Anda di halaman 1dari 5

Perenggan 1:

1.Ringkasnya, kegiatan membeli-belah bukan sahaja melibatkan aktiviti membeli tetapi juga
melibatkan aktiviti melihat-lihat barangan yang dipamerkan di kedai ataupun gendung beli-
belah.
2. Kegiatan membeli-belah pada dekad ini telah mengalami transformasi yang amat besar
dengan kewujudan dan perkembangan gedung membeli-belah seperti superstore, department
store, mega mall, shopping mall, hypermarket dan sebagainya yang menyediakan
perkhidmatan di bawah satu bumbung.
Perenggan 2:
3. Berbeza dengan deretan kedai yang wujud beberapa dekad yang lalu (berkunjung ke kedai
hanya untuk membeli sesuatu), gedung membeli-belah sekarang ini menawarkan kepada
pengguna bukan setakat tempat membeli barangan tetapi juga menyediakan satu prasarana
kepada pengunjung untuk berehat, melepak, danjuga membeli pelbagai barangan yang
disediakan di dalam sebuah premis yang berhawa dingin dan amat selesa sekali.
Perenggan 3:
4. Saiz bangunan yang besar, reka bentuk yang menarik dan keupayaan menyediakan
pelbagai jenis produk dan perkhidmatan di bawah satu bumbung menyebabkan gedung
membeli-belah boleh dikatakan mempunyai satu bentuk kuasa.
Perenggan 4:
5. Gedung membeli-belah mampu menarik para pengunjung untuk datang dan menyembah
tempat ini dan kalau boleh tinggal di situ.
6. Gedung membeli-belah kini seolah-olah menjadi tempat beribadat kepada masyarakat
moden khususnya muda-mudi.
7. Oleh sebab itu, Corrigan dalam bukunya, The Sociology of Consumption mengatakan
bahawa pusat beli-belah merupakan sebuah temple of consumerism.


Perenggan 5:
8. Pada masa dahulu, berkunjung ke gedung membeli-belah hanya dikaitkan dengan
kedudukan atau status sosial seseorang khususnya mereka yang berada di dalam golongan
kelas pertengahan dan orang berada sahaja.
Perenggan 6:
9. Sekarang, keadaannya telah berubah iaitu kunjungan ke pusat beli-belah lebih dikaitkan
dengan pembentukan identiti seseorang.
10. Setiap orang, tanpa mengira kedudukan dan status sosialnya, boleh menikmati prasarana
dan keseronokan yang disediakan oleh pusat beli-belah.
11. Kenikmatan menyeluruh ini dikaitkan dengan konsep democratisation of luxury.
Perenggan 7:
12. Berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah sudah dianggap sebagai satu aktiviti yang
popular.
13. Apa lagi seandainya pengunjung berkenaan mampu untuk membeli barangan yang dijual.
14. Barangan dari tempat seperti ini sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang baru, mengikut
fesyen dan trend terkini seperti yang digunakan oleh idola mereka yang rata-ratanya terdiri
daripada individu yang popular.
Perenggan 8:
15. Barangan yang dibeli kadangkala bukan semata-mata untuk digunakan tetapi sekadar
untuk dipertunjukkan kepada rakan sebaya atau masyarakat umum.
16. Dalam konteks ini, produk yang dibeli telah diberikan makna (budaya) yang tersendiri
atau yang dikatakan oleh Learmans di dalam artikelnya berjudul, learning to consume:early
department stores and the shaping of the modern consumer culture, sebagai culturalisation of
merchandise.
Perenggan 9:
17. Produk ini bukanlah sekadar barangan yang kita gunakan tetapi telah menjadi sebuah
komoditi yang membawa makna simbolik terhadap identiti seseorang yang menggunakannya.
18. Tidak hairan, pembeli sekarang bukan sahaja membeli sesuatu produk itu kerana
kegunaannya tetapi pada masa yang sama mereka akan memerhatikan jenama produk yang
dibelinya itu.
19. Tujuannya semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka tidak ketinggalan (zaman)
dan terhindar dari jatuh air muka- tidak dan tidak moden.
Perenggan 10:
20. Memandangkan semakin ramai penduduk dunia termasuklah masyarakat di Malaysia,
khususnya di kalangan muda-mudi, semakin aktif mencari identiti mereka (cool identity),
maka semakin banyak komoditi dan produk yang dipamerkan dan dijual di pusat-pusat beli-
belah yang memenuhi kehendak dan gaya hidup tersendiri konsumer baru ini.
Perenggan 11:
21. Golongan wanita kebiasaannya menjadi sasaran produk seperti minyak wangi, barang
kemas, pakaian berjenama, makanan segera, dan pelbagai lagi produk lain.
22. Mengikut kajian yang dibuat oleh Reekie di Brisbane, Australia, remaja perempuan
berkecenderungan untuk mejaga wajah dan badan mereka berbanding dengan kaum lelaki.
Perenggan 12:
23.Lantaran itu, pelbagai usaha dilakukan oleh penjual produk wanita khusus untuk
mengembang, menimbul, mencungkil, dan membentuk kemahuan kaum wanita supaya mahu
menggunakan produk mereka.
24. Elemen seperti keterampilan wajah dan bentuk badan yang ramping dijadikan sebagai
umpan untuk menarik mereka untuk membeli dan menggunakan produk yang mereka
bangunkan.
Perenggan 13:
25. Walau bagaimanapun trend terbaru menunjukkan bahawa kaum Adam juga nampaknya
semakin memasuki alam yang dahulunya dikuasai oleh kaum wanita.
26. Mereka telah diberi kesedaran oleh perantara budaya(cultural intermediaries) khususnya
media massa seperti iklan, yang dibiayai oleh para penjual produk berkaitan, agar lelaki juga
mesti kelihatan kacak dan bergaya.
Perenggan 14:
27. Kesedaran kaum lelaki berhubung kekacakan dan gaya ini akan meningkatkan lagi
keuntungan pihak penjual produk berkenaan.
28. Kaum Hawa dan kini kaum Adam telah sama-sama dibelenggu dengan pencarian identiti
yang dipenuhi dengan ciri-ciri moden dan gaya atas nama kesempurnaan diri.
Perenggan 15:
29. Untuk mencapai kesempurnaan diri ini, agar diterima oleh masyarakat sekelilingnya,
mereka akan menjadi pemburu produk yang dapat membawa mereka ke tahap kehidupan
yang mereka kehendaki.
30. Tempat yang paling baik untuk mendapatkan kesemua ini adalah gedung-gedung
membeli-belah.
31. Produk-produk yang boleh menyempurnakan diri mreka semuanya boleh didapati di pusat
membeli-belah tanpa berjalan jauh di bawah sinaran matahari seperti yang berlaku beberapa
dekad yang lalu apabila membeli-belah di kedai-kedai konvensional (high street shops).
Perenggan 16:
32. Perasaan takut dianggap ketinggalan zaman dan pandai bergaya serta tersisih daripada
masyarakat sekelilingnya, menyebabkan masyarakat hari ini, khususnya remaja, akan
melakukan pembelian yang tidak perlu.
33. Sebagai contoh, berbelanja berpuluh-puluh ringgit untuk menindik hidung, lidah, dan
perut- bukan sahaja membazir wang malah kemungkinan juga membawa masalah kesihatan.
34. Begitu juga dengan pembelian pakaian dan kasut berjenama.
35. Tujuan pembelian bukan sekadar untuk kegunaan pakaian atau kasut berkenaan tetapi
disebabkan jenama Nike, Adidas, dan seumpamanya- untuk ditunjukkan kepada kawan-
kawannya.
Perenggan 17:
36. Fenomena penjualan dan pembelian produk sekarang ini khususnya yang berlangsung di
dalam bangunan pusat membeli-belah lebih banyak berkisar kepada penjualan dan pembelian
identiti individu.
37. Faktor kegunaan produk tidak lagi merupakan pendorong utama suatu pembelian.
38. Pendorong utama adalah kemahuan individu untuk kelihatan bergaya dan tidak
ketinggalan zaman.
39. Sesungguhnya, inilah dimensi membeli-belah yang jelas kelihatan pada dasawarsa ini.
40. Sungguhpun sangat berleluasa di kawasan-kawasan bandar, kawasan desa semakin
menjurus ke arah yang sama.