Anda di halaman 1dari 35

SISTEM PENGUDARAAN DALAM

BANGUNAN
TAKRIF: peredaran udara ialah satu proses pertukaran udara dari
ruang-ruang yang terdapat dalam bangunan.

FUNGSI PENGUDARAAN
 
Pengudaraan  berfungsi  menentukan  tahap  kesihatan,  keselesaan  terma  
dan  penyejukan  struktur  bangunan.  Keutamaan  dalam  memenuhi  ketiga-
tiga  fungsi  ini  bergantung  kepada  keadaan  iklim  setempat.  Untuk  
memenuhi  ketiga-tiga  fungsi,  ia  perlu  melibatkan  rekabentuk  secara  
terperinci.

 
Kesihatan 
•Mengekal kebersihan / kualiti udara di dalam
ruang
•Menyediakan oksigen secukupnya untuk
pernafasan, memasak dan melakukan
berbagai aktiviti
•Mencegah peningkatan karbon dioksida yang
tinggi dan bau yang tidak menyenangkan
•Mengawal pembuangan wap air dalam ruang
bilik air, dapur dan sebagainya
•Pembuangan produk pembakaran dan
pernafasan / respirasi
•Keberkesanan proses pengudaraan yang
bergantung kepada jenis penghunian, jumlah
dan jenis aktiviti
•Bau yang tidak diingini seperti bau badan,
Keselesaan Terma
 
•Meningkatkan  kehilangan  haba  daripada  badan  dan  mencegah  
ketidakselesaan  oleh  kelembapan  dan  kelekitan  kulit

•Menyediakan  keadaan  yang  selesa  di dalam  bangunan  yang  
merangkumi  pencegahan  ketidakselesaan  oleh  kelekitan  kulit

•Keperluan  kadar  alir  angin  (rate  of  flow)  yang  tinggi

•Meningkatkan  kelajuan  angin  pada  zon  taburan  tidak  sekata

•Menambahkan  kehilangan  haba  secara  perolakan

•Mempercepatkan  proses  sejatan

•Menentukan  perincian  rekabentuk  dari  aspek  geometri  ruang  dan  
lokasi  bukaan  untuk  mempengaruhi  kadar  aliran  angin  dalam  
bangunan

•Meningkatkan  kelajuan  udara  pada  ruang  yang  bersuhu  tinggi  
untuk  memperolehi  keselesaan  terma
SISTEM PENGUDARAAN SEMULAJADI

DEFINISI: 
ialah satu proses pertukaran udara dalam bangunan tanpa bantuan kipas.

Pengudaraan semulajadi berlaku secara dua cara:

1.Perbezaan tekanan
2.Perbezaan suhu.

PERBEZAAN TEKANAN
•Udara bergerak daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Kelajuan 
pergerakan udara bergantung kepada besar kecilnya perbezaan tekanan antara 
tekanan tinggi dengan tekanan rendah. 
•Pengudaraan jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu. 
a)Pengudaraan tingkap
b)Pengudaraan bumbung
c)Pengudaraan dinding.
PENGUDARAAN TINGKAP
•Tingkap adalah satu-satunya cara bagi mendapatkan pengudaraan semulajadi. 
Rekabentuknya dari segi bentuk, kedudukan, saiz dan bilangan tingkap akan 
menentukan kesan pengudaraan.
•Sebaik-baiknya tingkap perlu ditempatkan pada semua bahagian dinding 
bangunan. 
PENGUDARAAN PADA BUMBUNG
•Pembukaan boleh juga dibuat pada bumbung untuk membolehkan/ 
memerangkap angin  masuk.
PENGUDARAAN MELALUI DINDING
•Pengudaran ini diperolehi dengan cara membuat bukaan pada dinding tersebut 
seperti mengadakan ram tetap ( fixed louvred), bata rongga  dan unjuran dindidng.

• Kesemua bukaan ini membolehkan angin masuk ke dalam ruang melalui kesan 
tekanan angin ( wind Effect)
PERBEZAAN SUHU ( KESAN STACK)
•Pergerakan udara  berlaku disebabkan oleh keasn stack. Kesan ini wujud apabila 
berlaku perbezaan suhu udara di dalam dan diluar banguanan. Udara panas 
didalam bangunan akan naik keatas dan akan diganti dengan udara sejuk dari luar. 
•Kadar pergerakan udara ini bergantung kepada :
1. Perbezaan suhu
2. Ketinggian ruang
3. Saiz dan kedudukan bukaan masuk udara.
KEBAIKAN PENGUDARAAN SEMULAJADI
• Jimat. Tidak menggunakan kos dan tenaga 
• Senyap . Tidak berbunyi bising

KELEMAHAN PENGUDARAAN SEMULAJDI
• Pergerakan udara sukar dikawal. Perbezaan tekanan dan suhu sentiasa berubah 
ubah didalam bangunan. Bangunan tinggi tiupan angin adalah terlalu tinggi. 
•Suhu sukar dikawal. 
•Kadar kelembapan udara tidak dapat dikawal
•Pergerakan udara tidak menyeluruh
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 
KEBERKESANAN PERTUKARAN UDARA.
PARAS TIDUR
1.KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN PARAS BERDIRI
PARAS YANG LEBIH
TINGGI
2.SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK

3.SUHU

4.KELEMBAPAN UDARA

5.KEBERSIHAN UDARA
1. KEDUDUKAN TINGKAP DAN LUBANG PERMUKAAN
1. SUSUNAN PERABOT DALAM BILIK
MASALAH YANG DIHADAPI DALAM SISTEM PEREDARAN 
UDARA 
•ANGIN SEDUT KE BAWAH
•ANGIN SELARI
Faktor-faktor  yang  mempengaruhi  aliran  angin  
di dalam  bangunan
1.Orientasi
      Anggaran  arah  dan  kelajuan  angin  boleh  diperolehi  dari  jadual  angin / iklim  
tempatan.  Halakan  bukaan  utama / terbesar  ke arah  angin  utama.  Angin  datang  
dari  arah  oblik  (45°)  berupaya  menambah  kelajuan  dan  memberi  taburan  yang  
lebih  sekata  di dalam  bangunan  daripada  arah  tegak  (90°)
2. Halangan-halangan di luar
Kelajuan  angin  akan  meningkat  sekiranya  ada  halangan  (kesan  terowong)
3. Pengudaraan rentas
Sekiranya  tiada  bukaan  keluar  atau  terdapat  sekatan  yang  penuh,  
aliran  angin  tidak  akan  terbentuk.  Oleh  itu  bukaan  keluar  perlu  
disediakan
4. Lokasi bukaan
 
Bukaan  mestilah  dapat  mengalirkan  angin  ke arah  badan  (living  zon)  pada  
ketinggian  + 2 m.  sekiranya  bukaan  masuk  terletak  pada  bahagian  atas  
dinding,  aliran  angin  akan  menghala  ke atas.  Sekiranya  bukaan  masuk  terletak 
 rendah  di bahagian  bawah  dinding,  aliran  angin  menghala  ke lantai.  Bukaan  
eloklah  berada  di bahagian  tengah  dinding  agar  aliran  selari  dengan  aliran  
angin  di luar
5. Saiz bukaan
 
Kelajuan  yang  tinggi  dapat  dihasilkan  dengan  merekabentuk  bukaan  masuk  
kecil  dan  bukaan  keluar  besar  (kesan  venturi).  Sekiranya  bukaan  masuk  lebih  
besar,  kelajuan  menjadi  kurang,  tetapi  corak  aliran  lebih  sekata  (aliran  
keseluruh  ruang)
6. Kawalan bukaan
 
Aliran  angin  di dalam  ruang  dipengaruhi  oleh  adanya  unjuran,  alat  peneduhan  
luaran  dan  dalaman  seperti  yang  ditunjukkan
7. Kesan Tingkat / terowong

Dipengaruhi  oleh  kuasa  terma,  berlaku  apabila  terdapat  perbezaan  suhu  yang  
besar  antara  udara  di dalam  dan  di luar  bangunan
Sekiranya  terdapat  tingkap  atau  bukaan,  udara  panas  naik  dan  keluar  
menerusi  bukaan  di atas
Udara  sejuk  akan  masuk  dari  bawah  menggantikan  kekosongan  yang  terbentuk 
 (sama  prinsipnya  dengan  kejadian  angin)
Proses  ini  berlaku  dan  membentuk  aliran  masuk  dan  keluar  secara  semulajadi
MECHANICAL VENTILATION SYSTEM
Pengudaraan mekanikal merupakan satu proses pertukaran udara 
dalam bangunan menggunakan bantuan jentera.

SEBAB KEPERLUAN PENGUDARAAN MEKANIKAL:

1.Sukar  mendapatkan kuantiti, kualiti dan kawalan pengudaraan yang baik.    
      cth. Wayang, kilang dan sebagainya

2.Mengendalai dan mengawal persekitaran dalaman

3.Untuk menentukan udara yang cukup didalam ruang

4.Mengeluarkan haba yang berlebihan.
 CARA-CARA GANTI UDARAAN 
BERJENTERA

1.Alir masuk semulajadi dengan alir keluar berjentera

1.Alir masuk berjentera dengan alir keluar semulajadi

1.Alir masuk dan keluar berjentera
1. Alir masuk semulajadi dengan alir keluar berjentera

• Udara masuk ke dalam bangunan dengan sendiri dan dipaksa keluar 
dengan pengunakan kipas. Kipas-kipas ini dipasang di bumbung, diding 
dan tingkap.  Sesuai digunakan di kilang, bilik dapur, makmal dan bilik air. 

2. Alir masuk berjentera dengan alir keluar semulajadi
• Udara akan masuk dengan mengunakan kipas. Udara dipaksa keluar 
dengan sendiri. Bukaan diletakkan di paras bawah. Sesuai untuk kilang-
kilang kecil, pejabat dan rumah dandang.

3. Alir masuk dan keluar berjentera
• Cara ini dapat mengawal kelajuan peredaran udara, tekanan udara.
         Penapis udara diguanakn untuk memastikan kebersihan udara. Sesuai 
digunakan di pawagam, bilik tari, restoran dan bangunan besar.
KEBAIKAN  DAN KELEMAHAN PEREDARAN UDARA 
BERJENTERA
KEBAIKAN
1.Peredaran udara dapat dikawal
2.Udara segar boleh ditapis
3.Keadaan lebih selesa
4.Sesuai untuk bilik sever

KELEMAHAN
1.Kos penggunaanya mahal
2.Bunyi  bising
FAKTOR PERMILIHAN KE ATAS PENGGUNAAN SISTEM 
GANTIAN UDARA BERJENTERA

1.Ketidakupayaan gantian udara semulajadi


•Bilik yang terdapat dibawah tanah pada kebisaanya tidak akan mendapat 
pergerakan  udara secara optimum. Dengan itu jentera perlu digunakan untuk 
mendapatkan pergerakan udara.
2.Ruang-ruang yang sesak
• Ruang seperti dewan perhimpunan, bilik darjah dan dapur selalu sesak dengan 
orang. Udara cepat menjadi kotor atau panas. Pergerakan udara yang perlahan 
akan menjadikan ketidakselesaan bagi , manusia.  Udaran berjentera diperlukan 
untuk bekalan oksigen, mengawal kenaikan suhu , haba atau kelembapan dan 
memelihara kebersihan udara.
3.Mengeluarkan udara kotor lagi merbahaya.
•Gas-gas yang berbahaya seperti karbon dikoksida perlu dikeluarkan secara 
segera. Ia akan menganggu kesihatan. Bilik makmal biasanya memerlukan kipas 
penyedut untuk megelurkan gas bahaya.
4.Mengeluarkan bauan
•Kawasan yang ramai pengunaa seperti tandas, dewan dan restoran perlu 
mengeluarkan bau. Kebersihan udara disitu perlu dijaga.
5. Bangunan Tinggi
• Pengunaan pengudaraan semulajadi tidak sesuai untuk bangunan tinggi. Tiupan 
angin yang kuat mendatangkan masalah kepada penghuni. Oleh itu tingkap perlu 
ditutup dan penyaman udara diperlukan

6.Kawasan yang sukar mendapat angin

7. Lebihan haba dari semua arah ( pulau panas)

8. Kawalan udara dan suhu

9. Kenaikan taraf hidup


1) JENIS KIPAS

Kipas propellar

Kipas centrifugal

Axial flow
2. )  air-conditioner

Window Air Conditioning 
System

Split Air Conditioner 
System
Packaged Air Conditioners

Central Air System