Anda di halaman 1dari 43

PENDEKATAN

PSIKOANALITIK
MINGGU 2
SIGMUND FREUD
Lahir pada 6 Mei 1856 di Moravia, Jerman.
Anak pertama dari 8 adik beradik.
Bangsa yahudi.
Umur 17 tahun memasuki sekolah perubatan di
Universiti Vienna, pelajar cemerlang dalam
bidang neurologi.
Ketika lahir, bapanya berusia 40 tahun, ibunya
berusia 20 tahun.
Teori Psikoanalisisnya merupakan teori
personaliti formal yang pertama sekali dalam
bidang pengajian personaliti
NALURI: DESAKAN DALAM
PERSONALITI
Naluri
Gambaran mental terhadap rangsangan
dalaman.
Rangsangan dalaman (lapar) mencetuskan
tindak balas fisiologi minda mengubah
tindak balas ini kepada keinginan (naluri)
untuk makan. Naluri merupakan gambaran
mental akibat rangsangan tindak balas
fisiologi yang mendorong manusia ke arah
tingkah laku yang sepatutnya.
Merupakan elemen asas dalam personaliti
Dalam keadaan yang memerlukan
perasaan menjadi tertekan.
Matlamat naluri adalah untuk memenuhi
keperluan seterusnya mengurangkan
tekanan.
Pendekatan Homeostasis manusia
didorong untuk mengekalkan
keseimbangan fisiologi supaya tubuh
badan bebas daripada tekanan
Cara memenuhi keperluan berbeza-beza.
Naluri bergerak dari objek ke objek
melalui Mekanisme Helah Bela Diri.

Kategori naluri:
Naluri hidup
Naluri kematian

Naluri Kehidupan
Desakan naluri untuk meneruskan kehidupan
dengan memenuhi keperluan asas fisiologi
(makan, minum dsbnya).
Eros naluri untuk hidup.
Libido tenaga psikik (jiwa) yang dikaitkan
dengan kepuasan bagi naluri untuk hidup.
Libido boleh dikaitkan dengan sesuatu objek
jika kepuasan dan kegembiraan boleh
diperolehi melaluinya (Konsep
Chatexis).Lebih menjurus ke arah tenaga
seksual.

Naluri Kematian
Realitinya, semua benda hidup akan mati.
Manusia mempunyai keinginan tanpa sedar
untuk mati
Naluri kematian adalah desakan tanpa sedar
terhadap kematian, kemusnahan dan
keagresifan.
Desakan agresif keinginan untuk mati
berarah ke satu objek. Agresif desakan
yang membuatkan manusia memusnah,
menakluk dan membunuh.
KONSEP MINDA
Alam Sedar
Keadaan apabila manusia berada dalam
keadaan sedar
Beroperasi atas permukaan personaliti.
Peranan kecil dalam perkembangan
personaliti.
Alam Pra-Sedar
Pengalaman di bawah sedar tetapi
boleh menjadi sedar dengan sedikit
usaha.
Gedung memori, persepsi, pemikiran
yang ada ketikanya manusia
menyedarinya, tetapi pada ketika yang
lain melupainya.
Cth: Mengingati kembali apa yang telah
dimakan setelah mendapat sakit perut.

Alam Bawah Sedar
Tempat asal usul naluri, keinginan,
nafsu yang mendorong tingkah laku
manusia.
Mengandungi kuasa desakan utama di
sebalik semua tingkah laku, gedung
tenaga yang manusia tidak dapat lihat.
STRUKTUR PERSONALITI
Untuk memahami bagaimana konflik
berlaku dalam diri manusia, personaliti
dibahagi kepada 3 tahap:
Id
Ego
Superego

Id
Naluri, nafsu (libido) iaitu kuasa psikik yang
dicetuskan oleh naluri.
Struktur paling kuat dalam personaliti.
Prinsip memaksimumkan keseronokan,
meminimumkan kesakitan (pleasure principle).
Membekalkan kuasa kepada ego dan superego
Id bersifat pentingkan diri, mencari
keseronokan, tidak bermoral, mendesak dan
terburu-buru.

Ego
Aspek personaliti yang lebih rasional
Bertanggungjawab memandu dan mengawal
naluri berdasarkan prinsip-prinsip realiti.
Bukan menghalang id, tetapi membantu id
mengurangkan tekanannya, menunda,
melewatkan atau memandu id ke arah
kehendak yang lebih realiti.
Mencadangkan bila dan bagaimana id boleh
dipenuhi mengambil kira faktor sosial, masa
dan objek yang boleh diterima untuk
memuaskan id.

Superego
Aspek moral dalam personaliti
Idea betul atau salah.
Mengambil kira nilai-nilai dan pegangan ibu
bapa dan masyarakat.
Komponen superego:
Conscience komponen yang
mengandungi tingkah laku yang dihukum.
Ego-ideal komponen yang mengandungi
moral, atau tingkah laku ideal yang perlu
dicapai oleh seseorang individu.

Fungsi superego hanya semata-mata untuk
kesempurnaan moral.
Id fokus terhadap kepuasan, ego cuba
melewatkan, dan superego memandukan
kesemuanya ke arah aspek moraliti.
ANXIETI: ANCAMAN TERHADAP EGO
Anxieti perasaan bimbang dan takut terhadap
sesuatu yang tidak pasti (objectless fear).
Merupakan asas kepada perkembangan tingkah
laku neurotik dan psikotik.
Anxieti Neurotik
konflik antara id dan ego
Keinginan untuk memenuhi id menimbulkan
perasaan bimbang terhadap hukuman yang
diterima kerana memuaskan id
Kalau nalurinya tidak dapat dikawal,
kebimbangan pula berlaku, crazy life!

Anxieti Psikotik
Konflik antara id dan superego
Wujud perasaan malu atau bersalah
dalam keinginan untuk memenuhi id.
Individu yang tinggi moral lebih merasa
konflik (?)

Anxieti Realiti/Objektif
Kebimbangan dan ketakutan terhadap
perkara yang nyata
Takutkan api, gempa bumi, angin kuat dan
sebagainya.
Takut dirompak ketika berjalan seorang diri
Takut ketika bercakap di hadapan orang
ramai
Fungsi anxieti
Tanda amaran bahawa sesuatu tidak
sepatutnya berlaku dalam personalitinya
Mencetuskan tekanan, tekanan mencetuskan
dorongan/keinginan.desakan seperti rasa lapar
dan dahaga, mencetuskan motivasi untuk
mengurangkannya/memuaskannya (tension
must be reduce)
Menyedarkan manusia bahawa ego sedang
diancam

MEKANISME HELAH BELA DIRI

Strategi yang digunakan oleh ego untuk
menghalangnya dari didesak oleh
kebimbangan yang disebabkan oleh
konflik diri.
Represi (Repression)
Percubaan ego untuk mengelakkan
desakan id yang tidak disenangi
daripada memasuki permukaan alam
sedar.
Ingatan kenangan tertentu dihalang
memasuki alam sedar tidak mahu
mengingatinya lagi.
Desakan itu mahu meluahkannya di
alam sedar tetapi bertembung dengan
ego.
Pemindahan (Displacement)
Memindahkan keinginan id daripada
objek asalnya kepada objek lain sebagai
ganti
Contoh: memindahkan kemarahan
terhadap boss kepada anak di rumah.

Sublimasi (Sublimation)
Pengubahsuaian cetusan id
Kuasa naluri dipindahkan dalam bentuk
luahan yang lain, yang lebih diterima
masyarakat dan moral.
Cth: naluri seksual dipindahkan dalam
bentuk artistik dan tingkah laku kreatif.

Penafian (Denial)
Berlaku apabila seseorang cuba
meyakinkan dirinya bahawa suatu
perkara itu tidak wujud untuk
mengelakkan tekanan.
Contoh: seseorang tidak dapat
menerima kenyataan bahawa ibu
bapanya meninggal dunia dalam satu
kemalangan
Regresi (Regression)
Apabila ego digugat, seseorang akan
kembali ke tahap personaliti yang lama
untuk menyesuaikan diri dengan
tekanan.
Contoh: orang tua yang berkelakuan
seperti kanak-kanak apabila bertengkar.
Individu kembali ke peringkat
psikoseksual perkembangan kanak-
kanak.
Projeksi (Projection)
Melindungi ego dengan menyalahkan
orang lain.
Contoh: seseorang yang sombong dan
tidak suka memulakan perbualan
menuduh orang lain yang sombong dan
tidak mahu memulakan perbualan.
Pembentukan Reaksi (Reaction
Formation)
Tindakan kepura-puraan
Tindakan seseorang bertentangan
dengan motif asalnya
Seseorang yang mempunyai naluri
seksual yang tinggi akan
memendamkan sahaja naluri tersebut,
dan menggantikannya dengan tingkah
laku yang lebih diterima masyarakat
seperti pejuang anti pornografi
Rasionalisasi (Rationalization)
Mempertahankan kelakuan dengan alasan
yang tidak benar tetapi munasabah.
Melihat perkara yang berlaku terhadap diri
sendiri mempunyai rasionalnya yang
tersendiri.
Contoh: Seseorang yang mendapat
markah yang rendah akan cuba
mengaitkannya dengan kegagalan guru
menyampaikan pelajaran dengan
berkesan
Introjeksi (Introjections)
Seseorang yang ingin
mengidentifikasikan dirinya dengan
orang lain untuk melindungi kelemahan
diri dan menyerap pengaruh orang yang
didampinginya.
Contoh: individu yang berkawan dengan
seseorang yang berpangkat dengan
harapan ingin menumpang kedudukan
orang berkenaan.

Kompensasi (Compensation)
Melakukan aktiviti lain untuk mengatasi
kelemahan yang ada pada aktiviti asal
dan mendapat kepuasan pada aktiviti
baru tersebut.
Contoh: jika seseorang tidak terpilih
dalam permainan sepak takraw, ia akan
beralih kepada permainan bola tampar.
Fantasi (Fantasy)
Suatu angan-angan di mana ia mungkin
bersifat positif atau negatif.
Jika positif akan mendorong ke arah
kejayaan
Jika negatif akan mendorong ke arah
kegagalan dan kekecewaan.
PERINGKAT PERKEMBANGAN
PERSONALITI PSIKOSEKSUAL
Ciri-ciri:
Bersifat biologi
Melibatkan perkembangan tenaga seksual
yang dianggap normal.
Tetapi menjadi tidak normal jika berlaku
lekatan/renjatan (fixation) dalam sesuatu
peringkat mengakibatkan konflik dalam
kehidupan seterusnya
Peringkat Mulut (Oral Stage)
Lahir 18 bulan
Sumber keseronokan mulut menimbulkan kepuasan seksual
(erotic satisfaction)
Aktiviti menghisap, menggigit dan mengunyah, menggunakan bibir,
lidah dan pipi.
Lekatan berlaku apabila:
Di peringkat menghisap (oral incorporative)
Tidak puas menyusu wujud personaliti pendiam, pasif,
suka merokok, suka makan, suka minum, suka bercium,
bergantung kepada orang lain untuk dapat perhatian, suka
mempercayai orang lain
Di peringkat menggigit (oral aggressive)
Lambat diberi makanan keras (peringkat menggigit) wujud
personaliti suka bercakap kasar, gigit objek seperti pen, jari
atau kuku, agak ganas, agresif, suka bertengkar dan
menyindir, suka mengeksploitasi orang lain.

Peringkat Dubur (Anal Stage)
18 bulan 3 tahun
Zon kelazatan beralih ke kawasan dubur (aktiviti membuang dan
menahan najis)
Ibu bapa mengajar anak membuang najis dengan betul (toilet
training).
Jika dilatih terlalu awal, wujud personaliti anal retentive iaitu
penahan, dan berkembang menjadi sifat terlalu pembersih, kedekut,
degil dan mahukan kesempurnaan.
Konflik yang timbul:
Konflik menahan-membuang (retentive-expulsion conflict)
kanak-kanak hilang autonomi (konflik autonomi) akan disiplin
yang diterima.
Kalau kanak-kanak rasa ini menjadi konflik wujud personaliti
bergantung apabila dewasa.
Kalau kanak-kanak rasa tiada halangan wujud personaliti anal
aggressive panas baran, agresif dan suka melepaskan
perasaan.
Peringkat Kubul (Phallic Stage)
3-6 tahun
Keseronokan dari kawasan zakar atau faraj, bukan
sahaja melalui aktiviti masturbation tetapi juga fantasi.
Kanak-kanak mula ingin tahu tentang kelahiran, kenapa
budak lelaki ada zakar, kenapa budak perempuan tiada.
Kanak-kanak lelaki timbul perasaan berahi pada ibu
sendiri - sedar bapa menjadi saingan takut dihukum
bapa (castration) berlagak menjadi bapa
Mengalami konflik Oedipal Complex sempena tragedi
Sophocles Oedipus Rex di mana raja Greek membunuh
bapanya dan menjalin hubungan dengan ibunya.

Kanak-kanak perempuan pula mengalami Electra
Complex berahi pada bapa tetapi takut pada ibu
(castrating female, sebab itu perempuan tiada zakar)
berlagak menjadi ibu
Mengalami konflik iri zakar (Penis Envy) merasakan
budak lelaki lebih bebas dan kelebihannya ialah zakar.
Apabila dewasa :
Kanak-kanak perusaha mengatasi kaum lelaki,
mengkritik dan merendahkan kaum lelaki kesan
daripada perasaan bahawa mereka telah dikembiri
(castrating females).
Kanak-kanak lelaki takut dikembiri (castrating), oleh
itu menganggap zakar sebagai satu yang bernilai
kesannya mereka suka menonjolkan diri dan
menunjukkan kelelakiannya.

Peringkat Latensi (Latency Stage)
6 tahun hingga baligh
Perkembangan seksual berada dalam
keadaan yang bertahan
Ia tidak dianggap sebagai peringkat
psikoseksual dalam perkembangan
personaliti kerana ketika ini nakuri seksual
terpendam dalam aktiviti sekolah, sukan
dan rekreasi dan persahabatan bersama
rakan sebaya yang sama jantina.
Peringkat Genital (Genital Stage)
Tekanan seksual meningkat, organ
pembiakan menjadi matang
Naluri seks mencari pasangan
Jika tidak ada pengalaman trauma atau
lekatan semasa kanak-kanak,
penyesuaian diri akan terhasil.
IMEJ CIRI SEMULAJADI MANUSIA
KEBEBASAN
UNIVERSAL
PENGALAMAN
SEKARANG
PERSEKITARAN
DITENTUKAN
UNIK
PERWARISAN
PENGALAMAN
LEPAS
PERKEMBANGAN KESEIMBANGAN
PESIMISM OPTIMISM
PENILAIAN DALAM TEORI FREUD
Teknik Free-Association
Pesakit menyatakan apa yang datang dalam fikirannya.
Hipnosis
Kaedah pukau pesakit mengingat kembali peristiwa
dengan cara melapangkan fikiran yang diganggu dengan
persitiwa yang menarik
Catharsis
luahan emosi yang dijangkan akan membawa kepada
pengurangan simptom gangguan
Teknik Analisis Mimpi (Dream Analysis)
Mentafsir mimpi untuk melihat konflik yang berada di alam
bawah sedar
Manifest content peristiwa sebenar dalam mimpi
Latent content maksud simbolik di sebalik peristiwa dalam
mimpi
RUMUSAN
Kaitkan teori Freud dengan sejarah
hidupnya.