Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN C

- Refleksi menangani cabaran dari aspek


kepimpinan yang dihadapi semasa
berurusan dengan pihak pentadbir sekolah



















Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti bimbing,
pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke sesuatu tempat manakala Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin
dankepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus
Dewan, 2002). Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain
untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang
ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan utk mempengaruhi ahliahli kumpulan utk
mencapai sesuatu matlamat (Robbins,2003).

Selain daripada itu, kepemimpinan merupakan keupayaan utk mempengaruhi sistem
kepercayaan, tindakan & pegangan nilai ahli-ahli dlmkumpulannya (Leithwood & Janti,
1999).8/12/2011 Nordin Tahir 4. Menurut pendapat Konntz dan ODonnel (1984),
kepimpinan secara amnya adalah semata-mata bermakna pengaruh yang merupakan satu
seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke
arah pencapaian matlamat bersama. Menurut Fulmer (1988), kepemimpinan melibatkan
keduadua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah
sesuatu matlamat , dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya.
Kepemimpinan sebagai kebolehan seseorang utk menginspirasikan keyakinan & sokongan
dlm kalangan sekumpulan manusia yg diperlukan utk mencapai matlamat organisasi (Kim &
Maubourgne, 1992).

Sepanjang sebulan saya menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru
1 (STAR1), Cabaran pertama saya dapati guru-guru yang bertugas di sekolah tersebut agak
kurang mesra khususnya guru-guru perempuan. Ini dapat dilihat sewaktu melaporkan diri di
pejabat, beberapa orang guru memandang sinis pada semua guru pelatih yang melapor diri
pada waktu itu. Sewaktu perhimpunan pula, saya dan guru pelatih lain bagaikan terasing
dalam majlis tersebut.

Sepanjang sebulan praktikum juga saya berada di bilik guru untuk menunjukkan
kehadiran saya sebagai guru internship di sekolah tersebut dan ingin mengenali guru-guru di
STAR1 dengan lebih dekat. Namun, masing-masing suka membuat hal sendiri dan dan tidak
bertegur sapa dengan saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Mereka tidak cukup
mesra untuk bertegur dengan kami dan hanya berbicara sepatah dua kata sahaja untuk
beberapa persoalan tertentu sahaja. Malahan, mereka hanya berbicara dengan rakan
sejawatan sahaja.

Dari pemerhatian saya, dapati punca-punca guru-guru di STAR1 bersikap dingin
terhadap saya ialah kerana istilah guru pelatih. Ini kerana seringkali guru-guru lama kurang
mesra dengan guru baru khususnya guru pelatih. Istilah pelatih ini membezakan kelulusan
antara guru-guru tersebut dengan guru lepasan bertaraf ijazah dengan gred DG41
manakala mereka tidak semuanya berkelulusan demikian malah lebih rendah dari DG41. Di
STAR1, hanya 17 orang guru sahaja yang berkelulusan ijazah dengan gred DG41 manakala
selebihnya adalah DG 32 DAN DG38. Mereka mungkin berasa rendah diri dengan saya dan
rakan-rakan pelatih yang lain berdasarkan kelulusan tersebut.

Di samping itu juga, mereka tidak cukup mesra kerana kelihatan guru-guru sibuk
dengan jadual pengajaran kelas dan perlu melengkapkan rancangan pengajaran serta
membuat refleksi hasil dari pengajaran untuk hari tersebut. Selain dari penulisan tersebut,
mereka juga tidak terkecuali dengan aktiviti-aktiviti sekolah di bawah pengendalian masing-
masing. Jadi, peruntukan masa untuk mereka adalah sangat terhad kerana kesibukan
dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan menyebabkan mereka tidak ada masa untuk
berbicara dengan saya sebagai guru praktikum di sekolah tersebut.

Untuk menyelesaikan permasalahan ini, beberapa alternatif perlu saya ambil agar
sikap dingin dan tidak mesra ini dapat diatasi. Pertamanya, apabila berjumpa guru-guru
sama ada lelaki mahu pun perempuan, saya akan sentiasa senyum dan memberi salam
kepada mereka. Ini sebagai permulaan kepada perkenalan untuk membina hubungan yang
seterusnya sebagai rakan sejawatan. Senyuman juga dapat menimbulkan rasa senang
apabila berjumpa dengan saya yang di anggap guru baru di sekolah tersebut. Dan, ini
mungkin dapat merubah persepsi mereka sebelum ini yang menganggap guru pelatih
adalah sombong. Di samping itu, segala apa yang berlaku pada minggu pertama saya tidak
akan mengambil hati dan membiarkan keadaan tersebut makin berlarutan. Keadaan
tersebut saya anggap sebagai satu cabaran sebagai guru baru yang memulakan
perkhidmatan di sekolah ini.

Saya berpegang kepada pepatah alah bisa tegal biasa iaitu apabila sudah lama ia
akan menjadi satu rutin yang biasa. Saya akan bertindak dengan mengenalpasti waktu
lapang guru-guru tersebut untuk memberi ruang kepada kami berbicara dan berkongsi
pengalaman dan cara mengajar di antara guru baru dengan guru lama dan dalam masa
yang sama saya mendapatkan maklumat pelajar yang di kenalpasti bermasalah untuk di beri
bimbingan.Selain itu, saya akan mendekati guru-guru yang kelihatan mesra untuk
mengenalinya dengan lebih rapat dan sekaligus mengenali guru-guru yang lain melalui guru
tersebut. Ini adalah dapat melihat gambaran kasar personaliti guru-guru lain sebelum
mengenali dengan lebih dekat. Dan, guru-guru yang mesra biasanya akan memperkenalkan
guru baru yang mendekatinya kepada guru-guru lain.

Mungkin juga dia akan bercakap dengan guru lain pada waktu tertentu tentang guru-
guru baru yang datang bertegur dengannya.Bahkan, saya akan cuba menyibukkan diri
dengan aktiviti sekolah. Misalnya, STAR1 memerlukan tenaga pengajar untuk aktiviti bola
sepak pada waktu petang. Saya menawarkan diri kepada guru yang mengendalikan latihan
tersebut sebagai pembantu kepada untuk membuat pemantaun sewaktu pelajar membuat
latihan. Saya juga akan sentiasa memerhati jika ada guru yang ingin melaksanakan sesuatu
aktiviti, saya akan tawarkan diri sebagai pembantunya untuk mengendalikan sesuatu aktiviti.

Saya melihat jadual keseluruhan sekolah di mana tertera nama guru dan kelas yang
diajar. Dan, peringkat permulaan saya juga membuat pemantauan dalam bilik guru di mana
saya melihat nama-nama yang dilekatkan di meja masing-masing dan kemudian melihat
guru yang akan duduk di meja tersebut. Bahkan, jika saya melihat ada guru yang tidak sibuk
saya akan mendekatinya dan bertanya perihal kelas yang diajar dan mengajaknya untuk
makan bersama di kantin.Manakala semasa perhimpunan atau jika ada majlis tertentu, saya
akan berada dalam kalangan guru-guru STAR1 dan mencadangkan guru-guru pelatih yang
lain agar bertindak perihal yang sama agar kami tidak dilihat berada dalam kelompok guru-
guru pelatih sahaja, sebaliknya mesra di mana-mana sahaja berada.
Melalui beberapa altenatif yang diambil, senyuman memberi kesan penerimaan
guru-guru terhadap guru baru. Sebagai guru baru, perkara pertama sewaktu menghadirkan
diri di sesebuah sekolah ialah sentiasa memberikan senyuman sebagai tanda menghormati
guru lama. Ini akan memberi persepsi positif dari guru lama tentang sikap guru
baru. Bahkan, sentiasa bertanya dan ingin belajar sesuatu dari guru yang sememangnya
sudah berpengalaman kerana pengalaman mereka jauh lebih banyak dan dapat dijadikan
panduan sebelum pengajaran.

Kelebihan yang di perolehi dijadikan sebagai panduan manakala kelemahan
dijadikan iktibar agar dapat mendidik generasi di masa akan datang denga mendidiki ilmu
yang betul. Guru pelatih perlu menunjukkan sikap yang mesra dan tidak sombong.
Memandangkan ini kali pertama menjalani internship di sekolah, jadi sebagai guru pelatih,
saya perlu menunjukkan sikap mesra dan tidak sombong. Ini adalah sikap profesional yang
perlu di amalkan dalam menjalankan tugas seharian dan permulaan kepada cara untuk
berinteraksi dengan rakan sejawatan.

Cabaran kedua iaitu Pada minggu pertama pengajaran dan pembelajaran saya tidak
dapat dijalankan sepenuhnya disebabkan oleh aktiviti pengurusan dan pentadbiran dan
beberapa perkara yang lain. Pada minggu kedua ini, saya mula menghadapi masalah untuk
memulakan pengajaran dan pembelajaran kerana jadual kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6
yang diperolehi dari sumber guru data sekolah STAR1 tidak sama dengan jadual sebenar
yang terkini. Justeru, saya mengalami kesukaran untuk merancang Rancangan Pengajaran
Harian saya.

Pada pendapat saya, punca kepada permasalahan yang saya hadapi ialah kerana
saya tidak menyemak jadual tersebut terlebih dahulu dengan setiap guru kelas. Saya
menerima segala maklumat dan beranggapan tiada sebarang kesilapan yang berlaku. Saya
juga tidak bertanya kepada guru data STAR1 tentang perubahan-perubahan yang berlaku
pada jadual tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, saya mengambil langkah yang sepatutnya saya
lakukan iaitu berjumpa dengan guru data STAR1 iaitu Sabri untuk mendapatkan maklumat
yang tepat tentang jadual kelas yang terkini dan jadual kelas yang telah diubah. Ini kerana
beliau merupakan guru yang menyediakan segala maklumat yang berkaitan dengan STAR1
khususnya dalam penyusunan jadual setiap kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan
sebarang perubahan jadual dalam jadual kelas dan jadual guru diubahsuai oleh beliau.

Selain dari mendapatkan maklumat dari guru data STAR1, saya juga boleh berjumpa
dengan mana-mana guru kelas yang terlibat iaitu guru kelas di mana saya akan membuat
bimbingan kelas di kelas tersebut. Guru kelas sememangnya mempunyai buku rekod
kehadiran yang khusus beserta bilangan murid mengikut jantina, bangsa dan beberapa
maklumat penting yang lain. Jadi, sudah pasti maklumat yang diperolehi adalah tepat.

Di samping itu, saya boleh mengambil inisiatif lain seperti berkunjung ke kelas yang
terlibat dengan bimbingan kelas yang akan saya kendalikan dan bertanya kepada murid-
murid di dalam kelas tersebut. Dan, maklumat akan diperolehi secara lisan melalui
pertanyaan dengan murid dan secara bertulis sepertimana tercatat di dalam jadual kelas
yang biasanya di tampal di papan kenyataan di baris hadapan dinding kelas.
Saya berbincang dengan guru pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang 3 bulan
menjalani praktikum ini dan berbincang tentang pemasalahan yang di hadapi. Rasional
daripada beliau ialah berjumpa dengan guru data di STAR1. Ini kerana guru data yang
mengendalikan semua maklumat berkenaan susunan jadual kelas mengikut Tahap 1 dan
Tahap 2 dan jadual setiap guru.
Bahkan, sebarang perubahan beliau akan terima terlebih dahulu sama ada daripada
guru terlibat dengan mana-mana kelas yang mengalami perubahan tersebut atau pun dari
pihak pentadbiran iaitu PK Pentadbiran tentang perubahan sebarang jadual kelas. Saya
juga perlu sentiasa berhubung dengan guru-guru kelas yang terlibat dengan kelas
bimbingan yang saya kendalikan pada masa itu dan mendapatkan terus salinan jadual kelas
dari guru-guru tersebut dan membuat salinan fotostat.

Maklumat tentang jadual kelas yang tepat dapat diperolehi terus dan cepat. Dan,
sekaligus saya dapat menyusun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang akan saya
kendalikan. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan seseorang guru pelatih perlu ada
kesungguhan dan kepercayaan serta berani mengambil risiko. Hal ini berkait rapat dengan
saya khususnya untuk mendapatkan maklumat pada dua minggu pertama Ini kerana segala
maklumat yang diperlukan perlu disegerakan pada minggu pertama dan penambahbaikan
boleh dilakukan pada minggu kedua.

Cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang jadual
kelas yang sebenar ialah mendapatkan maklumat dari guru kelas kerana guru kelas
sememangnya ada jadual kelas sendiri untuk kelasnya dan jadual tersebut telah ditetapkan
di awal tahun sesi persekolahan lagi.

Jadual tersebut akan ditampal di papan kenyataan setiap kelas di sudut hadapan
dinding kelas. Dan, semua murid akan mengikuti sesi pembelajaran berdasarkan jadual
tersebut sepanjang sesi persekolahan. Manakala beberapa cadangan lagi seperti berjumpa
guru data atau bertanya dengan murid-murid yang berada dalam kelas terlibat adalah turut
berkesan. Cuma, cara pendekatan yang berbeza dan hasil yang akan diterima juga berbeza
mengikut jangkamasa yang lambat sedikit berbanding dengan cara mendapatkan terus
maklumat dari guru kelas. Dan, maklumat juga akan ralat dengan maklumat sebenar
sekiranya tidak di semak balik dengan individu yang terlibat dalam penyusunan jadual
tersebut.

Selanjutnya, cabaran lain yang terdapat pada saya ialah diberikan pelbagai jawatan
yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang saya. Saya terpaksa memegang
beberapa potfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak
berkaitan dengan subjek yang diajar. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid saya terpaksa
menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori, rekod kemas kini
dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan diurus dengan baik. Cabaran ini kena
dilaksanakan oleh saya bagi membantu proses pembangunan dan aset sekolah yang
diketuai oleh guru pembimbing saya. Untuk mengatasi cabaran ini seorang guru perlu bijak
mengagihkan masa semasa di sekolah iaitu menyampaikan isi pengajaran dan melakukan
penandaan buku semasa di bilik darjah. Dalam proses tersebut saya perlu mengisi masa
lapang atau masa tidak mengajar untuk melaksanakan sistem pendokumentasian tersebut.
Justeru itu, seseorang guru perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar dan
melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Kerangkaan kerja perlu disediakan dengan
lebih detail beserta dengan senarai semak.

Di samping itu, cabaran berkaitan dengan penyediaan pelbagai dokumen yang
terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama saya dalam pengurusan pembelajaran
dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah. Saya seolah-olah terpaksa menjadi kerani yang
perlu mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Saya terpaksa mengagihkan
pinjaman buku teks, sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang
tertentu yang melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah Tugas saya yang sepatutnya lebih kepada pengajaran dan
mendidik telah lari daripada tugasan yang sebenar namun saya perlu melakukannya bagi
keperluan dalam pengurusan pentadbiran murid dan juga markah internship saya.

Justeru itu, untuk menghadapi cabaran saya pada keesokan hari perlu memegang
beberapa jawatan yang bukan ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan
penyediaan pelbagai dokumen, saya perlu mengimbangi masa yang diperlukan mengajar
dan melaksanakan kerja-kerja samping tersebut. Takwim persekolahan mesti dikemas kini.
Kerangkaan kerja dan masa perlu disediakan dengan lebih detail beserta dengan senarai
semak. Patuhi jadual yang ditetapkan untuk memudahkan saya bergerak. Semua hal
tersebut akan dapat membantu saya melaksanakan tugasnya.

Cabaran lain yang saya hadapi ialah cabaran program-program kokurikulum wajib di
sekolah yang mesti didedahkan kepada semua murid. Kokurikulum yang terdiri daripada
persatuan dan unit uniform perlu diikuti oleh guru dan murid. Baru-baru ini kerajaan telah
memperkenalkan program yang berkaitan dengan sukan iaitu Dasar 1 Murid 1
Sukan.Dengan program tersebut ini bermakna tanggungjawab guru makin bertambah. Guru
bukan sahaja perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum namun pengisian aktiviti tersebut
perlu ada perancangan yang lebih kemas kini.

Bilangan hari yang perlu berkokurikulum pula telah bertambah dengan penyusunan
oleh pihak pentadbiran kokurikulum iaitu Hari rumah sukan pada hari Isnin, 1 Murid 1 Sukan
pada hari Selasa, Kegiatan kokurikulum pada hari Rabu dan latihan pasukan sekolah
kokurikulum dan sukan pada hari Khamis. Hal ini menyebabkan saya terpaksa menerima
arahan dari guru STAR1 untuk menggantikannya berada dari pagi hingga petang di sekolah
selama 4 hari berturut-turut. Bagi menghadapi cabaran ini saya bersama rakan pelatih yang
lain bersama sama bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kerja kami
sentiasa berada pada landasan yang tepat agar tidak dipandang malas oleh guru-guru lain
mahupun keseluruhan pihak sekolah.

Akhir sekali, sepanjang menjalankan internship si STAR1 saya mendapati urusan
bersama pihak pentadbir sekolah tidaklah serumit yang dibayangkan malah saya turut diberi
tunjuk ajar pada setiap tugasan yang mereka berikan. Setiap ilmu tersebut saya serap ke
dalam diri saya sebagai kemahiran yang saya telah kuasai untuk di bawa ke alam kerjaya
saya pada suatu hari nanti.

Cabaran sebagi guru mengenai pelajar pula, para guru harus sedar bahawa pelajar
yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu
takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah
dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam
suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak
terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai
budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata
guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para
pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa
menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan
untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang
dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani
mencabar kewibawaan sekolah.

Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan,
menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin
sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba
ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan
mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan
pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru
mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai