Anda di halaman 1dari 3

KERAJAAN ( menteri kedua )

Assalamualaikum dan salamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan yang dipertua
, para hakim,penjaga masa,dan juga pihak lawan yang sudah kelihatan takut
walaupon masih belum memulakan perdebatan ini.Terima kasih saya ucapkan
kepada semua. Berdirinya saya pada hari ini sebagai menteri kedua adalah untuk
menyokong usul yang telah dikemukakan oleh perdana menteri dan juga akan
mengemukakan dua isi yang releven iaitu kemudaahan infrastruktur di asrama
dan juga kaedah pembelajaran di asrama. Saya juga akan menyatakan kesalahan
yang telah dilakukan oleh yang berhormat ketua pembangkang .
Tuan yg dipertua,
Saya amat bersetuju dengan hujah perdana menteri sebentar tadi . Perdana
menteri menyatkan bahawa jadual harian menyebabkan pelajar yang tinggal di
asrama lebih menepati masa dan belajar dengan sebaik-baiknya apabila diberi
sedikit sebanyak masa yang diberikan .
Tuan yang dipertua,
Ketua pembangkang sangat bijak mengeluarkan hujah-hujahnya yang begitu
panjang tapi malang sekali kerana isinya umpama lalang yang mudah ditiup
angin.Pembangkang berada desebelah sana belum begitu cakna tentang usul kita
pada hari ini . Beliau telah menyatakan
bahawa.....................
...................................Saya sangatlah tidak berseteju kerana isi yang telah
dikemukakan tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk meyakinkan
kami di pihak
kerajaan


Tamat sudahlah tugasan membidas saya sebagai menteri kedua .
Tuan yang dipertua,
Tanpa melengahkan masa izinkan saya untuk menyatakan isi-isi saya yang dapat
membunuh seangkatan tentera hanya dengan hujah-hujah menarik dan tertarik
yang akan saya kemukakan sebentar lagi iaitu kemudahan infrastruktur di asrama
yakni saya memfokuskan kepada (tempat belajar yan kondusif) dan kaedah
pembelajaran di asrama.
Tumpuan yang kedua kami di pihak kerajan ialah kemudahan infrastruktur di
asrama . kami tidak nafikan bahawa tinggal di rumah juga mempunyai
kemudahan infrastruktur tetapi jika kita lihat sebaliknya bagaimana jika
seseorang itu ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang .. jadi ,
adakah mereka mempunyai kemudahan yg cukup ?? saya katakan tidak kerana
berkemungkinan mereka juga tidak mempunyai masa yg berkualiti untuk belajar
untuk belajar ekoran mereka terpaksa pergi bekerja untuk membantu ekonomi
keluarga mereka . namun , di asrama tempat yang di sediakan untuk pelajar
adalah cukup lengkap dengan kemudahan bilik persediaan yang cukup selesa.
Dengan adanya tempat yang kondusif pelajar akan lebih focus untuk berlajar.
Hal ini kerana apabia kita belajar di tempat yang kondusif maka kita lebih mudah
memberikan tumpuan kepada subjek atau pun pelajaran yang sedang kita ulang
kaji. Buktinya , pelajar-pelajar sekolah sains dan mrsm semuanya tinggal di
asrama dan sekolah mereka merupakan sekolah yg terbaik di Malaysia Oleh itu
masa yang mereka gunakan adalah lebih berkualiti dan bermutu.

Tuan yang dipertua,

Kaedah pembelajaran di asrama adalah lebih baik, hal ini kerana mereka akan
menjalankan aktiviti belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan ada
banyak kelebihannya antaranya ialah idea dapat dikongsikan bersama .apabila
belajar secara bekuumpulan masa yang akan di ambil untuk megulang kaji subjek
subjek yang telah dibincangkan akan lebih singkat. Oleh itu masa yang diambil
oleh mereka untuk memahami subjek-subjek yang teras akan berkurangan. Hal ini
kerana apbila para pelajar membahagikan sub-topek.masing-masing akan sudah
bersedia dan perlu memahami sub-topik yang akan mereka bentangkan kepada
rakan sebaya mereka jadi tidak perlulah membuang masa mengulang kaji subjek
yang telah difahami. Oleh itu kualiti masa yang digunakan oleh mereka adalah
lebik baik daripada pelajar yang tidak menetap di asrama.
Tuan yang dipertua,
Seperti yang kita sedia maklum , setiap bilik persediaan yang telah disediakan oleh
pihak sekolah mempunyai seorang senior yang akan memantau tindak tanduk
setiap anak anak buahnya yang terdapat dalam bilik tersebut . mereka yang
merupakan senior ini sudah tentu mempelajari terlebih dahulu apa yg dipelajari
oleh anak anak buah mereka yang berada ditingkatan satu , dua dan tiga . jadi ,
apabila pelajar tingkatan satu , dua dan tiga tidak memahami sesuatu mereka
menyoal dan menanyakan sesuatu tentang pelajaran ataupun meminta
pandangan dan pendapat kerana senior senior terlebih dahulu memakan garam
daripada mereka . Jika di bilik persediaan itu , tidak memiliki senior tetapi
mempunyai ketua yang sama umur sudah tentu mereka mempunyai ilmu yang
lebih tinggi dripada pelajar lain . Dengan sebab itulah guru melantik mereka
menjadi ketua kerana ketua merupakan seseorang yg mempunyai personality
yang kemas , pemikiran yang matang dan mempunyai tahap disipilin yang
cemerlang . ini membuktikan bahawa tinggal di asrama menjamin kualiti masa
yang lebih baik .
Tuan yang dipertua,
Nampaknya pihak pembangkang telah kelihatan takut dan juga terancam dengan
kehebatan kami di barisan kerajaan.Jadi marilah semua bangun dan duduklah
bersama kami di barisan kerajaan untuk menyokong usul kita pada hari ini iaitu
KUALITI MASA BERLAJAR DI ASRAMA LEBIH BAIK.. sekian sahaja daripada saya
selaku menteri kedua . mohon untuk terus mencadang..

Anda mungkin juga menyukai