Anda di halaman 1dari 2

SPELL IT RIGHT 3L CHALLENGE (BM JAWI,BI,BA) 2014

SYARAT DAN PERATURAN



1. Peserta antara umur 7-13(layak UPSR)
2. Jumlah peserta maksimum 6 (perempuan 3 dan lelaki 3) satu sekolah
3. Peserta akan menduduki ujian bertulis sebagai saringan. 12 peserta terbaik akan dikenalpasti.
4. Peserta diwajibkan berpakaian sekolah lengkap semasa pertandingan.
5. Alatan menulis dan alatan komunikasi tidak dibenarkan dibawa semasa pertandingan kecuali urusetia.
6. Sebarang usaha untuk membantu peserta daripada mana-mana pihak adalah dilarang.
7. Masa yang diberikan untuk mengeja adalah 20 saat. Sekiranya lebih , peserta akan tersingkir.
8. Juri akan membuat keputusan bersama sekiranya terdapat aduan dan berhak mengadakan
pertandingan semula untuk menentukan johan. Sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas itu.

SYARAT DAN PERATURAN
1. Berikut adalah buku rujukan untuk
2. Perkataan atau ayat bersengkang, kata penghubung dan kata penguat tidak termasuk dalam
pertandingan. Senarai perkataan hanya akan diambil kata nama,kata kerja dan kata sifat.
3. Setiap pusingan akan ditingkatkan kesukaran perkataan yang diuji.
4. Senarai perkataan yang berbeza akan digunakan untuk Ujian bertulis dan ujian lisan.
5. Senarai perkataan hanya akan diberi kepada penyampai/presenter pada haripertandingan.
6. Format membaca soalan adalah seperti berikut
Word : nonsensical
Definition : ideas, actons, or statements that are nonsensical are not reasonable or sensible.
Sentence : This is a nonsensical argument.


Protokol
Pentadbiran
Ujian Bertulis
1. Panel Juri terdiri daripada Pengerusi, Penjaga Masa dan Pemeriksa.
2. 3 orang pembantu akan memastikan peserta mempunyai kelengkapan alat bertulis.
3. Peserta akan diberi kertas untuk menulis jawapan, pensel dan pemadam.
4. Pada mulanya, pengerusi akan memperkenalkan barisan urusetia.
5. Pengerusi akan member taklimat .
6. Soalan akan dibaca dengan makna dan penggunaan perkataan dalam ayat.
7. Peserta akan diberi 20 saat untuk menjawab.
8. Soalan seterusnya akan dibaca.
9. Setelah semuanya sudah dibacakan, setiap perkataan akan diulang baca tanpa makna dan
penggunannya dalam ayat.
10. Kertas jawapan akan dikutip untuk diberi markah.
11. Setelah 30 minit, 12 peserta perempuan dan 12 peserta lelaki yang mendapat markah tertinggi
akan dipilih untuk pusingan individu dalam bentuk lisan.
12. Semasa pusingan ini seorang hakim , pembaca soalan, penjaga masa,penjaga markah dan
pemeriksa.
13. 2 orang pembantu akan dilantik untuk mengiringi peserta ke hadapan dan mengiringi peserta
yang gagal.
14. Ujian lisan aka nada 2 pusingan dan bermula dengan peserta akan ditanya 10 soalan campuran
Jawi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
15. Setiap kali 20 saat akan diberi dan setiap kali betul diberi satu markah.
16. 6 murid markah tertinggi akan memasuki pusingan akhir dengan 5 soalan.
17. Johan sekolah akan diberi kepada kumpulan yang mendapat markah terkumpul terbanyak
dalam ujian bertulis.
18. Johan individu akan diuji dengan lisan.