.
Ajaran ini adalah menyesatkan, oleh kerana Muhammad SAW adalah nabi dan rasul,
kekasih Tuhan, dan kita ini bukan nabi dan rasul, tetapi orang biasa yang wajib mengikut
nabi dan rasul itu. Jadi Muhammad SAW adalah Muhammad, dan kita adalah kita. Jadi
dimanakah alasan yang menyebabkan seseorang itu boleh berkata; Muhammad adalah kita?
Beliau mengajarkan bahawa ejaan bagi Islam alif-sin, lammim itu bermaksud :
Alif : Allah, sin: salam, sejahtera, lam-alif : syahadat tauhid : lailaha illallah, dan mim :
syahadat rasul : Muhammadur Rasulullah.
Ini adalah huraian yang tidak berdasarkan kepada nas dan tidak ada dalil yang
membolehkan seseorang itu menghuraikan maksud itu demikian.
Beliau mengajarkan bahawa hakikat sembahyang ialah berdiri menyaksikan
hakikat diri sendiri, untuk menyaksikan pada diri bahawa tidak nyata pada diri
melainkan Allah, diri yang batin, dan Muhammad adalah diri yang zahir.
Ini adalah huraian tentang hakikat sembahyang yang sesat dan menyesatkan. Kita adalah
hamba yang berdiri di Hadrat Allah, bagaimanakah kita menyaksikan Allah Taala pada diri?
Allah adalah Allah, kita adalah kita, kita bermunajat dengan Allah SWT, bukan menyaksikan
Allah pada diri. Dan Muhammad adalah rasul kita, dan kita bukan Muhammad SAW.
Diajarkan oleh beliau bahawa rukun sembahyang yang tiga belas itu adalah diambil
sempena daripada sendi manusia yang besar.
Ini adalah huraian tentang rukun sembahyang yang tidak ada dalil dan sandaran langsung.
Dari manakah didapati huraian seperti ini? Demikian juga ajarannya yang mengatakan
bahawa Allah mengisyaratkan sembahyang zohor, Muhammad mengisyaratkan sembahyang
Asar, dan seterusnya, ini semua tidak bersandarkan kepada nas-nas yang nyata dan oleh itu
ianya tertolak. Ini semua berpunca daripada khayalannya sendiri.
18. Antara ajaran-ajaran sesat yang hampir serupa ialah apa yang disampaikan oleh
Muhammad Nor Kua Supa, Paloh Rawa, Kelantan. Antara ajaran itu ialah seperti
berikut :
Katanya Tuhan ada dalam diri kita.
Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas ini adalah kenyataan zindik yang menjadikan
seseorang kafir, sebab yang ada dalam diri kita ialah makhluk ciptaan Allah SWT, roh, dan
bukan Tuhan, sebab Tuhan tidak bertempat.
Beliau juga mengajarkan Kita kena fanakan diri kita yang bererti kita kena
tinggalkan Syara, kerana kita sudah sampai ke alam baqa, maka Syariat tidak
berguna lagi.
Fana diri sebagaimana yang dihuraikan oleh arifin ialah bila seseorang yang ikhlas
beramal itu sampai kepada satu peringkat, apabila ia mengalami yang sebenar hanya ada ialah
Allah sahaja, ia merasakan dirinya sendiri tidak ada. Itu fana diri, bukan ia meninggalkan
syara, bahkan orang yang mencapai pengalaman ini adalah orang yang beramal dengan
syara dengan sehabis sempurna. Mana boleh dikatakan bahawa jika kita fana diri bererti
meninggalkan syara? Apa maksud sampai ke alam baqa sedangkan orangnya belum mati?
Kalau mati barulah syara tidak diamalkan lagi, kerana mati. Tetapi ini orang yang hidup?
Nabi Muhammad SAW yang sampai Mikraj ke alam sana, bila ia pulang ke dunia ia beramal
dengan syara, siapakah yang lebih tinggi bila dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW?
Ini adalah ajaran zindik yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam.
Beliau mengajarkan, tidak boleh (di) ceraikan perkataan la ilaha illaLlah dengan
(atau daripada) Muhammadun Rasulullah, kalau (di) cerai (kan), (nescaya orang yang
berkenaan itu) menjadi kafir.
Kalau maksudnya ialah kalau seseorang mengucap syahadah sekerat sahaja, dengan
mengatakan la ilaha illallah sahaja, syahadatnya tidak sah, itu betul; atau maksudnya kalau
seseorang itu percaya kepada la ilaha illallah sahaja, tidak percaya kepada muhammadun
Rasulullah, maka ia kafir, itu benar; kalaulah maksudnya kalau seseorang itu bertahlil la ilaha
illallah sahaja, tidak menyambung dengan Muhammadun Rasulullah, ia menjadi kafir, itu
tidak betul; yang sebenarnya, adalah baik dari segi adab tahlil, bila seseorang itu mengatakan
la ilha illallah Muhammadun Rasulullah; seperkara lagi, kalau maksudnya ialah seseorang
itu jikalau ia menerima al-Quran sahaja dan ia menolak hadis Nabi SAW maka ia menjadi
kafir, ini benar. Wallahualam.


19. Antara ajaran dan amalan yang sedang merebak yang menjejaskan
keimanan dan amalan seseorang ialah ajaran-ajaran dan amalan-amalan secara
Syiah Imamiah.
Avtoo ooov ccko itu ooooq oc|ooi |cikut:-
Mereka percaya kepada imam mereka yang dua belas orang itu yang mereka
percayai maksum, dan melintasi darjat para rasul dan malaikat muqarrabin,
sebagaimana yang ada dalam kitab mereka, al-Kafi dan al-Hukumah al-Islamiah oleh
Khomeini.
Mengikut ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah, yang maksum adalah hanya para nabi dan rasul
a.s. Pegangan yang mengatakan imam dua belas itu melintasi nabi dan rasul adalah pegangan
yang sesat dan menyesatkan.
Mereka percaya bahawa imam dua belas di kalangan mereka itu mempunyai
kekuasaan di atas semua zarah alam ini, iaitu semua atom-atom ini terletak di bawah
kekuasaan mereka, kerana mereka itu dikatakan mempunyai khilafah takwiniyah atau
kuasa khilafah ke atas seluruh alam ini.
Pegangan sedemikian ini juga adalah batil dan tidak ada puncanya dalam nas-nas yang
diakui. Pegangan ini memahamkan bahawa imam-imam mereka itu mempunyai kekuasaan
seperti tuhan. Ini boleh membawa kepada kesyirikan. Pegangan ini merosakkan keimanan
seseorang itu, Nauzubillahiminzalik.
Diajarkan di dalam kitab al-Kafi yang berkedudukan sebagai Hadis al-Bukhari di
kalangan kita, bahawa para imam mereka yang dua belas itu mengetahui semua ilmu
malaikat, ilmu para nabi dan rasul, serta ilmu semua manusia, dan mereka paling
mengatahui tentang perkara yang mendatangkan maslahat untuk manusia, mereka
tidak silap dan lupa.
Jelas sekali bahawa sifat-sifat yang sedemikian itu mewas-waskan kepada kita tentang
sifat Maha Mengetahui yang ada pada Allah SWT sahaja. Pegangan demikian adalah
merupakan sifat Maha Mengetahui yang ada pada Allah SWT sahaja. Pegangan demikian
merupakan pegangan syirik. Ianya hendaklah ditolak.
Dalam kitab al-Kafi mereka juga menyebutkan bahawa imam mereka yang dua
belas itu boleh memilih tarikh kematian mereka sendiri.
0coo ockoi tcovov ocikiov |ctcvtovov ocvov oOuov oc|o| oivot
okov ooo uuov ooo oot ov |cokouo Aov |io ootov oo ccko
oko ccko tiook ctcceotkovvo ocooot oov uo ccko tiook |ocq cvc
cokov eooutuv ocooot. Booiovokoq oikotokov ccko |ocq cvcvtukov
toikq out ccko ocvoii eoqo oo out oi tovov Aoq A,,oeooo?\
Dalam al-Kafi juga disebutkan bahawa orang-orang syiah mempunyai mushaf
Fatimah, dan al-Quran disisi mereka itu adalah tiga kali ganda daripada al-Quran yang
biasa ini. Disebutkan oleh ulama mereka yang bernama al-Tabarsi bahawa antara
surah yang tidak ada dalam al-Quran biasa ialah surah al-Wilayah.
Al-Quran yang dipanggil mushaf Uthmani yang ada pada kita sekarang adalah al-Quran
yang diterima daripada Nabi SAW dan tidak ada al-Quran lain lagi yang diterima
daripadanya. Ini jelas dinyatakan dalam kitab-kitab berkenaan dengan hal sedemikian ini
seperti al-Itqan oleh al-Suyuti. Pegangan tentang Quran lain ada lagi iaitu adalah pegangan
Syiah Imamiah yang tidak ada nas yang diakui yang memberi keterangannya.
Dalam Kasyful Asrar karangan al-Khomeini disebutkan bahawa selepas wafat Nabi
SAW maka para sahabat menjadi murtad, melainkan beberapa orang sahaja seperti
Ali, Salman, Miqdad dan Abu Zar (Allah meredhai mereka semuanya).
Pegangan Khomeini yang berpegang kepada syiah Imamiah ini adalah pegangan yang
tidak berasas. Tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan tentang murtadnya para
sahabat dengan kewafatan baginda itu SAW. Ini adalah pegangan sesetengah orang syiah
Imamiah yang tidak berdasarkan kepada nas-nas yang diakui.
Syiah Imamiah juga menuduh sahabat-sahabat sebagai fasik, itu sekurang-
kurangnya, atau tidak mengetahui agama, sebagaimana yang jelas daripada kitab
Sabah minas Salaf. Antara yang dikatakan fasik itu ialah Abu Bakar, Umar, Uthman,
Aisyah, Habsah, Muawiyah dan Yazid. (Allah meredhai mereka semuanya).
Tidak syak lagi bahawa pegangan yang demikian itu adalah berlawanan dengan al-Quran,
Hadis, dan pendapat ulama Ahli Sunnah, yang berpendapat semua sahabat adalah adil.
Perbezaan pendapat mereka itu adalah ijtihad mereka masing-masing. Pegangan yang ada
pada mereka itu adalah pegangan yang sesat dan menyesatkan.
Mereka percaya bahawa al-Mahdi, imam mereka yang dua belas, yang bernama
Muhammad bin Hasan al-Askari, akan muncul pada akhir zaman dan memerintah
dunia dengan adil.
Pegangan yang sedemikian adalah tidak berasaskan nas-nas yang boleh diterima. Memang
al-Mahdi adalah berdasarkan kepada riwayat yang dari segi maknanya mutawatir, akan tetapi
al-Mahdi itu namanya ialah Muhammad bin Abdullah, sebagaimana yang ditegaskan dalam
beberapa hadis yang kuat riwayatnya. Dan, bagaimanakah seseorang yang telah hilang lebih
seribu tahun lalu muncul kembali menjadi al-Mahdi?
Ini adalah pegangan yang tidak munasabah.
Mereka menuduh al-Bukhari ada memuatkan hadis-hadis yang mengandungi
pegangan kafir, misalnya yang menyebutkan bahawa di akhirat kelak Allah akan
membuka labu betis-Nya untuk dilihat oleh makhluk sekalian.
Sebenarnya, ini timbul oleh kerana salah faham mereka, atau sengaja disalah-fahamkan.
Maksud hadis tersebut ialah masa itu adalah masa yang sedemikian mengejutkan sehingga
diumpamakan keadaan yang menyebabkan orang-orang perempuan mengangkat kain dari
betis mereka berlari-lari untuk menyelamatkan diri, atau pun maksudnya ialah Allah
mentajallikan diri-Nya setakat yang dikehendaki-Nya, sebagaimana yang diisyaratkan
dalam Tafsir al-Baidawi contohnya. Bukanlah bermakna bahawa golongan Ahli Sunnah
percaya bahawa Allah mempunyai labu betis yang di buka-Nya pada Hari Kiamat.
Mereka mempunyai pegangan bahawa pemerintah yang sah ialah pemerintahan
yang direstui oleh imam mereka sahaja, semua yang lain adalah tidak sah dan mesti
digulingkan. Oleh itu mereka mengeksport revolusi ala Iran ke mana-mana. Bahkan
mereka menganggap kerajaan khulafa ar-Rasyidin tidak sah, yang sah hanya kerajaan
Ali b. Abi Thalib.
Pegangan yang demikian itu adalah pegangan yang tidak disokong oleh nas-nas yang
boleh dipegang. Kerajaan Islam di bawah Khulafa ar-Rasyidin adalah sah, termasuk kerajaan
Ali, demikian juga sah kerajaan khalifah-khalifah Umayyah dan Abbasiyyah, demikian juga
pemerintahan-pemerintahan kemudiannya seperti yang ada di Istanbul dan lain-lain.
Pegangan Syiah Imamiah sedemikian rupa membawa implikasi yang berbahaya dari segi
keselamatan negeri-negeri di mana mereka berada, dan bukan sahaja implikasi buruk dari
segi agama Islam.
Golongan Syiah Imamiah mengamalkan kahwin mutah dan mereka anggapkan ini
adalah halal.
Dari segi ajaran Syariat Ahli Sunnah kahwin mutah ini; iaitu nikah dengan menentukan
waktunya, dengan tidak ada walinya, adalah tidak sah dan haram, dan membawa kepada zina.
Ini disepakati dalam mazhab yang empat sebagaimana yang jelas dalam kitab Al-Fiqh alal
Mazhab al-Arbaah antaranya.

20. Ajaran sesat cara baru yang disebarkan oleh seseorang yang menamakan dirinya
sebagai Abdul Manan Harun adalah ajaran sesat yang merbahaya.
Antara ajaran itu ialah:
Beliau merayu kepada mereka yang mengaku umat Islam supaya membuang
tuhan-tuhan seperti Syafie, Hanbali, Ghazali, Hanafi, Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu
Daud, serta tuhan-tuhan lain yang dipertuhankan oleh manusia dengan kembali
kepada Allah SWT, dan mengikut kitabnya, al-Quran (dengan tidak disebutkan
Sunnah Nabi SAW).
Jelas pengarang risalah ini tidak percaya kepada sunnah sebab beliau menyuruh orang-
orang Islam kembali kepada Quran sahaja. Ini adalah berlawanan dengan Quran sendiri sebab
Al-Quan menyebut nabi S.A.W. diutuskan untuk menyampaikan kepada manusia apa yang
diwahyukan kepadanya dan menghuraikannya kepada manusia.
Imam-imam dan ulama yang disebutkan oleh pengarang risalah itu bukannya disembah
sebagai Tuhan, oleh itu mereka tidak boleh dikatakan tuhan-tuhan kerana mereka bukan
barang sembahan. Mereka dihormati kerana ilmu dan perjalanannya oleh kerana ilmu mereka
dan perjalanan mereka adalah benar sebagaimana yang dibuktikan oleh sejarah. Kalau kita
tidak mengikut mereka yang benar, siapa lagi yang kita akan ikut. Adakah mengikut mereka
yang benar dilarang al-Quran? Tidak, bahkan al-Quran menyuruhnya di dalam ayat yang
bermaksud, Bertanyalah kamu kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui. Atas dasar
inilah mereka diikuti, bukan disembah sebagai Tuhan. Pengarang ini adalah seorang yang
jahil yang tidak tahu membezakan antara apa itu Tuhan dan apa yang bukan Tuhan
Antara ajaran sesat pengarang ini katanya, Bukankah mereka yang menganut
agama ahli Sunnah wal-Jamaah telah mencari pertunjuk dari merekadan ini
menjadikan mereka Tuhan?
Agama yang dipegang oleh umat Islam ialah agama Islam bukan agama Sunnah wal-
Jamaah. Yang Sunnah wal-Jamaah itu ialah mazhabnya, iaitu mazhab yang hak berpandukan
kepada ajaran Rasul dan Sunnahnya serta ajaran para sahabat yang diasuh oleh baginda
SAW. Petunjuk yang dicari adalah daripada Allah, bukan manusia, sebab manusia tidak
boleh memberi pertunjuk. Yang manusia boleh lakukan ialah menyampaikan ilmu, itu sahaja,
yang memberi petunjuk hanyalah Allah SWT. Kita umat Islam membaca kitab-kitab ulama
untuk mendapatkan huraian-huraian tentang al-Quran dan as-Sunnah sebab mereka adalah
ahli ilmu. Dan orang-orang Islam tidak menjadikan ulama itu sebagai sembahan. Itu adalah
kekeliruan pengarang ini sendiri.
Kata pengarang yang sesat ini dalam risalahnya antara lain ialah: Bukankah
hukum-hukum syarak atau undang-undang syariat sekarang bercanggah dengan al-
Quran, dan dikarang serta ditulis oleh Tuhan-Tuhan jenis manusia yang dinamakan
Taghut?
Hukum-hukum Islam yang ada dalam kitab-kitab fiqh itu adalah karangan-karangan para
ulama yang ahli dalam ilmu syariat. Mereka mengarang kitab-kitab itu untuk memberi
bantuan kepada manusia memahami untuk hukum-hukum Allah SWT, takut-takut manusia
disesatkan oleh penulis-penulis jahil seperti pengarang risalah ini, mereka bukanlah tuhan-
tuhan yang disembah. Kitab-kitab mereka diterima oleh umat Islam kerana kitab mereka itu
kandungannya benar dan tidak menyeleweng. Bagaimanakah mereka itu dipanggil Taghut
oleh pengarang ini?
Yang sebenarnyaTaghut itu ialah pengarang risalah ini, bukan para ulama itu.
Hcvoov ioooq ov oqi ivi qcvookoq cvctoqui |oqoeo uoouo
o ov cvccecv ooo quoiovquoiov ccko, kito|kito| ccko tiook
oiuvokov ocq uot Ioo oc|ooi kito| tovouov. Aiov ccko tcoq tutuo k
ctivoov ,oov.
Pengarang risalah itu juga menulis, .mereka mengaku mereka Islam dengan
hanya mengucap dua kalimah syahadah, Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah..Katanya
Adakah dalam lafaz ini mereka membuat pengakuan Aku Islam kepada Allah
(walhal) Allah telah mengajar kita bagaimana hendak melafaz cara bagaimana untuk
menjadi Islam
Nampaknya pengarang ini tidak bersetuju cara memeluk Islam ialah dengan mengucap
dua kalimat syahadah, beliau mahu syahadah itu berbunyi, Aku Islam kepada Allah, dan
bukan dengan membaca syahadah yang biasa dipakai itu. Ini adalah ajaran yang sesat dan
menyesatkan, kafir dan mengkafirkan orang yang berpegang kepadanya. Cara memeluk Islam
dengan mengucap syahadah itu adalah berdasarkan kepada as-Sunnah yang sekuat-kuatnya
dalam riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya. Dan itu diterima dari awal lagi. Fahaman
pengarang ini nampaknya didapati daripada ia membaca terjemahan al-Quran yang ada
padanya itu. Sebab itulah katanya Allah Taala mengajarkan cara mana hendak memeluk
Islam itu dengan menyebut ayat yang bermaksud Aku Islam kepada Allah, maksud ayat itu
sebenarnya ialah: Aku tunduk kepada Allah (dalam agama Islam). Sebenarnya ayat itu
bukan menunjukkan cara memeluk Islam tetapi menunjukkan nabi pada zaman dahulu kala
telah menundukkan dirinya kepada Allah SWT dalam agama sebenarnya. lanya berbentuk
cerita, khabar, bukan berupa menunjukkan cara memeluk agama Islam. Tetapi oleh kerana
pengarang ini jahil dan tidak mahu mengaji, beliau menyangka itulah caranya syahadah
yang diajarkan oleh Allah, yang berlainan daripada apa yang diamalkan oleh ulama.
Beliau menyatakan bahawa mereka yang menyaksikan bahawa Muhammad adalah
Rasulullah SAW adalah orang-orang munafik, katanya: Mereka tergolong daripada
(sepatutnya, kedalam. p) orang-orang munafik kerana sentiasa naik saksi bahawa
Muhammad itu Rasulullah SAW (6:31) seolah-olah Allah SWT tidak tahu Muhammad
itu rasulnya dan sambil menggunakan lafaz-lafaz ini untuk menyesatkan manusia-
manusia (63:2).
Jelas sekali bahawa pengarang ini tidak mempelajari tafsir al-Quran mengikut punca-
punca yang sebenarnya. Yang dikatakan munafiqin yang menyatakan Muhammad Rasulullah
adalah mereka yang tidak Islam sebenarnya, yang berpura-pura berkata Muhammad pesuruh
Allah, walhal mereka tidak percaya kepadanya. Ertinya yang ditujukan oleh ayat itu ialah
mereka yang munafik, yang berpura-pura Islam, yang menggunakan syahadah itu untuk
menyesatkan orang lain, dan untuk mencari kepentingan. Ayat ini bukan melarang manusia
mengucap syahadah, kerana memang mengucap syahadah itu disuruh, sebagaimana yang
jelas dalam hadis-hadis sahih.
Pengarang yang jahil ini sesat dan menyesatkan orang lain.
Beliau juga mengatakan Taghut-taghut muktabar mereka telah mengubah cara
solat yang diajarkan oleh Allah (17:110). Bukankah ini jelas mereka mempertuhankan
Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Hanafi, Bukhari, Muslim.dan yang lain-lain sebagai
tuhan mereka?
Jelas sekali bahawa pengarang ini tidak peduli kepada nas-nas yang menjadi pegangan
ulama dalam mempelajari dan memahami Islam. Berkenaan dengan sembahyang, maka jelas
itu adalah berdasarkan kepada bimbingan Nabi SAW sendiri, sebagaimana yang diterangkan
dalam Kitabus-Solah dalam al-Bukhari, Muslim, dan sebagainya yang merupakan catitan
sejarah yang tidak boleh dipersoalkan lagi kesahihannya. Pengarang ini mahu kita memahami
bahawa sembahyang itu mengikut apa yang disebutkan di dalam al-Quran, atau pun
terjemahan al-Quran sahaja. Ini adalah sesat dan menyesatkan, kafir dan mengkafirkan.
Tentang sembahyang ini tidak perlu timbul sebagai persoalan lagi, sebab ianya adalah
berdasarkan nas-nas Quran, Sunnah dan Ijma.
Itulah yang muktamadnya. Dan pengarang risalah yang jahil ini tidak boleh mengubah itu
semua. Dan, sebagaimana yang telah dijelaskan, tidak ada sesiapa di kalangan Ahli-Sunnah
yang menyembah imam-imam sebagaimana yang diisyaratkan oleh pengarang jahil ini.
Hanya Allah sahaja yang menyelamatkan kita daripada fitnah-fitnah dajjal akhir zaman ini.
Wallahualam.

BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
Setiap mukalaf dan ahli masyarakat Islam hendaklah mengambil langkah-langkah untuk
menyelamatkan dirinya daripada cengkaman atau pengaruh ilmu-ilmu sesat yang sedang
merebak dalam masyarakat Islam kita sekarang ini, sebagaimana juga, perlulah setiap orang
untuk menyelamatkan dirinya dari terpengaruh dengan agama-agama yang selain daripada
Islam, sebab hanya agama Islam sahaja yang diterima oleh Allah SWT. Antara langkah-
langkah itu ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam perenggan-perenggan yang
berikutnya.
Pertamanya, hendaklah tiap-tiap mukalaf diberi pendidikan Islam yang memadai dalam
bidang-bidang akidah, syariah, dan akhlak, demi membentuk peribadi Islam yang baik, dan
yang akan membolehkannya mengelakkan diri daripada aqidah dan amalan-amalan yang
sesat. Perlaksanaan pendidikan demikian ini, pada paras sekurang-kurangnya yang menjadi
tanggungjawab semua pihak, terutama keluarga, pusat-pusat pendidikan yang mengajarkan
ilmu-ilmu yang bukan ilmu-ilmu syariah, dan seterusnya. Pelajaran Islam itu boleh dijayakan
juga di dalam masjid-masjid, madrasah-madrasah, musalla-musalla, demikianlah seterusnya,
sehinggalah pada tempat-tempat kerja, termasuk kilang-kilang dan bengkel-bengkel.
Kedua, sebagai penekanan yang khusus, hendaklah ibu-bapa mengambil berat tentang
pendidikan agama yang sedemikian rupa bagi anakanaknya, baik lelaki dan perempuan, dan
juga hendaklah mereka mengambil berat tentang kawalan yang sewajarnya ke atas gerak-geri
mereka supaya mereka itu tidak menyeleweng dari segi aqidah dan amalannya.
Ketiga, hendaklah pihak-pihak yang berwajib mengambil langkah-langkah sepatutnya,
baik yang terdiri daripada badan-badan agama yang bukan rasmi, termasuk juga pihak
berkuasa, supaya kesilapan-kesilapan dalam pegangan dan amalan itu disebarkan supaya
dimengerti oleh masyarakat Islam, dan langkah-langkah yang berkesan hendaklah diambil
oleh semua pihak supaya ilmu-ilmu sesat itu tidak berkembang dan dielakkan oleh ahli
masyarakat.
Keempat, hendaklah pemuka-pemuka ilmu sesat itu dikenakan tindakan yang tegas ke
atas mereka mengikut lunas-lunas syariat Islam sebenarnya, termasuklah hukuman-hukuman
yang menahan mereka sehingga mereka bertaubat, ataupun bila sabit kesalahannya, maka
dikenakan hukuman yang lebih berat lagi daripada itu. Ini boleh dilakukan, InsyaAllah,
dengan adanya kerjasama semua pihak. Perlulah diperhatikan bahawa penyebaran ilmu sesat
ini adalah lebih berbahaya daripada dadah yang ditakuti itu, sebab, jikalau dadah
membinasakan jasad manusia, maka ajaran sesat membinasakan zat insaniah itu sendiri
sehingga ke alam yang kekal abadi.
Kelimanya, antara lainnya, hendaklah adab-adab berkenaan dengan perhubungan ahli-ahli
zindik dan ahli-ahli bidaah sesat, seperti kaum yang tidak mengambil berat tentang hukum
syara ini, atau kaum yang mengajarkan ilmu bahawa kita ini adalah tuhan, disebarkan
supaya orang ramai mengerti adab-adab itu dan beramal dengannya.
Antara adab itu ialah apa yang diterangkan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali, semoga Allah
meredhainya, di dalam kitab al-lhya nya, (juz ll, 166-167 ). Katanya:
Keduanya ialah bidaah (sesat, seperti tidak memakai syara atau mengajar
manusia menjadi tuhan dan sebagainya) yang menyeru (orang lain) kepada bidaahnya
itu. Kalaulah bidaahnya itu adalah sedemikian yang menjadikan ia itu kafir
kerananya, maka keadaannya itu adalah lebih berat lagi daripada kafir zimmi, kerana
ia tidak mengakui kedudukannya dikenakan membayar jizyah dan ia tidak
dilembutkan perhubungannya dengan itu kerana perjanjian dengan orang-orang kafir
zimmi itu.
Kalau bidaahnya itu adalah bidaah yang tidak menjadikannya kafir, maka
kedudukannya itu, antara dia dengan Allah adalah lebih ringan daripada kedudukan
orang kafir, itu pasti, tetapi dalam hal mengingkarinya maka itu lebih berat daripada
kedudukan orang kafir, kerana kejahatan pada orang kafir itu tidak melimpah (kepada
orang yang tidak kafir). Maka sesungguhnya orang Islam beriktiqad orang-orang itu
sebagai kafir, maka dengan itu mereka tidak peduli kepada kata-katanya, kerana ia
tidak mengaku dirinya beragama Islam dan berpegang kepada aqidah yang hak.
Adapun ahli bidaah (yang menyeru kepada bidaah sesatnya, walaupun tidak
kafir, lebih-lebih lagi kalau bidaahnya kafir) yang menyeru kepada bidaahnya dan
mengaku bahawa seruannya itu adalah hak, maka ia menjadi sebab kesesatan orang
ramai. Dan kejahatan itu padanya melimpah kepada orang lain. Maka adalah
mustahab, atau baik, dizahirkan kemarahan terhadapnya, dan ditujukan permusuhan
dengannya serta memutuskan hubungan dengannya, serta menghinanya dan
merendahkannya, kerana bidaahnya itu, dan menjadikan orang lain liar daripada
bergaul dengannya adalah lebih berat.
Kalaulah (orang bidaah yang demikian itu) memberi salam kepada seseorang di
tempat sunyi, maka tidak mengapa menjawab salamnya (kalau bidaahnya tidak
membawa kepada kekufuran), (tetapi) kalaulah anda mengetahui bahawa berpaling
daripadanya dan diam daripada menjawab salamnya menjadikan ia merasa buruk
bidaahnya sendiri dan memberi kesan dalam menjadikannya meninggalkan bidaahnya
itu, maka tidak menjawab salam itu adalah lebih utama, kerana menjawab salam itu
walaupun hukumnya wajib, ia menjadi gugur kerana ada tujuan yang sekecilnya yang
ada maslahat di dalamnya, sehingga (gugur wajib menjawab salam itu) apabila
seseorang itu berada dalam bilik mandi, atau ia berada dalam qadha hajat, dan (disini)
tujuan untuk menjauhkan dirinya daripada bidaah itu adalah lebih mustahak lagi
daripada tujuan-tujuan ini.
Kalaulah (ahli bidaah itu) berada dalam satu kumpulan maka tidak menjawab
salamnya adalah lebih utama untuk meliarkan (menjauhkan) orang lain daripadanya
dan untuk menunjukkan keburukan bidaah itu pada pandangan mata mereka.
Demikian juga lebih utama untuk berhenti daripada berbuat baik kepadanya serta
memberi pertolongan kepadanya terutama dalam perkara yang boleh dilihat oleh
orang ramai..
Ketiganya ahli bidaah yang awam (yang bukan berdakwah kepada bidaahnya
itu) yang tidak mempunyai kemampuan untuk berdakwah kepada manusia bidaahnya
itu, dan tidak dibimbangi ianya diikuti oleh orang lain, maka keadaanya itu adalah
lebih senang (daripada keadaan orang diatas tadi); maka (dalam hal orang yang
demikian ini) hendaklah ianya tidak diperburukkan dengan perangai kasar
terhadapnya dan dengan menghinanya, bahkan handaklah ia diberi layanan dengan
lemah-lembut dengan memberi nasihat. Sesungguhnya hati orang kebanyakan (atau
orang awam itu) cepat berubah. Maka kalaulah memberi nasihat tidak mendatangkan
faedah, maka berpaling daripadanya untuk menunjukkannya keburukan bidaah itu
pada pandangannya sendiri, maka berpaling daripadanya itu adalah lebih baik lagi.
Maka kalaulah diketahui bahawa itu tidak memberi kesan oleh kerana tabiatnya yang
sudah keras dan pegangannya (yang paling sesat itu) sudah mendalam dalam jiwanya,
maka berpaling daripada itu adalah lebih utama, kerana sesuatu bidaah itu apabila
tidak ditunjukkan dengan bersangatan buruknya itu, maka ia merebak di kalangan
orang ramai, dan kerosakannya menjadi merata.

Inilah antaranya nasihat yang diberikan oleh imam al-Ghazali yang arif ini tentang cara
bagaimana kita berhadapan dengan golongan bidaah yang sesat atau yang membawa
kepada kekafiran yang ada dalam masyarakat kita. Kalaulah sikap ini diamalkan maka
ajaran sesat ini tidak akan berkembang dalam masyarakat Islam dan ianya akan terhapus,
dengan izin Allah SWT.
Hendaklah nasihat yang sedemikian ini difahami, dan adab-adab yang disarankan ini
dijadikan pegangan dan amalan yang berkesan. InsyaAllah kita akan mendapat pertolongan
daripada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wallahualam.



[AAM, Pagi Hari Asyura 1435H bersamaan dengan 14 Nov 2013 - PSD]









Posted under Aqidah and tagged with ajaran Hassan Anak rimau, ajaran kebatinan, ajaran sesat,
ajaran Tajalli, bertemu Rasulullah, boleh ghaib, ciri-ciri agama Syiah, ciri-ciri ajaran salah, guru
murshid, ilmu ghaib, Imam Mahdi, kahwin mutah, Khomeinei, Rafidhah, Rofidhoh, sembahyang
dengan niat, syiah, Syiah Imam 12, Syiah Imamiyah, takrif ajaran sesat, Tarikat Sufiah
Komentar (0)

http://www.abuanasmadani.com/?p=2176

Anda mungkin juga menyukai