Anda di halaman 1dari 13

Rancangan Pengajaran Harian Minggu 1

Tarikh : 13 Mac 2014 (Khamis)


Masa : 7.30 pagi 8.30 pagi
Kelas : Tahun 5 Adil
Bilangan Murid : 18 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan dan Kesihatan
Tajuk : Cegah Sebelum Parah
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama
5.1: Bacaan
Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca
Aras 1
1. Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
4.1 : Lisan
Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara
Aras 1
1. Mengamati idea dalam perbincangan untuk menyatakan pendapat

6.2 : Bacaan
Membaca dan mengenalpasti pelbagai genre penulisan
Aras 1
Mengenalpasti penggunaan kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam sesuatu genre
6.3 : Bacaan
Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
Aras 2
1. Membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam
teks

10.3 : Tulisan
Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca
Aras 1
1. Mengecam dan menyusun idea utama daripada petikan yang dibaca

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Membaca catatan dengan intonasi yang betul
2. Mengenal pasti 2 idea utama dan 2 idea sokongan daripada teks

Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi
Pengisian Kurikulum :
1. Ilmu : Kesihatan
2. Nilai: Kasih sayang, hemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental

Kemahiran Bernilai Tambah :
1. Kemahiran Berfikir (mengkategorikan)
2. Kecerdasan pelbagai (muzik)



Pengetahuan sedia ada :
1. Murid pernah mendengar maklumat tentang bahaya dadah sewaktu kempen antidadah
yang dilaksanakan di sekolah
Bahan Bantu mengajar : Lagu Mereka yang Rebah( dimuatturun melalui youtube), Rakaman
bacaan catatan, petikan catatan, lembaran kerja, kompter riba dan LCD projektor.





















Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Set
Induksi
(5minit)

Lagu Mereka
yang Rebah

1.Menayangkan dan
memperdengarkan lagu
Mereka yang Rebah di
skrin paparan .

2.Mengajukan soalan
tentang lagu :

a)Lagu yang didengar dan
ditonton mengisahkan apa?

b)Pernahkah kamu
terjumpa atau terlihat
dengan apa yang dilakukan
oleh orang yang
ditunjukkan dalam lagu.
Seandainya kamu terlihat
orang seperti itu apa
tindakan kamu ?

3.Memperkenalkan tajuk
pelajaran hari ini


1.Mendengar lagu dan
menonton video yang
ditayangkan .


2.Menjawab soalan yang
dikemukakan :

a)Lagu berkenaan dengan
penagih dadah

b) Tidak / pernah.
Jika pernah akan :

-Memberitahu ibu bapa

-melaporkannya kepada
polis





BBM :
Tayangan
video lagu
Mereka yang
Rebah

KBAT :
Soalan
memerlukan
murid
memikirkan
tindakan dan
jawapan bagi
soalan ini
pelbagai

KBT :
Kecerdasan
Pelbagai

NILAI :
Prihatin

Langkah 1
(10 minit)

Luahan atau
pesanan daripada
penagih dadah
yang hampir
menemui ajalnya

1.Memperdengarkan
bacaan catatan dengan
intonasi dan sebutan yang
betul.

2.Meminta murid
menyemak dan menghayati
catatan yang didengar.

3.Memilih wakil murid
untuk mengetuai bacaan
catatan . Setiap perenggan
catatan wakil murid akan
ditukar kepada murid lain.

1.Mendengar dan
menghayati sambil
menyemak petikan
catatan

2.Wakil murid membaca
catatan dengan intonasi
yang betul manakala
yang lain mengikutnya
secara beramai-ramai.

BBM :
Petikan
catatan

Rakaman
catatan

NILAI :
Kerjasama,
Hemah tinggi




Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Langkah 3
(20 minit)

Idea utama dan
idea sokongan

1.Memaparkan jadual
yang sama seperti
lembaran kerja 1
menggunakan power point

2.Menerangkan aktiviti
yang perlu dilakukan.
Murid diminta
menyenaraikan idea utama
dan idea sokongan dalam
catatan secara kumpulan.

3.Membahagikan murid
kepada 4 kumpulan .

4.Mengedarkan lembaran
kerja 1

5.Memantau perbincangan
murid


1.Mengkategorikan idea
utama dan idea sokongan
yang terdapat dalam
catatan secara kumpulan

2.Membentangkan hasil
perbincangan. Setiap
kumpulan membacakan
satu idea utama dan idea
sokongan daripada 4
idea yang telah berjaya
dikategorikan


BBM :

Petikan
Catatan
Lembaran
kerja 1

NILAI :
Kerjasama

KBT :
KB
(mengkategori)

Langkah 4
(20minit)

Peribahasa


1. Memaparkan jadual
yang sama seperti
lembaran kerja 2
menggunakan power point

2.Meminta murid
menyenaraikan ungkapan,
cogan kata dan peribahasa
yang terdapat dalam
petikan kemudian
memadankannya dengan
makna yang betul

3.Mengedarkan lembaran
kerja 2

4.Memantau murid
menyenaraikan ungkapan,
cogan kata dan peribahasa
memadankannya dengan
makna yang diberikan

1.Menyenaraikan
ungkapan, cogan kata
dan peribahasa

2.Memadankan
ungkapan, cogan kata
dan peribahasa dengan
makna yang betul

BBM :

Petikan
Catatan

Lembaran
Kerja 2

NILAI :
Prihatin


Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Penutup
(5minit)

Lagu Mereka
yang Rebah

1.Memperdengarkan lagu
Mereka yang Rebah

2.Meminta murid
menyatakan apa yang
dipelajari pada hari ini


3.Memberi peneguhan
sosial kepada murid atas
kerjasama dan tumpuan
yang diberikan sepanjang
pengajaran dan
pembelajaran

1.Menyanyikan lagu
Mereka yang Rebah

Merumus pelajaran :
a)Membaca dengan
sebutan dan intonasi

b)Mengecam idea utama
dan idea sokongan

c)Peribahasa


BBM:
Lagu Mereka
yang Rebah

Komputer
LCD

KBT :
Kecerdasan
Pelbagai

NILAI :
menghargai


Alamat url youtube lagu Mereka yang Rebah
http://www.youtube.com/watch?v=Zc3P15bSWm8













Lampiran 1
Lirik lagu : Mereka yang Rebah
(terpapar pada tayangan video sewaktu lagu dimainkan)
Dimuat turun melalui youtube : http://www.youtube.com/watch?v=Zc3P15bSWm8



Lihatlah sekeliling kita
Betapa saban hari pasti ada saja
Harapan serta bungan bangsa yang rebah

Tak memadai sekadar keluhan
Apatah lagi jelingan serta cemuhan
Yang jatuh dan yang rebah itu
Adalah anak watanmu

Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan

Tak daya mengawal diri
Lantaran terlalu menurut kata hati
Mereka bagaikan kehilangan
Pedoman di masa depan

Untukkan sedikit masa emasmu
Kerana mereka memerlukanmu
Tersesat mereka di hujung jalan
Marilah bersama memberi bimbingan( ulang 3 kali)





Lampiran 2

Petikan Catatan


Kepada insan yang budiman,
Bacalah catatan yang kubawa kemana-mana ini. Jika ditakdirkan aku tidak
bernyawa lagi, aku mohon uruskanlah jenazahku ini.

Aku sebatang kara. Dahulu aku mempunyai banyak kenalan tetapi apabila
keadaanku begini , aku disisihkan. Lebih-lebih lagi keadaan kesihatanku
bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
Keadaanku kini berpunca daripada ketagihan dadah. Aku semakin kurus.
Daya ketahanan badanku tiada lagi. Aku sering demam berpanjangan dan
batuk-batuk. Aku ibarat bangkai bernyawa,

Penyakit AIDS yang kuhidapi ini adalah kerana kebodohanku sendiri. Aku
terikut-ikut pengaruh rakan sebaya. Mula-mula aku merokok, kemudian aku
menagih dadah. Lantaran berkongsi jarum dengan penagih yang lain, aku kini
menerima padahnya.

Kini, aku merempat di lorong yang kotor ini. Aku hanya menanti hari-hari
terakhir bagi diriku. Pada bila-bila masa sahaja aku akan meninggalkan dunia
yang penuh ranjau ini.

Kepada anak muda, jauhilah najis dadah. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna. Teruskan kehidupan kalian dengan amalan gaya hidup
sihat dan bebas tanpa dadah.
Lampiran 3
Nama kumpulan : __________________________ Tarikh :____________________
Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
Idea Utama Idea Sokongan
Aku sebatang kara Dahulu aku mempunyai banyak kenalan tetapi apabila keadaanku begini, aku disisihkan . Lebih-
lebih lagi keadaan kesihatanku bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.


Aku semakin kurus. Daya ketahanan badanku tiada lagi. Aku sering
demam_______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________


Penyakit AIDS yang kuhidapi ini
adalah kerana kebodohanku
sendiri.







Idea utama Idea Sokongan



Aku hanya menanti hari-hari terakhir bagi diriku. Pada bila-bila masa sahaja_______________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________





_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________



Lampiran 4
Nama : _______________________________ Tarikh : ___________________
Menyenarai ungkapan, cogankata dan peribahasa daripada teks
1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________________
5. ________________________________________________________________________
6. ________________________________________________________________________
7. ________________________________________________________________________
8. ________________________________________________________________________
Ungkapan, Cogankata,
Peribahasa
Maksud
Tiada sesiapa lagi selain diri sendiri
Orang yang kurus kering dan berpenyakit
Hampir menemui ajalnya
Menghadapi pelbagai halangan dan cabaran
Fikirkan semasak-masaknya sebelum berbuat sesuatu agar
tidak menyesal kemudian hari
Cara hidup yang sempurna
Tidak terpengaruh dengan dadah

Lampiran
Slaid Paparan Power Point

Idea Utama Idea Sokongan
Aku sebatang
kara.
Dahulu aku mempunyai banyak kenalan tetapi apabila
keadaanku begini, aku disisihkan . Lebih-lebih lagi
keadaan kesihatanku bertambah teruk sejak akhir-
akhir ini.
Aku semakin kurus. Daya ketahanan badanku tiada
lagi. Aku sering demam
Penyakit AIDS
yang kuhidapi
ini adalah
kerana
kebodohanku
sendiri.

Idea Utama Idea Sokongan
Aku hanya menanti hari-hari terakhir bagi
diriku. Pada bila-bila masa sahaja.

Ungkapan, Cogankata,
Peribahasa
Maksud
Tiada sesiapa lagi selain diri sendiri
Orang yang kurus kering dan berpenyakit
Hampir menemui ajalnya
Menghadapi pelbagai halangan dan
cabaran
Fikirkan semasak-masaknya sebelum
berbuat sesuatu agar tidak menyesal
kemudian hari
Cara hidup yang sempurna
Tidak terpengaruh dengan dadah