Anda di halaman 1dari 9

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model Mc Taggart & Stephen Kemmis (1988)


Model 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle merupakan model yang
biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam model ini
iaitu:
Mereflek (reflect)
Merancang (plan)
Bertindak (action)
Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan
pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam
proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak
dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah
masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap
pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada
mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik
dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak
disampaikan.






Model 2: Model Kajian Tindakan Ebbut (1985)
David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin
bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan
cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan
berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara
pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemnukakan oleh
penulis masa kini.

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif. Ianya
merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiori serta refleksi
terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.



Model 3: Model Kajian Tindakan Bassey (1998) dan Hand (2001)

Model kajian tindakan oleh Bassey (1998) dan Hand (2001) mempunyai lima peringkat.
Peringkat pertama:
Mengenalpasti masalah dan merangkakan soalan kajian (Define the problem and frame research
questions)
Masalah perlu dikenalpasti terlebih dahulu dan soalan kajian hendaklah dirangkakan.
Peringkat kedua:
Mengumpul data dan membuat keputusan bagaimana kaedah pengajaran boleh diubah (Collect data
and decide how teaching could be changed)
Peringkat ini melibatkan pengumpulan data dan tindak balas kepada data tersebut untuk
mengenalpasti bagaimana perubahan pengajaran dapat memberikan kesan. Kajian terhadap subjek
pendidikan seperti kaedah pengajaran yang terbaru mungkin dapat dibuat dalam mengenalpasti tindak
balas.


Peringkat ketiga:
Laksanakan perubahan yang dipilih dalam pengajaran (Implement the selected changes to teaching)
Perubahan yang dipilih semasa pengumpulan data, kajian dan refleksi akan dilaksanakan.

Peringkat keempat:
Memantau dan menilai perubahan yang dilakukan (Monitor and evaluate the changes made)
Kajian tindakan boleh diterjemahkah dalam pelbagai maksud termasuk menyimpan nota mesyuarat,
perbincangan-perbincangan staf, temuduga dan soalan kajiselidik.

Peringkat kelima:
Melihat semula kepada perubahan yang dibuat dan kemudian mengulang semula kitaran jika perlu
(review and reflect upon the changes. Repeat cycle if necessary)

Model 4: Model Kajian Tindakan Elliot (1991)
Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman
peribadi ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan
tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang
mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam
pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi
penyumbang utama.
Dalam model kajian tindakan Ellit (1991), Idea utama utamanya adalah penyelidik membangunkan
pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha
susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian
dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan
menjadi penyumbang utama.



Model 5: Model Kajian Tindakan Mc Kernan (1996:29)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan,
di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau,
menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat
keputusan.
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai
kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran
penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat
menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta
membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak
menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt.
pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.

Model 6 : Model Kajian Tindakan Stringer (1999)
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran
(thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran
bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.
Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen),
merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan
mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang
praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan
menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan
objektif serta memperoleh sumber-sumber.Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian,
i. bermula dengan penglihatan (looking)
ii. pemikiran (thinking)
iii. tindakan (action)


Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui.
Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan
pihak yang berkepentingan memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data
(seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat
serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan
mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang
praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan
menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan
objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan,
menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.

Model 7 : Model Kajian Tindakan Spiral
1) Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya







Model 8 : Model Kajian Tindakan Jean Mc Niff (2003)
Kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan
melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi
kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri. melihat kepada perspektif pendidikan,
kajian kebiasaanya menjurus kearah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara
Berbentuk seperti angka 6
1. memerhati
2. membuat refleksi
3. bertindak
4. menilai
5. ubahsuai
6. berpindah ke arah baru


Model 9 : Model Kajian Tindakan Kurt Lewin(1946)
Lewin percaya bahawa kesedaran atau motivasi untuk berubah sangat berkait rapat dengan tindakan
seseorang : seseorang yang aktif dan tegas dalam membuat keputusan mempengaruhi mereka untuk
membina kaedah baru untuk menyelesaikan masalah mereka. Pengurusan sosial secara rasional,
katanya melibatkan langkah-langkah spiral di mana setiap langkah mengandungi kitaran
merancang(planning), tindakan(action) dan dapatan kajian(fact-finding) berdasarkan hasil akhir
tindakan.

Lewin menerangkan bahawa proses perubahan melibatkan tiga langkah iaitu :

1. Unfreezing: berdepan dengan dilema atau ketidakpastian, individu atau kelompok menjadi lebih sedar
tentang keperluan untuk berubah.

2. Changing: Situasi menentukan diagnosis dan model baru untuktingkah laku yang akan diterokai dan
diuji.

3. Refreezing: Aplikasi untuk tingkahlaku akan dinilai dan jika membantu kearah penambahbaikkan maka
model itu akan digunakan

Model 10 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman

Gerald Susman(1983) telah membahagikan model kajian tindakan kepada lima fasa yang akan
dilaksanakan dalam setiap kitaran(Rajah 3). Mulanya, masalah akan dikenalpasti dan data akan dikumpul
untuk memastikan diagnosis yang lebih terperinci. Ini juga akan disusulkan oleh koleksi asumsi dari
pelbagai kemungkinan penyelesaian, daripada setiap perancangan dari tindakan muncul dan
dilaksanakan. Data dari setiap hasil intervensi akan dikumpul dan dianalisis, dan dapatan kajian tersebut
akan ditafsirkan dengan jelas tentang kejayaan tindakan tersebut. Pada peringkat ini, masalah akan
dinilai semula dan proses-proses tersebut akan dimulakan di kitaran yang berikutnya. Proses ini sentiasa
berulang sehingga masalah dapat diselesaikan.

Model 11 : Model Kajian Tindakan Somekh (1989)
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian
yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan,
melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai
serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih
terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci.
namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap
langkah yang dinyatakan secara terperinci.

Model 12 : Model Kajian Tindakan CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:
1. critical collaboration enquiry by
2. reflective practitioners who are
3. accountable in making the results of their enquiry public,
4. self-evaluative in their practice, and engage in
5. participative problem solving and continuing professional development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama
kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan
dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama
demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang
kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu
ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik
dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya
penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan,
melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi
peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format
khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka
model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan.

Model 13 : Model Kajian Tindakan McBride & Schostak (1994)
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan
mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis
tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi
melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang
dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya.

Model 14 : Model Kajian Tindakan Johnson (2002)
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian
tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah
(i) mengenal pasti masalah,
(ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan
(iii) memungut dan menganalisis data,
(iv) merumus serta
(v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan.

Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan
penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.

Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan.
Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan
dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau
bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-
langkah yang lebih berstruktur.

Anda mungkin juga menyukai