Anda di halaman 1dari 7

Anjuran

Senior Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah-Sekolah


Yayasan Islam Kelantan.


Tarikh
24 Disember 2011 26 Disember 2011


Tempat
Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan.



KERTAS KERJA CADANGAN
KURSUS ANGGOTA
PANGKAT RENDAH
Persatuan Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan
1. Pendahuluan

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam bagi Rasulullah serta ahli keluarga dan sahabat-
sahabat baginda yang berjuang di atas jalan kebenaran.

Bulan Sabit Merah muncul apabila kerajaan khalifah Uthmaniah Turki menggunakan
lambang bulan sabit berlatarbelakangkan warna putih bagi pasukan medis tenteranya semasa
berperang menentang Russia pada 1876. Bulan Sabit Merah digunakan setelah pasukan medis
tentera Uthmaniah rasa terhina memakai lambang palang merah yang merupakan satu-satunya
lambang perlindungan yang diiktiraf ketika itu.

Sejarah membuktikan bahawa Bulan Sabit Merah muncul kerana kekuatan semangat dan
kesedaran Islam yang tinggi dalam kalangan penganutnya. Penubuhan Bulan Sabit Merah di Yayasan
Islam Kelantan telah membuka peluang bagi para belia BSMYIK untuk bergiat aktif dalam
mendalami, mengamal, dan menyebarkan ilmu BSM disamping meneruskan semangat keislaman
yang menjadi faktor terbitnya lambang tersebut sebagai lambang pergerakan badan kemanusiaan
terbesar dunia.

Belia Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan telah merangka Kursus Anggota Pangkat
Rendah (Kursus APR) sebagai satu daya usaha membangunkan organisasi Persatuan Bulan Sabit
Merah di setiap sekolah yang bernaung di bawah Yayasan Islam Kelantan. Program ini merupakan
sebuah kursus bagi memperlengkapkan ahli jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah dalam
mengurus persatuan ini di sekolah mereka.


2. Nama Program

Kursus Anggota Pangkat Rendah Persatuan Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan.

3. Penganjur

Senior Persatuan Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan.

4. Objektif

4.1 Membentuk ahli jawatankuasa persatuan yang mampu mengurus dan menjalankan
aktiviti persatuan dengan baik.

4.2 Menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi peserta.

4.3 Memantapkan ilmu pertolongan cemas peserta dan pengetahuan mengenai
persatuan.

4.4 Memberi kefahaman Islam dalam sistem organisasi.

4.5 Meningkatkan disiplin dalam kalangan peserta.





5. Tarikh

24 Disember 2011 26 Disember 2011
Sabtu Isnin

6. Tempat

Kem Kijang,
Pantai Cahaya Bulan,
15350 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

7. Sasaran

Semua anggota pangkat rendah Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah-sekolah Yayasan Islam
Kelantan sesi 2012.

8. Cadangan Jawatankuasa

Rujuk lampiran 1

9. Tentatif Program

Rujuk lampiran 2

10. Anggaran Belanjawan

Rujuk lampiran 3

11. Penutup

Semoga dengan berlangsungnya program yang dicita-citakan ini akan membentuk sebuah
pasukan penggerak persatuan yang benar-benar mantap dan mampu menjalankan aktiviti persatuan
dengan baik bagi menghidupkan Persatuan Bulan Sabit Merah di setiap sekolah Yayasan Islam
Kelantan. Melalui program ini juga, para peserta diharapkan agar mempunyai swadaya untuk
menjadikan persatuan Bulan Sabit Merah sebagai persatuan terbaik di sekolah mereka.

Akhir kata, program ini didoakan agar mendapat sokongan semua pihak bagi merealisasikan
perancangan yang bermanfaat ini. Segala keprihatinan yang diberikan oleh semua pihak amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,


(IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI)
Pengerusi,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Maahad Muhammadi (Lelaki).
Lampiran 1 Cadangan Jawatankuasa Program

Ahli Jawatankuasa Pemikir

Pengarah

Timbalan
Pengarah


Setiausaha Bendahari

Timbalan
Setiausaha
Timbalan
Bendahari




Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Lajnah Pengisian dan Aktiviti
2) Lajnah Protokol dan Pendaftaran
3) Lajnah Teknikal dan Siaraya
4) Lajnah Penginapan dan Persiapan Tempat
5) Lajnah Pemakanan dan Persegaran
6) Lajnah Disiplin dan Akhlak














Lampiran 2 Tentatif Program

Sabtu - 24 Disember 2011
8.00 pagi -Pendaftaran peserta
-Mendirikan khemah
11.00 pagi

-Taklimat daripada urusetia
-Sesi orientasi
1.15 t.hari -Solat Zuhur
-Makan tengah hari
2.00 t.hari -Modul 1 Pengurusan Strategik
4.15 petang -Solat Asar
-Minum petang
5.00 petang -Slot kawad kaki
6.00 petang -Riadah 1
7.00 malam -Urus diri
-Makan malam
-Solat Maghrib
-Kuliah dasar 1 - Islam sebagai panduan berorganisasi.
-Solat Isyak
9.15 malam -Majlis perasmian
10.30 malam -Slot Kawad Kaki
12.30 malam -Urus diri
-Rehat



Ahad - 25 Disember 2011
5.00 pagi -Urus diri
-Qiamullail
5.30 pagi -Solat Subuh
6.30 pagi -Riadah 2
7.30 pagi -Sarapan
-Urus diri
8.30 pagi -Modul 2 Sistem Perfailan dan Surat Menyurat
10.30 pagi -Rehat
11.00 pagi -Modul 3 Pendidikan Bulan Sabit Merah
1.15 t.hari -Solat Zuhur
-Makan tengah hari
2.00 petang -Modul 4 Pertolongan Cemas (Definisi, Pitam, Luka dan Pendarahan,
Patah)
4.15 petang -Solat Asar
-Minum petang
5.00 petang -Modul 5 Usungan
6.00 petang -Riadah 3 Jejak Komando
7.00 malam -Urus diri
-Makan malam
-Solat Maghrib
-Kuliah dasar 2 Ciri-ciri kepimpinan Islam.
Solat Isyak
9.15 malam -Modul 6 Balutan
10.30 malam -Raptai majlis penutup dan kenaikan pangkat
11.30 malam -Urus diri
-Rehat



Selasa - 26 Disember 2011
5.00 pagi -Urus diri
-Qiamullail
5.30 pagi

-Solat Subuh
-Kuliah dasar 3 Tanggungjawab pemimpin Islam terhadap Islam.
7.15 pagi -Sarapan pagi
7.30 pagi -Riadah 4
8.15 pagi -Urus diri
8.30 pagi -Modul 6 Bagaimana mengurus aktiviti persatuan.
10.30 pagi -Persiapan majlis penutup
11.45 pagi -Majlis penutup dan istiadat kenaikan pangkat
-Penyerahan sijil
2.00 petang -Bersurai















Lampiran 3 Anggaran Belanjawan

Wang Masuk

Bil. Perkara Kos/Unit Jumlah
1 Bayaran Peserta RM 15 x 60 orang RM 900.00
2 Bayaran Urusetia RM 5 x 25 orang RM 125.00
RM 1,025.00


Wang Keluar

Bil. Perkara Kos/Unit Jumlah
1 Penginapan RM 3 x 3 hari x 85 orang RM 765.00
2 Pemakanan Sarapan
Makan tengah hari
Minum petang
Makan malam
RM 2 x 2 hari x 85 orang
RM 3 x 2 hari x 85 orang
RM 2 x 2 hari x 85 orang
RM 3 x 2 hari x 85 orang
RM 340.00
RM 510.00
RM 340.00
RM 510.00
3 Buku modul RM 5 x 60 orang RM 300.00
4 Cenderamata penceramah RM 60 x 7 orang RM 420.00
5 Cenderamata tetamu jemputan RM 30 x 4 orang RM 120.00
7 Tanda nama peserta dan urusetia RM 100 RM 100.00
8 Keperluan
lajnah
Pengisian dan Aktiviti
Protokol dan Pendaftaran
Teknikal dan Siaraya
Penginapan dan P.Tempat
Pemakanan dan Persegaran
Disiplin dan Akhlak
RM 100
RM 50
RM 100
RM 100
RM 100
RM 100
RM 100.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 3,955.00

Wang masuk RM 1,025.00
Wang keluar RM 3,955.00
Wang yang masih diperlukan RM 2,930.00