Anda di halaman 1dari 2

Masalah:

Setelah tiga minggu saya berada di sekolah ini, saya dapati masalah utama
yang baru saya perasan sejak dari minggu pertama sehingga minggu ketiga ini ialah
ketepatan masa murid-murid memasuki kelas. Saya dapati bahawa kebanyakan
masa habis pada waktu pertama kerana disebabkan kelewatan murid masuk ke
kelas.
Analisis:
Mengurus masa merupakan aspek yang amat ditekankan dalam ciri-ciri
menepati waktu. Ini kerana pengurusan masa yang baik akan menjadikan seseorang
individu secara tidak langsung dapat menepati janji yang telah diaturkan ataupun
menepati waktu yang dipersetujui terlebih dahulu. Mengulas perkara ini, kaitan
antara perkara ini dengan permasalahan yang berlaku bagi murid di sekolah ini
khususnya murid yang saya ajar iaitu Tahun 5 dan Tahun sukar untuk menepati
masa masuk ke kelas. Setiap kali saya menyuruh mereka pergi ke makmal sains
ataupun makmal komputer, sukar untuk mereka menepati masa. Walaupun
beberapa kali diberitahu supaya sediakan buku-buku yang diperlukan 5 minit
sebelum waktu sebelumnya habis, mereka masih tidak dapat menepati apa yang
saya suruh.
Tindakan/ Cadangan/ Penambahbaikan:
Menurut Kamus Dewan, menepati waktu merupakan persetujuan (secara
lisan atau bertulis) untuk melaksanakan atau untuk memberikan sesuatu.
Ringkasnya kita boleh mengatakan bahawa menepati waktu merupakan perlakuan
yang mencirikan seseorang individu sentiasa melakukan sesuatu tanggungjawab
mahupun tugas mengikut waktu yang telah ditetapkan ataupun dipersetujui secara
lisan mahupun bertulis. Bagi mengatasi permasalahan ini, saya bercadang untuk
membuat peraturan kepada murid tentang ketepatan masa. Ketepatan masa ini tidak
bergantung kepada ketepatan mereka masuk ke kelas. Ia juga bermaksud ketepatan
menghantar latihan yang saya suruh buat. Sekiranya mereka tidak menepati masa
yang saya kehendaki, hukuman akan diberi sama ada akan saya beri dalam bentuk
lisan ataupun dalam bentuk potongan markah bagi setiap kumpulan.


Tempoh masa:
Dalam menangani aspek ketepatan masa ini, saya akan laksanakannya
dalam masa satu minggu untuk melihat perlakuan mereka terhadap peraturan
ketepatan masa yang saya tetapkan.
Penilaian Kejayaan:
Penilaian dibuat berdasarkan tingkah laku murid sekiranya mereka tidak
masuk ke kelas lambat dan menghantar kerja pada waktu yang sepatutnya.
Tindakan Susulan:
Murid yang enggan mendengar dan mematuhi arahan yang diberi akan saya
beri penuh perhatian dan hukuman yang wajar supaya mereka dapat berubah
tingkah laku.