Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

( 20 MARKAH )

Jawab semua soalan.

1. Apakah konsep budaya dalam sistem pendidikan di sekolah pada masa kini?

(A) Tanggungjawab guru menerapkan unsur kemanusiaan kepada murid

(B) Pembangunan sumber manusia melalui kegiatan kurikulum dan kokurikulum

(C) Penerapan budaya dalam kalangan murid haruslah berbeza mengikut status sekolah
yang berkenaan

(D) Membentuk konsep baru budaya dalam kalangan murid tanpa mengambil kira
kebudayaan asal masing-masing


2. Kelompok masyarakat ini dikelaskan mempunyai hidung yang kurang mancung,
berbadan kecil, rambut lurus atau kerinting dan mempunyai mata yang agak kecil.

Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, apakah kelompok masyarakat
tersebut?

(A) Negroid

(B) Austroloid

(C) Caucasoid

(D) Mongoloid

3. Integrasi antara budaya akan berlaku apabila berlakunya pertembungan antara
budaya yang berlainan. Setiap kaum masih mempunyai hak untuk mengamalkan
kebudayaan masing-masing walaupun terdapat perbezaan antara budaya.

Berdasarkan kenyataan di atas, apakah proses integrasi budaya tersebut?
(A) Asimilasi
(B) Akomodasi
(C) Pluralisme
(D) Akulturasi

Masyarakat memburu dan mengumpul hasil hutan


Masyarakat petani




X





4.



Jadual di atas menunjukkan bentuk perkembangan kehidupan
masyarakat. Masyarakat X merujuk kepada
(A) feudal
(B) maritim
(C) industri
(D) pertanian


5. Apakah yang dimaksudkan dengan proses amalgamasi?

(A) Penyerapan budaya
(B) Pencantuman dari segi biologi
(C) Mempertahankan kepelbagaian budaya
(D) Menyedari nilai dan norma antara satu sama lain


6. Antara berikut yang manakah tindakan yang sesuai diambil oleh guru dalam
menghadapi kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas.
(A) Merumuskan hasil pembelajaran mengikut kaca mata budaya murid sendiri

(B) Menggunakan bahasa setempat supaya murid selesa untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran

(C) Membentuk kumpulan yang sama sosio budaya bagi memudahkan murid
berinteraksi secara terbuka di dalam kelas

(D) Melaksanakan langkah pencegahan bagi menyekat kemungkinan berlaku aktiviti
perkauman yang tidak diingini

7. Pernyataan berikut adalah benar berkaitan implikasi kepelbagaian sosio budaya
terhadap perkembangan sekolah di negara inikecuali

(A) menubuhkan sekolah wawasan yang sesuai untuk semua kaum

(B) membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar

(C) pembentukan kurikulum untuk membentuk bangsa yang bersatu dan saling
menerima perbezaan budaya antara kaum

(D) menjadikan sekolah sebagai ruang untuk pendidik menerapkan kepercayaan dan
nilai dalam masyarakat

8. Antara berikut yang manakah paling tepat menerangkan maksud mobiliti sosial?
(A) Pergerakan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial
yang lain

(B) Perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial
yang lain
Masyarakat pasca industri

(C) Kemasukan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial
yang lain

(D) Perpindahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial
yang lain
9. Merujuk
situasi
di
atas,
apaka
h jenis tingkah laku yang dimaksudkan?
(A) Hiperaktif
(B) Tingkah laku antisosial
(C) Kecelaruan tingkah laku
(D) Bermasalah fizikal


10. Antara pernyataan tentang masyarakat indigenous berikut, manakah yang boleh
menjadi pemangkin kepada kemajuan proses pendidikan masyarakat ini?
l Memiliki kepekaan terhadap alam sekitar
ll Mempertahankan nilai-nilai budaya tradisional
lll Pengalaman dalam kehidupan berkaitan dengan proses pendidikan
lV Tidak mahu menerima perubahan dalam dunia pendidikan
V Masyarakat masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar
(A) l dan ll sahaja
(B) lV dan V sahaja
(C) l, ll dan lll sahaja
(D) lll, lV dan V sahaja

11. Antara susunan berikut, manakah yang benar menunjukkan lima perkara utama
yang dapat membantu tindakan ke arah memupuk hubungan etnik?

(A) Kefahaman akomodasi kesedaran saling menghormati

(B) Akomodasi kesedaran kefahaman saling menghormati

(C) Kesedaran kefahaman akomodasi saling menghormati

(D) Saling menghormati kesedaran kefahaman akomodasi


12. Mengapakah kaedah koperatif dikatakan berkesan semasa mengajar murid-murid
daripada pelbagai budaya?

(A) Setiap murid secara individu, berpasangan atau berkumpulan boleh
menampilkan budaya masing-masing

(B) Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta ingin tahu berkenaan budaya
yang berbeza

(C) Murid daripada pelbagai kebolehan, budaya, jantina dan etnik bekerjasama untuk
mencapai matlamat

(D) Aktiviti dapat dikawal supaya pembelajaran berlaku secara adil, telus serta ada
pengukuhan yang jelas selepas aktiviti dijalankan

13. Yang manakah benar menjelaskan kesan hasil perhubungan antara kelompok
etnik?
(A) Memberi impak kepada sektor perindustrian dan perdagangan
(B) Mengagihkan kekayaan secara saksama dan adil kepada semua masyarakat
(C) Melaksanakan konsep 1Malaysia seperti yang diilhamkan dalam wawasan 2020
(D) Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik yangseimbang supaya tidak timbul
konflik dalam masyarakat









14.


Pilih ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan
berkesan.
I Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling
II Sistematik dalam merancang dan menilai
III Cekap dalam melaksanakan urusan rekod
IV Bijak mengurus masa
V Melayan karenah murid
(A) I, II dan III sahaja
(B) I ,II dan IV sahaja
(C) I, III dan IV sahaja
(D) I,III, dan V sahaja


15. Pernyataan manakah yang paling tepat menunjukkan keperluan guru terhadap
kemahiran pedagogi yang berkesan semasa mengajar kelas bercantum?
(A) Murid daripada pelbagai kebolehan telah dikelompokkan dalam kumpulan yang
dibina

(B) Kaedah kumpulan membolehkan murid terlibat secara aktif dan dapat memenuhi
keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan

(C) Ketidaksesuaian menggunakan pendekatan pedagogi akan menjejaskan minat
murid untuk meneruskan proses pembelajaran
Guru memainkan pelbagai peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah.

(D) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sama untuk semua murid dalam kelas
berkenaan

16 Dari aspek sosiolinguistik, penyataan manakah menunjukkan kelebihan yang
dimiliki oleh guru boleh berinteraksi dengan pelbagai bahasa?
I Dapat menerangkan nilai kerjasama antara budaya
II Penjelasan yang diberikan dapat diterima dan difahami oleh murid
III Boleh membantu murid berinteraksi dan berkomunikasi dalam pembelajaran
IV Kemahiran bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya
V Masyarakat Malaysia telah menerima bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
sebagai alat komunikasi dalam pelbagai situasi

(A) I, II, dan III sahaja

(B) II, III, dan IV sahaja

(C) I, II, IV, dan V sahaja

(D) I, III, IV, dan V sahaja

17. Antara berikut, manakah bukan merupakan syarat komunikasi lisan yang berkesan
antara guru dengan murid?
(A) Guru mengambil berat idea yang dikemukakan oleh murid
(B) Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
(C) Pendengar harus bersikap terbuka ketika mendengar maklumat yang disampaikan
(D) Gu
ru
sen
tias
a
me
nya
mpaikan maklumat dengan nada suara yang tinggi
18.




Berdasarkan petikan di atas, apakah laras bahasa yang digunakan?

(A) biasa
(B) sains
(C) rencana
(D) akademik


19. Skim Bantuan Galakan Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
disediakan bagi membantu murid Orang Asli di peringkat sekolah rendah dan
menengah.

Antara berikut, manakah bantuan yang telah dilaksanakan?
I. Kokurikulum
II. Yuran tuisyen
III. Pembelian basikal
IV. Pakaian seragam sekolah
V. Buku tulis, buku kerja dan alat tulis
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, IV dan V sahaja
(C) I, II, III dan V sahaja
(D) II, III, IV dan V sahaja

20. Apakah program intervensi vokasional murid yang berada di sekolah pedalaman?

(A) asrama
(B) bengkel
(C) bilik sains
(D) sekolah vokasional
BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan.
1. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok
manusia.
(a) Jelaskan dua pola budaya tersebut. (4 markah)
(b) Kelompok yang wujud di dalam masyarakat adalah kesan saling pergantungan
sesama insan.Bincangkan tiga sebab individu saling bergantung dan bergabung
dalam kelompok. (6 markah)

2. Dalam konteks keperluan hidup bersama, masyarakat bermaksud manusia yang
hidup secara berkumpulan dan mengamalkan satu budaya yang sama.

(a) Nyatakan empat ciri utama
masyarakat. (4 markah)

(b) Cerakinkan tiga proses perubahan bahasa berserta contoh yang sering yang sering
berlaku dalam masyarakat. (6 markah)
3. Murid Berkeperluan Khas merupakan kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

(a) Berikan empat kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program
Pendidikan Khas.(4 markah)

(b) Cerakinkan tiga faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang
pendidikan di Malaysia. ( 6 markah)
4. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan kemudahan infrastruktur
pendidikan untuk masyarakat luar bandar.

(a) Nyatakan empat keperluan asas yang telah disediakan di kawasan pedalaman.
(4 markah)
(b) Antara Objektif Pelan Tindakan Pembangunan masyarakat Orang Asli adalah
untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan
mereka.


Berikan tiga penilaian anda terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli di pinggir bandar.( 6 markah )
BAHAGIAN C
(40 markah)

Jawab mana-mana dua soalan sahaja.

1. Kurikulum tersirat berperanan untuk memainkan peranan membentuk bangsa yang
bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara
kaum. Pelaksanaan kurikulum tersebut telah menunjukkan kesan
mesra budaya dalam kalangan murid.

(a ) Tunjukkan lima cara bagaimana kurikulum tersirat boleh menyatukan
murid pelbagai kaum. (10 markah)
( b) Buat analisis terhadap lima ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam
pendidikan masa kini. (10 markah)


2. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya akan menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif. Suasana tersebut akan menggalakkan interaksi dan
integrasi dalam kalangan murid.

( a ) Cadangkan lima cara guru menguruskan persekitaran
fizikal bilik darjah untuk menggalakkan suasana mesra budaya.(10 markah)

( b ) Bincangkan lima strategi pengajaran guru yang releven budaya untuk
menggalakkan murid berinteraksi antara pelbagai
kaum.
(10 markah)


3. Komunikasi yang berkesan dalam kelas akan memotivasikan murid
belajar, merangsang minat, memenuhi keperluan dan keyakinan diri murid.

( a ) Berdasarkan Model Simetri Newcomb, jelaskan cara guru boleh melaksanakan
komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. (10 markah)

( b ) Bincangkan lima masalah komunikasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah
serta cara-cara
mengatasinya. (
10 markah)

Anda mungkin juga menyukai