Anda di halaman 1dari 32

SMK DATO’ BENTARA LUAR

BATU PAHAT

Mengekalkan Ciri Kemerlangan Diri Untuk

Meningkatkan Kualiti Pendidikan Demi Menjana

Modal Insan Unggul.

KAMAL ARIFFIN BIN SAAIM


SMK DATO’ BENTARA LUAR BATU PAHAT
http://kemhawk.webs.com/
kamal_ariffin2006@yahoo,com

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 MENGHAYATI MATLAMAT PENDIDIKAN 8


2.1 Jurubina Modal Insan 8
2.2 Menterjemah Matlamat Pendidikan 8

3.0 MEMANTAPKAN PENGUASAAN ILMU 9


3.1 Celik Komputer 10
3.2 Teknologi Maklumat 10

4.0 MEMBUDAYAKAN KERJA CEMERLANG 11


4.1 Sikap/kehendak/niat Kecemerlangan Diri 12
4.2 Budaya Kerja Cemerlang 12
4.3 Kerja Berpasukan 13
4.4 Menguasai pelbagai kemahiran dan kepakaran 13

5.0 MEWUJUDKAN SISTEM PEMANTAUAN BERKESAN 14


5.1 Pemantauan Sistematik 15
5.2 Perancangan Rapi Dan Sistematik 15
5.3 Amalan Kerja Berkualiti 16

6.0 MENYUMBANG TENAGA DAN KEPAKARAN 16


6.1 Perkongsian Kepakaran Meningkatkan Potensi Diri 17
6.2 Perkongsian Kepakaran Menajamkan Kepakaran 17
6.3 Perkongsian Kepakaran Memantapkan Organisasi 18

7.0 MENINGKATKAN KETERAMPILAN DIRI 18


7.1 Keterampilan Mampan 19

8.0 MENJAGA TINGKAH LAKU 19


8.1 Tingkah Laku Sempurna 20

9.0 MUHASABAH DIRI 20

PENUTUP 21

RUJUKAN 23-24

LAMPIRAN 25-32

2
1.0 PENDAHULUAN

Bismillahirrahmannirrahim. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut

soalan perbincangan yang diberi, beberapa istilah perlu diteliti dan difahami.

Istilah-istilah yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Mengekalkan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan

mengekalkan sebagai menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan)

supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb)

Ciri : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan ciri sebagai

sifat (unsur, tanda) yang khusus pada sesuatu (yang membezakannya daripada

yang lain).

Kecemerlangan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan

kecemerlangan sebagai keelokan, keindahan atau kegemilangan.

Kualiti : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan kualiti

sebagai darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi.

Pendidikan : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan

pendidikan sebagai didikan, latihan atau ajaran.

Modal Insan : Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan

Malaysia mendefinIsikan modal insan sebagai individu yang berilmu,

berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi

pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,

bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing, yang memiliki

personaliti unggul.

Hasrat : Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP mendefinisikan hasrat

sebagai keinginan yang kuat untuk memiliki (melakukan) sesuatu.

3
Pendidikan adalah teras utama pembangunan insan. Guru yang

cemerlang adalah asas kepada pendidikan berkualiti ke arah penjanaan generasi

bestari yang cemerlang, gemilang lagi terbilang. Menurut Wan Mohd Zahid Bin

Mohd Hashim (1993), menyatakan bahawa misi Pendidikan Malaysia bertujuan

untuk mewujudkan sistem pendidikan terbaik untuk meghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak

individu, masyarakat dan negara. (Lihat Lampiran 1)

Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik,

gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu

atau masyarakat. Kecemerlangan guru melaksanakan tugasnya di dalam

mahupun di luar bilik darjah akan menjadi titik tolak ke arah peningkatan kualiti

pendidikan bagi pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul.

Guru mesti mengangkat dirinya sebagai ‘murabbi’. Guru mesti terlebih dahulu

menjadi insan yang unggul. Guru mesti terlebih dahulu beriltizam mengekalkan

ciri-ciri kecermerlangan dirinya demi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah

menjana modal insan yang memiliki personaliti unggul bagi memenuhi misi

Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

“Teras 2 : Membangunkan Modal Insan “

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010:


Edisi Perlancaran
Rajah 3.1: Teras Strategik PIPP
m.s. 31

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia

telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha

4
membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi

hadapan. (Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 , Jabatan Penerangan).

Ketika menyampaikan ucaptama sempena Sambutan Hari Pekerja tahun 2006;

Perdana Menteri Malaysia telah menegaskan;

“Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi

satu kemewahan... kerajaan dan rakyat harus bersama-sama

mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan

penuh komitmen... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti

yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara

kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa

serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan

antarabangsa yang kian meningkat.”


YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Edisi Pelancaran:
(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

m.s. 52

Bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan sistem pendidikan

Malaysia bertaraf dunia, satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

KPM 2006-2010 telah dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Haji

Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP merupakan satu dokumen

perancangan pembangunan pendididikan yang bersepadu, komprehensif dan

menyeluruh, yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan

tenaga manusia. (Lihat Lampiran 1).

Sehubungan dengan itu dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

untuk membangunkan modal insan seperti yang terkandung dalam Teras 2

5
PIPP, adalah sangat bertepatan dengan saranan Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia. Bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan, maka KPM telah

merangka fokus dan strategi perlaksanaannya. (Lihat Lampiran 2).

Berdasarkan Kerangka PIPP 2006-2010, di antara faktor penyumbang

kearah kejayaan pencapaian matlamat Teras Kedua PIPP ialah kecermerlangan

institusi pendidikan. Sebagai kumpulan yang berhubung rapat dengan modal

insan, guru sebagai komponen utama dalam institusi pendidikan mestilah

sentiasa berusaha mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan dalam dirinya demi

untuk meningkatkan kualiti pendidikan terhadap kumpulan sasaran.

Jemaah Nazir Sekolah KPM, 2003 telah menggariskan profil guru

cemerlang dengan jelas. Guru cemerlang ialah seorang guru istimewa dan

bermotivasi yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam

bidang tugasnya khususnya di bilik darjah. Guru cemerlang mempunyai kualiti

peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladani serta sentiasa mencapai mutu

kerja yang cemerlang. Guru cemerlang berusaha membentuk akhlak yang mulia

dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum para

muridnya secara berterusan. (Lihat Lampiran 3).

Rumusannya, pendidikan berkualiti tinggi menjamin kejayaan

pembentukan modal insan yang memiliki personaliti unggul,. Bagi menjamin

kejayaan ini, guru mestilah mempunyai ciri kecemerlangan profesionalisma,

kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,

kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi.

Ciri-ciri kecemerlangan bagi seseorang guru mungkin berbeza dari guru yang

lain. Oleh itu amatlah penting bagi guru mengenal pasti ciri-ciri kecemerlangan

6
dalam dirinya dan seterusnya berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkannya.

Guru berkualiti adalah guru yang dapat mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan

dalam dirinya. Guru mestilah menjadi insan yang cemerlang terlebih dahulu bagi

menjana lebih ramai modal insan dan memenuhi aspirasi negara.

Pada pendapat saya guru mesti berusaha mengekalkan ciri-ciri

kecemerlangan dirinya bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke arah melahirkan

modal insan seperti hasrat Teras Kedua PIPP. Di antara usaha-usaha yang

perlu saya lakukan untuk mengekalkan ciri-ciri kecemerlangan diri saya bagi

meningkatkan kualiti pendidikan ialah dengan melaksanakan 8M iaitu

menghayati visi negara dan misi KPM, memantapkan penguasaan ilmu,

membudayakan kerja cemerlang, mewujudkan sistem pemantauan berkesan,

menyumbang tenaga dan kepakaran, meningkatkan keterampilan diri, menjaga

tingkah laku, dan muhasabah diri. (Lihat Rajah 1).

Memantapkan
Menghayati Penguasaan Membudayakan
Matlamat Ilmu Kerja
Pendidikan Cemerlang

Mewujudkan
Muhasabah Mengekalkan Sistem
Diri Kecemerlangan Pemantauan
Diri Berkesan

Menjaga Menyumbang
Tingkah Tenaga dan
Meningkatkan
Laku Kepakaran
Keterampilan
Diri

Rajah 1

7
2.0 Menghayati matlamat pendidikan

Untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi,

seseorang itu mestilah memahami dengan jelas terhadap matlamat yang ingin

dicapai, bagi membolehkannya merancang strategi perlaksanaan ke arah

pencapaian matlamat. Oleh itu amatlah penting bagi guru, sebagai seorang

jurubina modal insan memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara,

misi dan objektif KPM. (Lihat Lampiran 4).

Penghayatan matlamat pendidikan negara boleh dimantapkan lagi dengan

memahami visi, misi, matlamat dan objektif sekolah sendiri. (Lihat Lampiran 5).

2.1 Jurubina modal insan

Guru sebagai seorang jurubina insan mestilah mempunyai satu lakaran yang

sempurna dan difahami sebelum meneruskan tugasnya. Pada pandangan saya,

bertugas sebagai seorang guru menuntut kecemerlangan profesionalisme.

Guru(saya) mestilah berusaha untuk menjadikan matlamat profesion pendidikan

ini sebagai ‘santapan’ dan ‘makanan’ seharian agar ianya menjadi satu lakaran

yang sempurna. Lakaran inilah yang menjadi panduan guru, dalam memenuhi

matlamat pendidikan negara. Ianya mestilah sentiasa boleh dilihat atau mudah

dicapai di persekitaran kerja, agar ianya sentiasa subur dan terpahat dalam

sanubari setiap warga pendidik.

2.2 Menterjemah matlamat pendidikan

Di persekitaran sekolah, tempat-tempat seperti bilik guru, bilik darjah, makmal

sains dan komputer, pusat sumber, bilik mesyuarat, dan pejabat pentadbiran

8
merupakan tempat-tempat di mana guru sering berada. Untuk memastikan guru

sentiasa sedar akan tanggungjawab mereka, maka tempat-tempat yang

dinyatakan di atas perlu dipamerkan matlamat pendidikan ini.

Guru mestilah sentiasa sedar akan kewajipannya untuk meningkatkan

kualiti pendidikan bagi melahirkan modal insan cemerlang dengan melaksanakan

tugasnya dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna seperti yang dituntut

dalam nilai yang perlu diamalkan oleh penjawat awam seperti yang terkandung

dalam Tonggak Dua Belas. (Lihat Lampiran 6).

Usaha dan keperihatinan guru untuk menjiwai dan menterjemahkan

segala falsafah, matlamat, objektif, misi dan visi sistem pendidikan negara di

dalam bilik darjah semasa P&P mahu pun di luar bilik darjah semasa

menjalankan aktiviti kokurikulum, sudah pasti akan terus mengekalkan ciri

kecemerlangan profesionalisme dalam dirinya bagi meningkatkan kualiti

pendidikan ke arah menjana modal insan yang gemilang.

3.0 Memantapkan penguasaan ilmu

Guru sebagai barisan hadapan perlaksana sistem pendidikan negara perlu

sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam

sistem pendidikan negara. Guru mesti mengekalkan kecemerlangan

pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus

ke arah pembelajaran dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti

pengajaran guru. Ini amatlah penting agar P&P guru tidak dilihat sebagai

ketinggalan zaman oleh para pelajarnya.

9
3.1 Celik komputer

Keberkesanan pengajaran guru amat mempengaruhi penerimaan ilmu

oleh anak-anak didiknya. Menurut Ainon dan Abdullah (1995), guru perlu

memberi dorongan supaya para pelajar mahu belajar. Guru boleh mendorong

mereka dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh

keseronokan.

Ini jelas membuktikan bahawa di samping menguasai isi kandungan

sesuatu pelajaran, guru juga mesti berusaha untuk memantapkan dirinya dengan

menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa P&P

demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan.

3.2 Teknologi maklumat

Di antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru dalam memantapkan

penguasaan teknologi maklumat dan komputer/TMK ialah dengan menghadiri

kursus-kursus berkaitan pengkomputeran, sama ada yang dianjurkan oleh KPM

atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun yang disediakan oleh pihak

swasta. Kursus Profesionalisme di peringkat sekolah merupakan landasan

terbaik bagi membantu guru agar celik komputer.

Guru perlu bersikap proaktif dalam mendalami ilmu TMK. Guru perlu

mengikis rasa segan dan malu untuk mendapat bantuan tunjuk ajar dari rakan

sejawatan yang lebih muda darinya. Kewujudan makmal-makmal komputer di

sekolah memberi lebih banyak ruang kepada guru untuk mendapatkan bahan-

bahan yang bersesuaian. Guru yang cemerlang akan berusaha menjadikan

bahan-bahan ini sebagai tutor dan demonstrasi semasa P&P.

10
Pada pandangan saya, usaha dan kemampuan guru untuk

menggunakan TMK dalam P&P di dalam mahu pun di luar bilik darjah akan

berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai

keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran

kendiri, membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi,

membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau

terlalu mahal untuk diperoleh dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan mencabar.

Usaha dan kesanggupan guru membawa kaedah baru dan inovatif dalam

pembelajaran dan penilaian dan seterusnya memberi nilai tambah dalam aktiviti

P&P akan menonjolkan ciri kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam

dirinya. Usaha ini sudah pasti akan meningkatkan kualiti pendidikan dalam

menjana modal insan yang gemilang.

4.0 Membudayakan kerja cemerlang

Di dalam sanubari setiap insan tersemat keinginan mahu menjadi manusia

sempurna. Kecemerlangan seseorang diperakui kesahihannya apabila orang itu

sangup dan mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan manusia lain.

(Hamdan, Madon dan Syed Hussin, 2003). Untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang, guru sangat dituntut untuk mengekalkan ciri kecemerlangan kerja

mereka. Kecemerlangan kerja guru akan menentukan peningkatan kualiti sistem

pendidikan. Oleh itu guru mestilah berusaha untuk mengamalkan budaya kerja

cemerlang bagi mengekalkan kecemerlangan dirinya.

11
4.1 Sikap/kehendak/niat kecemerlangan diri

Budaya kerja guru mestilah dirancang berdasarkan falsafah, misi dan objektif

KPM. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting

dalam menentukan kejayaan/kecemerlangan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara

satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success", yang

merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Pada pandangan saya, sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap

boleh disamakan dengan kehendak atau niat. Apakah niat kita menerima

tangungjawab sebagai seorang guru?

Guru boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tertentu bagi

melaksanakan tugasnya sebagai seorang pendidik, tetapi jika tanpa kehendak

atau niat yang mendorong dan menggerakkan tingkah laku dan perbuatan maka

hasil akhirnya sudah pasti tidak akan mencapai matlamat yang diharapkan.

4.2 Budaya kerja cemerlang

Bagi mengekalkan kecemerlangan diri, guru mestilah berusaha untuk

mengamalkan budaya kerja yang berdasarkan dorongan ke arah pencapaian

hasil yang bermutu dan perkhidmatan yang cemerlang, sentiasa menghasilkan

idea baru, ilmiah dan profesional, mesyuarah, kerja berpasukan, dan

berorentasikan pelajar.

Pada pandangan saya, untuk memastikan guru mengekalkan budaya

kerja cemerlang ini, guru mesti membuang sikap mudah berpuas hati sewaktu

mengembangkan sesuatu tugasan yang dipertanggungawabkan. Guru mesti

kreatif dan inovatif, dan berani mengemukakan idea-idea baru dalam bidang

12
pendidikan yang berorientasikan pelajar. Guru mesti menilai kembali hasilan

kerja yang dilakukan olehnya, dan bersedia untuk menerima kritikan dan

pandangan pihak atasan, rakan sejawat mahu pun dari anak didiknya. Sikap

guru berfikiran terbuka dengan menganalisis segala kritikan dan pandangan, lalu

mengubah kelemahan menjadi kekuatan dalam perkembangan perlaksaanan

tugasnya, sudah pasti akan memantapkan lagi ciri kecemerlangan dalam dirinya.

4.3 Kerja berpasukan

Kerja berpasukan adalah budaya kerja cemerlang. Menurut Ahmad Fadzli

(2007) kerja berpasukan memerlukan ahli pasukannya berkerja secara kolektif,

dengan suasana kerjasama yang bebas. Mereka juga berkomunikasi secara

terbuka dan jelas dan komunikasi seperti ini menjadi salah satu tabiat kerja yang

penting.

Pada pandangan saya, dalam sesebuah organisasi seperti sekolah, guru

tidak boleh mengelak dari mengamalkan budaya kerja berpasukan. Guru mesti

bersedia untuk dilantik sebagai ahli atau ketua sesuatu pasukan. Apa jua

jawatan yang diberikan dalam sesuatu pasukan, guru perlu mengekalkan

sasaran yang tinggi bagi melaksanakan sesuatu matlamat tugas.

4.4 Menguasai pelbagai kemahiran dan kepakaran

Untuk menjadi ahli pasukan yang baik, guru perlu menguasai pelbagai

kepakaran, di samping menguasai kemahiran membuat keputusan, kemahiran

mengendalikan konflik, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran

interaksi sesama manusia. Segala kemahiran ini perlu ditingkatkan lagi apabila

13
guru di amanahkan untuk mengetuai sesuatu pasukan. Untuk menjadi pemimpin

pasukan yang berkesan dan berkarisma, guru perlu memiliki kemahiran berfikir,

kemahiran mengurus, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran

interpersonal dan kemahiran personaliti.

Oleh yang demikian apabila guru mengamalkan budaya kerja berpasukan,

secara tidak langsung guru mesti berusaha meningkatkan segala kepakaran dan

kemahiran dalam dirinya. Kepakaran dan kemahiran guru boleh ditingkatkan

melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, kursus dan latihan dalam

perkhidmatan, melakukan kajian tindakan, mesyuarah, mencontohi kehebatan

idolanya dan pelbagai alternatif yang lain. Sesungguhnya kesediaan guru untuk

meningkatkan kepakaran dan kemahiran dirinya melalui kerja berpasukan sudah

pasti akan memantapkan lagi ciri-ciri kecemerlangan sedia ada dalam dirinya

demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

5.0

Seorang guru yang rajin, berdisiplin, sistematik, bertanggungjawab, mempunyai

daya kepimpinan, bermotivasi, matang, kritis dan kreatif, menguasai pelbagai

kemahiran, dan berjaya dalam tugasannya, akan dianggap sebagai guru yang

cemerlang. Bekerja dengan mengamalkan perancangan secara sistematik akan

melancarkan tugasan yang diamanahkan terhadap guru, di samping

mengekalkan kecemerlangan kerja guru.

14
5.1 Pemantauan sistematik

Sistem pemantauan yang sistematik membantu guru untuk mengekalkan

kemerlangan kerjanya. Sistem pemantauan yang sistematik mampu memantau

dan menganalisis program yang guru laksanakan. Guru boleh membina sistem

pemantauannya sendiri atau mengguna pakai sistem yang sedia ada untuk

mengesan keberkesanan pengajarannya.

Sebagai contoh, guru boleh menggunakan dapatan dari analisa audit

akademik terhadap keputusan ujian dan peperiksaan pelajarnya untuk mengenal

pasti kelemahan dan kekuatan pengajarannya, dan dalam proses pemantauan

ini guru perlu berusaha untuk mengemaskinikan dan mengubahsuai

pendekatan pengajarannya. Guru mesti berusaha memantau setiap peringkat

perlaksanaan kerjanya untuk melihat keberkesanan dan kekurangan lalu

mengenal pasti nilai tambah yang diperlukan untuk menambahbaikan lagi

usahanya.

5.2 Perancangan rapi dan sistematik

Perancangan rapi dan sistematik oleh guru terhadap sesuatu program yang

dirancang untuk meningkatkan kualiti pendidikan amatlah dituntut dalam amalan

budaya kerja cemerlang.

Pada pandangan saya, guru mesti berusaha membuat perancangan

dengan rapi sebelum meletakkan keutamaan terhadap kegiatan yang akan

dilaksanakan. Sebagai contoh semasa P&P ingin dilaksanakan di dalam mahu

pun di luar bilik darjah guru mesti mengenal pasti pilihan aktiviti yang terbaik

dari pelbagai alternatif kaedah pengajaran yang sedia ada. Keutamaan

15
bergantung kepada keperluan dan kemampuan pelajar-pelajarnya pada sesuatu

ketika dan masa tertentu. Guru perlu menerima pelajar seadanya. Guru mesti

bersikap realistik. Guru mesti menerima hakikat bahawa tidak semua pelajar-

pelajarnya rajin, pandai dan berdisiplin.

5.3 Amalan kerja berkualiti

Guru yang berusaha untuk memantau gerak kerjanya dengan membuat

persiapan rapi dalam setiap tugasannya adalah merupakan guru yang bijaksana,

tekun dan dinamik. Guru yang berusaha agar hasil kerja dan amalannya sentiasa

berkualiti adalah selari dengan tuntutan agama.

Pada pandangan saya, guru yang bijak menggunakan masa dengan

sebaiknya dan menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk

menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang akan menjadi sumber inspirasi

dan ikutan kepada rakan sejawat yang lain, untuk turut sama berusaha

menonjolkan ciri kecemerlangan dalam diri masing-masing dalam meningkatkan

kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

6.0 Menyumbang tenaga dan kepakaran

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan budaya yang

diamal dan dipamerkan oleh setiap pelajar, guru dan juga pentadbir sesebuah

sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan

dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru sendiri. Oleh itu tugas

dan tanggung jawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan

meningkat  dari semasa ke semasa mengikut keperluan organisasi. Guru yang

16
mempunyai kepakaran tertentu dituntut unuk berkongsi kepakarannya dengan

rakan sejawat dan pelanggannya. Berkongsi kepakaran akan meningkatkan

kecemerlangan komunikasi guru.

6.1 Perkongsian kepakaran meningkatkan potensi diri

Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran,

iltizam, kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Setiap guru

mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza-beza hasil dari pengalaman

dan latihan yang diterima sepanjang kerjayanya.

Pada pandangan saya, kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi

kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat

mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dalam dirinya. Untuk

mencapai matlamat ini guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan

bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti

persekitarannya.

6.2 Perkongsian kepakaran menajamkan kepakaran

Kepakaran yang dimiliki oleh seorang guru perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh

komuniti pendidikan. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi kepakarannya

dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah dalam kursus

motivasi guru-guru baru anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi

kepakarannya bersama rakan sejawat yang baru.

17
Apabila guru mula berkongsi kepakarannya dengan masyarakat, usaha itu

sebenarnya menajamkan lagi kepakarannya, kerana guru itu perlu berusaha

mengemaskini, mengubahsuai dan memperelokkan lagi kualiti kaedah

bekerjanya.

Pada pandangan saya, usaha guru rela berkongsi pengalaman, ilmu

dan kepakaran untuk kejayaan bersama merupakan satu usaha murni. Guru

yang sanggup berkongsi kepakarannya sudah pasti mengekalkan dan

memantapkan lagi kecemerlangan dirinya. Guru ini merupakan pemangkin ke

arah peningkatan kualiti pendidikan dalam menjana modal insan gemilang.

6.3 Perkongsian kepakaran memantapkan organisasi

Kepakaran guru juga boleh dikongsikan apabila guru melibatkan diri secara aktif

dengan program-program kecemerlangan JPN yang berorientasikan pelajar

seperti program JULANG, pembinaan modul-modul kecemerlangan, ceramah

dan bengkel kecemerlangan peperiksaan.

Perkongsian kepakaran guru tidak terhad kepada mengajar mata

pelajaran sahaja, bahkan merangkumi semua komponen pendidikan. Guru yang

mempunyai kepakaran dalam bidang ko-kurikulum juga boleh memainkan

peranan dengan menurunkan ilmunya sama ada di peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan, mahu pun di peringkat komunitinya.

7.0 Meningkatkan keterampilan diri

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang

gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang

18
utama dan pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendri

mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara profesional

dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah

semangat. Guru mesti berusaha untuk memenuhi prasyarat-prasyarat di atas

yang amat berkait rapat dengan keterampilan seseorang guru.

7.1 Keterampilan mampan

Untuk mengekalkan kecemerlangan dalam diri, guru mesti berusaha untuk

menigkatkan keterampilan dalam dirinya. Untuk menjadi seorang yang

berketerampilan, guru mesti mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi

dalam dirinya, dengan berusaha meningkatkan keupayaan, kemahiran dan

kecekapan menjalankan sesuatu tugas di samping mempunyai wawasan yang

jelas.

Pada pandangan saya, keterampilan mampan mestilah disertai dengan

ciri keunggulan. Guru mesti berusaha untuk menjadi unggul. Guru mesti

berusaha meningkatkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, mengurus dan

mentadbir. Guru unggul dan berketerampilan akan menjadi sumber inspirasi

kepada rakan sejawatnya, untuk turut berusaha mengekalkan kecemerlangan

diri demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan gemilang.

8.0 Menjaga tingkah laku

Di antara faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan diri ialah sikap dan

sahsiah. Sikap dan sahsiah positif dalam diri guru akan mengekalkan

kecemerlangan peribadi guru.

19
8.1 Tingkah laku sempurna

Menurut As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam bukunya yang bertajuk

Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung, telah menggariskan lima ciri

peribadi dari aspek Baginda sebagai seorang guru dan pendidik. Menurut beliau,

lima ciri yang dimiliki oleh Baginda Nabi Muhammad ialah bersifat penyayang

lagi pengasih, menjauhkan perkara yang menyusahkan dan suka kepada

kemudahan, berkasih sayang terhadap golongan pelajar, mengambil berat

kepada mereka, dan sentiasa mencurahkan tenaga pada setiap ketika.

Pada pandangan saya, tingkah laku yang sempurna akan meningkatkan

keyakinan pelajar terhadap guru. Guru dituntut untuk mengamalkan nilai-nilai

murni semasa P&P. Guru mesti berusaha mencontohi keperibadian Rasulullah

bagi meningkatkan kecemerlangan dirinya dalam melaksanakan tugasnya

sebagai pendidik demi meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal

insan gemilang.

9.0 Muhasabah diri

Manusia mempunyai potensi untuk berfikir, merangka strategi dan melaksana.

Guru yang cemerlang, akan menilai kembali setiap tugasan yang telah

dilaksanakan. Penilaian terhadap tugasan yang telah dilaksanakan menuntut

kematangan fikiran, bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sewaktu

melaksanakan tugasan tersebut. Guru perlu muhasabah dirinya. Kesedian guru

untuk bermuhasabah dirinya akan menambah nilai potensi dirinya dengan

memperbaiki ciri kelemahan dan mengekalkan ciri kekuatan. Usaha ini akan

meningkatkan kecemerlangan dirinya sebagai pendidik.

20
PENUTUP

Merealisasikan visi negara untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang

tahun 2020 mengikut acuannya sendiri adalah bergantung kepada sejauh mana

kejayaan sistem pendidikan negara mampu menjana modal insan yang memiliki

minda kelas pertama. Guru(saya) perlu sedar bahawa dalam sistem pendidikan

negara, pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan

kecemerlangan modal insan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Oleh yang demikian, guru mesti terlebih dahulu menjadi modal insan unggul

bagi menjana lebih ramai modal insan unggul.

Pada pandangan saya, menjana modal insan bukan satu tugas yang

mudah, tetapi ianya bukan mustahil untuk dicapai. Menjadi guru cemerlang juga

bukan satu tugas yang mudah, tetapi ianya juga bukan mustahil untuk dicapai.

Guru perlu sedar akan tanggung jawab berat ini terletak di atas bahu guru selagi

mereka bergelar pendidik. Amanah yang diberi tunai tetap kami tunaikan. Itulah

ikrar dan janji guru malaysia. (Lihat Lampiran 7).

Berdasarkan pembacaan dan pengamatan, saya mendapati bahawa

ciri-ciri kecemerlangan memang sudah sedia ada dalam diri seseorang guru.

Ianya mungkin berbeza dari satu guru dengan guru yang lain. Tetapi yang

pastinya untuk mengekalkan ciri kemerlangan dalam diri, guru memerlukan

pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, sikap dan

sahsiah yang positif.

Berdasarkan daripada perbincangan di atas, secara keseluruhannya

saya mengutarakan 8M sebagai mekanisma bagi guru mengekalkan ciri

kecemerlangan diri. Pertama, guru mesti berusaha menghayati, memahami dan

21
menjiwai matlamat pendidikan. Ianya harus menjadi ‘makanan’ dan ‘santapan’

seharian agar ianya menjadi darah daging dan sebati dalam jiwa guru. Kedua,

memantapkan penguasaan ilmu TMK yang menjurus kepada kemantapan P&P

agar tidak kelihatan ketinggalan zaman. Ketiga, guru mesti berusaha

membudayakan kerja cemerlang dimulai dengan memperelokkan niat dan sikap,

bersedia berkerja dalam pasukan dan meningkatkan kepakaran. Keempat,

berusaha mewujudkan sistem pemantauan berkesan dengan membuat

persiapan rapi bagi setiap tugasan agar hasil yang diperolehi adalah berkualiti.

Seterusnya saya mencadangkan pendekatan kelima, dimana guru

bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang dimilikinya bagi

meningkatkan potensi diri, menajamkan kepakarannya seterusnya memantapkan

organisasi. Keenam, guru mesti berusaha meningkatkan keterampilan dirinya

dengan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi. Ketujuh, guru mesti

berusaha memperbaiki tingkah lakunya dengan mencontohi keperibadian

Rasulullah sebagai Tuan Guru Agung untuk semua manusia. Kelapan, guru

perlu muhasabah diri dalam setiap tugasan yang dilaksanakan untuk mengenal

pasti kelemahan dan kekuatan diri dengan tujuan penambahbaikkan.

Rumusannya, dalam keterbatasan masa dan ruang saya mengemukakan

kaedah 8M sebagai mekanisma bagi guru mengekalkan ciri kemerlangan diri

untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi menjana modal insan unggul.

Kaedah ini mungkin bukan yang terbaik untuk semua guru tetapi sekurang-

kurangnya kaedah ini adalah landasan yang terbaik bagi saya untuk

mengekalkan kecemerlangan dalam diri saya agar menjadi seorang modal insan

unggul, bagi membantu negara merealisasikan Wawasan 2020. Wallahuallam.

22
RUJUKAN

1 Ahmad Fadzli B Yusof (2007), Mengurus Kerja Berpasukan. Kuala

Lumpur. PTS Millennia Sdn. Bhd. ms. 5, 60-65, 103.

2. Ainon Bt Mohd., Abdullah Hassan (2005), Kepintaran Daya Cipta &

Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor

Sdn. Bhd. ms. 10-15.

3. As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2001), Nabi Muhammad Guru dan

Pendidik Terulung, (Terjemahan oleh Hj. Shuhadak Mahmud). Seremban:

Al Azhar Media Ent. ms. 25-32.


4. Hamdan Ab. Kadir, Madon Mawel dan Syed Hussi Jaafar (2003). Panduan

Menjadi Fasilitator Efektif: PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.

ms. 35-43.
5. Hamzah b Mohamad (1999), Ceramah Siri 1 Motivasi Personel anjuran

Majlis Guru Besar Daerah Maran dan Pejabat Pendidikan   Daerah Maran

http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/index.htm

6. Hishamuddin Tun Hussein, PIPP Persiapan Paling Getir, Dewan

Masyarakat, Mac 2007.

7. Jabatan Penerangan Malaysia “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010”, Edaran Dalaman, Bil 1/2007

8. Kamus Dewan Bahasa, Edisi Keempat.

23
9. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan Induk Pembanngunan

Pendidikan, Edisi pelancaran.

10. Rancangan Malaysia Ke-9,

http://www.Utusan.com.my/utusan/special coverage/RMK9

11. Van Hooser, Phillip (1998) Triangle of Success. Van Hooser Associates,

Ocala, Florida, USA. (1999), sedutan dari Ceramah Hamzah b Mohamad

(1999), Satu Penilaian Dan Cadangan pembaharuan. Program

Peningkatan Kurikulum Dan Kemajuan Pendidikan (Edisi Kedua), Jabatan

Pendidikan Negeri Pahang.


12. Wan Mohd Zaid Bin Wan Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. ms 35-39.

LAMPIRAN 1
Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

24
PENDEKATAN
Kesamarataan Peluang
ASAS Pendidikan
PEMBANGUNAN Kecemerlangan
Misi Nasional Institusi Pendidikan
Dasar-Dasar
Pembangunan
Negara
Dasar TERAS STRATEGIK
Pendidikan PIPP
Kebangsaan Membina Negara
Islam Hadhari Bangsa
Pelan Integriti Membangunkan Modal
Nasional Insan
Memperkasakan Sekolah MATLAMAT
Kebangsaan Pendidikan
Merapatkan Jurang Berkualiti
Pendidikan Untuk Semua
Memartabatkan
Profesion Keguruan
TERAS ASAS Melonjakkan
PEMBANGUNAN Kecemerlangan Institusi
PENDIDIKAN Pendidikan
Akses
Ekuiti
Kualiti
Kecekapan dan FAKTOR KRITIKAL
Keberkesanan KEJAYAAN
Pengurusan Kerjasama dan
Pendidikan Komitmen Warga
Pendidikan
Kerjasama dan
Komitmen Pihak
Berkepentingan
Sistem Penyampaian
Pendidikan
Sistem Pemantauan dan
Penilaian

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,


Edisi Pelancaran:
m.s. 35

LAMPIRAN 2

25
Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal I nsan
FOKUS STRATEGI PERLAKSANAAN
 Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah,
aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan
Mengadakan lebih  Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada
banyak pilihan Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
pendidikan kepada ibu-  Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh
bapa dan pelajar negara
 Memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan
MPV di sekolah-sekolah

 Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya


lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi
 Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan
Meningkatkan keupayaan  Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah
dan penguasaan ilmu – Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang
pengetahuan Mencukupi
– Menyediakan perisian yang lengkap dan pelbagai
– Mengadakan latihan dan bimbingan
– Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang
berterusan

 Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis


kemahiran hard and soft skills
 Membina penampilan diri yang positif
 Memupuk pelajar supaya menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab
 Menekan aspek nilai murni termasuklah keselamatan,
Memupuk pelajar
kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan
memiliki kemahiran dan
pembelajaran aktiviti kokurikulum
keterampilan
 Memastikan sekolah memberi penekanan kepada
keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar
 Melipatgandakan program pembangunan insan bagi
menangani gejala social melalui penerapan nilai-nilai
murni
 Memantapkan program 3K

 Menyediakan pentaksiran alternatif


Memantapkan sistem
 Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian
pentaksiran dan
untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu
penilaian supaya lebih
berorientasi peperiksaan
holistik
 Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan
penilaian
Memantapkan program  Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum
kokurikulum dan sukan  Meningkat semangat patriotik kepada semua lapisan

26
masyarakat dengan memastikan Rukun Negara
dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada
peringkat awal persekolahan
 Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan
untuk semua
 Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi
menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih
menyeluruh
 Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum
dan sukan serta kejurulatihan
 Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih
lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej
matrikulasi dan IPG
 Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian
dan pihak luar KPM

 Penggubalan peraturan disiplin baru


 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala
Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani
gejala salah laku murid
Memperkukuh disiplin  Memantau sekolah–sekolah yang menghadapi
pelajar masalah disiplin
 Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi
keselamatan berkaitan
 Memperkukuh usaha menangani gejala disiplin
melalui Jawatankuasa Bertindak

Mempercepat perkhidmatan  Mempelbagaikan saluran aduan terus


sistem aduan masalah
disiplin
 Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik
Memantapkan kurikulum dan Kewarganegaraan
 Penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi
bagi pembestarian sekolah

Meningkatkan kerjasama  Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi


KPM dengan pelbagai agensi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,


Edisi Pelancaran:
m.s. 65-66

LAMPIRAN 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

27
GURU CEMERLANG
BORANG PERMOHONAN GURU CEMERLANG
1. ARAHAN
Pihak-pihak tertentu seperti Pertubuhan Guru, Guru Besar, Pengetua, Pengetua Maktab
Perguruan, Pengetua Politeknik, Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian, Ketua Nazir
Negeri, Pengarah Pendidikan Negeri, Ketua Nazir Sekolah atau Pengarah Bahagian yang
bertujuan mengemukakan pencalonan hendaklah mengisi semua maklumat yang
diperlukan dalam borang ini. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan dalam
sampul surat berlakri selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2003 kepada pihak Urusetia
seperti alamat berikut:

Untuk pencalonan dari sekolah, dialamatkan kepada:


Urus setia Jawatankuasa Pemilihan Guru Cemerlang
d/a Jemaah Nazir Sekolah Negeri …………………..
Kementerian Pendidikan Malaysia
……………………………………………………………
(alamat Jemaah Nazir Sekolah Negeri masing-masing)
……………………………………………………………
(u.p. : Ketua Nazir Negeri ………………….)

Untuk pencalonan dari pihak selain daripada sekolah, pencalonan mestilah melalui
Ketua Bahagian masing-masing dan dialamatkan kepada :

Urus setia Jawatankuasa Pemilihan Guru Cemerlang


d/a Jemaah Nazir Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tingkat 21-23, Bangunan Bank Pertanian
Lebuh Pasar Besar
50604 Kuala Lumpur
(u.p.: Ketua Nazir Sekolah)

2. PROFIL GURU CEMERLANG


Guru Cemerlang ialah seorang guru istimewa dan bermotivasi yang mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya khususnya di bilik darjah,
hasil daripada himpunan pelbagai pengalaman luas dan berterusan sepanjang tempoh
perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kempimpinan yang boleh diteladani
serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru Cemerlang berusaha
membentuk akhlak yang mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta
kokurikulum para muridnya secara berterusan.
Kepakaran dan kecemerlangannya itu ditunjukkan menerusi penilaian dalam aspek-aspek
kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan
kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi.
Borang Permohonan/Pencalonan Guru Cemerlang

LAMPIRAN 4

28
VISI NEGARA
Menjadi sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 mengikut acuan
sendiri.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha beretrusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN


Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
Negara Malaysia.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN


Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan
sejahtera,
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan
Negara; dan
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia.

29
LAMPIRAN 5

VISI SMK DATO’ BENTARA LUAR


Pada Tahun 2008, SMK Dato’ Bentara Luar muncul sebagai sekolah premier
terunggul di Batu Pahat.

MISI SMK DATO’ BENTARA LUAR


1. Memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dalam sekolah.

MATLAMAT SMK DATO’ BENTARA LUAR


Melahirkan tenaga manusia yang berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak
mulia dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara
maju menjelang tahun 2020

OBJEKTIF SMK DATO’ BENTARA LUAR


Meningkatkan kualiti pendidikan dari seg kurikulum dan sahsiah dari
semasa ke semasa.
Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan
dikalangan pelajar, guru dan kakitangan.
Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat
menerusi permuafatan.
4. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah.

30
LAMPIRAN 6

TONGGAK 12: NILAI-NILAI AMALAN PENJAWAT AWAM

Nilai Amalan Huraian ringkas

Tonggak 1: Bijak menggunakan masa baik dalam masa kerja atau


Menghargai Masa masa luang.
Tonggak 2:
Tumpuan perlu diberikan kepada sesuatu tugas
Ketekunan Membawa
sehinggalah sehinggalah ia selesai atau sempurna.
Kejayaan
Tonggak 3: Menganggap kerja sebagai satu ibadah dan perlu
Keseronokan Bekerja melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

Tonggak 4: Menolak keterlaluan atau ekstrism. Mengamalkan


Kemuliaan Kesederhanaan kesederhanaan dan rasionalisme.
Perilaku dan budi pekerti yang baik, bersopan santun,
Tonggak 5:
beretika dan tidak meletakkan kepentingan peribadi
Ketinggian Peribadi
melebihi kepentingan tugas rasmi.
Tonggak 6: Sikap bersopan santun, pemaaf, berhemah tinggi,
Kelakuan Sifat baik berempati dan suka menolong.

Tonggak 7: Mempengaruhi orang lain melalui tingkah laku, tutur


Pengaruh Teladan kata, perbuatan dan lain-lain nilai positif.

Tonggak 8: Melaksanakan tanggungjwab atau tugasnya dengan


Kewajipan Mejalankan Tugas cekap, cepat, berkesan dan sempurna.
Sikap berhemat dapat membezakan antara keperluan dan
Tonggak 9:
kemewahan dan sentiasa berhati-hati ketika berbelanja
Kebijaksanaan Berhemat
atau menggunakan harta awam.
Tonggak 10: Sentiasa tenang, berfikir dengan jelas dan rasional, dan
Keutamaan Kesabaran kondusif.
Usaha-usaha positif untuk meningkatkan bakat individu
Tonggak 11:
akan membawa kepada peningkatan kreativiti,
Peningkatan Bakat
percambahan idea baru, cara bekerja lebih inovatif.
Memberi peluang kepada staf-staf untuk menyumbang
Tonggak 12:
pendapat dan idea mereka agar mereka memiliki rasa
Nikmat Mencipta
sepunya kepada organisasi.

31
LAMPIRAN 7

IKRAR GURU MENJANA KEMERLANGAN MODAL INSAN

KECEMERLANGAN GURU DAN PELAJAR

SMK DATO’ BENTARA LUAR

32