Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 3 Cerdik
Bil.Murid : 12 Orang
Tarikh : 18 Februari 2014
Masa : 90 Minit (9.15 Pagi - 10.45 Pagi)
Tema : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk : Penjagaan diri dan rawatan

STANDARD KANDUNGAN:
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat
dalam pelbagai bahan dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN:
2.5.2 Membaca , memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan grafik
dengan betul
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1. memahami maklumat yang dibaca daripada perisian powerpoint Jenis Penyakit dan Rawatan
dengan menjawab soalan pemahaman yang terdapat dalam perisian kuiz Rawatan Diri
2. murid dapat menakul maklumat yang terdapat dalam teks petikan bergambar Penjagaan diri dan
Rawatan Luka yang terdapat dalam laman web Rawatan Diri dengan meringkaskan maklumat
dalam bentuk peta minda menggunakan aplikasi Smart Art.

PENGISIAN KURIKULUM
1) Ilmu : Pendidikan Kesihatan
2) Nilai : sayangi diri, kerjasama, berani


SISTEM BAHASA
1) Tatabahasa :
2) Kosa Kata : kain kasa


KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
1. BCB : perbincangan kumpulan, pengurusan grafik
2. KP : visual, verbal-linguistik, interpersonal
3. Kemahiran Belajar (KB) : kemahiran membaca, mencatat nota
4. Kemahiran Berfikir (KBKK) : mengenal pasti, mengingat


ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. TMK - belajar melalui TMK



BAHAN BANTU MENGAJAR

Bahan Bantu Mengajar Kuantiti

Video Upin Ipin - Gigi Susu 1
Perisian powerpoint Jenis Penyakit dan
Rawatan
1
Perisian kuiz Rawatan Diri 1
Teks petikan bergambar Penjagaan Diri dan
Rawatan Luka
1
Lembaran kerja (pengayaan) 9
Lembaran kerja (pemulihan) 9

PENGETAHUAN SEDIA ADA
1. Murid-murid telah belajar membuat peta minda pada pembelajaran lepas.

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN

Cadangan Soalan :

1. Apakah yang dapat kamu
dengar dan lihat dalam
video sebentar tadi?
2. Apakah yang akan kita
pelajari pada hari ini?

Cadangan Jawapan :

1. Cerita tentang Upin yang
takut mencabut gigi.
2. Penyakit dan Rawatan


Set Induksi (5 minit)

1. Murid menonton video Upin Ipin-
Gigi Susu.
2. Murid dan guru bersoal jawab
tentang apa yang akan dipelajari
pada hari ini.

KBT
- KP - visual
- KP - verbal-
linguistik
BBM
- Video Upin Ipin-
Gigi Susu.
NILAI
- Berani
ILMU
- Pendidikan
Kesihatan
EMK
- TMK


Membaca dan memahami isi
kandungan yang terdapat
dalam
Perisian powerpoint Jenis
Penyakit dan Rawatan

Langkah 1 (15 minit)

1. Guru memaparkan paparan
powerpoint tentang Jenis
Penyakit dan Rawatan.
2. Murid membaca petikan beramai-
ramai.
3. Murid membaca sambil mencatat
nota.
4. Murid dan guru bersoal jawab
tentang apa yang telah dibaca.
5. Guru memberi pengukuhan.


KBT
- KB - kemahiran
membaca
- KB - mencatat nota
- KP - verbal-
linguistik
BBM
- Perisian
powerpoint Jenis
Penyakit dan
Rawatan
NILAI
- Sayangi diri
EMK
- TMK





Murid menjawab soalan
pemahaman yang terdapat
dalam perisian kuiz Rawatan
Diri
Langkah 2 (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan diberikan
akan bermain perminan kuiz
Rawatan Diri.
3. Wakil setiap kumpulan akan
bergilir-gilir datang ke hadapan
untuk memilih soalan dan
menjawab soalan.
4. Setiap jawapan yang betul akan
diberikan 10 markah.
5. Jawapan yang salah akan ditolak
5 markah.

KBT
- BCB -perbincangan
kumpulan.
- KBKK - mengingat

BBM
- Perisian kuiz
Rawatan Diri

NILAI
- Kerjasama

Membaca teks petikan
bergambar Penjagaan Diri
dan Rawatan Luka yang
terdapat dalam laman web
Rawatan Diri secara kelas.
Langkah 3 (20 minit)

1. Murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan.
2. Murid menggunakan enjin carian
google untuk membuka laman
web yang telah disediakan oleh
guru.
3. Murid membaca teks petikan
bergambar Penjagaan Diri dan
Rawatan Luka yang terdapat
dalam laman web secara kelas.
4. Murid dan guru bersoal jawab
tentang apa yang telah dibaca.

KBT
- KP - visual
- KP - verbal-
linguistik
- KB - kemahiran
membaca
BBM
- Laman web
Rawatan Diri
- Teks petikan
bergambar
Penjagaan Diri dan
Rawatan Luka
NILAI
- Kerjasama
- Sayangi diri
EMK
- TMK

Menghasilkan peta minda dan
carta alir menggunakan
aplikasi Smart Art
berdasarkan teks petikan
Penjagaan Diri dan Rawatan
Luka yang telah dibaca.
Langkah 4 (15 minit)

1. Murid berbincang dalam
kumpulan tentang teks petikan
bergambar Penjagaan Diri dan
Rawatan Luka yang telah dibaca.
2. Kemudian, guru membimbing
murid membuat carta alir dan
peta minda menggunakan
aplikasi Smart Art.
3. Murid perlu menghasilkan peta
minda dan carta alir secara
individu.
4. Beberapa orang murid dipilih
secara rawak untuk
membentangkan hasil kerja
mereka di hadapan kelas.kosong
dengan kata adjektif yang sesuai.
5. Guru memberi pengukuhan.
KBT
- KP - interpersonal
BCB -perbincangan
kumpulan.
- KBKK - mengenal
pasti.
- BCB -pengurusan
grafik

BBM
- Laman web
Rawatan Diri
- Teks petikan
bergambar
Penjagaan Diri dan
Rawatan Luka

NILAI
- Bekerjasama
Langkah 5 (10 minit)

Pengayaan

1. Murid diberikan lembaran kerja.
2. Murid dikehendaki mengisi
tempat kosong berdasarkan iklan
yang dibaca.

Pemulihan

1. Murid diberikan lembaran kerja.
2. Murid dikehendaki mengisi
tempat kosong dengan pilihan
jawapan yang diberi.

BBM
- Lembaran kerja
Penutup
- Membuat rumusan isi
pelajaran.

Penutup (5 minit)
1. Murid dan guru bersoal jawab
tentang apa yang telah dipelajari.
2. Guru membuat rumusan tentang
isi pelajaran.