Anda di halaman 1dari 5

Penulisan Kajian

Kandungan Bab 1
Tiap-tiap bahagian yang dibincangkan bukan sahaja perlu berkaitan tetapi menyokong di antara
satu sama lain.
Penilai biasanya akan memberikan perhatian kepada aspek ini apabila menilai sesebuah
PSM. Penilai yang berpengalaman akan dengan mudah mengesani kelemahan bahagian
ini.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kelemahan atau kekuatan Bab 1 PSM
membayangkan kelemahan atau kekuatan PSM secara keseluruhannya
Pelajar MESTI mengambil berat akan hal ini

LATAR BELAKANG
Menjelaskan maklumat awal tentang perkara yang hendak dikaji (seperti bidang kajian,
perkembangannya dan status terkini aspek yang hendak dikaji).
Urutan penulisan daripada umum kepada yang spesifik.
Perlu menimbulkan minat penilai/pembaca terhadap aspek yang hendak dikaji
Bahagian ini sebenarnya adalah penting, sama penting dengan bahagian-bahagian lain.
Pelajar biasanya associate kepentingan sesuatu bahagian dengan tahap kesukaran
menyiapkannya. Ini satu fahaman yang salah.
Bahagian ini adalah bahagian pertama yang akan dibaca oleh orang lain. Oleh itu
sekiranya pelajar mahu meyakinkan bahawa isu yang hendak dikaji adalah menarik dan
perlu diberikan perhatian yang serius, di bahagian Pendahuluan inilah yang perlu
dieksploit sepenuhnya
Umpamanya, jika kajian pelajar adalah mengenai promosi jualan restoran makanan
segera, pelajar boleh menghuraikan situasi ekonomi semasa dan kaitkan dengan usaha-
usaha yang dijalankan oleh restoran ini untuk menarik pelanggan dan kekal
competitive. Antara ayat yang seharusnya ada dalam bahagian ini ialah:

Keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara ini telah mengakibatkan banyak syarikat
(perlu ada data) yang terpaksa menutup perniagaan mereka. Bagaimana pun melalui
pemerhatian didapati restoran makanan segera (melalui data-data yang ada) masih lagi mampu
mengekalkan prestasi perniagaan mereka. Apakah rahsia kejayaan mereka, adakah kerana
lokasi, promosi atau produk yang mereka jual? Kajian ini akan cuba menjawab persoalan ini
dengan memberi tumpuan/fokus kepada aspek promosi. Untuk tujuan ini dua buah restoran
makanan segera telah dipilih iaitu restoran ABC dan XYZ.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam konteks PSM di fakulti ini, tanpa masalah kajian, kajian tidak dapat dijalankan. Kajian
bermula dengan suatu masalah. Apabila pelajar berjumpa penyelia, beberapa soalan yang hampir
pasti ditanya ialah:
Biasanya pelajar dengan mudah menjawab soalan pertama. Contoh: Saya nak kaji
internet, Saya hendak kaji Pengiklanan, Saya nak kaji Tabung Haji dll.
Tetapi bagi soalan kedua, kebanyakan pelajar tidak dapat menjawabnya dengan baik
sebab pelajar belum tahu lagi aspek mana yang sebenarnya hendak dikaji. Contoh: Saya
nak kaji Tabung Haji - adakah pelajar ini nak kaji kepuasan pelanggan, perkhidmatan
kaunter, kepuasan kerja, sistem pengurusan dll.
Pelajar perlu jelas aspek mana yang hendak dikaji sebelum menghasilkan sebuah
Masalah Kajian yang researchable
Sesuatu pernyataan masalah itu hendaklah:
1. Menjelaskan apa yang hendak dikaji.
2. Masalah yang hendak dikaji mesti sesuai, munasabah dan boleh dikaji.
3. Menjelaskan bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ianya telah dan perlu
dikaji.
4. Bersifat spesifik.
5. Menyatakan situasi di mana masalah itu wujud.Menyatakan apakah keadaan atau faktor
yang perlu dicerap dan diukur.

PERNYATAAN MASALAH
Dinyatakan dalam bentuk operasional.
Dinyatakan pembolehubah yang hendak dikaji.
Menyatakan andaian dan menilai andaian yang digunakan.
Pernyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk persoalan kajian


Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan satu masalah yang researchable daripada
satu permasalahan yang umum?.

LATIHAN
Majikan tolak cuti 2 Nov. -- Cadang cuti tahun diambil elak peningkatan kos operasi
swasta
Utusan Online 17 Oktober 2005
Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia, Datuk
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata, lebih 90 peratus ahlinya akan menutup
operasi pada musim perayaan kerana ia lebih berkesan dari segi penjimatan kos dan
produktiviti.
Ia dilakukan dengan cara arahan mewajibkan ambil cuti yang ditolak daripada cuti
tahun.
Cara tersebut tidak akan menjejaskan produktiviti kerana selama ini terbukti, cuti yang
panjang dapat menaikkan semangat para kakitangan untuk kembali bekerja, katanya.

MATLAMAT
Matlamat kajian ialah apa yang hendak dicapai di akhir kajian

Jangkaan umum terhadap hasil ataupun sinopsis yang tepat dan spesifik tentang objektif
keseluruhan kajian

OBJEKTIF
Pecahan kepada matlamat kajian menghasilkan objektif kajian
Jangkaan hasil kajian bagi menyelesai atau meleraikan masalah yang telah dinyatakan.
Menggunakan perkataan yang tepat dan boleh dicerap, seperti mengenal pasti, mengukur,
menjelaskan, membandingkan, membuktikan, meninjau dan lain-lain.
Menjelaskan bentuk penilaian yang hendak dibuat terhadap pembolehubah yang hendak
dikaji.

OBJEKTIF
Menjelaskan bentuk penilaian yang hendak dibuat terhadap pembolehubah yang hendak
dikaji.
Menjurus kepada pencapaian matlamat.
Mempunyai kaitan dengan hipotesis atau persoalan kajian

HIPOTESIS
Berasaskan pengetahuan yang sedia ada.
Mempunyai kaitan dengan pernyataan masalah dan objektif kajian.
Menjelaskan hubungan antara pembolehubah

SKOP
Menjelaskan perkara-perkara, aspek dan ruang lingkup yang hendak dikaji
Menjelaskan bagaimana bidang kajian yang luas dikecilkan menjadi fokus kajian yang
dijalankan (seperti aspek bidang, responden dan analisis).

Pelajar perlu menentukan apakah perkara-perkara, aspek dan ruang lingkup yang hendak dikaji

KEPENTINGAN KAJIAN
Maksud kepentingan kajian secara mudah ialah:

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian boleh dilihat dari segi:

CONTOH

Hasil kajian diharap dapat memberi satu gambaran dan kesedaran kepada majikan bahawa ciri-
ciri motivasi tertentu harus diambil berat dalam pentadbiran dan pengurusan mereka. Di
samping itu hasil kajian ini diharap boleh menjadi satu panduan kepada pihak majikan
mewujudkan suasana tempat kerja yang mendorong kesetiaan pekerjanya. Selain daripada itu,
kajian ini diharap dapat mengembang dan memantapkan teori-teori kesetiaan pekerja

KEPENTINGAN KAJIAN
Memenuhi jurang atau lompong penyelidikan
Membenarkan generalisasi kepada prinsip yang lebih umum mengenai bidang tersebut
Menajamkan lagi definisi sesuatu konsep atau hubungan
Mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap masalah-masalah yang praktikal.
Membina atau memperbaiki instrumen untuk mengumpul dan menganalisis data
Menyediakan peluang untuk mengumpul data yang dihalang oleh faktor tidak cukup
masa
Menyediakan kemungkinan untuk menghasilkan satu eksplorasi sesuatu isu dengan
teknik yang sedia ada

Anda mungkin juga menyukai