Anda di halaman 1dari 7

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 FORUM
JUMLAH

KBS 3013
KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT
BAHAGIAN A
(TUGASAN 2)
KUMPULAN
UPSI 01
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO.ID

NO.TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN.SARIB BIN SELAMAT


TARIKH SERAH

: 23 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN
1

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Kelebihan EduwebTV

2.1 Berita terkini


2.2 Jimatkan kos dan masa

3-4
4
4

2.3 Hiburan
4-5
2.4 Murid lebih kreatif
5
2.5 Disiplin
5-6
2.6 Menarik
6
2.7 Bersedia
6
2.8 Peluang pembelajaran yang sama
3.0

Kesimpulan

4.0

Rujukan

Eduweb TV
1.0 Pengenalan
Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi,khususnya teknologi informasi pada
masa kini telah membawa kepada satu perubahan yang amat besar dalam bidang
kehidupan termasuk juga pendidikan.Seperti yang telah kita ketahui,pendidikan
merupakan suatu proses yang digunakan oleh individu untuk memperolehi pengetahuan
bagi mengembangkan sikap.Justeru itu,seiring dengan kemajuan teknologi informasi
tersebut telah membuatkan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan Malaysia.
Contoh terbaik bagi teknologi informasi dalam bentuk elektronik adalah EduwebTV.Ia
merupakan saluran TV pendidikan yang disiarkan melalui internet.Bahagian yang
bertanggungjawab

menguruskan

EduwebTV

ialah

Bahagian

Teknologi

Pendidikan.Eduwebtv bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian
internet.Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa.Mereka yang berdaftar
sebagai ahli sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek bahan
yang diperlukan.Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan kerana tiada
yuran pendaftaran dikenakan.EduwebTV boleh diakses melalui internet dengan
menggunakan alamat http://eduwebtv.com/.EduwebTV mempunyai 7 saluran untuk
tontonan iaitu berita,akademik,rencana,wawancara,TV pendidikan,interaktif dan siaran
langsung.
2.0 Kelebihan EduwebTV
2.1 Berita terkini
Tentunya EduwebTV dapat memberikan banyak kelebihan

kepada murid-murid

pemulihan khas kerana mereka dapat menonton pelbagai peristiwa yang berlaku di
seluruh dunia.Melaluinya juga,kita dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat
lain.Selain itu dengan adanya EduwebTV juga,memudahkan berita terkini disampaikan
dengan cepat dan tepat kepada murid-murid pemulihan khas ini.Laman web ini akan
sentiasa dikemaskini dan ianya memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh
dunia.Secara tidak langsung murid-murid dapat melihat sendiri senario antarabangsa
yang sedang berlaku.

2.2 Jimatkan kos dan masa


Penggunaan EduwebTV ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos
perbelanjaan murid dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan.Bagi penjimatan kos
pengangkutan misalnya,murid-murid tidak perlu mengeluarkan wang poket mereka
untuk ke satu-satu tempat kerana guru boleh memanfaatkan EduwebTV tersebut.Guru
boleh membuat rakaman tayangan yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
contohnya Lawatan ke Zoo.Guru menggunakan bahan yang sedia ada di dalam
EduwebTV untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru menarik dan
berkesan.Secara tidak langsung,objektif yang ingin disampaikan kepada murid tercapai.
Lebih banyak rancangan berbentuk pendidikan yang ditonton,maka lebih banyak
perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak.
2.3 Hiburan
Melalui EduwebTV juga murid-murid boleh menyanyi dan menari.Mereka boleh
melakukan aksi dengan meniru perlakuan daripada video yang ditayangkan. Secara
tidak langsung,ia juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak yang
sedia diketahui mempunyai kadar pertumbuhan yang pesat dan daya serapan yang
tinggi.Tonn (2006) dalam penyelidikannya menyatakan kanak-kanak mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada
media elektronik.Tambah beliau lagi pendedahan kepada elektronik akan memberikan
kesan positif terhadap kebolehan membaca dan pengetahuan umum kanakkanak.Cuma kanak-kanak memerlukan bimbingan daripada guru untuk membuat pilihan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
2.4 Murid lebih kreatif
Menurut Mohd Sobri(2000),penggunaan alat bantu mengajar sedikit sebanyak dapat
mengoptimakan masa pengajaran.Seterusnya murid-murid akan mempunyai masa yang
banyak untuk berbincang dan memikirkan serta membayangkan sesuatu perkara
tentang pembelajaran pada masa tersebut.Ini akan menjadikan pembelajaran pada
masa itu lebih aktif dan murid-murid dapat berfikir dengan lebih kreatif.Penggunaan

EduwebTV yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran guru dapat melahirkan pemikiran
yang kreatif serta kritis dalam kalangan murid-murid kerana EduwebTV dapat
menerangkan sesuatu konsep dengan lebih berkesan.Contohnya aktiviti syair.
Menurut Ford Le Roy (1982),guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis
yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang boleh memahami
perbezaan individu.Beliau juga turut menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan
sendirinya

tidak

akan

menghasilkan

sebarang

perubahan

pembelajaran,tetapi

kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberkan kesan yang berkekalan.
2.5 Disiplin
Dengan menonton EduwebTV,kawalan disiplin murid-murid dapat dilakukan dengan
baik oleh guru kerana murid-murid lebih memberikan tumpuan terhadap video yang
ditayangkan.Guru boleh bersoal jawab dengan murid bila-bila masa diperlukan untuk
menarik perhatian murid sama ada mereka menonton ataupun sekadar melihat sahaja
tetapi tidak member sebarang kesan kepada pemikiran mereka.
Ini secara tidak langsung melatih murid-murid agar patuh kepada arahan yang diberikan
oleh guru sepanjang masa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2.6 Menarik
Alat bantu mengajar seperti EduwebTV ini sudah tentu dapat menarik minat dan
meninggalkan kesan yang mendalam kepda murid-murid kerana ianya menarik dan
berwarna.Murid-murid pemulihan khas memang sukakan suasana yang ceria untuk
mereka belajar.Guru boleh membimbing murid-murid membincangkan fakta-fakta
penting yang dipaparkan semasa video ditayangkan.Selepas itu,aktiviti penilaian
terhadap tindakbalas murid-murid berdasarkan hasil penggunaan EduwebTV itu dengan
tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran tercapai atau tidak.

2.7 Bersedia

Penggunaan

EduwebTV

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru


dapat membuat persediaan dan bersedia lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat
berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya menyampaikan kepada
murid-murid secara berkesan.Melalui penggunaan EduwebTV sebagai alat bantu
mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan juga
berkesan.Contohnya

menggunakan

tayangan

video

yang

bersesuai

dengan

tajuk,mereka hanya perlu mengaplikasikannya ke dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana murid-murid telah didedahkan dengan
gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami.Justeru itu, muridmurid tidak mudah berasa jemu atau bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan di dalam
tayangan video EduwebTV.
2.8 Peluang pembelajaran yang sama
Selain itu manfaat yang diperolehi,kesan daripada penggunaan EduwebTV dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua murd-murid pemulihan khas yang mempunyai tahap keupayaan
yang berbeza.Di dalam sesebuah kelas pemulihan tidak semua murid mempunyai
kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru.Justeru iti, melalui
penggunaan EduwebTV murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih
jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta jelas hasil
daripada penggunaan EduwebTV tersebut.Contohnya dengan tayangan video bertajuk
Sehari di Pasar Malam maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di
ajar kerana diberi gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami
berbanding

dengan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berbentuk

sehala.Melalui cara ini juga setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh
murid-murid kepada guru kerana mereka mudah bertindakbalas terhadap sistem yang
diajar dengan menggunakan EduwebTV ini.

3.0 Kesimpulan
Nilai EduwebTV dalam pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu alat bantu
mengajar yang berkesan kepada murid-murid jika digunakan dengan betul.Sekiranya,
langkah-langkah yang perlu diambil dan kesedaran terhadap tanggungjawab sosial
timbul dalam diri setiap individu,pastinya ramai kanak-kanak di Malaysia akan mendapat
faedah apabila menonton siaran tersebut.Usaha ini perlu dilakukan secara kolektif oleh
semua pihak.Sudah tentu tidak ada sesiapa yang ingin melihat generasi masa depan
kita hanyut dibuai oleh hiburan dan melupakan pendidikan sebagai satu asset yang
boleh menjamin kesejahteraan hidup.

Rujukan

1. http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
2. http://www.google.com.my/search?q=kebaikan-tv-pendidikan-kepada-murid&ie
3. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FULL.pdf
4. http://pkhastementi.blogspot.com/p/bahan-bantu-mengajar_17.html