Anda di halaman 1dari 6

MODUL AKTIVITI MENTOR MENTEE

Modul 1: MAJLIS PENYERAHAN MENTEE


Tajuk: Menteeku Sayang
Objektif :
1. Mentor dapat menerima mentee seadanya
2. Mentee dapat mengetahui mentor masing-masing.

Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Tapak Perhimpunan
Peralatan : Fail Program Mentor Mentee

Langkah:
1. Penyelaras Program mengumumkan nama mentor dan kumpulan mentee.
2. Menyampaikan fail program mentor mentee kepada mentor.
3. Menyemak kehadiran mentee.
4. Meminta mentee menyediakan buku catatan (jika perlu n terpulang pada
mentor) dalam setiap perjumpaan.


Falsafah:
Mentor dapat mengetahui nama pelajar yang menjadi mentee masing-masing dan
mantee dapat mengetahui nama mentor dan rakan-rakan mentee dalam kumpulan
masing-masing.







Modul 2: TAARUF
Tajuk: Tak Kenal Maka Tak Cinta

Objektif :
1. Supaya mentee dan mentor dapat mengenali dengan lebih dekat antara satu
sama lain.
2. Supaya mentor dapat mengumpul semua maklumat pelajar
3. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli dalam kumpulan

Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan : Lampiran 1: Borang maklumat pelajar, kertas A4
Langkah:
1. Edarkan borang maklumat
2. Minta mentee mengisi borang dengan lengkap
3. Kumpulkan semua borang yang telah lengkap diisi
4. Mentor menyampaikan biodata diri dan menetapkan panggilan mentee
terhadapnya.
5. Mentee diminta duduk dalam kumpulan dan diberi tugasan yang berbeza.
Kump. 1: mencipta nama kumpulan Kump. 2: mencipta logo dan Kump. 3:
Mencipta motto kumpulan.
6.Pembentangan dan rumusan



Falsafah:
1. Mentor dan ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulan dapat
mengenali setiap ahli kumpulannya
2. Kerjasama kumpulan dapat menjalin ukhwah antara satu sama lain


Lampiran Modul 2: Borang maklumat pelajar

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

1. NAMA :..

2. TAHUN/KELAS :..

3. NO. K / P :..

4. T. LAHIR :..

5. TEMPAT LAHIR :..

6. NO. TELEFON :..

7. NAMA BAPA :..

8. PEKERJAAN BAPA :..

9. PENDAPATAN :..( sebulan )

10. NAMA PENJAGA :..( jika lain dari bapa )

11. NAMA IBU :..

12. PEKERJAAN IBU :..

13. PENDAPATAN :..( sebulan )

14. BIL. ADIK BERADIK :..

15. ANAK KE BERAPA ? :..

16. DUA MATA PELAJARAN YANG DIMINATI
a.
b.

17. DUA MATA PELAJARAN YANG TIDAK DIMINATI
a.
b.

18. CITA CITA :..
19. HARAPAN KEPADA SEKOLAH :

Modul 3: PENGURUSAN MASA
Tajuk: Masa Itu Emas

Objektif :
1. Menanam sikap menghormati masa dalam kalangan mentee
2. Mentee dapat menguruskan masa mereka dengan lebih berksan

Jangkamasa :40 MINIT
Tempat :Seperti yang telah ditetapkan
Peralatan : Kertas A4/ buku catatan pelajar

Langkah:
1. Mentee diminta menyatakan kata-kata hikmat tentang kepentingan
masa.
2. Mentor meminta mentee menceritakan pengurusan masa mereka
dalam sehari.
3. Mentor meminta mentee menyenaraikan dalam buku catatan aktiviti-
aktiviti yang berfaedah yang perlu diutamakan dalam pengurusan
masa seharian.
4. Mentor meminta mentee menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu
dikorbankan dalam pengurusan masa seharian mentee.
5. Mentor meminta mentee membaca senarai yang telah dibuat
6. Mentor meminta mentee menyediakan satu contoh jadual pengurusan
masa dalam sehari mentee bermula dari bangun pagi hingga masuk
tidur.
7. Mentor meminta beberapa orang mentee membuat pembentangan.
8. Rumusan.

Falsafah:
1. Masa yang berlalu tidak akan kembali.

Modul 4: PENYELESAIAN MASALAH

Tajuk : Menangani Masalah Dengan Bijak

Objektif :

1. Mentee dapat berkongsi masalah mereka

2. Mentee dapat mengaplikasikan kaedah penyelesaian masalah

Jangkamasa : 40 MINIT

Tempat : Seperti yang telah ditetapkan

Peralatan:
1. Kertas A4



Langkah:
1. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada mentee

2 Mentee diminta menulis nama dan kelas.

3 Mentee diminta menyenaraikan masalah yang dihadapi:
i. dengan ahli keluarga
ii. dengan rakan
iii. dengan guru

4 Mentor membimbing mentee tindakan yang perlu diambil jika ada masalah.
i. Keluarkan masalah yang terbuku difikiran dengan menulisnya di atas
sekeping kertas.
ii. Susun masalah mengikut keutamaan
iii. Kenalpasti punca masalah
iv. Menyenaraikan alternatif penyelesaian masalah yang boleh dilakukan.
v. Menilai kebaikan dan keburukan setiap alternatif dan pilih yang paling baik
dan sesuai dengan masalah yang dihadapi.
vi. Membuat tindakan dengan penuh yakin.
Falsafah:
1. Manusia yang hidup tidak dapat lari dari pelbagai masalah.
2. Masalah dapat mematangkan seseorang insan.





Modul 5: PENGURUSAN EMOSI

Tajuk : Mengawal Emosi

Objektif :

1. Mentee dapat menyatakan apa yang menyebabkan emosinya
terganggu.
2. Mengetahui bagaimana untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan situasi
yang menganggu emosinya.



Jangkamasa : 40 MINIT

Tempat : Seperti yang telah ditetapkan

Peralatan:
Kertas A4



Langkah:
1. Mentor memperkenalkan maksud emosi
2. Mentor meminta mentee membuat mimik muka yang melambangkan sesuatu
emosi
3. Mentor meminta mentee melukiskan mimik muka yang melambangkan emosi
masing-masing pada hari ini.
4. Mentee diminta secara bergilir-gilir menceritakan tentang emosi yang
dialaminya.
5. Mentor menerangkan punca-punca emosi terganggu: masalah komunikasi,
keinginan tidak tercapai, nilai yang bertentangan, bebanan kerja, kurang
sokongan sosial dsb.
6. Mentor menerangkan kaedah mengawal emosi: berfikiran positif, sentiasa
menenangkan fikiran, selalu senyum, membaca kata-kata motivasi, sentiasa
memaafkan orang lain, elakkan tekanan, selalu bersenam, rehat yang cukup,
tarik nafas perlahan dalam kiraan 10 dan lepaskan.
7. Rumusan.


Falsafah:

1. Kita mestilah bijak bertindakbalas terhadap emosi yang dialami.
2. Segala emosi yang dihadapi akan mematangkan diri kita jika kita berjaya
menanganinya secara positif

Anda mungkin juga menyukai