Anda di halaman 1dari 8

Mohon perhatian kepada semua guru pengiring dan para peserta.

Pertandingan bercerita Bahasa


Melayu Tahap 2 akan dimulakan sebentar lagi. Diminta para hadirin mengambil tempat masing-
masing.




DARI RAUB PERGI KE PONTIAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

bismillahhirrahmanirrahim
assalamualaikumwarahmatullahhiwabarkaatuh selamat sejahtera dan salam perpaduan, salam
satu malaysia.

Yang dihormati, para hakim pertandingan,penjaga masa, guru-guru pengiring, para peserta serta
hadirin sekalian..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
menjayakan Pertandingan Pidato Piala Diraja Kelompok 4 bagi tahun 2014.

untuk makluman hadirin,pertandingan pidato ini telah menerima sebanyak 5 penyertaan dari 5
buah sekolah.

hadirin yang dihormati sekalian.
dengan harapan semoga majlis kita pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan dirahmati allah,
majlis menjemput al-fadil ustaz ____________________________________ untuk memimpin
bacaan doa. dengan segala hormatnya dipersilakan.
(bacaan doa)
Amin, amin, amin ya rabbal alamin.
majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadil ustaz untuk bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian, izinkan saya memperkenalkan barisan pane hakim yang akan mengadili
pertandingan sebentar lagi.

Yang pertama, ..
Kedua, ..
Ketiga, ..
Dan keempat ..

Sebelum memulakan pertandingan, saya akan membacakan syarat-syarat dan peraturan
pertandingan.






Baiklah, tanpa melengahkan masa, Pertandingan Pidato Piala DIraja Kelompok 4 akan dimulakan
oleh Peserta Pertama dengan tajuk pidato :

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(peserta pertama)

Begitulah tadi pidato yang telah disampaikan dengan penuh semangat oleh adik
...........................................................................................................................................
majlis mengucapkan terima kasih.

Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
. dipersilakan.

(peserta kedua)

Terima kasih. Satu penyampaian pidato yang mengkagumkan daripada adik
..
Hadirin warga dewan sekalian,
Pertandingan pidato piala diraja diteruskan lagi dengan mempersilakan peserta ketiga untuk
menyampaikan pidato. Dipersilakan.

(Peserta ketiga)

Banyak mesej yang dapat kita renungkan dari pemidato ketiga tadi iaitu adik
..
Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan perhatian terhadap peserta pidato yang keempat dengan
pidatonya .. majlis mempersilakan.

(peserta keempat)

Terima kasih. Satu penyampaian pidato yang hebat daripada adik
..

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan pemidato kelima untuk menyampaikan
pidatonya yang bertajuk .. dipersilakan.

(peserta kelima)

Demikianlah tadi pidato penuh bersemangat yang disampaikan oleh adik
.yang merupakan peserta
terakhir














Begitulah tadi berakhirnya pertandingan pidato bahagian A. para peserta diminta bersedia untuk
pertandingan pidato bahagian b iaitu pidato secara spontan.














Tanpa melengahkan masa, dijemput peserta pertama untuk memilih sampul.

Peserta pertama telah memilih sampul nombor ...........mengandungi tajuk

Anda diberi masa minit untuk bersedia.

dipersilakan peserta pertama untuk menyampaikan pidato bertajuk
.................................................................................................................................

terima kasih diucapkan kepada adik .................................................................
yang telah menyampaikan pidatonya

(peserta kedua)
(peserta ketiga)
(peserta keempat)
(peserta kelima)


Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah pertandingan pidato
piala diraja kelompok 4 bagi tahun 2014.

hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput ketua hakim
.................................................................................... untuk menyampaikan rumusan keseluruhan
pertandingan pidato kali ini.

majlis merakamkan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya adalah ucapan alu aluan daripada Guru Besar SR Islam Al-Ehya Asshariff. Untuk itu
majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Pn. Suzaina bt Mohamad, Guru Besar
SR IslamAl- Ehya Asshariff untuk menyampaikan ucapan.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan perasmian)


demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh yang berusaha Puan Suzaina bt Mohamad. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.







Nakhoda Bentan ke Inderagiri
Singgah sebentar melepas lelah
Lima peserta tampilkan diri
Hanya tinggal tawakal dan berserah

Layar dibuka mengembara bersama
Badai gelora datang melanda
Keputusan hakim adil & saksama
Terimalah dengan berlapang dada

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh hormat dan
takzimnya mempersilakan .
bagi menjemput dan mengiringi Puan Suzaina bt Mohamad Guru Besar SRIES
untuk menyampaikan hadiah kepada barisan panel hakim.

dijemput ...
seterusnya dipersilakan
seterusnya
dan dipersilakan
majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta pertandingan pidato
piala diraja kelompok 4 tahun 2014.

Pemenang tempat ketiga dipersilakan
........................................................................................................... dari
....................................................................

Naib johan dipersilakan adik dari
.............................................................................

Dan johan pertandingan pidato piala diraja kelompok 4 bagi tahun 2011
telah disandang oleh
adik..................................................................................................................................
dari..............................................................................

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada peserta-peserta yang telah
mengambil bahagian.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Suzaina bt Mohamad atas penyampaian hadiah itu tadi.






Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi kita telah pun berada
di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

DIJEMPUT PARA HADIRIN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN MAKAN YANG TELAH
DISEDIAKAN. DIPERSILAKAN.
SEKIAN, TERIMA KASIH. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.