Anda di halaman 1dari 5

Ayat Perintah

Diucapkan dengan tujuan untuk


menimbulkan sesuatu tindakan

Ditujukan kepada orang kedua
menggunakan kata ganti nama

i. Awak
ii. Kamu
iii. Engkau dan sebagainya

yang digugurkan


4 JENIS AYAT PERINTAH
1. Ayat suruhan/arahan
2. Ayat larangan
3. Ayat silaan
4. Ayat permintaan

AYAT SURUHAN: bertujuan memberi
perintah
Contoh;
1. Keluar dari bilik ini!
2. Pergi dari sini!
3. Ayah, pujuk adik yang
sedang menangis itu.
4. Laila , makan kuih ini
dahulu sebelum ke
sekolah.
Boleh menggunakan
partikel lah
1. Keluarlah dari bilik ini
2. Pergilah dari sini.
3. Ayah, pujuklah adik yang
sedang menangis itu.
4. Laila, makanlah kuih ini
dahulu sebelum ke sekolah.

AYAT LARANGAN: menegah seseorang
melakukan sesuatu
Kata larangan: jangan usah/tak
usah
Jangan meniru semasa
peperiksaan.
Jangan duduk di sini.
Kamu jangan beritahu guru.
Tak usah ambil tahu
masalah saya.
Awak tak usah datang lagi.
Boleh ditambah partikel -lah
Janganlah meniru semasa
peperiksaan.
Janganlah duduk di sini.
Kamu janganlah beritahu
cikgu.
Tak usahlah ambil tahu
masalah saya.
Awak tak usahlah datang
lagi

AYAT SILAAN: bertujuan menjemput
atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan : sila,
jemput
1. Sila datang ke rumah saya.

2. Jemput datang ke majlis
doa selamat kami nanti.

3. Jemput naik ke rumah.
Boleh menerima partikel -lah
1. Silalah datang ke rumah
saya.

2. Jemputlah datang ke majlis
doa selamat kami nanti.

3. Jemputlah naik ke rumah.

AYAT PERMINTAAN : memohon
permintaan dan pertolongan
Menggunakan kata : minta,
tolong
1. Minta tuan-tuan jelaskan
yuran persatuan.

2. Minta tuan benarkan kami
masuk.

3. Tolong tutup pintu depan
itu.
Ayat ayat silaan tidak membawa
pengertian yang negatif
Contoh-contoh ayat tidak
dianggap betul

1. Sila jangan merokok.
2. Tolong jangan bising
3. Minta jangan berludah

Anda mungkin juga menyukai