Anda di halaman 1dari 28

Pada suatu hari,

anai-anai
berkumpul di
bawah pohon saga.
Kawan-kawan,
marilah kita
membuat sarang
di sini. Tempat
ini sesuai untuk
kita tinggal. -
Marilah kita
membuat sarang
yang lebih besar.
-
Saya rasa
sarang itu
tidak perlu
besar sangat.
Haiwan lain
pun hendak
tinggal di sini.
-
Tidak lama
kemudian, semut
merah dan semut
hitam pun datang.
Wahai anai-
anai, kami
hendak
membuat
rumah di sini! -
Kami pun
hendak
membuat
rumah di sini.
-
Wahai sahabatku,
kamu boleh
membina rumah di
sini! Namun, kami
berharap agar
kamu mengamalkan
sikap bertolak
ansur agar hidup
kita harmoni. -
Mereka bersetuju lalu
mengorek lubang dan
menimbunkan tanah sehingga
menjadikan busut semut
merah lebih besar.

Wah, besar sungguh
kediaman kamu! Sarang
kami kecil, sedangkan
rakyat kami yang
paling banyak
berbanding dengan
anai-anai dan semut
merah. Kami tidak
dapat mengorek lebih
dalam kerana ada batu
besar di dalam tanah.
-
Pertengkaran mula berlaku.
Masing-masing ingin membina busut
yang lebih besar. Anai-anai
meredakan pertengkaran dengan
meminta semut merah memberikan
sedikit kawasan sarangnya kepada
semut hitam. Anai-anai juga
memberikan sedikit kawasannya
kepada semut hitam.
Semut merah,
berikanlah sedikit
kawasan sarang
kamu kepada semut
hitam. Kami juga
memberikan sedikit
kawasan sarang
kami kepada semut
hitam -
Baiklah anai-
anai. Semut
hitam, ambillah
sedikit kawasan
sarang kami
untuk membina
sarang kamu. -
Terima kasih
anai-anai dan
semut merah.
Kamu semua
sungguh baik
hati. -
Anai-anai meminta
jirannya saling membantu
untuk membina sarang
yang kukuh supaya air
hujan tidak masuk ke
dalam sarang mereka.
Semut merah,
semut hitam,
marilah kita saling
membantu untuk
membina sarang
yang kukuh supaya
air hujan tidak
masuk ke dalam
sarang kita. -
Baiklah
anai-
anai. -
Baiklah
anai-
anai. -
Akhirnya, mereka berjaya
membina sarang yang
kukuh. Mereka dapat hidup
dengan lebih selesa kerana
air hujan tidak masuk ke
dalam sarang. Kini mereka
sedar bahawa amalan
muafakat dan bertolak
ansur dapat menjadikan
hidup lebih harmoni.
MARI
BUAT
LATIHAN
1. Mula-mula, sekumpulan anai-anai
berkumpul berbincang sarang




Sekumpulan anai-anai berkumpul di
bawah pohon saga. Anai-anai berbincang
untuk membuat sarang tempat tinggal
mereka.
2. Kemudian, - semut merah semut hitam
ingin membuat sarang




Semut merah dan semut hitam pun
datang. Semut hitam dan semut merah
juga ingin membuat sarang di kawasan
tersebut.
3. Selepas itu, - berselisih faham




Semut hitam berselisih faham dengan
semut merah kerana semut merah
membina sarang yang lebih besar
berbanding sarang semut hitam dan
anai-anai. Semut hitam tidah dapat
mengorek lebih dalam kerana ada batu
besar di dalam tanah.
4. Seterusnya, -




Anai-anai meredakan pertengkaran
tersebut dengan meminta semut merah
memberikan sedikit kawasan sarangnya
kepada semut hitam. Anai-anai juga
memberikan sedikit kawasannya kepada
semut hitam.
5. Akhir sekali, -




Anai-anai, semut merah dan semut
hitam berjaya membina sarang yang
kukuh dan dapat hidup dengan selesa.
Kini, mereka sedar bahawa amalan
muafakat dan bertolak ansur menjadikan
hidup harmoni.

Anda mungkin juga menyukai