Anda di halaman 1dari 3

Panduan Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas



2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi
bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan
refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.
Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.
Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.
Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh
hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada
masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar
anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka
akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar.
Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-
anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real
dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya menjadi
yahudi, nasrani atau majusi

Anda mungkin juga menyukai