Anda di halaman 1dari 7

Memasak menggunakan Microwave

Kepada pengunjung yang menpunyai microwave di rumah, Chetam postkan beberapa resepi yang anda boleh
cuba. Chetam tak ada microwave so tak leh nak kasi feedback atau nota kaki. Maaf sekiranya resepi berkenaan
menggunakan bahasa orang susah(omputih). Kalau Chetam jumpa lagi resepi yang guna microwave.....Chetam
akan tambah.

Kway Teow Mikro sumbangan Diana ResepiNet

1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
sudu kecil serbuk lada putih
sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan

Cara Cara
Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan
ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.

Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak.
Gaul lagi sehingga semuanya rata.

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayam Gajus Mikro

500 g isi ayam (tanpa kulit)
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada hitam
100 g kacang gajus goreng
1 biji lada jepun hijau dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
2 sudu besar minyak
5 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
air secukupnya

Cara untuk Memasak Ayam:
Ratakan minyak di mangkuk mikro. Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon. Taburkan
serbuk lada hitam dan bawang besar. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 12 minit pada panas
sederhana.

Cara untuk membuat Sos:
Campurkan secawan air dengan tepung tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus
lemon. Kacau hingga sebati. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 120 saat pada panas
sederhana.

Cara untuk menyediakan Ayam Gajus Mikro:
Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus. Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.

Langkah kanan Chetam hari ini(16/11/2005). Buka email tengok Diana ada kirimkan banyak resepi buat kek
menggunakan microwave dalam ResepiNet. So sama-sama kita kongsi.

KEK MENTEGA SENANG
Sumbangan: Arfi Binstead

Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
sudu teh garam
60 gram mentega, dicairkan
cawan susu segar
1 biji telur
sudu the esen vanilla

Cara-caranya
Di dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 20cm
berlubang tengah yang telah dialas dengan kertas kuih. Bakar selama 6 minit sehingga tepi kek tidak lagi
melekat.

Panduan
Dengan cepat bancuh dan adunan tepung boleh dibuat asas kek terbalik (upside down kek) boleh letak nenas
atau buah pic dalam loyang sebelum tuang adunan tepung ataupun dihidangkan begitu sahaja suam suam panas.
Jika membuat kek terbalik jangan gunakan kertas kuih untuk mengalas loyang. Letakkan bulatan nenas yang
telah ditoskan, dan tuangkan adunan gula perang yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis. Cara
membuat adunan gula perang bersama kayu manis adalah seperti berikut:-

1/3 cawan gula perang
3 sudu besar mentega
sudu the serbuk kayu manis
1/3 cawan kacang yang telah dicincang

Gaul semua bahan hingga rata dan masak dalam microwave selama 1 minit.

KEK COKLAT JOS
Sumbangan: Arfi Binstead

cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
sudu teh serbuk penaik
cawan gula
cawan susu segar sejuk
75 gram mentega, dicairkan
1 biji telur
sudu the esen vanilla

Cara-caranya
Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik kedalam mangkuk. Masukkan bahan yang lain dan gaul rata.
Tuangkan kedalam loyang bulat berukuran 20 cm (lebih baik menggunakan loyang yang berlubang tengah).
Alaskan dasar loyang dengan kertas kuih, terutama sekali jika menggunakan perkakas kaca atau pyrek. Masak
selama 7 minit dalam microwave. Panduan:
Resipi yang cepat dan mudah dibuat dan mendapat kek coklat yang ringan. Bila memasak kek haruslah perkakas
diletakkan diatas rak kek atau atas alat microwave yang berpusing, supaya kek masak serata.

Nota kaki Chetam : Puan Arfi Binstead merupakan salah seorang ahli ResepiNet yang berasal dari Indonesia
tetapi telah berkahwin dan bermastautin di New Zealand. Beliau mempunyai blog beliau sendiri -
http://mypantry.blog.co.uk. Cuba lawati blog beliau dan tengok posting tentang cupcakes.....comel giler
cupcakes tu.

CHEESECAKE

Bahan-bahannya
225 gram biskut digestive atau plain
125 gram mentega
250 gram krim keju
250 gram keju cottage
2 biji telur
cawan gula kaster
2 sudu besar tepung jagung
cawan susu segar
2 biji lemon, diparut kulitnya
1 sudu teh jus lemon

Cara-caranya Untuk membuat biskutnya, hancurkan biskut hingga halus dan campurkan dengan mentega yang
telah dicairkan. (Cairkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil dalam microwave selama 1 minit. Tekan
biskut pada dasar mangkuk casserole 20 cm. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga ia set. Untuk filling, pukul
cheese sehingga licin. Masukkan telur, pukul hingga ia serata. Masukkan bahan-lain dan gaul sebati. Tuangkan
keatas biskut. Masak selama 12 minit menggunakan power, sehingga ia set. Sejukkan kemudian boleh
disimpan dalam peti sejuk. Letakkan kekacang ataupun buah-buahan atasnya waktu menghidang.


MICROWAVE CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya
1/4 cawan serbuk koko
2/3 cawan air panas, dibahagikan dua
3/4 cawan + 2 sudu besar tepung serbaguna
1 cawan gula
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan + 2 sudu besar minyak sayuran
1 biji telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Griskan bekas micro proof yang berukuran 7 1/4 x 2 1/4 inci atau 8 x 1 1/2 inci. Dialas dasarnya dengan plastic
wrap.

Dalam mangkuk campurkan serbuk koko bersama 1/3 air panas, microwave high selama 40 - 50 saat atau
sehingga ia memekat sedikit.

Dalam bekas yang berasingan, campurkan tepung, gula, baking soda, baking powder dan garam. Sebaik-baiknya
ayak supaya bahan rata. Masukkan minyak, lebihan 1/3 cawan air panas, telur, esen vanilla dan campuran
serbuk koko tadi dan pukul sehingga adunan tepung menjadi licin dan sebati. Tuangkan adunan kedalam bekas
yang telah disediakan. Microwave pada HIGH selama 5 - 6 minit (600 - 700 watt) tak payah memusingkan kek.
Jangan risau jika nampak kek macam belum masak kerana ia akan sambung memasak pada waktu STANDING.
Biarkan ia standing selama 5 minit, kemudian boleh dikeluarkan dari bekas dan buang plastic wrap. Biarkan
sejuk baru diletak frosting.

Cara untuk membuat Frosting
Dalam mangkuk campurkan 3 sudu besar mentega, yang telah dilembutkan, 1/4 cawan serbuk koko, 1 1/3
cawan gula aising, 2 - 3 sudu besar susu segar dan 1/3 sudu teh esen vanilla. Pukul semua hingga sebati. Boleh
dapat 1 cawan frosting. Sapukan diatas kek dan hias dengan manik2 atau smarties jika suka untuk anak-anak.


VANILLA CAKE

Bahan-bahannya
2/3 cawan mentega
1 1/3 cawan gula
1 cawan susu segar
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 resipi chocolate frosting (seperti diatas)

Cara-caranya
Alas dasar loyang bulat 9 inci dengan kertas kuih. Ketepikan. Letakkan mentega dalam mangkuk. Microwave
HIGH selama 15 - 30 saat atau sehingga mentaga lembut. Masukkan gula dan pukul dengan mesin pemutar.
Masukkan susu, telur dan esen vannilla. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak. Pukul
pada kelajuan perlahan sehingga ia sebati. Tuangkan adunan kedalam bekas yang telah disediakan. Microwave
at Power Level selama 5 - 6 minit dan perlu dipusingkan loyang sekali. Kemudian Microwave HIGH selaam 3 -
5 minit atau sehingga permukaan timbul kembali bila ditekan. Biarkan ia stand selama 5 - 10 minit. Keluarkan
ke atas wire rack dan sejukkan. Adunan boleh dibakar dua kali untuk mendapatkan dua lapis kek yang
diletakkan frosting ditengah.

~~~~~~~~~~~~~
Chetam tengah dalam proses nak dapatkan resepi dari Forum CARI.com tapi pc ni lembab pulak dah.
InsyaAllah Chetam akan sambung lagi. Kebetulan hari ni sibuk ngan keje.

Okay...berikut resepi yang Chetam ambil dari CARI.com. Resepi ini telah dikompilasikan oleh Puan Noor Masri
dan juga Kak Liza.

Singgang Ikan dari Kak Liza

Bahan
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
ciliapi..ikut suka

Cara....
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi

Tanak pulut dalam micro wave dari Kak Liza

1. beras pulut [ikut suka banyak mana nak masak] dibasuhkan dan masukkan dalam mangkuk bertudung...
2. Masukkan air anggran tinggi sedikit dari beras pulut tu..
3. Masakkan dalam m/wave oven pada MEDIUM selama 30 minit.
4. Bila dah masak..keluarkan dari oven microwave dan kacau rata..
5. Hidangkan dengan ikan masin goreng...atau kuah pengat durian...

Black Pepper Chicken dari Lin (sebijik rasa cam yg kat secret recipe tu)

ayam ( dada atau whole peha-buang tulang)
black pepper - dalam dua sudu besar, tumbuk
oyster sauce - dua sudu
bawang putih - seulas - tumbuk
bawang merah - dua biji - tumbuk
halia - 1/2 inci - tumbuk
fish sauce - ikut rasa ( guna garam pun ok)
kicap sikit

campur semua bahan, perap ayam dalam 10-15 mins
masukkan dalam pinggan, cover dengan cling filmmasukkan dalam microwave, masak for about 5-10 high (
masa selalu ikut kuasa microwave).

Steam fish ....style org cina dari DARSITA

Dalam mangkuk (special utk microwave) letakkan ikan yg dah di cuci bersih, letakkan garam, lada sulah (putih),
minyak bijan, sedikit ajinomoto (kalau tak makan ajinomoto ..letakkan sedikit gula), hirisan halia dan hirisan,
kicap soya (cair) sekadar mewanakan (dua tiga titik), sesudu besar minyak goreng.

Peram selama 15 minit.

Cover mangkuk dengan plastik wrap (ada dijual di supermarket) patikan plastik ini satu inci dari bahan bahan
atau isi ikan.

Masukkan dalam microwave .. untuk 9 minit.

Dalam kuali kecil masukkan dua sudu besar minyak dan goreng hirisan bawang putih. Hiriskan daun bawang
(spring inion) bukan daun kucai ya ...

Bila microwave sudah berbunyi ..tit tit tit ... keluarkan mangkuk tadi, curahkan bawang putih goreng yg di
goreng bersama minyaknya dan last taburkan hirisan daun bawang tadi. Tutup balik dengan plastik wrap.

Siaplah sudah stim/steam fish ini. Untuk menentukan isi ikan dah masak, cucuk daging ikan dengan toothpick
..kalau tak ada isi ikan yang melekat itu tandanya isi ikan dah masak.

4 Resipi Mudah Masakan Telur Hanya Guna Microwave
Telur Hancur ( Scrambled Eggs )
1. 2 biji telur
2. Susu segar ( setengah cawan )
3. Keju ( jika mahu )
4. Garam, lada sulah jika perlu
Cara- cara
Masukkan 2 biji telur dan susu segar di
dalam cawan dan pukul rata. Kemudian
masukkan ke dalam microwave oven selama 45 saat hingga 1 minit pada mode HIGH (
TINGGI ). Hidangkan!
Poached Eggs ( Telur mata rebus )

1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan air
3. Satu sudu cuka ( jika mahu )
Cara-cara
1. Masukkan air kedalam cawan
yang berisi telur. Tambahkan
cuka jika mahu
2. Tutup cawan tadi dengan
piring Microwave-safe dan masukkan ke dalam microwave selama 1 minit. Jika telur kurang
masak, tambahkan lagi masa kepada 20-30 saat. Hidangkan.
Egg Quiche

1. 1 biji telur
2. 2 sudu susu segar
3. Garam, lada sulah
4. Roti bagel/ french bread/ roti keras
5. 2-3 sudu cream cheese
6. Hirisan daging ayam/lembu (
chicken ham )
7. Mustard ( jika mahu )
Cara-cara
1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam/lada sulah. Carikkan roti
menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam bancuhan tadi bersama cream cheese dan
gaul. Tambahkan hirisan daging ayam ( chicken ham ) dan tambahkan daun sup jika mahu.
2. Masukkan ke dalam microwave selama 1 minit ataupun tambah masa jika anda suka.
Hidangkan.

Omelette

1. 4 biji telur
2. 1/4 cawan susu
3. Garam, lada sulah
4. Bahan yang ingin dimasukkan ke
dalam omelette seperti bawang, kentang,
mushroom, cili, cheese ( semua dihiris
nipis )
Cara-cara
1. Campurkan telur, susu, keju, garam
dan lada dalam mangkuk. Tambah
bawang, kentang, tomato, lada dan cendawan.
2. Tuangkan campuran ke dalam bekas pai ataupun piring (nota: mestilah bukan logam) dan
tutup dengan pinggan atau piring microwave safe.
3. Masukkan ke dalam mikrowave HIGH selama 90 saat, kemudian kacau dan tutup. Masak
lagi selama 90 saat dan tutup. Kemudian buka penutup dan masak lagi selama 1 minit.