Anda di halaman 1dari 24

Perkembangan Awal

Remaja

Disediakan oleh,
Pn.Fairus Bt Mohd Long
S.K.Kamunting,34600 Kamunting
Perak.
Siapakah Remaja?

• Kanak-kanak 7-11
• Remaja 12- 18
• Awal Dewasa 19- 24
• Dewasa 25 keatas
• Pertindihan
• Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan dan
ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami perubahan
yang cukup drastik sehingga anda rasa mengalami masalah.
Anda berada dalam keadaan dilema kerana anda bukan lagi
kanak-kanak yang dimanjakan dan bukan pula golongan
dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai
tanggungjawab. Di samping itu anda berada dalam keadaan
ketidaktentuan berhubung masa depan fizikal anda. Adakah
seseorang remaja itu menjadi seorang yang tinggi pada masa
akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang
kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung
menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang remaja.
Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua
peringkat; peringkat awal remaja dan peringkat remaja.
Peringkat awal remaja dikatakan dalam lingkungan 10
sehingga 18 tahun.
• Awal Remaja
Pada peringkat awal remaja, perkembangan
psikomotor remaja terjadi begitu pesat seperti
berlakunya perubahan daripada segi rangka tulang,
struktur saiz tubuh, dinding pembuluh darah dan
Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami
perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat semakin
bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang
pertama. Pada umumnya remaja perempuan
menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan terdapat
pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian
punggung dan dada. Bagi remaja perempuan saiz
badan yang besar menjadi masalah bagi dirinya.
Kematangan seksual yang dialami oleh remaja
perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda
sudah menjadi semakin matang selepas kedatangan
haid dan mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki.
Oleh itu anda cukup risau apabila saiz badan terlalu
gemuk kerana ini menyebabkan anda dipandang
rendah oleh remaja lelaki.
• Alam remaja peralihan dari alam kanak-
kanak ke alam dewasa
• Alam remaja jejambat antara alam kanak-
kanak dam alam dewasa
• Alam remaja tidak begitu kanak-kanak,
tidak begitu dewasa dalam tindakan
• Alam remaja alam gelora
• Alam remaja penuh emosi yang menjadi
rintangan untuk dia berkembang
PERUBAHAN KE ARAH
KEDEWASAAN
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan
secara sedar atau tidak akan mengalami
perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan
emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat
tindakan hormon dalam badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja


adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan.
Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara
seorang individu dengan individu yang lain
PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA LELAKI

o Suara menjadi garau.


o Misai dan janggut mula tumbuh.
o Bahu dan dada menjadi bidang.
o Jerawat mula tumbuh.
o Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah
menunjukkan anda telah akil baligh.
o Zakar dan buah zakar mula membesar.
PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA PEREMPUAN

o Buah dada ( payudara ) mula membesar.


o Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
o Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri
kewanitaan.
o Jerawat mula tumbuh.
o Mula didatangi haid.
o Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan
kepada suara yang lebih matang.
Tumbesaran Badan
Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul
dan paha akan menjadi besar.

Payudara ( Buah Dada)


Payudara akan semakin membesar .Jangan
bimbang jika sebelah lebih besar dari yang
satu lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-duanya
akan lebih kurang sama.
Peluh dan Bau Badan
Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula
berfungsi pada masa ini dan akan
menyebabkan perpeluhan yang akan
mendatangkan bau badan.

Jerawat dan Rambut Berminyak


Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan
perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.
Bulu Badan
Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu
kawasan V dimana kaki anda akan
bersambung dengan badan. Bulu juga
akan tumbuh pada ketiak dan kaki.
Keputihan
Cecair jernih dan keputihan akan mula
mengalir dari kemaluan anda.Ia akan
meninggalkan sedikit kesan pada seluar
dalam.
Menstruasi ( Haid)
Menstruasi adalah petanda badan
anda sihat dan berfungsi dengan
baik.Ia merupakan sebahagian hidup
setiap wanita.
Perubahan utama semasa akil baligh.
• Badan menjadi tinggi
• Badan membesar secara melintang(terutama punggung)
• Perkembangan pada payu dara
• Badan berpeluh dengan lebih kerap & mungkin berbau
• Rambut menjadi lebih berminyak
• Kulit muka bermunya & mungkin berjerawat
• Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak,kaki & pubik
• Mula mendapat keputihan
• Mula alami menstruasi ( haid)
JANGAN RISAU!!!!!!!
Tanda awal menstruasi
i.kira-kira 2 tahun selepas payudara
berkembang.
ii.Tidak lama selepas pertumbuhan
bulu pubik.
iii.Selepas anda mengesan keputihan
iv.Sakit atau kekejangan bawah perut
v.Sakit pinggang
vi.Sakit di bahagian dalam paha
vii.Rasa malas dan letih
viii.Rasa sedih, cepat marah atau
kekok.
xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @
tembam.
x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit

• Pusingan haid bermula hari pertama


berlaku antara 28 hingga 35 hari.
• Tempoh haid 3 hingga 6 hari
Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita)
• Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian
bawah pad.
• Tekan bahagian bawah pad yang
berpelekat pada seluar dalam – pakailah.
Cara Membuang Pad.
• Lipatkan pad terpakai dan balut dengan
kertas atau plastik
• Masukkan ke dalam tong sampah.
• Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.
Kebersihan Peribadi
• Tuala wanita perlu ditukar selalu
• Basuh kemaluan menggunakan
sabun dan air
• Mandi dan bersihkan diri sekurang-
kurangnya dua kali sehari.
PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku


perubahan emosi dan psikologi. Semasa
menjangkau usia remaja, anda akan mula
tertarik kepada remaja berlainan jantina.
Perasaan ini adalah normal dan
merupakan sebahagian dari proses
pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu
dikendalikan dengan bijaksana supaya
tidak menghancurkan masa depan remaja.
PERUBAHAN EMOSI YANG
BERLAKU.

• Perasaan ingin mencari identiti diri.


• Ingin berdikari dan memikul
tanggungjawab sendiri.
• Ingin mencuba perkara-perkara yang
tidak pernah dilakukan sebelum ini.
RAKAN SEBAYA
• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang


berada di persekitaran seperti pergaulan bebas,
merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan
tidak sihat dan sebagainya yang cuba meracuni
golongan remaja.

Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman


untuk menunjuk arah masa depan.
SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda
perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga
dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja


akan mampu mengatasi cabaran hidup secara
berbincang dan bertukar fikiran dengan :

. Ibubapa
. Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
. Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Tidur secukupnya
Menjaga Kebersihan diri
Pemakanan yang seimbang
Bersenam secara tetap
ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN
SEKIRANYA……..

 Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi,


mental dan sosial semasa remaja.

 Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.

 Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli


keluarga.

 Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.


PESANAN UNTUK REMAJA

ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA

Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis


generasi akan datang.

Usia remaja penuh cabaran,


Setiap detik perlu keputusan,
Sesetengah keputusan perlu dibincang,
Tanpa pengawasan keputusan pincang.