Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA



HBEF 2703
JURNAL REFLEKSI
KELAB HOKI

MOHD. RAHMAT BIN RAHMAN

810131015961001

MEI 2012





2

PENULISAN JURNAL KELAB HOKI SK SERI MACHAP

JAN 2012 MEI 2012

PERALATAN KELENGKAPAN HOKI YANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI

1. Isu / Masalah
Hoki seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi,
hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan.
Salah satu peraturan yang penting dalam permainan hoki ialah peralatan yang mengikut
spekfikasi. Kecedaran dalam permainan hoki boleh dikurangkan sekiranya hoki dimainkan di
padang yang sesuai dan menggunakan peralatan-peralatan betul.
Padang hoki merupakan peranan utama dalam permainan ini. Padang perlulah rata dan
saiznya perlulah sesuai. Jika padang terlalu sempit, pemain-pemain akan bersesak-sesak
dalam satu kelompok dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang
diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan
dengan itu, pergerakkan dan kemahiran-kemahiran lain tentunya sukar dilakukan seperti
menggelecek dan mencedok bola.Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas,
keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh
kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu
sama lain agak jauh.Mengikut spesifikasi yang ditentukan untuk kepanjangan dan kelebaran
padang hoki panjangnya 91.40 meter dan lebarnya 55 meter.
Padang yang berbentuk segiempat ini mempunyai permukaan berbentuk rata dan
mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis
rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk
pertandingan.Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astro
turf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana di atas padang jenis tiruan bola
boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri
daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

3

Bola hoki juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecederaan.Permukaan
bola perlulah licin dan berat bola tersebut perlulah sesuai dalam permainan ini. Ukur lilit bola
hoki adalah 224 hingga 235 mm dan mempunyai berat156 g hingga 163 g. Sekiranya bola hoki
berada dalam keadaan tidak sesuai, ia akan menyukarkan pemain menggelecek dan mengawal
bola serta menghantarnya kepada pemain lain.Selain bola hoki, kayu hoki juga perlu diberi
perhatian.
Kayu hoki pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang
hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai
permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud
dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki perlu licin dan tidak boleh mengandungi tepi-tepi
yang tajam. Penggunaan material logam adalah dilarang sama sekali dalam pembinaan kayu
hoki. Ini untuk mengelakkan Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan
juga kedudukan pemain dalam permainan.Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah
tidak selaras dengan ketinggianseseorang pemain dalam permainan.
Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalahantara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan
beratnya ialah antara 510g hingga 624guntuk wanita dan antara 510g hingga 732g untuk lelaki.
Bagaimana pun kebiasaannyakayu yang sering digunakan beratnya diantara 510g- 624gKayu
hoki perlu disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa
menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu
hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh
mendatangkan bahaya kepada para pemain.
Pemain hoki boleh memakai apa sahaja jenis kasut tetapi bergantung kepada keadaan
padang. Contohnya kasut yang ada tetungku getah sesuai dengan padang hoki yang berumput.
Kasut khas pula digunakan untuk bermain di atas permukaansintetik kerana ia kasut jenis ini
mempunyai cengkaman yang baik, dan membenarkan pemain menukar arah dengan cepat
tanpa tersekat. Kasut yang mempunyai tungkutajam atau kasut yang mempunyai paku atau
spikes tidak dibenarkan kerana ia mendatangkan bahaya kepada pemain.
Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang
sesuai. Pasukan lawan yang menghantar bola ke pintu gol akan cubamerembat bola sekencang
yang mungkin untuk mendapatkan gol. Penjaga perlu memakai ped di kaki dari pergelangan
kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol.
Sarung tangan penjaga gol diperbuatdaripada kulit dan plastik. Sarung tangan tersebut perlu
lembut supaya penjaga goldapat memegang kayu hoki dengan padu. Ia berfungsi untuk

4

melindungi tangan danmemberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.Selain itu,
alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut,
seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Bola yang laju jika terkena
dada, perut dan hati bolehmenyebabkan kematian.
Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badandan dipakai di bawah jersi
penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera.
Pelindung muka adalah wajib bagi penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan
melindungi muka, kepala dankerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas
permukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

2. Analisis
Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu semasa aktiviti dijalankan. Berikut merupakan
hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ;
a. Tiada padang atau tempat yang sesuai untuk aktiviti permainan hoki ini dilaksanakan.
Sekolah hanya mempunyai padang yang tidak begitu luas yang dikongsi bersama
permainan yang lain. Ini menyebabkan aktiviti yang dijalankan tidak dapat berjalan
dengan sempurna.
b. Kekurangan alat permainan hoki seperti kayu hoki dan bola menyebabkan pengajaran
permainan hoki terganggu kerana murid perlu mengikut giliran dan berkongsi alatan
yang terhad..
c. Kualiti alatan yang tidak mengikut spesifikasi menyebabkan barangan tidak tahan lama
dan memberi risiko kecederaan kepada murid. Ini terjadi kerana kekurangan sumber
kewangan untuk membeli alatan yang berkualiti tinggi.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa permainan hoki
memerlukan alatan yang mengikut spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan bagi menjamin
kelancaran pengajaran disamping menjamin keselamatan murid-murid. Tanpanya, pengajaran
di lakukan dengan serba kekurangan dan pemain yang berkualiti yang akan mengharumkan
nama negara tidak dapat dibentuk.

5

Dengan kesedaran peralatan hoki yang dibekalkan tidak mencukupi, guru perlulah
mengambil sikap lebih peka dalam mengawal pergerakan murid supya keaaan yang tidak
diinginitidak berlaku.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru
pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, guru
pembimbing juga bersetuju dengan masalah kekurangan alatan hoki ini perlu diatasi.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, guru pembimbing mencadangkan agar membuat kutipan
derma untuk menampung kos membeli alatan.
Kami juga perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk menjdi sekolah
angkat dalam menjayakan dan meningkatkan pretasi sukan hoki ini di sekolah.

4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua peralatan yang
diperlukan dipenuhi untuk menjalankan aktiviti pengajaran sukan hoki lebih sempurna.

5. Tindakan Susulan
Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah
peralatan hoki yang tidak mencukupi dan tidak mengikut spesifikasi;
a. Menyediakan tabung derma kelab..
b. Membeli peralatan yang tahan lama dan berkualiti menggunakan duit peruntukan
sekolah walaupan akan mendapat kuantiti yang sedikit. Lama-kelamaan peralatan yang
berkualiti akan bertambah dari masa ke semasa.
c. Mencari syarikat-ayarikat swasta untuk menjadi sekolah angkat kepada mereka supaya
mereka dapat memberikan bantuan kewangan dan seterusnya sekolah dapat menjadi
sekolah projek hoki.

6

6. Kesimpulan
Kesimpulan secara keseluruhan, aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada
kurikulum sekolah dimana semua pelajar wajib melibatkan diri. Pelajar harus dididik dengan
pelbagai ilmu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan
intelek.
Aktiviti ko-kurikulum menyemai pelajar bersikap muhibah, bekerjasama, mewujudkan
perpaduan dan integrasi dikalangan generasi muda. Selainitu juga, aktiviti ko-kurikulum
menyeimbangkan perkembangan intelek (akademik)dengan perkembangan jasmani, rohani dan
emosi.
Aktiviti ko-kurikulum yang sihat juga boleh mengelakkan masalah sosial dikalangan
remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.Melalui tugasan ini saya dapat mengenal pasti setiap
peralatan yang digunakandalam aktiviti dan permainan hoki. Selain itu juga pelbagai langkah
keselamatan perlu diambil sebelum memulakan permainan.Pemain juga perlu menggunakan
peralatan yang lengkap untuk mengelakkan sebarang bentuk kecederaan.

Disediakan oleh ;
MOHD.RAHMAT BIN A RAHMAN
810131015961001