Anda di halaman 1dari 1

Bacaan intensif merupakan teknik bacaan yang biasa digunakan

untuk mengajar bahasa utama. Bacaan intensif adalah teknik


bacaan yang menekankan kepada tatabahasa, penanda wacana
dan sebagainya dengan tujuan untuk memahami teks bacaan
mengikut Brown (1989). Long and Richards (1987) pula
menyatakan bacaan intensif ialah pembacaan yang dimulaii oleh
guru, penekanan kepada perbendaharaan kata dan tatabahasa
serta menggunakan bahan bacaan ringkas. Teks bacaan selalunya
dipilih oleh guru dan biasanya dijalankan di dalam bilik darjah. Teks
yang pendek dapat membolehkan guru dan murid memberikan
tumpuan kepada tatabahasa dan penanda wacana di dalam teks.
Teks juga mungkin boleh dibaca berulang-ulang dan pembetulan
boleh dilakukan oleh guru melalui sebutan dan intonasi.
Bacaan intensif ini dapat membantu mengembangkan kemahiran
lebih tinggi seperti KBKK, menaakul dan sebagainya. Murid juga
dapat mengesan dan memahami unsur-unsur estetik dalam
bahasa.
Dengan bacaan intensif ini murid mudah memahami maksud
teks yang dibaca dengan lebih jelas kerana tahap penguasaan
dalam tatabahasa mereka lebih mantap.

Anda mungkin juga menyukai