IBAN(DAYAK LAUT)
Pengenalan
47% drpd pribumi
30% drpd penduduk Sarwak
Berdekatan dengan sungai Batang Lupas dan Sungai
Rejang.
Tinggal di rumah panjang.
Kepercayaan
Animisme dan hindu-buddha.
Ritual tradisional:
Gawai Dayak (Pesta Menuai).
Gawai Kenyalang (di kawasan Rejang).
Gawai Antu (untuk kematian di Sri Aman).
Jika mimpi buruk, aktiviti besok ditangguhkan.
Miring jampi serapah dengan darah ayam atau babi
direnjis di sekelling mereka.
SISTEM TULISAN
Menggunakan bahasa Iban, yang mempunyai
banyak persamaan dengan bahasa Melayu.
merupakan bahasa yang seragam (homogenous).
Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya
bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai
sistem tulisan yang disebut 'Turai'.
Ianya mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad
yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi.
Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban
dapat merujuk keturunan sehingga 15 generasi
yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang
mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa
penting.
Salah satu peristiwa yang penting dalam
sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting
Maro' dimana mereka mematahkan
kemaraan penjajah dan merampas harta
kebendaan pihak musuh.
Antara kebudayaan Iban lain yang menarik
adalah:
i) Ngayau
Ii) Ngayap
Tradisi
Menyimpan pasu, gong, dan
tempayan yang dipanggil tajau.
diwarisi secara turun-temurun,
bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Tajau berfungsi sebagai harta
simpanan dan diperoleh secara tukar
barang.
Perkahwinan
usia pengantin lelaki perlu melebihi
dua puluh dua tahun.
keluarga kecil akan dikahwinkan
secepat mungkin.
Keluarga besar akan dilambatkan
perkahwinan.
Merisik
- dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.
Meminang dan Bertunang
- ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang
perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
Majlis Perkahwinan
- membawa beberapa utas tali bersimpul yang
menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan
dilangsungkan.
- rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang
pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang
dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui
jalan sungai.
mandi beramai-ramai di sungai sebelum
memakai pakaian tradisional.
kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa
menyembelih seekor babi sebagai
penghormatan dan pada masa itu juga
tembakan senapang akan kedengaran secara
balas-membalas.
Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan
sejenis arak.
upacara membelah pinang atau mengulang
pinang akan dijalankan.
bomoh akan mengadakan upacara
menidurkan anak dan mengejutkan anak.
pengantin baru akan mandi di sungai untuk
membersihkan diri.
Untuk adat ini juga mereka perlu
memegang sehelai kain yang panjangnya
tujuh ela supaya kesalahan semasa
perkahwinan itu akan hilang pada setiap
individu.
menyembelih seekor babi sebagai
korban dan juga sebagai penebus dosa
pengantin.
Pada sebelah malamnya, kedua
pengantin diiringi oleh pengapit masing-
masing dan akan disandingkan di atas
gong atau kerusi yang dialas kain tenun.
seseorang yang dipanggil tukang
ganyang akan memulakan upacara.
Ayam yang telah diikat kakinya kemudian
dilepaskan dan mentera pun dibaca.
Ayam yang telah disembelih itu akan
diambil darahnya untuk disemah kepada
pengantin.
Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan
makan dan minum.
Sewaktu Mengandung
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita
Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang,
antaranya seperti berikut;
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di
mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas
tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan
yang berterusan semasa melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke
atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya
bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur
menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri
bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang
supaya si bayi tidak berkepala besar.
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di
dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam
bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim
semasa dilahirkan.
SELEPAS LAHIR
Berpantang
- selama tiga puluh hari
- makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-
kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur
dan dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia
supaya dapat memanaskan badan.
Berdiang/Bersalai
si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.
selama empat puluh satu hari.
si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding
rumah untuk menghitung hari
Tanggal Pusat
Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan
apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi
berusia empat hari.
Menamakan Bayi
akan diberi nama timangan.
seterusnya akan diberi nama sempena nama salah
seorang daripada nenek moyangnya yang pernah
berjasa dan handal.
upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan
nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama
yang dipilih itu.
Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat
pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai.
Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan
menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut.
Adat Kematian
Keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190
minit.
Lesung/penumbuk diletakkan di laluan
(tempuan) untuk menghalau hantu.
Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi.
Pua kumbu (gebar) dijadikan tabir untuk
menghalang penyakit.
Beras dihamburkan paya beras keluarga tidak
dibawa sama ke dunia lain (sebayan).
Api kecil dekat kaki simati.
Tetamu bawa hadiah beras pulut, duit dan
ayam.
Berkabung selama 3 bulan.
6 petang - nyanyian ratapan kematian.
5 pagi - wanita tua beri makan supaya
tidak lapar dalam perjalanan.
Semasa dimasukkan dalam keranda,
orang2 perempuan menangis
sekuat2nya.
Darah ayam direnjiskan ke tanah
sebelum digali.
Keranda ditanam bersama barang si
mati (baiya) supaya dapat digunakan
dalam dunia lain (memoa sebayan).
Lain-lain
Terserempak binatang atas dahan itu
ialah antu rembia (roh menjaga pokok).
Tidak boleh tanam labu di kebun
malilabu.
Dikeluarkan dan dilumur dengan darah
babi atau dua ekor ayam.
Halia tidak boleh ditanam kesan pada
mata .
SEKIAN,
TERIMA KASIH