Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BANDI 2

24220 KEMAMAN TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN

___________________________________________________________________
________

Kepada,
Ibu bapa dan Penjaga
Murid Tahun 5 & 6,

Tuan / Puan,

KELAS PEMANTAPAN UPSR 2014 ( KELAS MALAM )

Merujuk kepada perkara di atas, kelas bimbingan untuk murid Tahun 5 & 6 akan bermula
pada 2 Mac 2014.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bercadang mengadakan kelas tersebut bagi
murid Tahun 5 & 6 yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut.

3. Kelas ini tidak diwajibkan kerana pihak sekolah akan mengenakan sedikit bayaran
bagi menampung kos alatan, elektrik dan tenaga pengajar. Bayaran tersebut adalah seperti
berikut:-
Bulan Mac = RM 60.00
Bulan April September = RM 40.00

4. Kelas malam ini akan dijalankan empat kali seminggu iaitu Ahad Rabu bermula jam
8.00 malam hingga 9.30 malam. Jadual lengkap berkaitan guru yang mengajar akan
diedarkan kemudian kepada setiap murid yang berminat.

5. Oleh kerana kelas ini dijalankan pada waktu malam, saya bagi pihak sekolah
memohon jasa baik ibu-bapa dan penjaga murid agar dapat memastikan dan
bertanggungjawab atas kehadiran dan keselamatan murid pergi dan balik dari kelas
tersebut.

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Saifulizam Bin Samsudim
( 019-6669783)

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas


,.
En. Tajudin b. Mohamad
Guru Besar SKSB2


s.k Yang Di Pertua PIBG

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ___________________________________________ ( ibu / bapa / penjaga ) kepada
_________________________________________ dari Tahun ____ dengan ini ( bersetuju /
tidak bersetuju) membenarkan anak di bawaj jagaan saya mengikuti kelas malam yang
dianjurkan oleh pihak sekolah

Anda mungkin juga menyukai