Anda di halaman 1dari 20

1

Kbp 3013



KUMPULAN
UPSI 01

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO.ID NO.TELEFON
SUHANA BINTI HASSAN

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR NASIR MISRAN
TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2012




PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 FORUM
JUMLAH

TUGASAN 1
2

Isi kandungan


1.0 Pengenalan 03
2.0 Takrif 03
2.1 Pencapaian 03
2.2 Akademik 03

2.3 Perbezaan Individu 03
2..4 Personaliti 04
2.5 Perkembangan 04
3.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik 04
3.1 Baka 05
3.2 Persekitaran 05-06
3.3 Sosioekonomi 06-07
3.4 Personaliti 07
4.0 Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru 07
4.1 Pembelajaran Koperatif 08
4.2 Program Pengayaan dan Pemulihan 08-09
4.3 Peneguhan dan Ganjaran 09-10
4.4 Teknik Pengajaran Yang Berkesan 10
5.0 Kesimpulan 11
6.0 Rujukan 11-12
7.0 Lampiran 13
7.1 Borang Soal Selidik 13
7.2 Kad Rekod Persekolahan 14-15
7.3 Slip Keputusan 16
7.4 Instrumen 17-20

3


1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial
seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan kuasa politik. Dalam situasi
negara yang sedang pesat membangun, pendidikan bukan sahaja merupakan keperluan
yang amat penting di kalangan ganerasi muda, malah ia adalah tunggak kepada kemajuan
negara. Taraf pendidikan mempunyai kaitan yang rapat dengan taraf pekerjaan, status
sosial, pendapatan dan taraf hidup yang lebih baik.
Pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan tenaga mahir yang boleh
membangunkan ekonomi negara terutamanya untuk merealisasikan matlamat wawasan
2020. Oleh itu, pencapaian akademik yang cemerlang menjadi impian setiap pelajar, ibu
bapa dan para pendidik. Namun begitu, tidak dapat dinafikan pencapaian akademik yang
lemah di kalangan pelajar sering berlaku di setiap sekolah.

2.0 Takrif
Bagi memudahkan pemahaman dalam tugasan ini beberapa konsep telah ditakrifkan
seperti berikut:

2.1 Pencapaian
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), pencapaian bermaksud apa yang telah
dicapai atau diperolehi.

2.2 Akademik
Akademik pula bermaksud mengandungi ilmu pengetahuan yang tinggi atau mendalam.
Jadi pencapaian akademik bermaksud, ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh
seseorang murid sama ada baik atau sebaliknya.


4


2.3 Perbezaan Individu
Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli dalam sesebuah
kumpulan daripada ciri-ciri tertentu, Contohnya seperti temparamen, tahap tenaga , pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.

2.4 Personaliti
Perkataan personaliti adalah berasal daripada perkatan pesona yang bermakna topeng
muka. Menurut Mohd. Saleh Lebar (1994), kebanyakan menusia ingin menonjolkan
perilaku yang baik dan menyembunyikan perilaku yang buruk. Adler (1948), mendefinisikan
personaliti ialah gaya atau stail hidup. Carl Jung pula membahagikan personaliti kepada
ekstrovert, introvert dan ambivert.

2.5 Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Perubahan ini tidak dapat diukur ,
tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. (Atan Long, 1980)
Menurut Slavin (1997), individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat.

3.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik
Kajian telah dijalankan ke atas seorang murid Tahun Dua yang mengikuti kelas
pemulihan.Murid ini mempunyai pencapaian akademik yang lemah dan merupakan seorang
murid perempuan. Kajian ini bertujuan untuk mengesan faktor-faktor yang telah
mempengaruhi aspek pencapaian akademik murid tesebut.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik
yang dijawab oleh murid tersebut. Soal selidik mengandungi soalan yang berkaitan dengan
maklumat peribadi murid. Ia bertujuan untuk mendapatkan umur, tahun dan jantina.
Seterusnya soal selidik mengenai latar belakang keluarga. Ia bertujuan mengumpul data
mengenai latar belakang serta taraf sosioekonomi keluarga. Aspek yang dinilai ialah
pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa, , pendapatan keluarga, bilangan ahli keluarga
yang masih dalam tanggungan, jenis kediaman, dan alamat tempat tinggal.
Setelah meneliti borang soal selidik, didapati ada beberapa faktor yang telah
mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua pelajar tersebut. Antaranya ialah baka,
persekitaran, sosiekonomi dan personaliti.
5



3.1 Baka

Daripada kajian, baka merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik mereka. Baka diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka semasa
percantuman sel seperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum yang
mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak. Menurut Khadijah, Mahani &
Jamilah (2006), Setiap orang mewarisi sifat tertentu melalui perwarisan gen atau baka
daripada kedua-dua ibu bapanya. Setiap orang akan mewarisi sebahagian besar paras
rupa, tahap kecerdasan, tamperamen dan sebagainya
Menurut Wolfolk (1998), sukar untuk kita memisahkan kecerdasan dalam baka atau
kecerdasan dalam persekitaran atau pengalaman. Kajian ahli-ahli psikologi seperti Galton
(1865), Goddard (1890), Newman (1937), dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa
setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Kecerdasan ini berbeza
dari segi prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa
keturunan memainkan peranan dalam menentukan tahap kecerdasan seseorang individu.
Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai.
Menurut Sapora Sipon (2001), murid yang mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi
didapati adalah lebih cemerlang prestasi akademiknya jika dibandingkan dengan ibu bapa
yang berpendidikan rendah.
Dapatan kajian menunjukkan bapa murid ini mempunyai tahap pendidikan sehingga SRP
manakala ibunya mempunyai pendidikan sehingga darjah enam sahaja. Ibunya seorang
pencuci manakala bapanya seorang pengawal keselamatan.Beliau mempunyai bilangan
adik beradik seramai 10 orang dan kebanyakannya juga mempunyai pencapaian akademik
yang lemah.

3.2 Persekitaran
Dapatan kajian juga menunjukkan faktor persekitaran telah mempengaruhi pencapaian
akademik murid tersebut. Persekitaran bermaksud individu, objek dan peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan seseorang. Persekitaran atau alam sekeliling individu kanak-
kanak sejak lahir membantu untuk membentuk jenis insan yang menjadi atau sebaliknya.
Persekitaran yang mempengaruhi seseorang termasuklah hubungan individu dengan
keluarga, guru, kawan, media cetak dan elektronik serta tempat tinggal mereka. Latar
belakang keluarga seperti status ekonomi dan sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan
6

menjadi asas dalam pencapaiana akademik seseorang. Pendidikan peringkat awal yang
diperolehi di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada
kejayaan pelajar pada peringkat sekolahnya.
Menurut Papalia(2001), manusia juga dipengaruhi faktor persekitarannya seperti gaya hidup
keluarga, suasana di sekolah, suasana di rumah, komuniti, masyarakat, pekerjaan ibu bapa,
dan cara keluarga mengisi masa lapang mereka. Menurut Urie Bronfenbrenner(1917),
individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza di dalam perkembangan
sepanjang hayatnya. Persekitaran di rumah dapat membentuk sikap kanak-kanak ke arah
pembelajaran. Ibu bapa dapat memupuk perasaan ingin tahu kanak-kanak dengan
menjawab soalan-soalan mereka serta menggalakkan mereka untuk belajar (Lumsden,
1994).
Daripada kajian yang dibuat, menunjukkan, murid ini tinggal di kawasan perumahan kos
rendah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut adalah terdiri daripada
pekerja-pekerja kilang. Rumahnya ada tiga bilik dan terdapat sepuluh orang yang tinggal di
dalam rumah tersebut. Suasana ini tidak kondusif untuk menjadi tempat dia belajar.
3.3 Sosioekonomi
Taraf sosiekonomi sesebuah keluarga turut menyumbang kepada pencapaian akademik
seseorang murid. Kajian yang telah dibuat oleh Leong Yin Ching (1990), mendapati faktor
sosioekonomi keluaraga menentukan kejayaan seseorang pelajar terutamanya pelajar
sekolah rendah.Taraf sosioekonomi turut mempengaruhi dalam penyediaan makanan yang
seimbang dan penyediaan tempat tinggal yang selesa di mana murid dapat belajar dengan
baik.
Menurut Aida (2004), pertumbuhan seseorang individu akan dipengaruhi oleh faktor
dalaman dan luaran. Salah satu faktor luaran ialah faktor pemakanan. Pemakanan yang
seimbang dapat mempercepatkan proses kematangan dan meningkatkan tahap pencapaian
akademik seseorang. Akibat taraf sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan makanan
seimbang tidak dapat disediakan dengan baik dan mencukupi. Dengan ini pola
pertumbuhan individu akan tergangggu. Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi
perkembanagan kognitif kanak-kanak. Menurut Sapora Sipon (2001), keluarga yang
berpendapatan rendah akan lebih membelanjakan pendapatan mereka untuk keperluan
asas dan kurang peruntukan untuk keperluan pendidikan.
Pendapatan keluarga murid ini adalah dalam sekitar RM 1200.00 sebulan. Akibat taraf
sosioekonomi keluarga yang rendah, keperluan makanan seimbang tidak dapat disediakan
7

dengan baik dan mencukupi. Dengan ini pola pertumbuhannya turut tergangggu. Ini secara
tidak langsung turut mempengaruhi perkembangan kognitif murid ini. Keluarganya juga
kurang berkemampuan untuk membeli peralatan persekolahan dan bahan pembelajaran
tambahan. Dia juga tidak dihantar ke kelas tambahan.
3.4 Personaliti
Faktor seterusnya ialah personaliti. Setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri.
Personaliti melambangkan ciri keperibadian seseorang seperti pandai berkawan, peramah,
popular dan disukai. Bebarapa kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi, mengatakan
bahawa faktor personaliti memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik
seseorang pelajar.
Menurut Johnson (1997), terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti dan
pencapaian akademik. Terman (1930), telah mengkaji perkembangan kanak-kanak pintar
dan cerdas menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet. Beliau mendapati pelajar
pintar dan cerdas lebih mudah mesra, gemar bergaul dengan rakan sebaya dan lebih
popular. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert dan dapat memperolehi
pencapaian akademik yang lebih cemerlang (Elliot, 1972).
Dapatan kajian menunjukkan murid ini tidak mempunyai faktor personaliti seperti yang
terdapat di atas. Dia ialah seorang pelajar yang pendiam dan tidak suka bergaul dengan
rakan sebaya. Dia lebih suka membuat kerjanya sendiri, Murid ini juga tidak menunjukkan
minat serta komitmen semasa guru mengajar Dia lebih suka membuat kerja lain seperti
memandang keluar tingkap dan berkhayal. Dia juga selalu tidak menyiapkan kerja sekolah
yang diberi.

4.0 Langkah-langkah Yang Diambil Oleh Guru
Tidak dapat dinafikan murid-murid mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Ada yang
mempunyai pencapaian akademik yang baik dan ada juga yang mempunyai pencapaian
akademik yang lemah. Ada yang mudah memahami pengajaran guru dan ada juga yang
sukar untuk memahaminya. Oleh itu terdapat pelbagai cara atau langkah yang boleh
digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid yang mempunyai pencapaian pelbagai ini.
Antaranya ialah pembelajaran yang berkesan, pemulihan dan pengayaan, pembelajaran
koperatif, peneguhan dan ganjaran dan sebagainya.

8


4.1 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid belajar bersama-sama dengan berkesan.
Ianya dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya murid dapat bekerjasama dalam
kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran. Menurut Johnson & Johnson (1991),
pembelajaran koperatif melibatkan murid bekerjasama untuk mencapai satu-satu objektif
pembelajaran.
Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara
iaitu pencapaian akademik, penerimaan kepelbagaian dan kemahiran sosial. Secara
umumnya, pembelajaran koperatif dapat memanfaatkan kumpulan berpencapaian rendah
dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.
Contohnya, guru boleh membahagikan murid dalam beberapa kumpulan. Di dalam
kumpulan tersebut mesti ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah. Murid yang
berpencapaian rendah akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang menjadi
tutor kepada mereka. Manakala pelajar berpencapaian tinggi akan mendapat kebaikan
sebagai pengajar dan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam serta lebih
memahami sesuatu topik pelajaran yang diajar.
4.2 Program Pengayaan dan Pemulihan
Langkah lain yang boleh diambil oleh guru ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Pengayaan ialah aktiviti tambahan selepas murid selesai menjalankan aktivit-aktiviti asas
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ianya boleh dijalankan semasa murid berada
di dalam kelas mahupun di luar waktu sekolah. Pengayaan biasanya mengandungi unsur-
unsur untuk menambah pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari
. Murid dapat mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti
melalui aktiviti yang dijalankan. Di samping itu pengayaan juga dapat memupuk sifat ingin
tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat keputusan sendiri.
Semasa menjalankan aktiviti pengayaan guru perlu mengambil kira beberapa perkara.
Antaranya ialah memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat keratif, menggunakan
daya usaha sendiri dan memberikan peluang untuk murid mengembangkan sifat kepimpinan
mereka. Guru juga boleh melaksanakan pelbagai aktiviti untuk proses pengayaan
contohnya seperti pembelajaran akses kendiri, bacaan tambahan permainan dan kerja
projek.
9

Manakala pemulihan pula ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi
keperluan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1983), pemulihan ialah tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami masalah pembelajaran. Menurut kamus dewan pula,
pulih ialah kembali seperti biasa atau sembuh. Masalah pemulihan biasanya timbul kerana
seseorang murid itu ketinggalan sedikat satu atau beberapa kebolehan asas jika
dibandingkan dengan rakan-rakannya. (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983).
Semasa menjalankan aktiviti pemulihan di dalam kelas guru perlu mengatur langkah-
langkah yang sesuai serta menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga
perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid. Selain
itu, guru juga boleh menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian untuk aktiviti
pemulihan seperti kaedah kumpulan , individu dan bimbingan rakan sebaya.
4.3 Peneguhan dan Ganjaran
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid sangat suka apabila diberi peneguhan
atau ganjaran. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Skinner (1953), membahagikan peneguhan kepada dua iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberi pujian setelah
perlakuan positif itu ditunjukkan. Kebarangkalian tingkah laku diteruskan merangsang gerak
balas seterusnya. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang
otak.
Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong murid menghasilkan kerja
yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik.
Contohnya, jika murid dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan tepat pada masa yang
ditetapkan, guru akan memberikan pujian yang merangsangkan. Keadaan ini akan
menyebabkan murid menyiapkan tugasan seterusnya dengan lebih baik dan menepati
waktu. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan oleh guru kepada murid ialah
memberikan kata-kata pujian selepas murid melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan tepukan, memberi hadiah memberikan senyuman dan sebagainya.
Peneguhan juga boleh dilakukan secara berterusan atau pun berkala. Dalam peneguhan
berterusan, semasa murid membuat latihan guru membimbing langkah demi langkah. Guru
boleh memuji dengan menunjukkan gerak isyarat bagus dan sebagainya bagi setiap
langkah pelajar dapat membuat aktiviti sehingga murid dapat menyelesaikan tugasan yang
diberi.
10

Ganjaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan kaedah yang dijalankan
untuk murid yang berprestasi rendah. Ia dapat meningkatkan tumpuan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan .

4.4 Teknik Pengajaran Yang Berkesan
Guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu guru
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pengajaran yang berkesan juga ialah pengajaran yang menarik. Menurut Noriati, Boon &
Sharifah (2009), guru yang kreatif sentiasa menyediakan pelbagai strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran
masing-masing.
Untuk menarik perhatian murid, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Menurut Mok Soon Sang
(2008), bahan bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta
menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid dapat dibangkitkan mereka
akan berusaha belajar secara aktif. Contohnya penggunaan akhbar di dalam darjah adalah
satu cara yang boleh merangsang minda murid berfikir kerana banyak pengetahuan yang
boleh di dapati di dalam surat khabar. Pada masa sekarang, guru mempunyai banyak
peralatan ICT untuk menarik minat belajar dalam kalangan muridnya. Malahan guru boleh
mendorong murid sendiri menghasilkan bahan pembelajaran mereka.
Guru juga boleh mewujudkan pusat atau sudut pembelajaran di dalam kelas yang
menempatkan bahan-bahan hidup seperti pokok dan ikan. Bahan-bahan ini dapat
dimanfaatkan oleh para pelajar. Menurut Khadijah, Mahani & Ramlah (2011), guru harus
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti
perbincangan di dalam kumpulan, bimbingan rakan sebaya, lakonan, simulasi, kaedah
penyoalan, projek , lawatan dan sebagainya.
Murid-murid selalunya suka menyanyi dan berlakon. Guru boleh menyediakan aktiviti
lakonan dengan merakamkan lakonan dan nyanyian murid. Setelah itu murid
dipertontonkan rakaman yang dibuat. Murid pasti gembira dan sentiasa ingin mengambil
bahagian. Tanpa disedari mereka sedang berkomunikasi. Di sini, wujudnya unsur
peneguhan berbahasa. Guru juga boleh menjadikan diri mereka sebagai penghibur yang
berbakat. Sekiranya guru mampu mempelbagaikan penyampaiannya, murid-murid akan
mendapat faedah walaupun wujud perbezaan antara mereka.
11

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, dasar pendidikan sekarang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa. Pencapaian yang baik dalam akademik akan
mencerminkan kejayaan kepada murid-murid. Dengan pencapaian ini juga akan menjadi
hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Melalui pencapaian ini juga akan
menentukan perubahan nasib mereka sama ada lebih baik atau sebaliknya. Semua ibu
bapa seharusnya sedar betapa pentingnya pendidikan yang baik terhadap anak-anak.
Melalui pendidikanlah mereka dapat mengubah nasib mereka. Guru juga memainkan
peranan yang penting di dalam menghadapi murid-murid yang mempunyai pencapaian
akademik yang berbeza. Dengan itu, guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi
semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru juga haruslah memiliki
komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu
mereka. Selain itu elakkan sikap pilih kasih dengan hanya memberi tumpuan kepada murid
yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dan mengabaikan murid yang lemah.
Dengan usaha guru yang berterusan diharap dapat melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.

6.0 Rujukan
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel & Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan kanak-kanak.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman,.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi: asas pendidikan. Kuala
Lumpur. Kayazano Enterprise.
Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob & Aznan Che Ahmad. (2008).
Perbezaan personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar pintar cerdas
akademik(PCA) berdasarkan gender. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.Universiti Sains
Pulau Pinang.23.111-112.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

12

Prof Dr. khadijah Rohani Mohd Yunus, mahani Razali & Ramlah jantan. (2011). Psikologi
pendidikan. Kuala Lumpur. Universiti Kuala Lumpur.

Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur. Heinemann
Educatianal Book.

Suppiah Nachiappan, ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2007). Psikologi
pendidikan.Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.






















13

Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK
LATAR BELAKANG MURID B

1. Jantina : Perempuan
2. Umur : 8 tahun
3. Tahun : Dua
4. Bilangan adik beradik : Sepuluh orang
5. Aktiviti di rumah : Bermain anak patung
6. Tahap pendidikan bapa : SRP
7. Tahap pendidikan ibu : Darjah Enam
8. Pekerjaan bapa : Pengawal keselamatan
9. Pekerjaan ibu : Pencuci
10. Pendapatan keluarga : RM1200.00
11. Alamat : No 13, Taman Desa Maju, Sitiawan.
12. Jenis Kediaman : Rumah Teres




14



15


16




17




18



19


20

Anda mungkin juga menyukai