Anda di halaman 1dari 2

SII LEH TEING PRBC2 4

REFLEKSI MIKRO PENDIDIKAN JASMANI



Pada hari ini, saya dan ahli kumpulan saya,Ling Xiao Wei bersama-sama
menjalankan pengajaran mikro Pendidikan Jasmani Tahun 6. Tunjang bagi
pengajaran ini ialah kecergasan fizikal dan topiknya ialah kelajuan. Aktiviti yang
dijalankan ialah lari pecut 50 meter. Langkah yang saya ajarkan ialah langkah
permulaan, langkah perkembangan 1 dan langkah perkembangan 2 manakala
saudara Ling Xiao Wei mengajar langkah kemuncak dan penutup.
Dalam Langkah Perkembangan 1, saya mula-mula memberi penjelasan
tentang jenis larian kepada murid sebelum aktiviti. Tetapi, semasa latihan saya tidak
memberi arahan dengan jelas. Murid telah harus berhenti sekejap untuk mendengar
bunyi wisel itu dan guru hendak menyatakan jenis larian yang harus dilakukan
barulah mengubah jenis larian tersebut. Saya rasa guru terus meniupkan wisel untuk
mengubah jenis pergerakan itu dan tidak perlu menyatakan jenis larian yang harus
dilakukan lagi. Guru harus menjelaskan jenis larian sebelum aktiviti dan memberi
arahan kepada murid-murid bahawa murid-murid hendak terus mengubah jenis
larian selepas guru meniup wisel.
Dalam Langkah Perkembangan 2, aktiviti ini adalah untuk menilai kelajuan
murid-murid iaitu semua murid harus berlari pecut dan menletakkan pundi kacang ke
dalam bakul. Saya berasa aktiviti ini harus mengambil masa kepada kumpulan yang
paling cepat menghabiskan permainan ini. Dengan kiraan masa, barulah guru dapat
mengetahui tahap kelajuan setiap murid.
Di samping itu, aspek yang harus diperbaikinya dalam pengajaran ini ialah
saya harus memerhatikan perlakuan murid satu persatu untuk memastikan semua
orang dapat belajar dengan berkesan. Jika ada murid membuat latihan dengan baik,
guru boleh menjadikannyan sebagai motivator atau contoh untuk murid-murid yang
SII LEH TEING PRBC2 4
lain agar murid-murid lain dapat belajar dengan baik. Guru juga boleh memberi
tepukan kepada murid-murid yang melakukan aktiviti yang betul manakala terus
membaiki murid-murid yang membuat aktiviti yang salah.
Selain itu, semasa guru menyampaikan penjelasan kepada murid-murid, guru
harus member teguran kepada murid-murid yang nakal atau tidak mendengar
pengajaran guru. Ini kerana dalam pengajaran saya didapati ada seorang murid
tidak menumpu perhatian dan membuat perkara lain, manakala saya sebagai guru
tidak menegur perbuatannya dan mengabaikannya pada masa itu. Oleh itu, saya
akan lebih memerhatikan kesalahan ini pada masa yang akan datang agar dapat
menjalankan pengajaran ini dengan lebih berkesan.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah,
Encik Marni bin Haji Golong yang telah memberi sokongan penuh sepanjang masa
itu. Saya juga memberi penghargaan yang ikhlas kepada rakan kumpulan saya atas
kerjasama mereka dalam menghasilkan rancangan pengajaran ini .

Anda mungkin juga menyukai