Anda di halaman 1dari 11

Lampiran

ARTIKEL SATU

MASALAH GURU PONTENG DI SEKOLAH
Oleh:
Mohd Zahiruddin Bin Abd Halim

1.0 PENGENALAN

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar
memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu
berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru - guru juga
menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Basinun (1995) menyatakan antara
masalah utama guru adalah masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan
beban kerja guru yang keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid - murid,
guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi
beban kerja guru. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru - Guru
Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan kerja - kerja
persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal,
mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan
karenah dan bilangan murid yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga
mengakui profesion guru amat mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar,
malah terpaksa menangani masalah pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang
menuntut masa yang banyak untuk diselesaikan. Beberapa reformasi yang berlaku
dalam pendidikan adalah seperti KBSR, KBSM dan KSSR dilihat seperti
menambahkan lagi bebanan kerja guru yang sedia bertimbun.
Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan
berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan
penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah dan
hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti mana yang
dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan
masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan
serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di samping itu, faktor beban tugas
juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang
mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru - guru di sekolah
menengah menghadapi tekanan. Guru - guru terpaksa berhadapan dengan masalah
pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran
mengawal pelajar dalam kelas.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan
faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini
merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang
rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-
guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain
itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih
diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan,
pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang
mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh
menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru - guru
itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang
diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji
yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru -
guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir
harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang
sangat penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia.Ini
kerana golongan guru merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk
bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat utama pendidikan
di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai
perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang menyeluruh dari
segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para guru bukan sahaja dituntut untuk
sekadar menyebarkan ilmu semata-mata bahkan mereka juga bertanggungjawab
dalam pembentukan sahsiah dan tingkahlaku anak didik mereka.Untuk itu,dalam
mencapai hasrat (FPK) ini,golongan guru seharusnya sedar bahawa tugas mereka
bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang
sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan ilmu serta mendidik bukanlah satu
tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu perancangan jangkamasa panjang
disamping perlu berhadapan dengan karenah anak-anak murid dan juga mesyarakat
di sekeliling.

Disamping itu,mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa serta bijak
menyesuaikannya dalam tugas terutamanya bagi menangani masalah pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan
disiplin pelajar yang sememangnya semakin menular pada masa kini.Secara
umumnya,kita boleh mengatakan bahawa sememangnya para guru perlu
mempunyai pengetahuan yang luas dan juga profesional dalam semua
bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang guru yang
profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek penting yang
perlu ada di dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga pembentukan
sahsiah.

Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi
seseorang guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap
disamping mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu
bidang.Sebenarnya pihak kerajaan sudah lama mahu meningkatkan martabat
bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang ataupun kerjaya yang
profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat menyedihkan di
mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku guru
yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar malah
ianya semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu
perkara yang baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah
wujud sejak dari dahulu lagi.Walaupun sistem pendidikan pendidikan di Negara kita
dilihat semakin maju dan berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-kes
atau isu-isu guru yang melanggar etika adalah didapati semakin meningkat.Situasi
ini dapat dilihat apabila semakain hari semakin banyak berita-berita ataupun laporan
yang tersiar di dada akhbar mahupun berita mengenai salah laku guru-guru dari
seluruh pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan guru yang
memegang gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat
di dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak
langsung telah mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi
oleh ramai pihak ini.

















ARTIKEL DUA
Guru terbabit dadah, kurang disiplin tak
layak jadi pendidik
2010/05/03 - 04:05:18 AM Oleh Jami'ah Shukri Cetak Emel Kawan
Tweet
TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis
Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr
Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah dan
pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru ini.

Tanya siapa saja, khususnya ibu bapa pasti akan terus melenting menghamburkan kritikan
pedas terhadap guru yang sepatutnya jujur serta amanah bukannya menyeleweng daripada
tugas serta tanggungjawab hakiki mendidik pelajar menjadi insan cemerlang dan
menyediakan barisan pemimpin pada masa depan.
Lebih meningkatkan emosi amarah ibu bapa, guru bukan saja terbabit dengan penagihan
dadah malah, lebih buruk lagi mengedar dadah untuk pelajarnya sendiri. Guru dianggap
sebagai penjaga atau pelindung apabila pelajar berada di pekarangan sekolah. Ibu bapa juga
sudah meletakkan harapan menyerahkan anak mereka kepada guru untuk ditunjuk ajar
menjadi orang berguna.


Seperti perumpamaan Melayu, jika guru sudah kencing berdiri, pelajar pula akan kencing
berlari. Dalam konteks ini, guru sewajarnya menjadi pembimbing dan mengingatkan pelajar
supaya menjauhi najis dadah.

Hakikat diketahui ramai, apa saja yang kesalahan dikaitkan dengan dadah, ia adalah jenayah
berat. Kesalahan guru terbabit dengan penyalahgunaan dadah tidak boleh dimaafkan kerana
ia jelas mencemarkan imej profesionalisme bidang perguruan dan menjerumuskan masa
depan serta potensi pelajar.

Walaupun statistik guru terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah disifatkan kes
terpencil, ia tetap kesalahan serius kerana dadah musuh utama negara. Menurut laporan, pada
Februari lalu, seorang guru Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu
Pahat, berusia 31 tahun, ditahan polis selepas dipercayai mengedar dadah secara sambilan
kerana mahu menjalani hidup mewah dan bergaya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas isu itu
menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan memberi pengampunan kepada guru
yang didapati bersalah menjalankan aktiviti pengedaran atau penagihan dadah kerana ia
menjejaskan imej profesionalisme perguruan.
Katanya, dadah adalah musuh nombor satu negara kerana bahana daripada aktiviti itu boleh
melumpuhkan masa depan generasi pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara.
Masyarakat boleh terus hilang kepercayaan terhadap peranan dan kredibiliti jika mereka
dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Kita sudah ada piagam yang jelas dalam Kementerian Pelajaran. Kita anggap
penyalahgunaan dadah tidak kira membabitkan guru atau pelajar adalah kesalahan serius. Jika
guru yang patut menjadi idola, tidak mempunyai tingkah laku dan disiplin yang bersih,
bagaimana mahu mendidik pelajar menjadi insan berguna dan cemerlang, katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan perangkaan, guru yang terbabit dalam kes pengedaran dadah
adalah terlalu kecil serta dianggap kes terpencil jika dibandingkan 360,000 guru di seluruh
negara.

Bagi PIBGN, pemimpin sekolah, khususnya pengetua dan guru besar perlu bijak menangani
dan mengendalikan guru dengan memastikan mereka sentiasa berada pada landasan betul
untuk terus meningkatkan martabat bidang perguruan.

Pada zaman ini, peranan pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah semakin mencabar dalam
pelbagai aspek termasuk berdepan kebarangkalian terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah
amat tinggi sekali.

Prof Mohamad Ali mencadangkan supaya guru terus dihentikan perkhidmatan sekiranya sah
disabitkan kesalahan mengedar dadah kerana ia menjejaskan kewibawaan institusi
pendidikan di negara ini.

Pada masa sama, kita mahu kepakaran guru besar dan pengetua juga dipertingkatkan dengan
kemampuan mengenal pasti mana-mana guru bermasalah untuk membanteras gejala itu pada
peringkat awal lagi. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada mereka untuk mengelak pelajar
menjadi mangsa.

Guru yang terbabit dengan kes dadah, tidak layak ada di sekolah. Dunia perguruan tidak
memerlukan tenaga pengajar yang begini. Mereka boleh menjadi duri dalam daging kepada
pelajar. Kegiatan guru mengedar dadah adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal,
katanya.

Penyalahgunaan dadah adalah isu yang sangat besar dan memerlukan kerjasama daripada
pelbagai pihak untuk menanganinya dengan lebih holistik.

Sebenarnya sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk memulakan kempen generasi
benci pada dadah kerana ia dihuni oleh murid seawal usia tujuh tahun sehinggalah ke
peringkat menengah.

Sasaran negara untuk bebas daripada dadah menjelang 2015 seharusnya turut disahut oleh
golongan pendidik di negara ini. Justeru, peranan guru amat besar untuk menanam dan
memupuk kesedaran terhadap bahaya bahan itu kepada sistem kehidupan manusia.





ARTIKEL TIGA
Gangguan seksual di sekolah
GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam
atau tempat kerja.
Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-
kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah.
Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan
tragedi yang tidak diingini.
Sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar.
Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu
bagaimanakah gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apakah yang perlu dibuat
untuk menanganinya.
Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah:
* Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah.
* Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah.
* Membuat perlakuan atau isyarat lucah
* Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah.
* Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual.
* Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual.
* Melakukan sentuhan yang berunsur seksual.
* Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar.
* Menyebar khabar angin berunsur seksual.
PemangsaKajian menunjukkan bahawa majoriti pemangsa sebenarnya rakan-rakan pelajar itu
sendiri yang sama-sama belajar di sekolah.
Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan seksual' ke atas pelajar perempuan.
Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan
homoseksual atau onani.
Terdapat segelintir pemangsa (minoriti) yang terdiri daripada kakitangan sekolah atau pekerja
khidmat kontrak.
Mereka sanggup mengetepikan nilai moral dan etika profesionalisme dengan meminta
imbuhan seks sebagai balasan di atas sesuatu pertolongan yang akan diberi.
Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut
menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Bagaimanapun, ibu bapa dan guru boleh melihat beberapa perubahan ke atas tingkah laku
pelajar terbabit bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan seksual tersebut.
Panduan ibu bapa dan guruPada peringkat awal, tekanan emosi menyebabkan mangsa merasa
malu dan rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar
lain.
Ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak menghadiri
aktiviti kokurikulum.
Mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian.
Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakala mangsa cepat melenting
dan membuli adik yang lebih kecil.
Mereka juga melawan arahan ibubapa dan bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari dari
rumah.
Ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar terhadap ibubapa yang dituduh sebagai gagal
menghalang gangguan seksual tersebut.
Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung
semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak.
Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria.
Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka.
Bagi pelajar remaja pula, mereka cenderung untuk belajar menghisap rokok atau mengambil
dadah.
Dalam kes pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkah laku yang ditunjukkan
berbeza mengikut umur.
Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian bawah semasa
membersihkan diri.
Mereka mengadu sakit di kawasan kemaluan atau anal. Apabila diperiksa tanda kecederaan
seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari kemaluan boleh dilihat.
Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia
berlaku.
Perubahan bentuk badan, penambahan berat dan muntah-muntah pastinya mengundang
kecurigaan.
Ibu bapa terutamanya dinasihatkan untuk bertanya tarikh haid terakhir pelajar. Trauma yang
dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan teruk
dan percubaan membunuh diri.




















ARTIKEL EMPAT
2.0 Isu Etika Guru

Isu-isu etika guru terdapat beberapa bahagian yang sering kali menjadi tumpuan di
media massa. Isu-isu ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh
seluruh warga guru bagi menjaga profesionalisme keguruan dan menjaga profesion
ini agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Antara isu-isu etika guru ialah
kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurus
masa dan pengurus kewangan. Sebagai guru, terdapat garis panduan yang perlu
diikuti dan setiap perkara yang terkandung pada garis panduan tersebut perlu
difahami dan diikuti.

Guru-guru pada era ini berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu
ditangani dengan sikap profesional dan terbuka. Persoalan seperti sikap guru,
kesantunan guru, kerja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di
sekolah kini menjadi isu yang perlu dipandang serta ditangani dengan berhemah
supaya kerjaya sebagai guru tidak terus terpesong daripada landasan yang
sepatutnya. Tidak dapat dinafikan kos kehidupan semakin hari semakin meningkat
akibat daripada arus pembangunan yang menyebabkan masyarakat berlumba-
lumba untuk memiliki hidup yang selesa. Guru juga tidak terlepas dalam lingkaran
ini, oleh itu bagi menampung kos hidup yang tinggi ini terdapat guru-guru yang telah
melanggar etika keguruan tanpa mereka sedari.

Isu yang akan dibincangkan menyentuh tentang kesantunan guru.
Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat. Menurut Syed Ismali dan Ahmad Subki (2010) Kesantunan merupakan
perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat
tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati
oleh perilaku sosial. Oleh itu, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid
bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu.


3.0 Isu Kesantunan Guru (Murid di Tendang Oleh Guru Besar)

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang murid tahun
empat yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, telah hantar ke
hospital Tengku Anis (HTA). Daripada sumber yang diperolehi, murid ini telah
disepak oleh seorang guru besar di sekoloah sekitar Pasir Puteh.

Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah
mendakwa dia telah ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan mata
pelajaran sains pada kertas jawapan, dan bukannya pada kertas soalan seperti yang
diarahkan oleh guru terbabit. Bapa kepada Muhammad Ifran, Mohd Zakee Zakaria,
39, berkata belaiu mengetahui kejaidian yang berlaku apabila beliau pulang dari
kerja pada petang berkenaan. Daripada laporan yang dikemukan oleh bapanya,
muhammad irfan mengalami bengkak dan lembam di bahagian belakang badannya.
Beliau pada awalnya tidak menyangka keadaan tidak begitu serius dan tidak
membawanya mendapatkan rawatan.

Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami kesakitan
dan sesak nafa sehingga mukanya pucat dan kebiruan. Lantas, beliau bergegas ke
HTA untuk mendapatkan rawatan dan beliau diberi ubat penahan sakit. Pegawau
perubatan HTA yang merawat murid terbabit telah menasihati bapanya untuk
membuat laporan polis kerana bimbang kecederaan yang dialami oleh Muhammad
Irfan mempunyai kesan jangka panjang.

Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru besar ke
rumahnya bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian ini kepada pihak
media. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazaki yang
dihubungi, berkata beliau sudah mengarahkan guru besar sekolah terbabit bagi
menyediakan laporan bertulis berhubung kejadian ini.

Anda mungkin juga menyukai