Anda di halaman 1dari 36

MATA PELAJARAN : BUDUYA DAN PEMBELAJARAN

KOD : EDU 3106


AMBILAN : JAN 2012
KUMPULAN : P5A
AHLI KUMPULAN : CHEONG SHUET YIN
CHONG HOI PING
KEK TAIN CHAO
NAMA PENSYARAH:PN. TAI LAY KENG
TARIKH PEMBENTANGAN:

TUTORIAL M2
Bincang dalam kumpulan kecil tentang
pantang larang pelbagai kaum di
Malaysia. Bentang hasil perbincangan.

Pantang Larang
Orang Melayu
Pantang Larang Wanita Hamil
Dilarang mencaci atau menceritakan
kecacatan.
Dilarang memukul, mendera atau
mencederakan mana-mana binatang.
Dilarang memaku, memahat, mengail atau
menyembelih binatang.
Dilarang bergaduh dengan ibu mertua.
Dilarang makan sotong.
Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal
kehamilan.
Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak
mendapat tompok hitam atau bermata juling.
Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur
Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti
anak akan terencat.
Dilarang makan makanan yang berakar.
Dilarang tidur waktu tengahari.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk
kemaluan.
Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata
ketumbit.
Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak
mati.
Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang
hantu.
Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang
dilarikan orang
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang
tua.
Dilarang memakan leher ayam, nanti leher
terkulai di pelamin.
Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat
jodoh.
Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak
bodoh.
Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin
orang tua.
Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam,
nanti didatangi sial.
Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik
kurap.
Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang
di serambi rumah sahaja.
Dilarang makan bertindih pinggan, nanti
menjadi madu orang.
Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti
datang sial.
Dilarang makan berubah tempat, nanti
berkahwin ramai.
Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika
makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami
orang.
Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat
dapat menantu.
Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
Makan sisa anak, anak akan degil.
Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas
riba, nanti suami diambil orang.
Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
Makan dalam belanga, dapat anak rupa
hodoh.
Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

Pantang Larang Ketika Makan
Pantang Larang Perkahwinan
Apa yang ditetapkan perlu diikuti
Jangan keluar dengan pasangan selama
40 hari sebelum diijabkabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat.
Pasangan dilarang bebas keluar kemana-
mana kerana takut disantau oleh mereka
yang mempunyai niat tidak baik.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama
selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan
diri dari perkara sihir.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena
cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan.
Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa
tujuan kerana angan-angan yang tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal
pengantin mengalami kemalangan jika
berada diluar.
Pantang Larang Orang Cina
Tidak boleh menggunting rambut.
Tidak boleh mencuci rambut.
Dilarang menyapu lantai pada hari
pertama.
Perbualan mengenai kematian kurang
sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun
Baru Cina.
Tidak boleh membeli buku.
Mengelakkan pemakaian baju hitam.


Bakal pengantin tidak digalakkan
untuk menghadiri majlis kebumian
selama 3 bulan sebelum dan selepas
majlis perkhawinan.
Hiasan dalam majlis perkhawinan
tidak digalak untuk menggunakan
warna putih, biru tua, hitam dan
hijau.

Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil,
meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut
bilik.

Nombor genap sering digunakan dalam majlis
perkhawinan. Menurut keparcayaan orang
cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut
protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan
yang tidak sah.

Mengandung
Dilarang makan daging arnab.
Dilarang makan daging anjing.
Dilarang makan daging ayam jantan.
Dilarang makan ketam.
Dilarang makan makanan yang
bersifat sejuk.
Dilarang mengambil gunting atau penyepit
kuku.
Dilarang mengangkat tangan melebihi paras
bahu.
Dilarang tepuk bahu ibu.
Dilarang menyidai baju.
Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Kematian
Tangisan mengikut keburukan si mati dilarang
sama sekali.
Pakaian yang berwarna lain selain warna
hitam tidak digalakkan.
Baju yang berbunga juga dilarang dalam
upacara kematian tersebut.
Ahli keluarga tidak boleh memakai barang
kemas.
Semua cermin dalam perlu ditutup dengan
kain atau kertas.

Perarakan perlu dielakkan daripada melalui
rumah yang melangsungkan perkahwinan.

Tiada sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan
keamaian selepas upacara pengebumian.
PANTANG-LARANG ORANG INDIA
KELAHIRAN (Semasa Mengandung)

Dilarang keluar berseorangan pada waktu
malam.
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur
terlebih.
Dilarang melakukan perbuatan buruk seperti
mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,
menyembelih binatang dan sebagainya.
KELAHIRAN (Selepas Mengandung)

Membisikan nama Tuhan.
- membolehkan bayi mendengar nama Tuhan
sebelum mendengar apa-apa yang lain.
Potong tali pusat
- ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar
kawasan rumah bersama duit tembaga,
serbuk kunyit, garam dan pinang.
PERKAHWINAN

Upacara perkahwinan diadakan pada waktu
tengah malan atau matahari naik.

Jika jamuan diadakan di kuil, hanya sayur-
sayuran hanya boleh dihidangkan dan
makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu.

Perkahwinan diadakan di rumah pengantin
perempuan atau di kuil.

Kad jemputan perkahwinan yang diedar harus
disapu serbuk kunyit cair.

Pokok pisang dijadikan pintu gerbang dan
dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang
sesuka hati. Pokok ini dibiarkan selama
seminggu sebelum dibuang ke dalam sungai.



KEMATIAN

Gambar si mati tidak boleh digantung secara
formal tetapi terbalik.

Ahli keluarga perlu mengeliling mayat
selama 3 kali lawan jam sebagai tanda
penghormatan.



Sedikit makanan berupa beras disuapkan
sebagai pemberian terakhir. ( Vaaikkarisi)

Upacara Vaaikkarisi dilakukankan oleh kaum
lelaki di tanah perkuburan, justeru kaum
wanita dilarang turut serta ke tanah
perkuburan.

Rumah perlu dibersih sebaik sahaja mayat
dibawa ke kubur.

PATANG LARANG AMALAN HARIAN
Tuan rumah tidak membenarkan
tetamu yang pertama kali datang
menziarahi melakukan kerja seperti
membasuh pinggan.
Pantang jangan bersiul pada waktu
malam.
Jangan makan di tempat yang gelap.
Jangan asah pensel di kedua-dua belah.
Pantang Larang Orang Kadazan
Mengandung

Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
Suami tidak boleh memotong rambutSuami tidak
boleh memotong rambut--nanti rambut anak
panjang
Tidak boleh makan buah mengandungi air
Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir
anak sumbing
Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak
sempurna
Bersalin
Suami tidak boleh berada jauh dari rumah -
ditakuti gangguan jin/ syaitan
Tidak boleh makan ikan bertulang keras,
ikanberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air
Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang
terdedah seperti halaman rumah-ditakuti
diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah
Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi
sebelum upacara memberi nama.

Hubungan Lelaki Perempuan
Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti
berkhalwat
-Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki
dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada
pihak gadis
-Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis
tersebut

Madhagau-bersekedudukan
-Pasangan bayar kepanasan kepada
masyarakat
-Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.

Pantang Larang Orang Iban
Sewaktu Mengandung

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung,
wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang
larang, antaranya seperti berikut;
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau
di mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di
atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan
anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak
ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut
supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.



Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur
menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri
bayi itu akan cacat penglihatan.

Mereka tidak boleh menanam pokok pisang
supaya si bayi tidak berkepala besar.

Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di
dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke
dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam
rahim semasa dilahirkan.
Biblografi
http://www.scribd.com/doc/33989312/Adat-
Dan-Pantang-Larang-Masyarakat-Kadazan-
Newppt