Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN 1

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2


Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 2 Kasih
Bilangan murid : 23 orang murid (13 lelaki dan 10 perempuan
Tarikh / Hari : 6 Julai 2014 / Ahad
Masa : 8.10 9.10 pagi
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Kuih Oh Kuih !

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan
dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.
2.3.2 Membaca kuat ayat pelbagai jelas
ayat dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul
mengikut tanda baca

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
i. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar
dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul
ii. Membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
dengan betul
Sistem Bahasa
Tatabahasa : Binaan ayat tunggal
Sebutan dan intonasi
Pengisian Kurikulum
Ilmu :
Nilai murni : Kerjasama
Teknologi : Belajar melalui TMK
Kreativiti : Menghasilkan dialog
Elemen keusahawanan :
EK 1 : 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : menghasilkan idea untuk
membina dialog

Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kemahiran berfikir : Menghubung kait dengan pengalaman, membuat
gambaran mental tentang bentuk kuih, meramal
nama kuih yang dilakonkan dan menjana idea untuk
melengkapkan dialog
Kecerdasan pelbagai :
Verbal-linguistik, kinestetik, Interpersonal
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait nama kuih yang pernah dilihat atau
ditemui
Pembelajaran koperatif : Murid berbincang di dalam kumpulan untuk membina
frasa yang sesuai bagi melengkapkan dialog
Bahan Bantu Mengajar / Bahan Bantu Belajar (BBM / BBB) :
Komputer riba
LCD
Kad gambar
Kuih karipap
Petikan dialog
Kad manila
Pengetahuan Sedia Ada : Murid berupaya membina frasa dan ayat tunggal

Langkah /
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)

Soalan :
o Apakah nama
makanan tersebut ?
Jangkaan jawapan :
karipap
o Cuba kamu sebutkan
beberapa jenis karipap
Jangkaan jawapan :
- Karipap ayam
- Karipap sardin

1. Guru masuk ke
kelas dan
berlakon
sebagai
seorang cef
yang akan
memasak.
2. Guru
menunjukkan
simulasi

BBM
Bahan maujud

KB
Menghubung
kait

BCB
Memproses
maklumat

- Karipap ubi

Perkaitan objek dengan
tajuk dan isi pelajaran
membuat
karipap.
3. Guru
mengemukaka
n soalan
tentang
simulasi
tersebut dan
mencungkil
idea murid
tentang kuih
karipap.
4. Guru
mengaitkan
jawapan murid
dengan isi
pengajaran.

Teknik :
Soal jawab
Simulasi

Pembelajaran
kontekstual
Menghubung
kait
pembelajaran
dengan
pengalaman
dalam
kehidupan



Langkah 1
(10 minit)

Kata adjektif

Jangkaan jawapan :
o Kuih Buah
Melaka
o Kuih koci
o Kuih lapis
o Kuih ketayap
o Kuih tepung
pelita

1. Guru memilih
enam orang
murid dan
meminta
mereka berdiri
di hadapan.
2. Setiap murid
diberikan
petikan dialog
dan gambar
sejenis kuih.
3. Murid-murid
tersebut perlu
melakonkan
watak
mengikut jenis

BBM
Petikan dialog
(rujuk lampiran)
Kad gambar

KB
Membuat
gambaran
mental
Meramal

Teknik
Main peranan

KP
Kinestetik
Interpersonal




kuih yang telah
diberikan dan
murid lain
meneka nama
kuih tersebut.
4. Murid lain
boleh
bertanyakan
soalan kepada
murid yang
berlakon untuk
mendapatkan
lebih
maklumat.
5. Gambar kuih
hanya
ditunjukkan
setelah murid
lain berjaya
meneka.

Langkah 2
(15 minit)

Perbincangan murid untuk
menghasilkan dialog

1. Murid
dibahagikan
kepada empat
kumpulan.
2. Setiap
kumpulan
perlu
berbincang
untuk
melengkapkan
dialog yang
diberikan
dengan

BBM
Kad manila
Pen marker
Tayangan slaid
dialog
KB
Menjana idea

KP
Interpersonal



menggunakan
frasa sendiri.
3. Guru
memastikan
setiap
kumpulan
bekerjasama.
Pembelajaran
koperatif
Pembelajaran
dalam
kumpulan



Langkah 3
(25 minit)

Lakonan dialog


1. Setiap
kumpulan
melakonkan
dialog masing-
masing.
2. Guru
membetulkan
kesalahan
murid.

BBM
Dialog yang
dihasilkan pada
langkah 2

KP
Interpersonal

Nilai
Kerjasama

Penilaian
Murid
membaca
dialog dengan
sebutan dan
intonasi yang
betul.

Penutup
(5 minit)

Penutup kognitif :
Rumusan mengenai kata
adjektif

Penutup sosial
Guru memberikan

Murid diminta
untuk
menjelaskan
apakah kata
adjektif
Guru

KB
Merumus

Kaedah
Terus


ganjaran

memberikan
kuih karipap
kepada semua
murid







TUGASAN 2


Bagaimanakah kemahiran berbahasa dapat dikembangkan secara berkesan dalam
pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Malaysia ?

Lingua franca merupakan jolokan yang diberikan kepada Bahasa Melayu pada
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di mana bahasa ini dituturkan oleh
semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Kemudian, kedudukan Bahasa
Melayu terus diangkat kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
sejak Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957. Sehingga kini,
Bahasa Melayu terus mempunyai kedudukan yang tinggi kerana Bahasa Melayu
merupakan antara sembilan bahasa di dunia yang mempunyai lebih daripada 100 juta
penutur. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang menjulang Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi, kita sewajarnya berupaya menguasai kemahiran berbahasa dalam
Bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran berbahasa yang dimaksudkan terdiri daripada
tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur mendengar dan bertutur
merujuk kepada keupayaan untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati
secara lisan sesuatu yang didengar serta berupaya memberikan respons manakala
kemahiran membaca pula merupakan keupayaan untuk membunyikan simbol-simbol
bahasa dengan betul. Kemahiran menulis pula bermaksud keupayaan untuk menulis
perkataan dan melahirkan idea kepada simbol-simbol yang bermakna. Namun,
kemahiran-kemahiran ini haruslah dibentuk bermula daripada bangku sekolah lagi
sepertimana peribahasa yang sering disebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh itu, golongan pendidik adalah yang bertanggungjawab dalam menggilap dan
mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid di sekolah rendah. Namun,
bagaimanakah caranya dalam mempertingkatkan kemahiran bahasa tersebut ? Justeru,
penulisan ini membincangkan tentang teknik-teknik yang dapat diaplikasikan oleh guru
dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam kemahiran berbahasa tersebut.
Salah satu cara bagi memperkembangkan kemahiran berbahasa murid adalah
dengan menggunakan teknik drama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Omar Manat
(1995) juga berpendapat bahawa drama boleh ditakrifkan sebagai cerita mengenai
kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Justeru, menggunakan teknik drama dalam
pengajaran bererti meminta murid untuk melakonkan sesuatu situasi dengan

menggunakan dialog yang diberikan. Teknik ini sangat berkesan dalam
memperkembangkan kemahiran berbahasa kerana teknik ini menggabungkan kesemua
kemahiran berbahasa tetapi lebih menekankan kemahiran mendengar dan bertutur. Hal
ini berlaku kerana semasa lakonan, murid perlu untuk mengucapkan dialog yang telah
diberikan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan dalam masa yang sama
murid perlu mendengar dengan aktif apa yang ditutur oleh rakannya serta memberikan
respons berdasarkan skrip yang telah diberikan. Manakala bagi menggabungkan
kemahiran menulis, guru tersebut boleh meminta murid menghasilkan dialog sendiri
tetapi guru perlu memberikan tajuk dialog serta bimbingan kepada murid. Bagi murid
pada tahap yang lebih rendah pula, guru boleh menukar langkah pengajaran dengan
meminta murid mengisikan tempat kosong bagi menghasilkan dialog. Di samping itu,
teknik lakonan juga berupaya untuk menyediakan situasi yang menyeronokkan bagi
aktiviti pengajaran. Hal ini dapat membantu murid menguasai dengan mudah sesuatu
pengetahuan atau kemahiran sepertimana yang dikatakan Lickona (1999),
pembelajaran dalam keadaan menyeronokkan akan menyebabkan konsep, fakta atau
kemahiran yang dipelajari akan lebih cepat difahami atau mudah dikuasai. Secara
ringkasnya, teknik drama yang merangsang ketiga-tiga kemahiran berbahasa sangat
sesuai diaplikasikan dalam memperkembang kemahiran berbahasa murid. Namun pada
hakikatnya, teknik drama bukan suatu teknik yang baru, malahan teknik drama telah
lama dilaksanakan di sekolah-sekolah tetapi bukannya secara aktif. Ini adalah kerana
guru-guru berpendapat bahawa teknik ini tidak dapat diaplikasikan kerana murid berasa
malu untuk tampil ke hadapan dan hal ini membuatkan proses pengajaran sedikit
terganggu dan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Pada hemat saya, teknik
drama merupakan antara teknik terbaik dalam memperkembangkan lagi kemahiran
berbahasa murid. Hal ini adalah kerana teknik drama merupakan suatu teknik yang
dapat berupaya menarik minat pelajar terhadap pembelajaran dan apabila sudah
wujudnya minat dalam diri murid, murid akan lebih berusaha untuk memastikan dirinya
berupaya menguasai pengetahuan atau kemahiran terutamanya kemahiran berbahasa
bagi membolehkan dirinya turut serta dalam aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh
guru. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa teknik lakonan dapat diaplikasikan dalam
memperkembangkan kemahiran berbahasa murid terutamanya kemahiran mendengar
dan bertutur.


Dalam pada itu, penggunaan muzik dalam pengajaran juga berupaya untuk
membantu memperkembangkan salah satu daripada kemahiran berbahasa murid iaitu
kemahiran membaca. Muzik telah didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang
menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan oleh Kamus Dewan
Edisi Keempat. Jadi, penggunaan muzik dalam pengajaran bererti guru menyerapkan
lagu-lagu atau bunyi-bunyi yang indah ke dalam proses pengajaran. Kewujudan muzik
dalam proses pengajaran juga dapat mengubah mood kelas dan seterusnya dapat
menarik minat murid terhadap penyampaian guru. Colwell (1994) turut menyatakan
bahawa lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih
berkesan berbanding dengan pertuturan. Gipe (2002) menjelaskan bahawa muzik dapat
membantu kemahiran membaca kerana lagu yang digunakan boleh diulang dan melalui
pengulangan tersebut, murid akan berupaya untuk mengingati bunyi-bunyi perkataan
dan dapat mengenal ejaannya. Kajian yang telah dijalankan oleh Schon et al (2007) juga
telah mendapati bahawa lagu atau muzik didapati memudahkan pembelajaran
berbanding dengan pertuturan terutamanya dalam pembelajaran sesuatu perkara yang
baharu. Ini adalah kerana lagu mendatangkan fungsi emosi iaitu keterbukaan dan
kesenangan dan juga memudahkan proses pembelajaran bahasa atas sebab
strukturnya yang mudah dan berulang. Pengulangan ini mewujudkan kejadian latihan
mental dengan tidak sengaja (involuntary mental rehearsal) dan latihan mental ini
semakin meningkat dengan kekerapan muzik atau lagi diulang. Pada pandangan saya,
penyerapan muzik dalam pendidikan Bahasa Melayu sebenarnya merupakan idea yang
bijak kerana penggunaan muzik dapat menarik minat murid-murid yang sememangnya
sudah cenderung kepada muzik yang sedia ada di persekitaran mereka. Dalam masa
yang sama, penyerapan lagu dalam pembelajaran berupaya membawa murid untuk
menjiwai dan menghayati isi pengajaran dan dengan itu mewujudkan suatu
pembelajaran yang bermakna bagi murid. Namun dalam penggunaan lagu dalam
pengajaran, guru harus bijak dan berupaya untuk memanfaatkan penggunaan muzik
dalam proses pengajaran tersebut. Misalannya, kebanyakan guru hanya menggunakan
unsur muzik atau lagu dalam bahagian set induksi yang dijalankan kira-kira hanya lima
minit daripada keseluruhan proses pembelajaran. Namun, cara ini tidak dapat
membantu guru mengoptimumkan kegunaan bahan bantu mengajar yang sepatutnya
dapat digunakan dalam memperkembangkan kemahiran membaca. Jadi, bagi
memanfaatkan penggunaan muzik dalam pengajaran, guru seharusnya bijak menyusun
langkah pengajaran supaya muzik dapat dilaksanakan dalam isi pengajaran dan

seterusnya dapat meningkatkan kemahiran membaca murid. Di samping itu, guru juga
perlu bijak dalam proses pemilihan muzik dan juga lagu dalam memastikan lagu atau
muzik yang dipilih sesuai dengan isi pengajaran di samping berupaya menyampaikan
nilai-nilai murni kepada murid. Natijahnya, penggunaan muzik dalam pengajaran Bahasa
Melayu ternyata berupaya membantu meningkat kemahiran membaca murid.

Sementara itu, teknik penyelesaian masalah pula boleh diaplikasikan dalam
mempertingkat kemahiran menulis. Teknik penyelesaian masalah ini adalah suatu teknik
di mana melatih murid mengenal pasti masalah yang wujud, menyenaraikan sebab dan
akibat yang masalah yang seterusnya membawa murid mengenal pasti penyelesaian
masalah bagi masalah tersebut. Apabila murid berupaya mengenal pasti penyelesaian
bagi masalah, murid perlu menulis proses penyelesaian masalah dengan memasukkan
unsur-unsur bahasa yang sesuai hingga terbentuk karangan yang berkesinambungan.
Teknik ini berupaya membimbing murid untuk mendapatkan idea bagi menulis sebuah
karangan dan dalam masa yang sama mengasah kemahiran berfikir murid. Di samping
itu, teknik ini juga mengasah kemahiran menulis supaya lebih kreatif dan berupaya
menghasilkan penulisan yang matang. Dalam masa yang sama, kemahiran menulis juga
dapat dipertingkatkan serta diperkembangkan kerana teknik penyelesaian masalah ini
melibatkan pembelajaran kontekstual atau dalam kata lain melibatkan pengalaman
mereka dalam kehidupan seharian. Sepertimana yang dinyatakan oleh Beyer (1987),
kehidupan manusia, sejak kecil hingga ke akhir hayat dipenuhi dengan pelbagai
masalah. Pada hemat saya juga, teknik penyelesaian masalah ini merupakan antara
teknik yang terbaik dalam memperkembangkan kemahiran menulis murid dalam
penulisan karangan. Ini adalah kerana teknik ini tidak sekadar membimbing murid
menghasilkan sebuah penulisan yang mempunyai tatabahasa yang betul dan
tatabahasa yang meluas, tetapi teknik ini lebih menekankan tentang aspek penjanaan
idea dalam penghasilan sebuah penulisan. Di samping itu, teknik ini juga menggalakkan
murid berfikir secara kreatif dan dapat memenuhi kehendak semasa dunia untuk
menghasilkan insan-insan yang berupaya untuk berfikir secara kreatif. Sepanjang saya
menjadi seorang pelajar dan bakal guru yang sekolah untuk menjalankan pemerhatian,
saya masih belum menemui mana-mana guru yang melaksanakan teknik ini dalam
pengajaran. Kebanyakan guru memaklumkan kepada saya bahawa teknik ini sukar
dilaksanakan kerana berkesan bagi murid yang bijak tetapi tidak bagi murid yang lemah.

Namun, berdasarkan pembacaan saya, usai sahaja murid berupaya mengenal pasti
penyelesaian bagi masalah yang diberikan, murid dikehendaki untuk berkongsi atau
mempertimbangkan bersama rakan rasionalnya penyelesaian tersebut. Maka, jika
terdapat murid yang lemah di dalam kelas, guru boleh meminta murid tersebut
berbincang dengan murid yang bijak bagi mendapatkan idea dan berupaya
mendapatkan proses-proses pemikiran bagi menjana idea penyelesaian masalah.
Dengan itu, guru juga sebenarnya boleh melaksanakan teknik ini terhadap murid yang
lemah dan juga sama-sama dapat mempertingkatkan kemahiran menulis mereka.
Justeru, teknik penyelesaian masalah tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya
dalam mempertingkatkan kemahiran menulis murid sekolah rendah dalam penghasilan
karangan.

Sebagai penutup wacana, teknik lakonan, penyerapan muzik dan teknik
penyelesaian masalah dalam penulisan karangan sebenarnya merupakan sebahagian
daripada cara yang dapat digunakan dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa
muri dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, masih banyak lagi cara atau kaedah yang
dapat diaplikasikan dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid, namun guru
perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran agar pengajaran yang dilaksanakan
tidak sekadar bertujuan untuk menghabiskan sukatan bahkan jua untuk dapat
memperkembangkan kemahiran berbahasa murid dan seterusnya membuktikan
penduduk Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mahir
dalam penggunaan bahasa tersebut.
(1489 patah kata)



REFLEKSI

Pertama sekali bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya
berjaya menyiapkan tugasan projek bagi kursus Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM
3104) ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak perkara yang saya peroleh. Terdapat
beberapa kelebihan dan kelemahan yang saya temui, seterusnya beberapa penambahbaikan
yang boleh dilakukan pada kelemahan saya.

Tugasan BMM 3104 ini meminta saya untuk menghasilkan satu Rancangan Pengajaran
Harian bagi Bahasa Melayu yang menunjukkan pemahaman saya terhadap pemupukan
kemahiran berbahasa dalam pengajaran yang dirancangkan. Selain itu saya juga perlu menulis
satu esei bertajuk berkaitan langkah-langkah untuk memperkembangkan kemahiran berbahasa
secara berkesan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menyedari beberapa kelebihan yang saya
peroleh. Pertamanya, saya berupaya belajar cara menyediakan rancangan pengajaran harian
mengikut format yang betul. Dan yang kedua pula saya dapat belajar tentang cara-cara yang
dapat diaplikasikan seorang guru dalam meningkatkan kemahiran berbahasa.

Akan tetapi saya juga menyedari beberapa kelemahan pada diri saya sepanjang
menjalankan tugasan projek ini. Kelemahan saya yang utama ialah saya masih kurang jelas
tentang cara penyediaan rancangan pengajaran mengikut format kssr. Selain itu, saya juga
masih belum berupaya untuk menyediakan penulisan ilmiah yang matang.


Oleh yang demikian, saya membuat refleksi kepada diri saya dan menemui beberapa
penambahbaikan untuk memperbetulkan kelemahan saya. Antara penambahbaikan yang saya
temui adalah saya akan cuba mendapatkan tunjuk ajar mengenai penyediaan rancangan
pengajaran harian mengikut format kssr. Selain itu, saya akan cuba membanyakkan lagi
pembacaan saya supaya saya dapat mematangkan cara penulisan saya.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan pengajaran yang berguna kepada saya
sebagai seorang bakal guru. Pengalaman yang berguna sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat
saya aplikasikan nanti di sekolah apabila bergelar guru kelak. Oleh yang demikian, saya berharap
semoga Encik Fihat dapat menilai hasil kerja saya ini dengan seelok-eloknya. Sekian.












LAMPIRAN