Anda di halaman 1dari 3

PENGASASAN MELAKA

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera
raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah
naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan
Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah
melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan
pengikutnya.





Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang
dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik
kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari
kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau
di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang
Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan
dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke
utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah
perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang
diberi nama Mela
MELAKA MENDAPAT NAMA

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk
putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda
terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat
sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman
itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang
akan menghasilkan kejayaan.









Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan
Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika
berlakunya peristiwa ganjil itu.





KEGEMILANGAN MELAKA
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur
Shah juga menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China
untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500
orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara
pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh
Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi
kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.