Anda di halaman 1dari 16

1

1.0 PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu topik perbincangan dan persoalan dalam sukan yang
cukup menarik dan mendapat perhatian umum.psikologi sukana boleh ditakrifkan
sebagai satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta perlakuan fizikal, afektif dan
kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan
aktiviti tersebut. -Wann (1957)
Cox (1998) mendefinisikan psikologi sukan sebagai bidang pengajian yangmelibatkan
prinsip-prinsip psikologi yang diaplikasikan dalam bidang sukan. Cox (1998),
menjelaskan bahawa psikologi di aplikasikan dalam bidang sukan.
Weinberg dan Gould (1999), psikologi sukan merupakan perlakuan satu bidang
kajiansaintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan
dan pergerakkan.

Psikologi sukan menyumbang kepada Peningkatan potensi dan prestasi atlet dan
individu.Pembentukan sahsiah seseorang individu serta mewujudkan semangat
kesukanan semangat setia kawan. Kemahiran psikologi sukan memberi kesan kepada
individu seperti meningkatkan keyakinan diri, mengendalikan masalah stress sebelum
dan semasa pertandingan.Mengawal konsentrasi ketika pertandingan.selain itu dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi atlet dimana individu mula berkomunikasi dengan
berkesan dan cuba menyesuaikan diri. kehormonian pasukan dapat dimana semua
atlet mula mengenal ahli pasukan masing-masing dan membina kesefahaman dalam
pasukan.Kesedaran minda diperoleh serta Kepercayaan kepada diri sendiri dapat
ditingkatkan.
Selain daripada itu, psikologi sukan menitikberatkan analisis tingkahlaku
manusia dalam suasana sukan yang berbeza dengan memfokus pada aspek prestasi
mental. Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada
tahun 1983 yang mengandungi artikel yang menggariskan peranan ahli psikologi sukan.
Menurut USOC, ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu Ahli Psikologi
Sukan Gunaan (Martens 1987) dan Penyelidik Psikologi Sukan (Singer 1984). Terdapat

2

dua kategori ahli Psikologi Sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli Psikologi Sukan
Klinikal dan Pendidik Psikologi Sukan.
Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet
tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi
sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau
menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat
mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan
menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.
Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi
kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor
psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang
yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang
melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu,
ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara
yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang
melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan
satu definisi yang lebih jelas lagi.











3

1.1 PERKAITAN SUKAN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN TEORI PSIKOSOSIAL

Teori psikososial diperkenalkan oleh Eric Erickson yang berasal daripada Frankfurt,
Jerman. Teori yang dikemukakan Erik Erickson merupakan salah satu teori yang
memiliki pengaruh kuat dalam psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erickson
mendapat posisi penting dalam psikologi. Hal ini kerana ia menjelaskan tahap
perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga kehidupan seterusnya. Selain itu
Freud lebih banyak berbicara mengenai proses ketidaksedaran manusia, teori Erickson
pula menghuraikan mengenai aspek kehidupan sosial dan fungsi budaya dianggap
lebih realiti.
Teori Erickson dikatakan sebagai salah satu teori yang sangat selektif kerena
distrukturkan pada tiga elemen asas. Asas yang pertama ialah teorinya sangat
representatif kerana memiliki kaitan dengan ego yang merupakan salah satu aspek
yang mendekati keperibadian manusia. Kedua, menekankan betapa pentingnya
perubahan yang terjadi pada setiap tahap perkembangan dalam lingkaran kehidupan,
dan yang terakhir adalah menggambarkan secara eksplisit mengenai usahanya dalam
mengabungkan pengertian sosial dan latar belakang yang dapat memberikan kekuatan
serta kemajuan dalam perkembangan keperibadian didalam sebuah jangka hayat
manusia. Terdapat 8 peringkat psikososial dalam teori ini yang saling berhubung kait
antara satu sama lain.
Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam
jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai
keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas
terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap
tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu
diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson
dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan
tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan
sosial.

4

Terdapat lapan peringkat perkembangan psikososial manusia dalam Teori psikososial
Erik Erikson.Pada peringkat keempat iaitu pada umur 6-11 tahun merupakan peringkat
umur kanak-kanak ketika sekolah rendah. Pada peringkat ini kanak-kanak perlu
menguasai kemahiran-kemahiran penting di alam persekolahan. Kegagalan dalam
mengusai sesuatu kemahiran akan membawa perasaan rendah diri dan tiada
keupayaan. Dalam proses membina kemahiran bimbingan ibu bapa dan rakan sebaya
sangat diperlukan. Tanpa bimbingan akan menyukarkan keupayaan, keyakinan dan
kebolehan kanak-kanak tersebut untuk berjaya
Selain itu, dalam perkembangan sosial kanak-kanak merupakan proses perkembangan
yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang
boleh diterima oleh sesuatu masyarakat. Perkembangan ini melibatkan proses
sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial melalui
beberapa aspek penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti
bermain,persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Salah satu aspek penting proses sosialisasi ialah bermain kerana aktiviti ini mempunyai
semua aspek perkembangan sosial kanak-kanak yang lain iaitu perhubungan dengan
rakan sebaya,persahabatan dan peniruan serta identifikasi. Bermain merupakan suatu
aktiviti yang berkait tentang keseronokan dan kesenangan. Apabila bermain interaksi
lucu, pura-pura atau khayalan antara kanak-kanak tersebut dengan orang lain,mainan
ataupun dirinya sendiri berlaku secara tidak lansung.Jadi, bermain merupakan aktiviti
yang seringkali berkait rapat dengan kanak-kanak kerana aktiviti ini melengkapi
keperluan perkembangan sosial kanak-kanak.
Oleh sebab itu,sukan perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia dalam
konsep bermain. kerana menjadi keperluan mereka pada ketika itu untuk mandapat
keseronokkan bermain. Berdasarkan petikan akhbar online Mstar.com bertarikh 14
september 2011 program Kindergym ditubuhkan bagi kanak-kanak seusia 4 tahun bagi
membantu perkembangan asas kanak-kanak. Antara petikan akhbat tersebut Timbalan
Menteri Pelajaran Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, program serta pusat Kindergym
yang julung kali diadakan di Malaysia ini turut bertujuan mencungkil bakat baru serta

5

mencari mereka yang berpotensi untuk menyerlah dalambidang sukan untuk diberi
latihan intensif.
Jelaslah, sukan untuk kanak-kanak sangat memberi pengaruh yang besar kerana pada
peringkat usia kanak-kanak tersebut mereka perlu mengusai kemahiran-kemahiran
asas dalam sukan. Jika mereka tidak berjaya menguasai kemahiran tersebut kanak-
kanak tersebut akan membesar dengan perasaan rendah diri dan tiada keyakinan.




















6

1.2 SUKAN UNTUK KANAK-KANAK DAPAT MEMBANTU PERTUMBUHAN
FIZIKAL PERKEMBANGAN EMOSI,ROHANI DAN INTELEK KANAK-KANAK.

Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi
individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang
dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu
perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah,
penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi
kewangan dan lain-lain.

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan
emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor, dalam
Wee Eng Hoe 2005)
Berdasarkan penyataan tersebut, Di sekolah rendah mata pelajaran pendidikan
jasmanilah yang menyediakan pembelajaran berbentuk permainan dan sukan untuk
kanak-kanak. Pendidikan jasmani disekolah rendah penting untuk memperkenalkan
kemahiran-kemahiran asas dalam sukan sebenar. Sukan untuk kanak-kanak lebih
banyak berunsurkan permainan kecil yang seakan-akan permainan sebenar.
Pembelajaran berkonsepkan bermain ini sesuai dengan peringkat umur mereka yang
lebih suka kepada keseronokkan dan kepuasan.
Melalui sukan juga, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan
sahsiah,daya cipta,kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal,koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Menurut caplan dan caplan 1973.
Perkembangan fizikal merujuk kepada perkembangan luaran seperti ketinggian, saiz
badan, koordinasi motor halus dan motor kasar dan pelbagai lagi. Semasa
pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan,
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perkembangan dari segi fizikal merupakan perkembangan motor halus dan motor kasar
kanak-kanak. Perkembangan motor halus ialah perkembangan kemahiran kanak-kanak

7

yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Manakala
perkembangan motor kasar ialah perkembangan kemahiran yang membantu seseorang
individu untuk bergerak seperti merangkak,berdiri,berjalan, melompat dan mengesot.
Emosi didefinisikan sebagai suatu bentuk penzahiran perasaan naluri seperti sayang,
gembira, malu, sedih atau takut. Perasaan-perasaan ini akan mempengaruhi tindak
balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka yang
bengis dan tidakterkawal seperti badan menggeletar kerana ketakutan. Dalam istilah
Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan
tindak balas daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran. Ia adalah suatu
pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran.
Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk
mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang
dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. Ada kalanya emosi dianggap
sebagai suatu alasan yang saling berlawanan. Sama ada beralasan untuk mengikut
kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi menguasai diri. Demikian adalah
konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk
mengawalnya.Emosi dikaitkan dengan perasaan seseorang individu. Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa,
kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan
personaliti serta menggerakkan arah hidup manusia.melalui sukan kanak-kanak belajar
mengatur emosi gembira, kasih sayang melalui ekspresi muka dan tindakan.
Perkembangan rohani berkait dengan hubungan sosial kanak-kanak dengan
masyarakat sekeliling. Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan
hubungan antara manusia yang saling memerlukan. Melalui sukan hubungan sosial
murid dan rakan-rakan terjalin. Interaksi berlaku serta wujud nilai kerjasama, setia
kawan, dan hormat menghormati.
Intelek merupakan daya upaya atau potensi untuk memahami sesuatu hal yang
menggambarkan kemampuan seseorang dalam berfikir atau bertindak secara abstrak,
kesanggupan mental untuk memahami, mengamati, menghubungkan suatu

8

kemampuan secara efektif. Pembahasan tentang intelek tidak akan terlepas dari
intelegensi.Intelek kanak-kanak tidak mudah diukur karena perkembangan kemampuan
berfikirnya tidak dapat dilihat. Kanak-kanak melihat kenyataan berdasarkan informasi
yang terbatas.
Intelek merupakan kekuatan mental dalam berfikir. Dalam sukan perkembangan dari
segi intelek ini berlaku apabila kanak-kanak cuba menyelesaikan sesuatu masalah dan
membuat keputusan dalam sesuatu situasi. Jadi, apabila bermain kanak-kanak akan
mengatur strategi untuk mencapai kemenangan dan sebagainya.
Kesimpulannya sukan untuk kanak-kanak membantu perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh.














9

1.3 BERIKAN PENERANGAN MENGENAI PENGLIBATAN KANAK-KANAK DLM
SUKAN SECARA TERANCANG DAN TIDAK TERANCANG.

Pelbagai program sukan yang dianjurkan di sekolah adalah sejajar dengan keperluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan generasi murid di negara ini
yang holistik, cemerlang serta seimbang dalam pencapaian akademik dan sukan.
Aktiviti atau pencapaian sukan di sekolah tidak boleh diabaikan kerana ia sama penting
dengan akademik malah merupakan bentuk pembelajaran yang wajib diamalkan setiap
pelajar.
Kejayaan sukan dalam Negara di peringkat yang lebih tinggi bermula daripada akar
umbi di mana latihan sukan perlu bermula dari bangku sekolah lagi dan ia perlu
dilaksanakan secara sistematik. Latihan yang sistematik serta terancang di peringkat
sekolah penting dalam menyediakan bakat-bakat sukan sebelum diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, latihan terancang dan terkawal bagi kanak-kanak
hendaklah secara sedar (aktif) agar bakat tidak terbiar dan potensi tidak luntur.
Kepentingan murid melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan kokurikulum sekolah
telah mula dipraktikkan sejak tahun 1985 dan kementerian seterusnya memperkasakan
program itu menerusi pelaksanaan dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S). satu murid
satu sukanlah satu benda baru tetapi merupakan program yang mempromosikan sukan
di sekolah.Dalam 1M1S setiap murid wajib terlibat dalam sukan selaras dengan
keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kegiatan sukan di sekolah boleh dijalankan dengan lebih terancang dan menepati
matlamat sekiranya dilaksanakan berlandaskan tanggungjawab oleh guru dan jurulatih.
Dalam membudayakan sukan disekolah merupakan usaha yang sangat besar dalam
membina masyarakat yang sihat dan cergas serta melahirkan bakat-bakat baru dalam
sukan. Latihan yang terancang dapat membina kemahiran, kemampuan biomotor dan
sifat-sifat psikologi untuk menyediakan murid-murid ke tahap prestasi yang optimum.
Penglibatan murid secara tidak terancang pula merupakan penglibatan melalui rutin
harian mereka sebagai contoh. Aktiviti bermain bersama rakan sebaya seumpamanya.

10

Kegiatan itu membantu perkembangan mereka namun tiada matlamat untuk mewakili
sekolah dan sebagainya. Bermain bersama rakan sebaya sekadar mendapat
keseronokkan dan kepuasan. Tetapi walaupun tiada matlamat rutin mereka sedikit
sebanyak telah memdapat kemahiran-kemahiran asas ketika bermain.
Sebagai guru dan pendidik perlu menggalakkan murid-murid terus bermain walaupun
bukan menjurus kepada sukan sebenar. Justeru, dalam mata pelajaran pendidikan
jasmani perancangan pengajaran tidak perlu spesifik kearah permainan sebenar
cukuplah sekadar kemahiran yang ada dalam aktiviti menyerupai kemahiran dalam
permainan sebenar. Hal ini kerana permainan sebenar perlu lebih terancang dari segi
matlamat,misi serta target pencapaian dan perlu lebih fokus dengan latihan yang lebih
spesifik.















11

1.4 HURAIKAN MENGENAI PENGLIBATAN IBUBAPA DAN ORANG DEWASA DI
DALAM PERKEMBANGAN SUKAN KANAK-KANAK.

Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam perkembangan individu.
Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan, sosio-ekonomik keluarga dan adik-
beradik. Melalui keluarga, individu dapat berdikari dan mencari identiti diri. (Rahil &
Habibah, 2002)
Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam perkembangan
individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga,
ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.
Menurut Rahil dan Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder
(1980), individu memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaitu
authoritative dan equalitarian. Ibu bapa authoritative menggalakkan anak-anak
melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka dalam membuat
keputusan. Manakala ibu bapa equilitarian pula cuba memberi remaja membuat
keputusan yang saksama.
Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan menyediakan
kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang akan dapat
membantu perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001) menyatakan bahawa
makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang
jasmaninya dengan sempurna. Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) juga menyatakan
kekurangan jenis-jenis makanan yang tertentu akan memberi kesan kepada
pembentukan dan perkembangan jasmani seseorang.
Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi perkembangan individu.
Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999) menyatakan bahawa Older
siblings also serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and
playmates for younger children. Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak
berumur 15 tahun yang bernama Robin yang menyatakan:

12

My older brother is kind of like my Dad. Hes really nice to me With my brother, I
usually like to play sports. With my little brother, I always play video games with him. My
little sister, we like to argue with each other
Shaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold (1991) dan Greendorfer (1992)
menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan kakak) turut mempengaruhi
penglibatan dalam bidang sukan.
Bagi kanak-kanak sekarang era 2000-an . boleh kita perhatikan lebih banyak kanak-
kanak menghabiskan masa dirumah bermain permainan komputer dan sebagainya.
Padang permainan sunyi tanpa penduduk dan fenomena tersebut yang telah menjadi
kebiasaan pada waktu sekarang. Jadi sebagai ibu bapa perlu bertindak menggalakkan
anak-anak keluar bermain mencari rakan.
Ibu bapa perlulah memgalakkan anak-anak mereka untuk sentiasa aktif dalam
menceburi aktiviti kokurikulum yang dianjurkan. Hal ini demikian kerana, aktiviti
kokurikulum terutamanya aktiviti sukan amatlah penting dalam kehidupan serta masa
depan anak-anak mereka.Ibu bapa bolehlah memainkan peranan mereka dalam
mengalakan anak-anak mereka menceburi bidang sukan.
Antara peranan ibu bapa adalah sentiasa memberikan motivasi, tunjuk ajar serta
sokongan padu untuk anak-anak mereka supaya menyertai aktiviti kokurikulum
terutamanya dalam bidang sukan. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai
aktiviti fizikal secukupnya. Selain itu, Ibu bapa perlu menghadkan aktiviti santai anak-
anak seperti kurangkan masa anak-anak menonton televisyen bermain permainan
video dan melayari internet.
Antara usaha lain yang boleh ibu bapa lakukan ialah menghantar anak-anak mereka ke
persatuan-persatuan sukan atau kelab-kelab sukan yang lain di luar sejak kecil lagi.
Perkara ini secara tidak langsung akan menarik perhatian anak-anak mereka terhadap
sukan. Justeru,anak-anak akan lebih giat lagi dalam akitiviti kokurikulum yang diadakan
di sekolah. Kebiasaannya kanak-kanak sekarang akan lebih berminat sukan yang ibu
bapa mereka ceburi. Pada mereka ibu bapa adalah idola. Jadi tanggungjawab ibu bapa
menjadi contoh terbaik untuk anak-anak.

13

Apabila minat telah di tanam awal dalam diri kanak-kanak tersebut oleh ibu bapa
mereka sedikit sebanyak membantu kanak-kanak lebih berminat untuk menyertai sukan
di sekolah secara serius. Peranan guru, jurulatih dan pihak sekolah perlu menyediakan
pengajaran secara professional dan bermatlamat supaya sukan yang diceburi kanak-
kanak mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak serta orang sekeliling.

Oleh itu semua pihak haruslah berusaha agar kanak-kanak akan lebih giat untuk
menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan membina bakat mereka sendiri. Ibu bapa haruslah
memainkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengalakkan anak-
anak mereka untuk menceburi bidang sukan.

















14

1.5 BERIKAN PANDANGAN DAN CADANGAN ANDA MENGENAI SUKAN KANAK-
KANAK DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Dari segi positif, sukan kanak-kanak banyak membantu perkembangan kanak-kanak
dari segi fizikal, mental,emosi dan sosial. Melalui sukan juga perkembangan kemahiran
murid dapat dilatih secara terancang dan dapat membantu kanak-kanak tersebut
menceburi bidang sukan secara serius mengikut minat mereka.
Walaupun sukan untuk kanak-kanak sangat penting tetapi tidak banyak pihak bertindak
secara serius melaksanakan sukan untuk kanak-kanak secara terancang dan
sistematik. Boleh dikatakan masih ada yang menganggap pelaksanaan sukan disekolah
membebankan guru dan murid. Tidak semua guru dan ibubapa memandang serius
untuk terlibat aktif menjayakan sukan sekolah.
Guru yang menyebarkan pengetahuan awal kepada pelajar tentang sesuatu kemahiran
baru tentang sukan. Mereka adalah pencetus kepada minat pelajar terhadap sukan dan
seterusnya pelajar akan memilih sukan kegemarannya sebagai kegiatan riadah.
Kekangan dalam menguasai sesuatu kemahiran sukan sering berlaku kerana guru yang
mengajar Pendidikan Jasmani kurang ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajar.
Selain itu penilaian dalam pengajaran juga tidak dilaksanakan.
Selain daripada faktor pendidik, ibu bapa juga menjadi salah satu faktor penghalang
kepada sukan untuk kanak-kanak. Kebiasaanya menghalang anak mereka menyertai
sukan atas alasan menggangu pelajaran kerana banyak masa akan dihabiskan di luar
kelas. Tambahan sukan disekolah dijadualkan sepanjang tahun, jadi sebahagian ibu
bapa menganggap aktiviti sukan menggangu waktu pembelajaran akademik.
Sebagai cadangan penambahbaikkan, Guru perlu lebih mempunyai kesedaran dan
bertanggungjawab terhadap tugas mengajarnya dengan betul dan sempurna. Justeru,
akan mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna bagi seseorang pelajar hasil
komitmen guru yang berakauntabiliti.

15

Dan cadangan penambahbaikkan lain, pihak sekolah perlu menjelaskan kepentingan
sukan kepada kanak-kanak secara terperinci supaya mereka tidak menghalang anak
mereka menyertai sukan di sekolah.
Setelah memahami serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-perkara
yang mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan, di beberapa cadangan tentang
pendekatan melatih kanak-kanak yang berkesan bagi memastikan mereka tidak
keciciran atau menarik diri dari meneruskan penglibatan mereka. Panduan dan
cadangan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat untuk memahami kanak-
kanak dan penyertaan mereka dalam sukan (Anshel 1999).
Berikan pujian Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah jagaan anda melakukan
pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang ditunjukkan. Jika boleh, tepuk
bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang mengatakan bahawa anda
menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi rangsangan yang paling berkesan
dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan mengungkit ( memberikan tumpuan
yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan atau keputusan yang diperoleh.
Ikhlas ketika memberikan pujian Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak
sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka. Elakkan dari
memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan menonjolkan keikhlasan kita,
Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini akan menyebabkan kanak-kanak
berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat untuk terus beraksi. Jika anda
menegur kesilapan, focus kepada kesilapan ( perlakuan ) dan bukannya individu
(kanak-kanak)
Berikan ganjaran kepada usaha dan bukan sekadar kepada keputusan ( menang)- ini
akan menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah kerana mereka faham
bahawa usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian jurulatih.
Pastikan bahawa ekspektasi terhadap kanak-kanak adalah realistik Matlamat yang
ingin dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan oleh kanak-
kanak tersebut. Bermain bersungguh-sunggu tetapi kalah adalah lebih baik dari
menang, tetapi tahap permainan keseluruhannya merosot.

16

Tumpukan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan- Semasa
latihan, kita perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan semua pemain berasa
berpeluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan sepenuhnya agar
pemain berasa seronok. Ini ada membantu menyuburkan minat untuk terus melibatkan
diri dalam sukan.
Mengubahsuaikan aktivit agar ia mudah diikuti oleh semua pelajar. Kita perlu pastikan
agar semua pemain berpeluang menikmati aktiviti sukan serta tidak mudah jemu.
Perubahan in akan berterusan menarik perhatian pelajar.
Ibubapa juga perlu lebih menyokong anak-anak untuk melibatkan diri dalam sukan
malah lebih baik jika ibu bapa sendiri menjadi rol model kepada anak-anak untuk
memupuk sukakan sukan.
Kesimpulannya, sukan untuk kanak-kanak memerlukan kerjasama semua pihak yang
terlibat secara lansung atau tidak langsung. Mereka perlu mengambil tanggungjawab
tersebut dan laksanakan demi kejayaan kanak-kanak.