Anda di halaman 1dari 26

PENDEKATAN

TRET
MINGGU 5
GORDON ALLPORT
Sumbangan penting:
Ubah personaliti sebagai satu bidang yang
lebih saintifik, lebih dihormati dan diterima
secara akademik dalam bidang psikologi.
Membentuk teori perkembangan personaliti
berdasarkan tret.
Tidak bersetuju dengan Freud dalam perkara
berikut:
Menolak konsep alam bawah sedar
(unconscious) manusia yang sihat
emosinya berfungsi secara rasional dalam
keadaan sedar, menyedari di kawal oleh
banyak tenaga yang memberi motivasi
kepada mereka.
Menolak konsep kehidupan yang ditentukan
oleh pengalaman masa lalu manusia lebih
didorong oleh peristiwa sekarang dan
harapan masa depan.
Mengkaji personaliti normal dan tidak normal
secara berasingan
Freud - menggunakan orang sakit mental
dalam membentuk teorinya
Allport - cara terbaik mengkaji personaliti
adalah menerusi individu yang sihat
emosinya serta matang individu yang
neurotik, kanak-kanak dan haiwan tidak
boleh dibandingkan dengan orang dewasa
yang normal.
DEFINISI PERSONALITI

Personality is the dynamic
organization within the individual of
those psychophysical systems that
determine characteristic behaviour
and thought
(Allport, 1961, p. 28)
Dynamic organization
Personaliti berubah dan berkembang secara tetap
(dinamik) dan terurus
Psyhophysical
Personaliti terdiri daripada minda dan tubuh badan
yang berfungsi sebagai satu unit.
Determine
Setiap aspek personaliti mencetuskan dan
memandu ke arah tingkah laku dan pemikiran
yang tertentu.
Characteristic behavior and thought
Setiap perkara yang difikir dan dilakukan manusia
merupakan ciri-ciri yang tipikal.
Keunikan manusia:

Personaliti individu adalah hasil daripada
perwarisan (memberi perkara asas) dan
persekitaran (membentuk personaliti).
Perkara asas yang diwariskan fizikal,
kecerdasan, tabiat.
Latar belakang genetik dan perkara asas
yang diwariskan menentukan keunikan
personaliti.


KONSEP DAN PRINSIP
Tret Personaliti

Ciri-ciri yang berbeza, kualiti yang diukur
secara berterusan, yang memandu sesuatu
bentuk tingkah laku

Ciri-ciri tret:

Benar dan memang wujud dalam diri manusia
bukan sekadar konstruk teori atau label
untuk menernagkan tingkah laku.
Menentukan dan menyebabkan wujud
sesuatu tingkah laku.
Boleh dilihat secara empirikal dikenalpasti,
dikawal, dimanipulasi kaedah pemerhatian.
Tret saling berkait antara satu sama lain, dan
boleh jadi bertindan.
Kategori tret:

Tret individu (personal disposition)
Unik dan khusus untuk seorang individu
bagi menerangkan karaktornya secara
individu

Tret biasa (traits)
Dikongsi bersama oleh sejumlah individu
seperti budaya. Boleh berubah mengikut
nilai dan standard sesuatu masyarakat.

3 jenis tret individu:

Tret Utama (Cardinal Trait)
Ciri-ciri dominan, unggul
Sangat meresap dan mempengaruhi
Sangat berkuasa, menguasai tingkah laku
Contohnya seseorang yang suka
melakukan penyiksaan (mempunyai
keghairahan untuk menakluk)

Tret Berpusat (Central Trait)

Ciri-ciri yang kurang mengawal tingkah laku
manusia
Sesuatu yang biasanya disebut orang bagi
menggambarkan seseorang.
Contohnya, kita mengatakan seseorang itu
sebagai penyayang, cerdik, jujur, baik,
kelakar dan sebagainya.

Tret sekunder (Secondary Trait)

Ciri-ciri yang agak terpingir seperti
kecenderungan terhadap sesuatu jenis muzik,
makanan dan sebagainya.
Hanya orang yang terdekat dengan individu
tersebut mengetahui kewujudan tret ini.
Contohnya seseorang yang suka makan
keropok atau roti canai.
Tabiat (Habit) dan Sikap (Attitude)

Tabiat
Tindak balas yang tidak fleksibel terhadap
sesuatu rangsangan yang spesifik,
beberapa habit digabungkan menjadi tret.
Sikap
Sama dengan tret, cuma sikap mempunyai
objek atau rujukan yang spesifik, boleh
dinilai secara positif atau negatif. Tret
skop lebih luas, tidak tertentu pada sesuatu
objek.

Personaliti dan Motivasi

Masalah utama dalam teori personaliti yang
lalu adalah untukmenjelaskan konsep motivasi
Allport fokus terhadap kesan peristiwa masa
sekarang, bukan peristiwa masa lalu
Apa yang telah berlaku masa lalu tidak lagi aktif
dan tidak boleh menerangkan tingkah laku
masa sekarang
Allport fokus terhadap pengaruh proses kognitif
perancangan dan niat secara sedar
(consciousness)

Motif Fungsi Bebas (Functional Autonomy of
Motives)

Motif dalam diri seorang individu yang sihat
dan normal adalah bebas daripada
pengalaman masa kanak-kanak.
Individu bebas menentukan motif diri masing-
masing
2 tahap fungsi bebas:
Preservative (kesungguhan)
Propriate (self, kendiri, ego)
Preservative (kesungguhan)
Tingkah laku fizikal yang menjadi ketagih
untuk melakukannya, dilakukan berulang-
ulang.
Tingkah laku dibuat berterusan walaupun
tanpa ganjaran
Propriate (proprium, self, kendiri, ego)
Ego menentukan motif jenis apa yang patut
diteruskan atau dibuang.
Ego mengubah motif asal kepada motif baru
yang lebih diterima
Berkaitrapat dengan nilai, imej kendiri dan
gaya hidup seseorang

Perkembangan Proprium (Self)
Peringkat Perkembangan
Bodily Self 1-18 bulan
Bayi menyedari kewujudannya, bergantung kepada
rangsangan deria
Self-Esteem
(Penghargaan
Kendiri
18 bulan 3 tahun
Kanak-kanak menyedari identiti dirinya
Merasa bangga apabila menguasai kemahiran tertentu
Tidak menerima arahan orang lain
Extention of
Self
(Perluasan
Kendiri)
4 5 tahun
Mengenalpasti objek atau individu yang menjadi
sebahagian hidupnya.
Egosentrik perkembangan awal bagi sifat
mementingkan diri dan kedekut
Self Image
(Imej Kendiri )


5 - 6 tahun
Terbentuk bersama perluasan kendiri.
Membentuk imej yang sebenar dan ideal tentang
dirinya dan tingkah lakunya.
Menyedari tentang kepentingan memuaskan kehendak
ibu bapa
Self as a
Rational
Coper (agen
rasional)
6 12 tahun
Berfikir secara reflektif, boleh menyelesaikan masalah,
mempertahankan diri, berfikir secara rasional, logik
Propriate
Striving
(Perjuangan
Kendiri)
Remaja
Membentuk matlamat dan perancangan jangka
panjang.
Adulthood
(Alam
Dewasa)
Orang dewasa yang normal dan matangberfungsi
secara bebas, tidak terikat dengan motif ketika kanak-
kanak.
Apabila dewasa, perkembanagan self-as-
knower berlaku.

Contoh, ketika menghadapi peperiksaan yang
susah, mungkin badan akan rasa gementar
(bodily self), fikir tentang peperiksaan yang
penting untuk masa hadapan (self-identity),
perlu libatkan diri secara aktif (self-esteem),
apakah makna kejayaan dan kegagalan pada
keluarga kita (perluasan kendiri), harapan dan
aspirasi (self-image), kita sedar peranan kita
untuk jawab soalan dengan betul (agen
rasional), dan sejauh mana situasi ini relevan
kepada matlamat hidup (propriate striving).
Kematangan

Orang dewasa yang matang
Bebas berfungsi tidak terikat dengan
pengalaman masa kanak-kanak
Berfungsi secara rasional dan membentuk
gaya hidup secara sedar
Bebas dari taktik yang lemah (helah bela
diri Freud)
Untuk jadi matang, perlu amal peraturan
Autonomi Fungsi Bebas seperti di atas

Ciri-ciri kematangan
Penerimaan kendiri
Mempunyai emosi terkawal
Tidak bertindak keterlaluan

Hubungan mesra
Berkebolehan menjalinkan hubungan yang
mesra dan rapat dengan orang lain
Mengambil kira kebajikan orang lain

Perluasan kendiri
Tidak bersifat egosentrik
Mementingkan kepentingan orang lain
Persepsi yang realistik
Tidak memutarbelitkan keadaan, tetapi mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang bermakna.
Bersifat pemusatan masalah, bukan pemusatan ego

Objektifikasi
Kenal diri sendiri, mempunyai gerak hati terhadap
kebolehan dan kelemahan diri

Falsafah hidup bersepadu
Mempunyai tujuan hidup yang jelas dan bertolak ansur
dengan persekitaran
Imej kendiri yang jelas, ada standard tertentu sebagai
panduan mencapai matlamat.
KEBEBASAN
UNIVERSAL
PENGALAMAN
SEKARANG
PERSEKITARAN
DITENTUKAN
UNIK
PERWARISAN
PENGALAMAN
LEPAS
PERKEMBANGAN KESEIMBANGAN
PESIMISM OPTIMISM
IMEJ CIRI SEMULAJADI MANUSIA
Teknik Dokumen Personal
Teknik penilaian yang berdasarkan bahan bertulis
yang dibuat oleh subjek atau percakapan yang
direkodkan

Kajian terhadap nilai
Menggunakan inventori self-report secara objektif
untuk mengetahui nilai yang dipegang oleh
seseorang individu nilai teoretikal, ekonomi, astetik,
sosial, politik dan keagamaan
PENILAIAN DALAM TEORI ALLPORT