Anda di halaman 1dari 11

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

PERANAN PIHAK PENGURUSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyarankan misi yang menekankan 4
elemen iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, yang dipertanggungjawabkan
kepada pihak pengurusan supaya perlu dititikberatkan. Sesebuah organisasi sekolah
akan diketuai oleh pengurus sekolah itu sendiri atau dengan kata lain diketuai oleh
Guru Besar sekolah tersebut. Peranan yang jelas dapat dilihat adalah dalam
menguruskan dan memimpin guru dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini dibuktikan apabila Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perwira,
Tuan Haji Hamzah Bin Ahmad yang sentiasa memantau proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya kelas-kelas peperiksaan dan kelas pemulihan. Bahkan,
pemantauan yang dilakukan oleh beliau bukan sekadar melihat dari luar tingkap tetapi
turut membuat pemerhatian tentang perkembangan para pelajar selain melihat Buku
Rancangan Pengajaran Harian oleh guru bagi subjek berkenaan. Secara teknikalnya,
beliau amat menitikberat terhadap konsep KBSR yang diserapkan dalam pembelajaran
para pelajarnya meskipun ada di antara pelajar masih belum dapat menguasai konsep
3M iaitu membaca, menulis, dan mengira. Oleh itu, adalah menjadi tugas bagi beliau
untuk memimpin guru-guru ini dalam usaha untuk mempertingkatkan inisiatif
menggembeleng usaha yang lebih dengan mengamalkan konsep hikmah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bagi mengurangkan tekanan dan kebebasan
terhadap guru-guru, pengurus sekolah turut menawarkan kursus dalaman seperti
kursus Microsoft Power Point dan Microsoft Excel. Selain dapat mempertingkatkan
pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat, para pendidik dapat
mempermudahkan urusan seharian terutama yang menjurus kepada penilaian markah
dan kepelbagaian modul dalam teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Tanggungjawab Guru Besar juga tidak hanya tertumpu dalam sekolah semata-mata
bahkan turut berperanan mengambil tindakan susulan berdasarkan laporan yang telah
dikeluarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jemaah
Nazir dalam hal-hal berkaitan dengan program sekolah, pelakasanaan Kokorikulum dan
kurikulum, surat pekeliling mahupun program yang telah dirangka oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Namun, tanpa sokongan Guru Penolong Kanan sebagai
pembantu Guru Besar dalam mengelola,menyelia dan menilai pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Selain menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah, PPD,JPN dan Kementerian, Guru Penolong Kanan juga turut mengkaji laporan
yang berkaitan pelaksanaan kurikulum serta mengambil tindakan susulan. Malah,
kehebatan sekolah sebenarnya dilihat terhadap keberkesanan Pusat Sumber dan
kegunaannya terhadap warga sekolah. Secara umumnya, beliau membantu dalam
pengurusan dan penggunaan bahan dari pusat sumber serta penentuan buku rujukan
dan bacaan tambahan. Beliau juga dilihat sebagai pakar terhadap urusan merancang
dan menyelaras ujian,penilaian dan peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah
mahupun diperingkat kebangsaan. Tambahan lagi, Ketua Panitia, contohnya Puan Siti
Zaiton, bagi setiap matapelajaran di bawah seliaan beliau bagi memastikan tugas yang
dipikul berfungsi sepenuhnya. Sebagai Ketua Panitia pula, adalah menjadi
tanggungjawab untuk mendapatkan sukatan pelajaran terkini. Secara tidak langsung,
beliau turut berperanan bagi memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah
buku teks atau buku-buku kerja tambahan untuk kegunaan murid serta kegunaan guru
di Pusat Sumber. Bagi memperkemas dan melicinkan rancangan mengajar,Ketua
Panitia perlu membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semesta
dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru dalam satu aliran
darjah. Bahkan, mereka juga mempunyai kuasa untuk mengadakan mesyuarat
seminggu sekali iaitu pada hari Khamis atau mengadakan perjumpaan mengejut
sekiranya perlu. Malah, fokus bukan sahaja terhadap matapelajarannya sendiri tetapi
bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-murid
yang lemah. Daripada kerjasama yang dilakukan itu, Ketua Panitia dapat membantu
menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan
peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan bagi semua aliran darjah.
Secara langsung ia turut berkait rapat terhadap peranan yang perlu dimainkan oleh
Guru Bilik Darjah. Guru Kelas amat penting bagi merekodkan semua butiran peribadi
pelajar dan keluarga. Rekod kehadiran pelajar hendaklah ditandakan bagi
memudahkan rujukan dilakukan. Prosedur tidak dapat hadir ke sekolah dengan alasan
yang kukuh harus ditekankan seperti surat daripada penjaga ataupun pengesahan
daripada doktor yang merawatnya. Selain itu, Guru Darjah adalah bertanggungjawab ke
atas segala pungutan wang dari kelasnya dan diserahkan kepada Guru Besar secepat
mungkin supaya boleh dimasukkan ke dalam bank. Keadaan kebersihan dan keceriaan
kelas juga perlu dititikberatkan. Justeru, hal ini perlu diterapkan di kalangan murid bagi
menjamin dan menggalakkan murid-murid menjaga kebersihan. Melalui jadual
bertugas, murid-murid telah mempunyai kesedaran untuk bertugas dan menjalankan
amanah mengikut hari yang telah ditetapkan. Perabot yang rosak seperti kerusi, meja
atau almari hendaklah dilaporkan segera dan dikeluarkan dari kelas supaya boleh
diperbaiki dan mengelakkan daripada mengundang kecederaan. Keseluruhannya, guru
kelas dan murid-murid perlu berganding bahu dalam merealisasikan keadaan dalam
kelas dan suasana pembelajaran yang seronok serta selesa.

Pihak pengurusan sekolah juga amat menekankan tentang kepentingan masa.
Hal ini bukan sahaja penting kepada pelajar sekolah,malah guru-guru serta kakitangan
sekolah juga mestilah menepati masa. Semua kakitangan sekolah diwajibkan
melaporkan kedatangan mereka menggunakan punch card yang diletakkan di pejabat
sekolah. Jadi, guru besar dapat memantau kehadiran kakitangan sekolah. Kakitangan
sekolah tidak boleh keluar sesuka hati dan bagi hal sedemikian, mereka yang
berkenaan perlu mendapatkan kebenaran guru besar untuk keluar dari sekolah semasa
waktu bekerja. Ini seterusnya dapat mengelakkan kes ponteng kerja di kalangan
kakitangan sekolah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk
melahirkan pelajar yang berjaya dari segi akedemik, sahsiah dan intelek, kakitangan
sekolah; guru besar, guru-guru, dan staf-staf mestilah menjadi contoh terbaik kepada
anak didik di sekolah.







PRASARANA SEKOLAH

Apabila prasarana dan insfrastruktur yang terdapat di Sekolah Kebangsaan
Perwira diasertasi dan diukur dari pelbagai pespektif, saya dapat merasakan terdapat
pelbagai prasarana yang mampu membina perkembangan fizikal murid-murid.
Contohnya, kemudahan kantin. Pengusaha kantin berkenaan menyatakan bahawa
beliau amat menitikberatkan soal kebersihan sama ada makanan atau minuman yang
dijual,kebersihan sekitar kawasan kantin mahupun etika pakaian serta penyediaan
makanan oleh pekerjanya. Antara yang menarik perhatian adalah menu yang
disediakan akan ditukar setiap hari. Selain daripada prasarana tersebut, nilai estetika
dan kecintaan terhadap alam sekitar turut diterapkan melalui mural-mural, lanskap di
sekeliling sekolah yang dijaga rapi oleh Pembantu Am Rendah. Ini dapat dibuktikan
dengan penyediaan ruang bagi murid-murid membaca buku atau pondok ilmu yang
dikelilingi oleh tanaman bunga serta taman mergastua yang mengindahkan lagi
kawasan sekolah . Secara langsungnya ini dapat meningkatkan kondusif dan suasana
belajar terhadap murid-murid dalam 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira.

Pihak keselamatan sekolah juga tidak ketinggalan dalam menjana pendidikan
yang selamat di sekolah. Dengan kawalan dari Pengawal Keselamatan sekolah, pelajar
tidak boleh sesuka hati keluar masuk sekolah pada waktu P&P. Ini dapat membanteras
kes ponteng sekolah yang semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar. Pelawat juga mesti
menulis nama dalam Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan pas pelawat terlebih
dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah. Hal ini untuk memastikan kawasan
sekolah adalah kawasan yang selamat di samping dapat mengelakkan kecurian aset-
aset sekolah yang sepatutnya digunakan untuk membantu pelajar dalam mencapai misi
dan visi sekolah.




Penggunaan ICT dalam pembelajaran dewasa ini bukanlah lagi suatu perkara
yang luar biasa. Dengan kemudahan sebuah makmal komputer, pelajar dapat
mengakses maklumat dari dunia tanpa sempadan. Ini dapat melahirkan pelajar yang
celik IT dan tidak ketinggalan zaman. Kemudahan makmal sains yang disediakan
sekolah juga dapat membantu pelajar mengalami sendiri pengalaman melakukan
eksperimen dan justeru, pengetahuan pelajar dalam bidang sains dapat
dipertingkatkan. Selaras dengan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI), sebuah bilik khas iaitu Bilik PPSMI di adakan bagi membantu pelajar
dalam proses pembelajaran sains dan matematik yang kini diajar dalam bahasa
Inggeris. Bengkel Kemahiran Hidup juga ada disediakan untuk melengkapkan pelajar
dalam ilmu pertukangan dan kemahiran-kemahiran teknikal. Sebuah kelas pemulihan
yang dilengkapi komputer dan LCD projektor juga turut disediakan untuk membimbing
pelajar-pelajar yang keciciran dalam pembelajaran. Suasana bilik itu juga sangat ceria
dan dapat meningkatkan semang pelajar-pelajar lemah untuk belajar.
















KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

Segala proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan. Perkara ni bagi menyepadukan dan menyelaraskan
semua pelajar mendapatkan sukatan pendidikan yang sama. Setiap guru mempunyai
buku rekod pengajaran guru yang akan disemak oleh guru besar. Buku ini akan buku
rancangan pengajaran yang dirancang sebelum melakukan pengajaran di kelas. Dalam
proses pembelajaran dan pengajaran alatan bantu mengajar seperti OHP dan LCD
disediakan bagi menarik minat pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
Setiap kelas mempunyai sudut membaca yang menempatkan pelbagai buku yang
dibawa sendiri oleh pelajar. Pelajar-pelajar boleh membaca buku ini semasa ketiadaan
guru dikelas dan mencatatkan rekod bacaan dalam buku NILAM. Paparan bahan
seperti nota dilekatkan pada papan kenyataan di bahagian belakang kelas. Nota-nota
atau paparan ini dapat menggalakkan pelajar untuk membaca selain dapat
mencantikan kelas. Kokurikulum di sekolah juga penting dalam melahirkan pelajar yang
berketrampilan dan berkeyakinan tinggi. Kokurikum terbahagi kepada tiga iaitu
persatuan, permainan dan unit uniform. Setiap pelajar diwajibkan untuk mengambil
bahagian dalam kegiatan kokurikulum. bagi melahirkan produk yang seimbang dari
segala aspek, aktiviti kokurikulum juga diterapkan dalam diri para pelajar. Fokus utama
adalah agar membina jatidiri,keyakinan dan tanggungjawab sebagai insan yang hidup
dalam masyarakat. Sifat toleransi,kerjasama, dan setiakawan dapat dilihat ketika aktiviti
ini dilakukan seterusnya diaplikasikan dalam waktu persekolahan hari-hari seterusnya.
Buku Kehadiran Kokurikulum iaitu merujuk terhadap kad kehadiran bagi setiap aktiviti
kokurikulum diwajibkan untuk dimiliki oleh setiap murid. Kecemerlangan dapat dilihat
apabila Kementerian telah menyatakan bahawa kemasukan ke Sekolah Berasrama
Penuh mahupun sekolah asrama lain dilihat melalui bantuan markah purata dalam
kehadiran bagi setiap aktiviti kokuriklum yang disertai. Ini secara langsung telah
dijadikan syarat untuk pemilihan murid setelah melepasi Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah atau UPSR. Hal ini telah terbukti dapat memperkembangkan bakat dan potensi
setiap individu murid.

PROGRAM DAN AKTIVITI

Bagi membina kognitif pelajar berdasarkan kepada kebolehan individu pihak
pengurusan sekolah telah merangka pelbagai aktiviti khususnya terhadap kurikulum
sekolah. Sebagai contoh, pengenalan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM
merupakan satu usaha yang diterapkan dan dirancangkan di bawah seliaan Penyelaras
Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, di bawah Panitia Matapelajaran masing-masing,
aktiviti kuiz dijalankan mengikut minggu-minggu yang telah ditetapkan. Tujuannya
adalah satu,iaitu bagi meningkatkan tahap penguasaan dan ingatan murid-murid
terhadap proses P&P yang telah dijalankan di dalam kelas. Ganjaran berupa alatulis
diberikan kepada murid yang berjaya menjawab soalan kuiz tersebut maka hasilnya
ketika aktiviti ini dijalankan sambutan yang menggalakkan serta sokongan daripada
guru kelas masing-masing amat menarik perhatian saya. Inilah salah satu bukti bahawa
murid-murid ini perlu dibimbing dan diberi galakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Di situlah akan lahirnya minat dan kecenderungan murid untuk bersaing secara sihat di
kalangan komuniti rakan-rakan sekolahnya. Pada hari Isnin hingga Jumaat kelas
tambahan atau dikenali sebagai Skim Baucer Tuisyen (SBT) akan bermula pukul 2.00
petang hingga 4.00 petang untuk pelajar darjah empat hingga enam bagi persediaan
menghadapi peperiksaan akhir tahun dan UPSR.

Pihak sekolah juga mengadakan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang
bakal menduduki peperiksaan UPSR. Pencermah yang berpengalaman dijemput untuk
memberi bimbingan dan semangat kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan
tersebut. Pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG sekolah juga turut mengadakan
sesi motivasi kepada ibubapa dan penjaga pelajar sekolah berkenaan. Ini kerana,
pendidikan sebenarnya bermula di rumah. Suasana yang harmoni di rumah dapat
melahirkan pelajar yang aktif dan bijak. Jadi, ibubapa juga memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.


REFLEKSI

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini merupakan satu perkara baru dalam
hidup saya. Saya agak gementar juga pada awal-awal kedatangan saya ke Sekolah
Kebangsaan Perwira. Namun begitu, kemesraan yang ditunjukkan oleh Guru Besar dan
guru-guru yang lain telah banyak meredakan rasa gemuruh dalam hati saya.

Saya pada mulanya agak kekok untuk bertanya soalan-soalan dan menemu
ramah warga sekolah di situ. Walaubagaimana pun, dengan pertolongan dan sokongan
mentor dan guru-guru yang lain, berjaya juga saya menghabiskan kerja-kerja yang
ditugaskan.

Saya juga banyak diberi peluang untuk menyertai Pengajaran dan Pembelajaran
(PnP), namun saya hanya sempat membuat pemerhatian untuk beberapa kelas sahaja
memandangkan ada lagi tugasan lain yang harus diselesaikan. Kerenah murid-murid
juga membuatkan saya sedar betapa beratnya tugas seorang guru. Mereka bukan
sahaja perlu menyampaikan ilmu malah dalam masa yang sama membentuk nilai-nilai
murni dalam diri anak didik mereka.

Bantuan yang diberikan oleh pekerja-pekerja pejabat seperti Pembantu Am
Rendah dan Kerani sangat-sangat saya hargai. Walaupun mereka sangat sibuk
menguruskan kerja-kerja pejabat, mereka juga sempat membantu saya mendapatkan
maklumat untuk PBS yang saya jalani. Hal ini telah menyedarkan saya bahawa
peranan pekerja-pekerja pejabat sangat penting dalam memastikan kelancaran aktiviti-
aktiviti sekolah.

Pekebun-pekebun sekolah juga banyak membantu saya dalam menunjukkan
arah dan kawasan-kawasan yang perlu saya kaji. Mereka kelihatan sangat cekap dalam
melakukan kerja-kerja pembersihan dan mencantikkan kawasan sekolah. Memang
wajar mereka diberi penghargaan atas jasa dan bakti mereka dalam memastikan
keselesaan anak-anak bangsa kita semasa menuntut ilmu.





Banyak perkara yang saya pelajari semasa menjalani PBS. Semuanya dengan
bantuan warga SKPW yang prihatin. Hal ini memberi pengajaran kepada saya bahawa
setiap ahli masyarakat terutama yang berkecimpung dalam dunia pendidikan perlu
menunjukkan conto-contoh dan nilai yang baik agar terus disanjung dan dihormati.
Sekurang-kurangnya, ini dapat memberi satu pandangan positif masyarakat kepada
dunia pendidikan di Malaysia.





















SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA,
KM 5, JALAN CHANGKAT JONG,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Anda mungkin juga menyukai