Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN DART KARNIVAL 2014

SISTEM PERTANDINGAN
Sistem yang digunakan ialah Kalah mati sekali
Peserta yang kalah tidak layak untuk ke peringkat yang seterusnya, peserta yang menang akan
bertanding hingga ke peringkat akhir

PERATURAN MEMBALING
Peserta dibenarkan membaling dart 3 kali sahaja semasa gilirannya dan balingan akan dilakukan
berselang seli dengan pihak lawan sehingga terdapat pemenang.
Masa akan diambil oleh pangadil untuk mengenalpasti pemenang untuk masa terbaik perlawanan.
Penjaga masa juga akan mengambil masa untuk tujuan pembatalan balingan bagi peserta yang
melebihi had masa membaling.
Mata permulaan adalah 30 mata dan akan ditolak dengan skor balingan peserta sehingga mencapai
jumlah 0
Cth: jumlah skor balingan pelajar untuk 3 balingan pertama ialah 13. Oleh itu 30-13 = 17. Jumlah
sasaran yang perlu dicapai untuk belingan seterusnya ialah 17 sehinggalah nilai 0.
Balingan yang terkeluar daripada sasaran dikira 0 markah
Balingan yang melebihi sasaran tidak akan dikira, peserta mesti membaling tepat pada jumlah sasaran
atau kurang daripada sasaran
Hanya balingan yang mengenai sasaran sahaja akan dikira dan ditolak dengan mata sasaran.
Masa membaling dart tidak lebih daripada 40saat setiap kali giliran membaling
HANYA SASARAN DI 2 BAHAGIAN SAHAJA DIKIRA IAITU LINGKARAN PERTAMA DAN KEDUA DARI
LUAR.(DOUBLE & TRIPLE RING). SEKIRANYA SASARAN PESERTA MENGENAI BAHAGIAN BULL DAN
BULLS EYE SKOR TIDAK AKAN DIKIRA UNTUK DITOLAK DENGAN MATA SASARAN.



PEMBATALAN
Balingan dikira batal sekiranya:-
Peserta memijak penanda jarak dari papan dart
Menganggu peserta lain
Melebihi masa 40 saat yang ditetapkan semasa membaling dart. Sekiranya melebihi masa, peserta
akan dibatalkan giliran dan hanya akan membaling untuk giliran yang seterusnya.

JARAK PESERTA DAN KETINGGIAN PAPAN DART

HADIAH
Hadiah disediakan untuk Johan , Naib Johan dan Masa terbaik perlawanan.

KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan pengadil adalah muktamad.

Ketinggian papan dart dari lantai : 1.72 meter (5.8 inci)
Jarak peserta membaling : 2.37meter (9.25 inci )
Kawasan sasaran
( double & triple ring )