Anda di halaman 1dari 1

BIOLOGI TINGKATAN 4

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA BIOLOGI



1.1 KAJIAN BIOLOGI
Istilah Biologi berasal dari perkataan Yunani:
Bios : kehidupan
Logos : kajian
Kepentingan biologi:
Memahami organism-organisma hidup proses-proses kehidupannya
Memahami struktur-struktur dalam organisma hidup dan fungsi-fungsinya
Memahami interaksi antara organisma hidup dan persekitaran serta interaksinya dengan
organisma lain
Menghargai kepelbagaian benda hidup
Bidang kajian dalam Biologi
Mikrobiologi Kajian tentang mikroorganisma
Biokimia Kajian tentang kimia kehidupan
Anatomi Kajian tentang struktur dan organisasi organism
Bioteknologi Biologi gunaan dalam industri
Genetik Kajian tentang perwarisan dan variasi
Perubatan Kajian dan rawatan penyakit-penyakit
Zoologi Kajian tentang haiwan
Botani Kajian tentang tumbuhan
Ekologi Kajian tentang hubungan antara organism hidup dengan persekitarannya
Taksonomi Kajian tentang mengenal pasti, mengelas dan penamaan organism hidup
Kerjaya-kerjaya dalam Biologi
Perubatan doktor perubatan, jururawat, ahli fisioterapi, ahli farmasi, doktor pergigian, doktor
verterinar saintis
Bioteknologi Ahli bioteknologi, ahli teknologi makanan
Pertanian Ahli botani, pegawai perikanan, pegawai penyelidik, pegawai pertanian
industri Ahli nutrisi, ahli dietetik, ahli sains

1.2 PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Melibatkan langkah-langkah berikut:
Mengenalpasti suatu masalah membentuk suatu hipotesismerancang eksperimenmengenalpasti
dan mengawal pemboleh ubahmengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah
menjalan eksperimenmengumpul datamerekod datamenganalisa dan mentafsir datamembuat
kesimpulanmenulis laporan

SOALAN


Anda diberikan 56 g tepung, 10g gula, 10g yis, 2 tabung uji dan 2 bikar. Rancang satu eksperimen untuk membuat
roti menggunakan yis dengan gula dan tanpa gula. Eksperimen anda hendaklah mengandungi:
Tujuan
Pernyataan masalah
Hipotesis
Pembolehubah
Bahan
Radas
Prosedur
Penjadualan data
Gula mempengaruhi peningkatan saiz doh semasa membuat roti