Anda di halaman 1dari 21

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

1


B
BBa
aab
bb 2
22:
::
T
TTU
UUG
GGA
AAS
SS D
DDA
AAN
NN P
PPE
EER
RRA
AAN
NNA
AAN
NN G
GGU
UUR
RRU
UU




g
gg









gi



Hasil Pembelajaran:

Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:

Memerihalkan pandangan Al-Frabi dan Confucisu tentang tugas &
peranan guru
Menerangkan pendapat Vivekananda dan Plato berkenaan tugas &
peranan guru
Memerihalkan pendapat Plato tentang tugas & peranan guru
Membezakan pelbagai peranan & tugas seorang guru
Bab ini membincangkan pandangan beberapa ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius,
Vivekanada dan Plato tentang peranan pendidikan dan peranan guru. Jika dikaji dengan
teliti, pandangan ahli-ahli falsafah ini adalah hampir sama dan relevan hingga ke hari
walau pun idea-idea mereke diutarakan lebin 2000 tahun lalu. Pelbagai peranan dan
tugas guru dibicangkan dengan mendalam.

RINGKASAN BAB

2.1 Pengenalan
2.2 Al-Farabi
2.3 Confucius
2.4 Viviekananda
2.5 Plato
2.6 Pelbagai peranan & tugas guru

Ringkasan
Kata Kunci
Rujukan



Bab 1: Profesion Perguruan
Bab 2: Tugas & Peranan Guru
Bab 3: Etika Perguruan
Bab 4: Standard Guru Malaysia
Bab 5: Pembangunan Profesion Guru
Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti
Bab 7: Guru Sebagai Pemimpin
Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

2

2.1 Pengenalan
Beberapa tema Hari Guru





























Guru Berkualiti Aspirai
Negara
Guru Pembina Negara
Bangsa
Guru Cemerlang Negara
Terbilang
Guru Berkualiti Pemangkin
Kegemilangan
Guru Bestari Sekolah
Bestari
Guru Inovatif & Kreatif
Menjayakan Wawasan
Guru Penjana Transformasi
Pendidikan Negara
Pengorbanan Guru
Kejayaan Rakyat
Guru dan Pembangunan
Negara
2.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Pernyataan-pernyataan di atas adalah beberapa Tema Hari
Guru sejak tahun 1972.
Terangkan bagaimana anda telah menterjemahkan tema-
tema berkenaan dalam pengajaran seharian di sekolah.

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

3

2.2 Pendapat Al-Farabi Tentang Peranan Guru
A-Farabi dilahirkan di Wasij di Tukestan pada tahun
872. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa,
logik, falsafah, musik, matematik dan sain dan digelar Guru
Kedua manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar Guru
Pertama. Beliau telah mengkaji dengan mendalam hasil karya
ahli falsafah Plato dan Aristotle. Al-Farabi dianggarkan telah
menulis kira-kira 400 buku, tetapi hanya 150 jodol yang masih
tinggal. Beliau meninggal dunia pada 950, ketika berumur 80
tahun. Antara hasil karya beliau ialah:

al-Madina al-fadila [The Virtuous City]
Al-Burhan [The Demonstration]
Kitab al-huruf (The Book of Letters)
Al-Tanbih ila sabil al-saada [Guidance on the Path to Happiness]
Falsafat Aristutalis [Aristotles Philosophy]
Kitab Al-Misuqa al-kabir [The Great Book of Music]
Kitab al-ihsa (The Book of Lists)







Peranan Pendidikan
Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep
pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya
tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing
(tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru
ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan
(bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini.
Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan
ialah pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian
(happiness) dan kesempurnaan (perfection). Manusia yang sempurna (al insan al
kamil) ialah orang yang telah menguasai ilmu dan nilai-nilai baik dan seterusnya
menjadi teladan kepada orang lain. Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan ialah
pembentukan suatu komuniti ideal dimana orang tolong menolong dan bekerja sama
ke arah pencapaian kebahagian (all work together in order to attain happiness Al-
Farabi, Mabadi ahl al-madina al-fadila, edited by Albert Nusri Nadir, Beirut,
Imprimerie catholique, 1959, p. 97). Menurut Al-Farabi, pendidikan adalah penting
untuk semua orang kerana tanpa pendidikan, manusia tidak akan mencapai
kebahagian dan kesempurnaan yang diidam-idamkan.

Peranan Guru
Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta
dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)
dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru. Bertambah pula,
INGAT:
Idea-idea ini dikemukakan lebih 1000
tahun dahulu!
Al-Farabi (872-950)
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

4

individu berkenaan hendaklah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak
boleh dipaksa menjadi guru kecuali dalam keadaan yang mendesak (Lihat
Rajah 2.2).
Guru mesti menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmu yang hendak
diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan
pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan
mereka.
Oleh it beliau, memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu keadah
demonstrasi dan kaedah memujuk (Lihat Rajah 2.1).
Kaedah demonstrasi melibatkan guru bercakap dan sesuai untuk
memperoleh pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan
memberi pendpat.
Kaedah memujuk melibatkan guru bercakap dan diikuti dengan
dengan menggunakan contoh, metafora dan ilustrasi. Pelajar
digalakkan menggunakan sensori sentuhan, visual dan pendengaran
untuk mempelajari sesuatu (Al-Farabi, Falsafat Aristutalis, edited by
Muhsin Mahda, Beirut, Dar majallat al-chir, 1961)

Secara tak langsung beliau mengingaktkan guru untuk menyesuaikan kaedah
mengajar dengan keupayaan dan pengalaman pelajar. Mungkin anda akan
mengatakan, ini saya sudah tahu. Perlu diingat bahawa, idea yang kemukakan
oleh Al-Farabi ini lebih 1000 tahun yang lalu sebelum kemunculan bidang
psikologi pendidikan.














Rajah 2.1 Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi

Al-Farabi juga membezakan di antara Hafalan dan Kefahaman. Hafalan
ialah apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali
sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa, menghafal Quran dan
lagu. Sebaliknya, kefahaman ialah apabila pelajar memahami maksud dan
dapat menginterpretasi sesuatu bahan tulisan (Al-Farabi, Al-Burhan). Menurut
Al-Farabi, kefahaman adalah lebih baik daripada hafalan kerana pelajar
memahami konsep, prinsip dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan
maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari
(Al-Farabi, Ajwibat masail suila anha).

PENGAJARAN
(taalim)
Kaedah
Demonstrasi
Kaedah
Memujuk
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

5

Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep
dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Berikut ialah langkah-
langkah yang dicadangkan beliau:

1. Guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan
konsep yang hendak diterangkan.
2. Kemudian, memberi definisi konsep berkenaan.
3. Ini dikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep
berkenaan.
4. Terangkan ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum konsep berkenaan
5. Gunakan metafora, analogi, ilustrasi dan contoh untuk menjelaskan
konsep berkenaan.

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play)
dalam pengajaran mereka. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus
pemikran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar.

Berkenaan dengan disiplin, guru
hendaklah mengelak memberi
hukuman yang keterlaluan kerana ini
akan membuat pelajar benci kepada
guru.

Sebaliknya, jika guru terlalu lembut,
kemungkinan pelajar tidak memberi
perhatian dan menjadi malas. Oleh itu,
menurut Al-Farabi guru hendaklah
mengamal kesederhanaan dalam
menghukum pelajar.

Al-Farabi juga menekankan
kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan ialah untuk
menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu.
Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan
prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris dan skala hendaklah
disediakan untuk kegunaan pelajar.













2.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah prasyarat menjadi guru menurut Al-Farabi?
b) Nyataan perbezaan diantara dua kaedah mengajar yang
Al-Farabi. dicadangkan oleh A-Farabi
c) Sejauh manakah pendapat Al-Farabi releven hari ini?
Rajah 2.2 Hanya mereka
bermoral tinggi boleh menjadi
guru
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

6




2.3 Pendapat Confucius Tentang Peranan Guru
Confucius dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun
yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong). Bapanya meninggal dunia ketika
dia masih kecil. Pada umur 50 tahun beliau mencebur diri dalam politik dan dilantik
sebagai menteri keselematan dan keadilan didaerah Lu. Kemudian dia meninggal
jawatan menteri dan mengembara dari bandar ke bandar di
Cina bersama pengikutnya. Kerap kali dia meluahkan
pendapatnya tentang kepentingan nilai moral tinggi
dikalangan ahli pemimpin. Ramai diantara mereka tidak
senang dengan pandangan Confucius dan pernah
dimasukkan ke penjara. Confucius telah menulis buku
dalam bidang falsafah, sejarah, ekonomi, budaya, music dan
matematik. Berikut ialah berepa hasil karya beliau yang
terkenal:
o Book of Odes (Syair Pujian) (Shi)
o Book of History (or Documents) (Shu)
o the Book of Rites (Upacara) (Li);
o Book of Music (Yue)
o Book of Changes (Yi)
o Spring and Autumn Annals (Chunqiu).







Peranan Pendidikan
Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah menghasilkan individu yang kompeten
dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah
kesayangan kepada ibu bapa (xiao), menghormati orang tua (ti), ketekunan (min),
menjimat-cemat (jian), keberanian (yong), kesetiaan (zhong), baik hati (liang),
tolenrasi (rang) dan sebagainya.

Peranan Guru
Confucius sungguh minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat Cina.
Berdasarkan pengalamannya sebagai guru, beliau telah mencadangkan beberapa
prinsip yang perlu di amalkan oleh guru. Perlu diingat bahawa idea-idea ini
dikemukakan lebih 2400 tahun yang lampau sebelum kemunculan disiplin-disipin
seperti psikologi pendidikan, pedagogi dan sosiologi pendidikan.

Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited
dengan kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh
Conficius
[551-479 S.M]
INGAT:
Idea-idea ini dikemukakan lebih 260o
tahun dahulu!
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

7

tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat
sepenuhnya (Lihat Rajah 2.3).
Guru mesti memahami tingkahlaku unik
setiap pelajar dan menggunakan kaedah
mengajar yang sesuai dengan keupayaan
dan umur pelajar.
Guru ialah seorang penyayang yang tidak
kenal penat lelah mengembangkan potensi
pelajar sambil menjadi sumber inspirasi
kepada mereka.
Guru perlu menunjukkan kesopanan dan
budi bicara ketika bercampur gaul dengan
orang lain.
Guru hendaklah menjadi teladan yang
baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis
diri sendiri dan sanggup menerima
kritikan.
Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa
mengaitkan teori dengan amalan.





2.4 Pendapat Vivekananda Tentang Peranan Guru
Vivekananda dilahirkan pada tahun 1863 di Calcutta,
India. Dia sungguh tertarik dengan mempelajari pelbagai
agama dan menekankan pentingnya menghormati semua
agama. Dia telah menulis kira-kira 17 buku dan beberapa
artikel dalam journal. Dia meninggal dunia ketika umur 39
tahun pada tahun 1902.

Peranan Pendidikan
Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah
ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk
masa depan manusia. Mengikut Vivekananda, Pendidikan
ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada
individu (Education is the manifestation of the perfection
already in man). Apakah makna pernyataan ini?
Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan
pengetahuan sedia ada. Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk
Rajah 2.3 Guru hendak
menyampaikan ilmu dengan
penuh minat
Vivekananda
[1863-1902
2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah peranan utama pendidikan menurut Confucius?
b) Terangkan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh guru
menurut Confucius.
c) Sejauh manakah pendapat Confucius releven hari ini?
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

8

pelajar meluahkan pelbagai potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi).
Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis.
Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran
manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak
dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol.
VII, pp. 147148). Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana
kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993).

Peranan Guru
Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi
tumpuan (concentration) untuk mengelakkan
minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih
teknik mengenepikan perkara-perkara yang
tidak relevan dan berfokus kepada yang
penting.
Contohnya, kanta cembung menumpukan
cahaya matahari pada satu poin hingga dapat
membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 2.4).

Peranan guru ialah untuk membentuk
perwatakan pelajar supaya mereka boleh
membeza di antara baik dan buruk.

Guru mempunyai pengaruh positif terhadap
pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan
mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat.

Apabila membincang isu betul atau salah, pelajar hendaklah digalakkan
membincang mengapa sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf
sosioekonomi, kasta atau jantina.

Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran
berfikir pelajar yang membolehkann mereka
membezakan di antara yang relevan dan tak
relevan (Prabhananda, 1993).

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan
pengetahuan yang hendak disampaikan serta
kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan.

Menurut Vivekananda, guru yang berkesan
ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat
selaras dengan tahap keupayaan pelajar (CW,
vol. IV, p. 183).


Rajah 2.4. Kanta cembung
menumpukan cahaya
matahari
Rajah 2.5. Pengajaran
ialah seperti menanam
pokok
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

9

Plato (482 348 S.M.)

Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Tugas guru ialah menyiramnya
dengan air, memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi
dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri.









2.5 Pendapat Plato Tentang Peranan Guru

Plato telah dilahirkan pada 428 S.M. di Athens, Greece.
Walaupun, keluarganya terlibat denga politik, beliau
tidak menceburi dalam politik tetapi telah menulis
secara meluas tentang politik dan mengasaskan sains
politik. Pada usia 20 tahun, Plato menjadi murid
Socrates sehingga kematiannya pada tahun 399 S.M.
dan meninggalkan Athens dan mengembara ke Mesir,
Libya dan selatan Itali.

Plato membentang ujah-ujahnya dalam 28 buku (yang
dipanggil dialogue) dan 13 surat. Dalam dialogue'
beliau membincang pelbagai isu seperti keadilan,
kesucian, retorik, undang-undang, keberanian,
kecantikan dan lain-lain. Seringkali idea-idea yang
dikemukakan adalah pendapat Socrates. Tulisan Plato
telah banyak mempengaruhi falsafah dan budaya barat.
Tulisan beliau yang terkenal ialah The Republic of Plato yang membentangkan
idea-idea tentang pentadbiran kerajaan demokraasi.









Peranan Guru

Peranan guru ialah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan (Lihat
Rajah 2.6).

2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah peranan utama pendidikan menurut
Vivekananda?
b) Terangkan peranan guru menurut Vivekananda.
c) Sejauh manakah pendapat Vivekananda releven hari ini?
INGAT:
Idea-idea ini dikemukakan lebih 250o
tahun dahulu!
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

10

Pelajar hendaklah diajar membezakan di antara yang salah dan benar.
Semua manusia memiliki keupayaan dan keinginan belajar dan tugas guru
ialah untuk membawa mereka ke jalan kebenaran.

Yang penting bukan sifat semula jadi pelajar, tetapi bagaimana pelajar itu
dididik menjadi seorang terpelajar.

Orang berpelajaran hendaklah membantu mendidik mereka yang tidak ada
peluang pendidikan.

Guru hendaklah berhati-hati mendisiplin kanak-kanak kerana kekerasaan
keterlaluan boleh menyebabkan murid tidak bermaya, lemah semangat, putus
asa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat (Laws, 791c).
Sebaliknya, pelajar yang dibiarkan tanpa disiplin boleh menjadikan mereka
mudah marah dan tidak menghormati guru.

Guru tidak boleh mendiskriminasi
diantara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan. Jika perlu, pelajar
perempuan pun boleh diarah untuk
menyertai tentera untuk berperang.

Plato mencadangkan bahawa cerita
dan puisi yang disampaikan oleh
guru hendaklah ditapis supaya ia
tidak merosakkan minda pelajar.

Guru hendaklah menggalakkan
pelajar melibatkan diri dengan
musik dan pendidikan jasmani
yang dapat memperkasakan minda
dan badan mereka.


















Rajah 2.6. Guru berperanan
membebaskan manusia daripada
kejahilan
2.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Apakah maksud Plato bahawa guru berperanan
membebaskan manusia daripada kejahilan?
b) Terangkan peranan guru menurut Plato.
c) Sejauh manakah pendapat Plato relevan hari ini?

Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

11







BEBAN TUGAS GURU BERTAMBAH
PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang guru di negara ini menggunakan purata 66.24 jam
seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG)
yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam
seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu
45 jam seminggu.
Menteri Pelajaran, jumlah tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah
dan luar sekolah, dalam waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan.
Katanya, ia merangkumi sembilan bidang tugas dan tanggungjawab iaitu
kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, pembangunan staf, pembangunan
fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal murid dan pengurusan
asrama.

Menurut beliau, kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan
penggunaan masa mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang
disarankan oleh ILO.
Katanya, kajian juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah
memberi kesan terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para
guru khususnya dalam bidang kurikulum selain membawa pelbagai kesan
sampingan lain.
"Sehubungan itu, Jawatankuasa Mengkaji TTG telah mengemukakan sebanyak 39
perakuan yang berkaitan dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan
seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya. Perakuan-perakuan
tersebut dibahagikan kepada dua iaitu komponen operasi dan komponen dasar
dengan komponen operasi merupakan pelaksanaan di bawah kawalan kementerian
manakala komponen dasar memerlukan kajian lanjut dan kelulusan Jemaah
Menteri.

Menteri berkata, dalam tempoh setahun selepas kajian itu disiapkan, pelbagai
penambahbaikan dan pembaharuan telah dilaksanakan berhubung tugas dan
tanggungjawab guru agar bersesuaian dengan perakuan-perakuan yang telah
diutarakan.

[sumber: Harian Metro, 2007]
2.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Baca petikan di atas. Apakah pendapat anda tentang hasil
kajian jawatankuasa TTG?
Adakah ini benar dalam sekolah anda? Jelaskan.
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

12


2.6 Tugas dan Peranan Guru
Mungkin tidak ada satu
profesion, dimana pengamalnya
mempunyai pelbagai tugas dan
peranan seperti guru. Ramai
orang tidak memahami bahawa
tugas seorang guru itu bukan
hanya mengajar. Lihat katun
disebelah. Apakah pandangan
anda? Sejauh manakah ia
mencerminkan tugas dan
peranan anda sebagai guru?
Lihat Rajah 2.7. Bagi
setiap peranan yang
disenariakan, guru perlu
melakukan berpuluh tugas kecil
di sekolah, di rumah dan dengan
masyarakat sekeliling. [sumber: Berita Harian, 2009]



















Rajah 2.7 Tugas dan Peranan Guru



Guru sebagai PENGAJAR

Guru sebagai PEMBIMBING
Guru sebagai AGEN
SOSIALISASI






Guru sebagai AGEN
PERUBAHAN
Guru mempengaruhi TINGKAH
LAKU PELAJAR
Guru sebagai PENGGANTI
IBU BAPA
Guru sebagai PENGAMAL
REFLEKTIF
Guru sebagai
PENYELIDIK
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

13


1) GURU SEBAGAI PENGAJAR (Teacher as Instructor)

Peranan guru sebagai pengajar
paling dikenali oleh masyarakat.
Apakah pengajaran? Pengajaran ialah
sesuatu tugasan dan aktiviti yang
diusahakan bersama oleh guru dan
pelajarnya (Lihat Rajah 2.8).
Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sisitematik dan teliti dan
dilaksanakan dengan kaedah dan
teknik mengajar yang sesuai. Tugas
guru ialah mengurus bilik darjah
dengan tujuan mewujudkan
persekitarn yang kondusif. Guru juga
terlibat dengan penaksiran untuk menentukan sejauah manakah pelajar telah
menguasai pengetahuan, kemahran dan nilai yang disampaikan.
Guru memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan secara
bersendirian. Guru yang berkesan akan memastikan bahawa pelajarnya menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran
yang mungkin dihadapai dalam kehidupannya. Ini bermakna guru perlu
melengkapkan diri dengan bidang ilmu yang diajar serta kaedah dan teknik
penyampaian ilmu berkenaan. Lihat katun di bawah. Guru yang tidak cekap berbahasa
Inggeris sudah tentu tidak dapat mengajar pelajarnya berbahasa Inggeris dengan
berkesan. Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu, matematik, sains atau
sejarah.



Rajah 2.8. Guru sebagai pengajar
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

14

2) GURU SEBAGAI PEMBIMBING (Teacher as Guide)
Dalam sebuah bilik darjah, tentu terdapat pelajar yang menghadapi masalah
sosioemosi seperti hargi diri (self-esteem) yang rendah, masalah keluarga, tidak dapat
bercampur gaul dan sebagainya. Masalah sedemikian akan menjejaskan prestasi
akademik pelajar. Oleh itu, setiap guru secara tidak langsung berperanan sebagai
pembimbing untuk membantu pelajar berjaya dalam persekolahan. Lazimnya, bila
disebut pembimbing, ia dikaitkan dengan tugas guru bimbingan dan kaunseling
yang khusus. Secara amnya, bimbingan yang diberikan guru biasa ialah pemberian
nasihat, panduan dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukannya (Shertzer dan
Stone, 1991). Sebagai pembimbing, guru:
Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran yang diajar
untuk meningkatkan pencapaian akademik
Menyedarkan pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka serta
tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi kelemahan yang
dialami
Membantu pelajar mengenal pasti masalah sosioemosi atau masalah
kesihatan yang dihadapi dengan tujuan mereka sendiri
menyelesaikanya.

Guru juga berperanan sebagai mentor yang membina kekuatan dan
memaksimumkan potensi pelajar di bawah jagaannya (Noriati Rashid, Boon Pong
Ying & Wong Kiet Wah, 2010).










3) GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI (Teacher as Agent of Socialisation)
Sekolah ialah suatu komuniti yang terdiri daripada pelbagai individu yang
mempunyai peranan tertentu. Sosialisasi ialah suatu proses dimana individu
mengenal dan menghayati cara menyertai sesuatu kelompok dilingkungannya
sehingga menjadi sebahagian kelompok berkenaan. Sebagai agen sosialisasi, guru
berperanan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan komuniti sekolah. Guru
memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang pelajar. Guru
lebih memahami perasaan seseorang pelajar dan sifat empati membantu pelajar
membentuk emosi yang sihat. Gurulah yang memudahkan pelajar menyesuaikan diri
kerana dia menghormati perbezaan individu.

4) GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN (Teacher as Agent of Change)
Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan.
Perubahan ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain. Setengah
pendapat mengatakan, sekolah tidak banyak berubah sejak 200 tahun yang lampau!
Adakah anda setuju iaitu kaedah mengajar yang digunakan sekarang adalah hampir
2.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Pernahkah situasi yang digambarkan dalam katun di atas
berlaku di sekolah anda?
b) Berikan contoh bagaimana anda telah berperanan sebagai
pembimbing kepada pelajar di sekolah anda.
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

15

sama semasa anda bersekolah dahulu? Guru sebagai agen perubahan dikehendaki
sentiasa membawa perubahan kepada bilik darjah dengan memperkenalkan kaedah
dan teknik mengajar yang inovatif. Contohnya, menggunakan internet dan kaedah
kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Proses membawa perubahan, bermula dengan bertanya, Apakah saya boleh
lakukan untuk membantu pelajar yang tidak boleh membaca walau pun berada di
Tahun 4?. Mungkin anda menghadiri kursus yang menunjukkan teknik-teknik baru
mengajar murid kemahiran membaca (Fullan, 1993). Sebagai agen perubahan, guru
sendiri perlu mengamalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong learning). Guru
sentiasa menjana kaedah, teknik dan proses baru untuk membantu pelajar yang
memerlukannya.









5) GURU MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PELAJAR (Teacher
influencing Behaviour of Learners)
Guru bermain peranan penting dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Guru
merupakan teladan yang sangat penting dalam menyalurkan nilai, sikap dan
kepercayaan kepada anak didik mereka. Jika guru kerap kali ponteng kelas, tidak
bersemangat, cepat marah dan sebagainya, maka pelajar juga akan meniru perlakuan
yang diperhatikannya, seperti kata pepatah, Bapa borek anak rintik.
Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Contohnya, seorang pelajar
daripada keluarga dimana ibu bapa sentiasa berkelahi dan pukul-memukul
kemungkinan personalitinya dan kelakuannya terbentuk ke arah yang sama. Tetapi,
bila pelajar itu datang ke sekolah dan berhadapan dengan guru yang penyayang dan
prihatin, kemungkinan pelajar itu akan sedar bahawa adanya cara lain berkelakuan
tidak seperti yang dilihat di rumah.

6) GURU SEBAGAI PENGGANTI IBU BAPA
Adalah pepatah mengatakan, selain bapa dan ibu atau penjaga, orang yang
ketiga penting dalam kehidupan pelajar ialah guru. Terdapat ramai pelajar yang
datang daripada latar belakang yang kurang menggalakkan. Kini konsep keluarga
telah banyak berubah dengan peningkatan kadar penceraian yang menambahkan
bilangan ibu tunggal, bapa tunggal dan ibu bapa berkahwin semula. yang sibuk
bekerja, kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan terjebak dengan ketagihan
alkohol. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan
kasih sayang sewajarnya dan berpaling kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau
penjaga mereka.
Keprihatinan da kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah
akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang
memahami situasi mereka sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan
berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif.
Dengan ini, kerungsingan dan kerisauan pelajar tentang dunia luar sekolah
dikurangkan (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010).
2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Ceritakan jenis perubahan anda telah memperkenalkan
di sekolah anda serta jenis perubahan anda akan membawa
pada masa depan.
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

16










7) GURU SEBAGI PENGAMAL REFLEKTIF (Reflective Practitioner)
Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian
dalam bidang pendidikan guru ialah peranan sebagai
pengamal reflektif. Apakah yang dimaksudkan dengan
amalan reflektif (reflective practice)? Amalan reflektif
ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri
tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai
doktor, peguam, akauntan atau guru.
Konsep amalan reflektif diperkenalkan oleh Donald
Schn dalam bukunya The Reflective Practitioner yang
ditulis pada tahun 1983. Amalan reflektif menggalakkan
pengamalnya menilai, memahami dan belajar daripada
pengalaman yang dilalui. Guru sebagai pengamal reflektif
sentiasa mempersoalkan amalannya sebagai guru (Noriati
Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010).
Anda tentu pernah membuat refleksi tentang aktiviti
pengajaran anda seperti ketidakhadiran pelajar tertentu di
dalam kelas, murid yang tidak minat dengan mata pelajaran yang anda mengajar atau
pelajar yang tidak boleh menulis dan mengira walau pun telah tamat Tahun Empat
(Lihat Rajah 2.9). Guru yang reflektif tidak sekadar memikir tentang masalah yang
dihadapi tetapi juga merancang tindakan mengatasinya.



2.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Berikan contoh-contoh spesifik yang menunjukkan
anda telah berperanan sebagai pengganti ibu bapa kepada
pelajar di sekolah anda.
Mengapa sesetengah
murid tidak
memahami apa saya
mengajar?
Donald Schn
[1930-1997]
Rajah 2.9. Guru sebagai pengamal
reflektif
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

17



Rajah 2.10 Model Refleksi Gibbs (1988)

Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung,
meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan
melancarkan pelan tindakan. Lihat Rajah 2.10 yang menunjukkan model refleksi oleh
G. Gibbs (1988).
Contoh:

Renung Kembali:
Guru bermula dengan merenung kembali dan mengenal pasti sesuatu peristiwa
dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengapakah ramai murid saya tidak
memahami apa yang saya mengajar minggu lepas?.

Perasaan:
Guru meluahkan persaannya terhadap masalah yang dihadapi. Saya sungguh
kecewa apabila begitu ramai murid tidak dapat membuat latihan-latihan
setelah saya mengajar dengan penuh semangat?.

Penilaian: Kemudian guru bertanya apakah iktibar daripada pengalaman ini
dan apakah punca masalah yang dihadapi. Dahulu saya salahkan murid jika
mereka tidak faham. Kini saya sedar ia mungkin berpunca daripada cara saya
mengajar.

Analisis: Guru cuba melihat dari sudut yang berlainan dan menimbangkan
tindakan alternatif. . Mungkin saya bercakap terlalu cepat. Mungkin saya
menggunakan bahasa yang terlalu tinggi hingga murid tidak memahami?.
Mungkin saya patut menggunakan alat bantuan mengajar yang lebih berkesan?



Renung
Kembali
Perasaan
Penilaian
Analisis
Kesimpulan
Pelan
Tindakan
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

18

Kesimpulan:
Guru menetapkan pelan tindakan yang terbaik. Kali ini saya akan
menggunakan bahasa yang lebih mudah serta memberi lebih banyak contoh
dan ilustrasi.

Pelan Tindakan:
Akhir sekali, guru memikirkan tentang tindakan masa depan jika peristiwa
yang sama berulang. Jika murid masih tidak memahami, saya mungkin cuba
meringankan huraian sukatan pelajaran dan menumpukan kepada perkara-
perkara asas sahaja.

Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan
keberkesanan guru untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran (Hanipah,
2000). Seseorang guru perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama
dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran.
8) GURU SEBAGAI PENYELIDIK
Setiap hari guru membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, memilih kaedah mengajar yang sesuai
untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu, menguruskan bilik darjah, menilai hasil
kerja murid, memberi maklum balas kepada pelajar, ibu bapa dan pihak
berkepentingan. Anda mungkin bertanya, Adakah kaedah mengajar saya gunakan
selama ini berkesan atau bolehkah saya menggunakan kaedah yang berlainan?.
Pertanyaan seumpama ini telah mendorong guru berperanan sebagai penyelidik.
Guru sebagai penyelidik adalah satu ungkapan yang dilaungkan oleh para
pakar pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan siri
pendedahan melalui kursus jangka pendek dengan bertumpu kepada Kajian Tindakan
(Action Research). Jenis penyelidikan ini digunakan oleh guru untuk mencuba sesuatu
kaedah atau strategi dan memperolehi bukti sama ada tindakan yang diambil berkesan
Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan
yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. PENYELIDIKAN
TINDAKAN
digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.
menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang
pengajaran mereka.
melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan
mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran.
berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada
penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran
mereka.

Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang
paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori
mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya, guru
yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif, akan
mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan
pendapat [Kaedah penyelidikan tindakan akan dibincangkan dengan lebih mendalam
dalam Bab 5: Perkembangan Profesion Perguruan]


Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

19

MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?
Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru:
Pertama, ia melibatkan guru dengan kerja harian mereka
Kedua, ia menggalakan guru membawa perubahan kepada apa yang
dilakukan.











































2.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN
a) Pernahkan anda menjalankan penyelidikan di sekolah
anda? Jelaskan.
b) Nyatakan apa yang anda ingin selidiki di sekolah anda.
PERBINCANGAN
Guru dahulu lebih berdedikasi dan komited berbanding dengan
guru hari ini. Adakah anda bersetuju? Bincang bersama pelajar lain.
Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

20


RINGKASAN

Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan
yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan
pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing
(tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim).

Al-Farabi juga mencadangkan guru menyelitkan unsur permainan (play) dalam
pengajaran mereka.

Salah satu peranan guru yang kini diberi perhatian dalam bidang pendidikan guru
ialah peranan sebagai pengamal reflektif

Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan
kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.

Menurut Vivekanada, guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan
(concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau.

Amalan reflektif ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mempersoal diri
tentang amalan atau tindakan yang dilakukan sebagai doktor, peguam, akauntan
atau guru.

Refleksi merupakan suatu proses yang melibatkan pengamalnya merenung,
meluahkan perasaan, menilai, menganalisis masalah, membuat kesimppulan dan
melancarkan pelan tindakan.

Guru memegang peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang
pelajar.

Selain sebagai agen sosialisasi, guru juga berperanan sebagai agen perubahan.
Perubahan ialah melakukan sesuatu mengikut cara atau kaedah yang lain.














KATA KUNCI
Kaedah demonstrasi Pengajar Agen perubahan
Kaedah Memujuk Pembimbing Unsur permainan
Konsentrasi Penyelidik Pelan tindakan
Moral tinggi Pengamal reflektif Pengganti ibu bapa
Kejahilan Agen sosialisasi Pembelajaran sepanjang
hayat


Bab 2: Peranan dan Tugas Guru

21


REFERENCES:


Ammar al-Talb (1993). Al-Farabi. Prospects: the quarterly review of comparative
Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2,
1993, p. 353-372.

Charles Hummel (1993). Plato. Prospects: the quarterly review of comparative.
Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no. 1/2,
1994, p. 32942.

Yang Huanyin (1993). Confucius. Prospects: the quarterly review of comparative.
Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 1/2,
p. 211-19.

Swami Prabhananda (1993). Vivekananda. Prospects: the quarterly review of
comparative. Education. Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol.
XXII, no. 3., p. 111-119.

Gibbs, G. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods.
Oxford: Further Education Unit, Oxford Brookes University.

Schon, D.A. (1983) The Reflective Practitioner. London: Temple Smith.

Anda mungkin juga menyukai